SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 September 2020

CUEPACS syor RM300 untuk petugas barisan hadapan bukan KKM

 Berita Harian
9 November 2020


KUALA LUMPUR: Kerajaan disyor memperluaskan pemberian bantuan tunai RM300 berbentuk sekali bayaran kepada lebih ramai petugas barisan hadapan selain dari Kementerian Kesihatan (KKM).


Presiden CUEPACS, Adnan Mat berkata, ia termasuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM); Angkatan Tentera Malaysia (ATM); Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Begitu juga dengan agensi lain yang turut ditakrifkan sebagai petugas hadapan. Mereka wajar menerima bantuan sekali bayaran ini.

"Bagi petugas barisan hadapan yang bukan dari KKM, CUEPACS mencadangkan supaya kategori

Pada pembentangan Belanjawan 2020 Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan sekali bayaran sebanyak RM500 kepada kira-kira 100,000 petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan.

Mengulas mengenai pemberian itu, Adnan berkata, ia adalah satu penghargaan kepada pengorbanan petugas kementerian berkenaan yang terbabit secara langsung di barisan hadapan.

Pada masa sama, Adnan berkata, bantuan itu juga perlu diperluaskan kepada lebih ramai petugas kesihatan kerana jumlah 100,000 itu tidak meliputi semua golongan barisan hadapan di kementerian berkenaan.

"Lebih tujuh bulan semua petugas barisan hadapan ini berjuang menangani COVID-19 sehingga ramai dalam kalangan mereka sendiri dijangkiti virus berkenaan.

"Sebaik saja sembuh daripada COVID-19, mereka ini ditugaskan semula sebagai petugas barisan hadapan. Apatah lagi ketika ini peningkatan kes COVID-19 yang begitu mendadak.

"Justeru, kerajaan wajar memberi pertimbangan atas penat lelah dan pengorbanan semua petugas barisan hadapan ini, " katanya.

Sementara itu, Adnan berkata, pihaknya juga memohon Kementerian Kesihatan memastikan bekalan kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan cecair pembasmi kuman mencukupi untuk dihantar ke semua kemudahan kesihatan.

Katanya, CUEPACS menerima beberapa aduan daripada petugas barisan hadapan yang bekalan diberikan tidak mencukupi hingga memaksa mereka menggunakan inisiatif sendiri untuk memperolehnya.

"Jika petugas barisan hadapan ini tidak dibekalkan dengan peralatan keselamatan yang mencukupi, ia boleh mendedahkan risiko jangkitan kepada mereka," katanya.