SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

26 November 2020

Penyelarasan elaun perumahan langkah baik - CUEPACS

 Berita Harian
 November 26, 2020 @ 8:06pm

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk mengkaji dan menyelaras semula kadar elaun perumahan penjawat awam dilihat sebagai langkah baik dalam memastikan pemberian elaun yang adil serta saksama.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat, berkata langkah itu juga dilihat mampu memperkasakan lagi sistem perkhidmatan awam terutama dalam soal kebajikan warganya.

"CUEPACS sudah bawa isu ini sejak 2013 lagi dan kita mengalu-alukan pengumuman ini agar keadilan dapat diberikan dalam pemberian elaun ini.

Ini kerana buat masa ini penjawat awam Semenanjung yang berkhidmat di Sabah juga Sarawak menerima elaun perumahan lebih tinggi berbanding penjawat awam Sabah juga Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung," katanya dihubungi Bernama hari ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam sesi penggulungan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021), di Dewan Rakyat hari ini memaklumkan kerajaan akan mengkaji semula dan menyelaras kadar elaun perumahan penjawat awam.

Selepas dua minggu dibahas dan melalui empat hari proses penggulungan oleh setiap kementerian, rang undang-undang itu diluluskan di peringkat dasar hari ini.

Adnan turut mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang terbabit dalam memastikan Belanjawan 2021 diluluskan.

Katanya, walaupun kelulusan Belanjawan 2021 itu hanya di peringkat dasar, CUEPACS optimis belanjawan tersebut akan tetap diluluskan sekali lagi selepas ia dibahas di peringkat jawatankuasa selepas ini.

"CUEPACS berharap semua pihak di blok pembangkang dan kerajaan terus mencari titik persefahaman dalam isu Belanjawan 2021. Titik persefahaman terbabit adalah rakyat.

Dari sudut perkhidmatan awam pula, belanjawan ini sudah tentu amat penting kerana penjawat awam ketika ini bertanggungjawab secara langsung dalam memastikan setiap agenda dan dasar kerajaan untuk memulihkan semula ekonomi negara berjaya dilaksanakan,"katanya.- BERNAMA

21 November 2020

CUEPACS bimbang unit integriti bertindak luar bidang kuasa

    Sinar Harian
     Oleh Rafidah Mat Ruzki -
      
November 20, 2020 @ 5:15pm
      fidahruzki@bh.com.my

PUTRAJAYA: CUEPACS bimbang unit integriti di jabatan dan agensi kerajaan akan bertindak di luar bidang kuasa berikutan Laporan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (LSEAIC) diterima sebagai keterangan dalam prosiding tatatertib.

Bagaimanapun, secara dasarnya, CUEPACS menganggap keputusan diambil Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) itu sebagai munasabah.

Justeru, CUEPACS akan bertemu dengan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan untuk mendapatkan kefahaman dan mengetahui kaedah pelaksanaannya.

Presiden CUEPACS, Adnan Mat, berkata berdasarkan kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam, keputusan mengambil kira LSEAIC dan Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sememangnya munasabah.

Bagaimanapun, Adnan berkata, pihaknya bimbang unit integriti di jabatan dan agensi akan bertindak di luar bidang kuasa mereka, mengambil tindakan terhadap pegawai dan kakitangan kerajaan.

"Pindaan Perintah Am Bab D (yang membabitkan laporan sulit) khususnya perlu dilakukan sebagai sumber kuasa kepada Lembaga Taratertib Untuk menguatkuasakan tindakan," katanya kepada BH di sini, hari ini.

dnan berkata, CUEPACS masih belum mendapat makluman lanjut berhubung keputusan itu, namun pihaknya akan bertemu dengan pengurusan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan bagi tujuan kefahaman dan mengetahui kaedah perlaksanaannya.

"Pada dasarnya, keputusan JKKMAR ini mungkin disebabkan kes-kes integriti membimbangkan khususnya di peringkat agensi penguatkuasaan," katanya.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan media, berkata JKKMAR bersetuju perbincangan diadakan di antara SPRM dengan Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Peguam Negara bagi membolehkan Laporan SPRM dan LSEAIC, dijadikan sebagai keterangan dalam prosiding tatatertib.

Kenyataan itu menyebut, mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, mencapai enam keputusan penting.

20 November 2020

CUEPACS bimbang unit integriti bertindak luar bidang kuasa

 Berita Harian

Oleh Rafidah Mat Ruzki - November 20, 2020 @ 5:15pm
fidahruzki@bh.com.my

PUTRAJAYA: CUEPACS bimbang unit integriti di jabatan dan agensi kerajaan akan bertindak di luar bidang kuasa berikutan Laporan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (LSEAIC) diterima sebagai keterangan dalam prosiding tatatertib.

Bagaimanapun, secara dasarnya, CUEPACS menganggap keputusan diambil Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) itu sebagai munasabah.

Justeru, CUEPACS akan bertemu dengan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan untuk mendapatkan kefahaman dan mengetahui kaedah pelaksanaannya.

Presiden CUEPACS, Adnan Mat, berkata berdasarkan kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam, keputusan mengambil kira LSEAIC dan Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sememangnya munasabah.

Bagaimanapun, Adnan berkata, pihaknya bimbang unit integriti di jabatan dan agensi akan bertindak di luar bidang kuasa mereka, mengambil tindakan terhadap pegawai dan kakitangan kerajaan.

"Pindaan Perintah Am Bab D (yang membabitkan laporan sulit) khususnya perlu dilakukan sebagai sumber kuasa kepada Lembaga Taratertib Untuk menguatkuasakan tindakan," katanya kepada BH di sini, hari ini.

Adnan berkata, CUEPACS masih belum mendapat makluman lanjut berhubung keputusan itu, namun pihaknya akan bertemu dengan pengurusan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan bagi tujuan kefahaman dan mengetahui kaedah perlaksanaannya.