SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 Ogos 2022

Kerajaan komited runding SSPA, tak timbul soal piket - CUEPACS

 Berita Harian
30 Ogos 2022


KUALA LUMPUR: CUEPACS hanya akan membuat piket jika kerajaan tidak membincangkan gaji kakitangan awam Gred 19 kepada Gred 29 dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Presidennya, Datuk Adnan Mat, berkata cadangan untuk menaikkan gaji kakitangan awam Gred 19 kepada Gred 29 sudah banyak kali dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), namun tiada tindakan diambil.

Tidak timbul soal piket pada masa ini kerana kerajaan sudah menyatakan komitmen untuk meneruskan rundingan SSPA, tambahnya.

"Namun, jika kenaikan gaji kakitangan awam Gred 19 kepada Gred 29 tidak dibincangkan mungkin kita akan fikirkan kembali hasrat itu (piket)," katanya ditemui selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.


Pada majlis itu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan enam insentif baharu untuk kakitangan awam termasuk tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023.

Julai lalu, CUEPACS menggesa kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebelum Parlimen dibubarkan atau berisiko berdepan protes jalanan daripada penjawat awam.

Adnan berkata, insentif yang diumumkan Perdana Menteri itu walaupun tidak memenuhi sembilan tuntutan CUEPACS, penjawat awam berterima kasih kerana kerajaan memahami denyut nadi rakyat.

"Kami menyokong kerajaan hari ini dan tahu majikan mana yang dekat dengan hati penjawat awam," katanya.


Sementara itu, Adnan berkata, enam insentif yang diumumkan Perdana Menteri hari ini adalah manifestasi penghargaan kerajaan kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam yang sentiasa menjadi barisan hadapan.

CUEPACS memahami bahawa kerajaan mempunyai kekangan daripada sudut kewangan namun tetap cuba untuk mendengar dan memberi yang terbaik kepada penjawat awam.

"Segala insentif yang diumumkan kerajaan ini sekurang-kurangnya mampu memberi kelegaan kepada penjawat awam yang begitu terkesan dengan peningkatan kos sara hidup dan inflasi.


"Sebagai contoh pemberian Bantuan Khas Kewangan 2023 berjumlah RM700 kepada anggota Gred 56 ke bawah serta tambahan khas sebanyak RM100 kenaikan gaji tahunan.

"Begitu juga dengan penambahbaikan pemberian pergerakan gaji tahunan kepada penjawat awam yang telah mencapai gaji maksimum," katanya.

Adnan berkata, ketiga-tiga insentif itu adalah satu penghargaan yang wajar diberikan di atas pencapaian produktiviti disumbangkan penjawat awam kepada negara. Hal ini tidak wajar dinafikan atau dipertikaikan oleh pihak lain," katanya.

Beliau berkata, sesuai dengan saranan Perdana Menteri, CUEPACS berharap setiap penjawat awam sentiasa menjaga produktiviti masing-masing agar ekonomi negara akan bertambah kukuh dan kerajaan lebih berupaya meningkatkan kebajikan seluruh warga perkhidmatan awam.

SEBUTHARGA BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN KERJA-KERJA BEKALAN MENCETAK BUKU LAPURAN KONVENSYEN TRI-TAHUNAN CUEPACS BIL- 28 SESI 2022-2025 BAGI KEGUNAAN CUEPACS NO SEBUTHARGA : BIL 5/2022

 cuepacs
30 Ogos 2022


SEBUTHARGA BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN
KERJA-KERJA BEKALAN MENCETAK BUKU LAPURAN KONVENSYEN TRI-TAHUNAN CUEPACS BIL- 28  SESI 2022-2025  BAGI KEGUNAAN CUEPACS



NO SEBUTHARGA : BIL 5/2022                                            Tarikh : 30 Ogos 2022

 

KEPADA :­­­

……………………………………………………

……………………………………………………

……………………………………………………

 

Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oleh:

CUEPACS
Tingkat 1, Wisma CUEPACS
Jalan Gajah Off Jalan Yew, Pudu
55100 Kuala Lumpur.

 

1.    Syarat-syarat penyerahan / penyempurnaan dikehendaki : DIMASUKKAN DALAM SAMPUL SURAT YANG DISILKAN DAN DICATITKAN NOMBOR SEBUTHARGA DIKIRI HADAPAN SAMPUL.

 

2.    Tarikh tutup sebutharga hendaklah diserahkan pada : 12  September 2022 sebelum jam 12.00 tengahari di Peti Sebutharga yang diletakkan Ibu Pejabat, Tingkat 1 Wisma CUEPACS Kuala Lumpur.

 

3.    Semua penender hendaklah hadir dengan sendiri bersama contoh barangan yang hendak di bekalkan, membentangkan dan seterusnya meletakkan harga tawaran dalam borang tender. Sebutharga mestilah dimasukkan kedalam satu sampul berlakari dan bertanda, Sebutharga No.5/2022

 

4.    Semua perbekalan barangan ini hendaklah dihantar terus ke Wisma CUEPACS Jalan Gajah, Off Jalan Yew Pudu atau suatu alamat yang akan ditentukan kelak oleh CUEPACS (Kuala Lumpur/Selangor).

 

5.    Penender yang Berjaya hendaklah menghantar barangan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak oleh CUEPACS sebelum konvensyen.

 

6.    Jawatankuasa setuju terima sebutharga tidak terikat dengan mana-mana tawaran harga tertinggi, terendah atau sebarang bentuk yang difikirkan memuaskan hati penender.

 

7.    Sebutharga hendaklah sah selama  90 HARI selepas itu.

 

8.    Sila beri sebutharga bagi bekalan barang-barang / perkhidmatan yang di senaraikan di
     bawah dengan tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang ditetapkan.

 

 

BIL

PERKARA

KUANTITI

HARGA PUKAL (RM)

1.

BUKU LAPURAN
Specification
Cover
- 260 glossy  art paper
- full color printing front & back
- with perfect binding
- with UV lamination
Inside
- 128 glossy art paper
- Full Color

2000 unit

 

2.

BUKU MINIT
Spesification
Cover
- 260 glossy  art paper
- full color printing front & back
- with perfect binding
- with UV lamination
Inside
- 80 gram simili paper
- with design

2000 unit

 

3.

BUKU USUL-USUL
Spesification
Cover
- 260 glossy  art paper
- full color printing front & back
- with perfect binding
- with UV lamination
Inside
- 80 gram simili paper
- with design

2000 unit

 

4

PENYATA AKAUN
Spesification
Cover
- 260 glossy  art paper
- full color printing front & back
- with perfect binding
- with UV lamination
Inside
- 80 gram simili paper
- with design

2000 unit

 

 

JUMLAH SEBUTHARGA

 

 

 Tawaran sebutharga dengan perkataan : Ringgit Malaysia ….………….....................................……………………………………………………………………………………………………………...........................................................................

Tempoh bekalan boleh dihantar : ……………………………………………………………..

 [Diskaun – diskaun perniagaan, tunai, bayaran cepat dan diskaun-diskaun lain dan apa-apa bayaran tambahan ( misalnya cukai dan belanja membungkus ) hendaklah ditunjukkan].

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang perkhidmatan di atas dengan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas. 
 

Nama penuh pengurus                  : ……………………..........................………………….

Tandatangan dan cop pembekal  : ………………………………………...........................


Alamat                                           : ……………………………………………………….….

                                             .………………………………………………….………


No. Telefon                                   : …………………………………………………….…….

 

Tarikh                                            : ………………………..……………………….……

 


SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJU KORPORAT UNTUK PERWAKILAN KONVENSYEN TRITAHUNAN CUEPACS KE 28 SESI 20220-2025 NO SEBUTHARGA BIL 4/2022

 cuepacs
30/8/2022


SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN             

 

KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJU KORPORAT UNTUK PERWAKILAN KONVENSYEN TRITAHUNAN CUEPACS KE 28  SESI 20220-2025 NO SEBUTHARGA

Bil. 4/2022                                                       Tarikh :    30  OGOS 2022

 

 

KEPADA :

 

……………………………………………………

 

……………………………………………………

 

……………………………………………………

 

 

 

Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oleh:

CUEPACS

Tingkat 1, Wisma CUEPACS

Jalan Gajah Off Jalan Yew

Pudu

55100 Kuala Lumpur.

 

1.       Syarat-syarat penyerahan / penyempurnaan dikehendaki : DIMASUKKAN DALAM SAMPUL SURAT YANG DISILKAN DAN DICATITKAN NOMBOR SEBUTHARGA / TENDER DIKIRI HADAPAN SAMPUL.

 

2.       Tarikh dikehendaki diserahkan / disempurnakan : 12  SEPTEMER 2022, tidak lewat dari jam 12.45 tengahari. Sebutharga mestilah dimasukkan kedalam satu sampul berlakari dan bertanda, Sebutharga No  4/2022

 

3.       Semua perbekalan barangan ini hendaklah dihantar terus ke Ibu Pejabat CUEPACS Jalan Gajah Off Jalan Yew Pudu Kuala Lumpur.

 

4.       Jawatankuasa setuju terima sebutharga/tender tidak terikat dengan mana-mana tawaran harga terendah atau sebarang bentuk yang difikirkan memuaskan hati penender.

 

5.       Sebutharga  hendaklah sah selama  30 HARI selepas itu.

 

6.       Sila beri sebutharga bagi bekalan barang-barang / perkhidmatan yang di senaraikan di bawah dengan tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang ditetapkan.

 

 

 

 

BIL

PERKARA

HARGA SEUNIT

KUANTITI

JUMLAH HARGA

 

01

 

 

 

 

 

 

Membekal Baju Korporat lengan panjang dan mencetak logo CUEPACS di baju. Jenis kain Comb Cottons  warna ………………… (Pelbagai Saiz) :

                        Lelaki  : Wanita

                7XL :   1               

                6XL :   2 

                5XL :   8             3

                4XL :   15           4

                3XL :   100         42

                2XL :   340         80

                XL   :   615        188

                L     :   490        200

                M    :   180        175

                S     :   11          15

                XS   :                1

Catitan: Semua penender adalah dikehendaki untuk memberi contoh corak reka bentuk  Baju Korporat Comb Cottons warna PUTIH dan warna tambahan bagi membentuk corak menarik dibenarkan (tidak di kembalikan)

 

  

 

2000

 

 

 

 

 

 


Jumlah

 

 

 

 

Tawaran sebutharga dengan perkataan : Ringgit Malaysia….…………...............

 

……………………………………………………………………………………………………………...

 

Tempoh bekalan boleh dihantar : ……………………………………………………………..

 

[ Diskaun – diskaun perniagaan, tunai, bayaran cepat dan diskaun-diskaun lain dan apa-apa bayaran tambahan ( misalnya cukai dan belanja membungkus ) hendaklah ditunjukkan].

 

Saya /Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang perkhidmatan di atas dengan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas. 

 

Nama penuh pengurus                 :……………………………………….

 

Tandatangan dan cop penender             :……………………………………….

 

Alamat                   :………………………………………..

 

Tarikh :………………………………..                                        ……………………………………….


25 Ogos 2022

Perjumpaan Penjawat Awam Negeri Pahang

 Cuepacs Malaysia
25 Ogos 2022





KUANTAN 25 Ogos–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bergambar bersama kakitangan awam selepas merasmikan Majlis Perjumpaan Penjawat Awam Negeri Pahang, Anjuran CUEPACS Pahang pada pagi tadi di Auditorium Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah hari ini.

Cuepacs adakan rundingan akhir dengan kerajaan esok

 Berita Harian
25/8/2022


BESUT: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengadakan rundingan terakhir dengan pihak kerajaan esok bagi memuktamadkan perkara yang akan diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada 30 Ogos ini.

Presidennya, Adnan Mat berkata, pertemuan itu diharap boleh memberi kelegaan kepada 1.4 juta penjawat awam Gred 54 ke bawah.

“Memandangkan apa yang akan diumumkan perdana menteri nanti belum muktamad, kami akan mengadakan perbincangan dengan pegawai tertinggi kerajaan mengenai berita gembira buat penjawat awam itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan taklimat isu semasa perkhidmatan awam kepada 50 peserta Kursus Pemantapan Kepimpinan Cuepacs Kelantan di Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur dekat Bukit Keluang malam tadi.

Pada 21 Ogos, Ismail memberi bayangan akan mengumumkan berita gembira untuk penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam yang dijadualkan berlangsung pada 30 Ogos ini.

Adnan berkata, kenaikan gaji minimum dan elaun tambahan bagi penjawat awam antara fokus yang wajar diberi keutamaan oleh kerajaan buat masa ini, sejajar kenaikan kos sara hidup dalam keadaan ekonomi semasa.

“Bagaimanapun, Cuepacs memahami kebimbangan kerajaan mengenai kewangan negara sekiranya pemberian dalam bentuk kenaikan gaji dan kenaikan lain kepada penjawat awam kerana hal itu sekali gus akan meningkatkan tanggungan kerajaan terhadap wang saraan (pencen).

“Kami yakin dan percaya kerajaan mampu mempertimbangkan kalau bukan semua yang kami minta dan bincangkan sebelum ini, setidak-tidaknya sebahagian daripadanya.”get news delivered to your mailbo

CUEPACS adakan pertemuan akhir dengan kerajaan esok

 Berita Harian
25 Ogos 2022


BESUT: CUEPACS akan mengadakan rundingan terakhir dengan pihak kerajaan esok bagi memuktamadkan perkara yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 30 Ogos ini.

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat, berkata pertemuan itu diharap boleh memberi kelegaan kepada 1.4 juta penjawat awam Gred 54 ke bawah di negara ini.

"Memandangkan apa yang akan diumum Perdana Menteri nanti masih belum muktamad, kami akan mengadakan perbincangan dengan pegawai tertinggi kerajaan mengenai berita gembira buat penjawat awam itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat isu-isu semasa perkhidmatan awam kepada 50 peserta Kursus Pemantapan Kepimpinan CUEPACS Negeri Kelantan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Wilayah Timur dekat Bukit Keluang di sini, malam tadi

Pada 21 Ogos lalu, Ismail Sabri memberi bayangan akan mengumumkan berita gembira untuk penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam dijadualkan pada 30 Ogos.

Adnan berkata kenaikan gaji minimum dan elaun tambahan bagi penjawat awam adalah antara fokus yang wajar diberi keutamaan oleh kerajaan buat masa ini selari dengan kenaikan kos sara hidup dalam keadaan ekonomi semasa.

"Bagaimanapun, CUEPACS memahami kebimbangan kerajaan mengenai kewangan negara sekiranya pemberian adalah dalam bentuk kenaikan gaji dan kenaikan lain kepada penjawat awam kerana hal itu sekali gus akan meningkatkan tanggungan kerajaan terhadap wang saraan (pencen).

"Kami yakin dan percaya kerajaan mampu untuk mempertimbangkan kalau bukan semua yang kami minta dan bincangkan sebelum ini, setidak-tidaknya sebahagian daripadanya," kata beliau. – BERNAMA