Bernama
23/5/2017
23/5/2017
KUALA TERENGGANU, 23 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja
Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) memohon kerajaan
mempertimbangkan pemberian bantuan khas sekurang-kurangnya RM1,000
kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Aidilfitri
tahun ini.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata beliau berharap jumlah imbuhan itu pada tahun ini lebih tinggi berbanding RM500 yang diberikan tahun lepas bagi menghadapi kos sara hidup yang meningkat dan harga barang yang tidak menentu.
"Kita tahu kalau penjawat awam tiada insentif berkenaan belum tentu pada malam raya pun boleh beli baju raya lagi. Ini satu perkara penting buat penjawat awam menjelang ketibaan Aidilfitri nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam Peringkat Terengganu di sini hari ini.....