SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

03 Januari 2016

PERJAWAT AWAM TERIMA PEMBERIAN KHAS ESOK

Bernama
3/1/2016

Gambar Fail Bernama sebagai hiasan

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Seramai 1.6 juta penjawat awam akan menerima pemberian khas 2015 sebanyak RM500 seorang daripada kerajaan esok.

Selain itu, sebanyak 1 juta pesara kerajaan juga akan menerima Pemberian Bayaran Khas sebanyak RM250 esok.

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2015 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pemberian khas itu diberikan kepada semua pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang berkhidmat pada 2015.

Ia tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk semua jenis cuti bergaji penuh dan cuti separuh gaji serta Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Jan 2015 hingga 31 Dis 2015.

Pegawai yang layak dibayar pemberian khas itu antaranya ialah pegawai lantikan tetap, sementara, perkhidmatan kontrak dan guru interim serta pegawai bercuti separuh gaji.

Pemberian khas kepada kakitangan awam itu melibatkan peruntukan sebanyak RM645 juta, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentang Bajet 2016 pada 23 Okt lepas.

Selain itu, bagi menghargai sumbangan dan khidmat bakti penjawat awam, kerajaan juga bersetuju menyediakan peruntukan RM1.1 bilion untuk memberi faedah pemindahan gaji bersamaan dengan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred kepada semua kakitangannya.

Menurut pekeliling itu, kerajaan juga akan menambah baik 252 skim perkhidmatan untuk 406,000 penjawat awam dan menetapkan gaji permulaan terendah dalam perkhidmatan awam kepada RM1,200 sebulan.

Kadar pencen minimum juga ditetapkan kepada RM950 sebulan yang melibatkan hampir 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan.

Pelaksanaan kesemua langkah ini akan berkuat kuasa pada 1 Julai tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata pihaknya berterima kasih kepada kerajaan kerana bersetuju memberikan bantuan khas kewangan kepada semua kakitangan awam dan pesara.

"Kita tahu penjawat awam sememangnya menunggu bantuan seperti ini dan sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban penjawatan awam.

"Cuepacs ingin menyarankan kepada penjawat awam supaya menggunakan peruntukan yang bakal diterima itu dengan bijaksana," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata wang itu antaranya dapat menampung kos perbelanjaan persekolahan anak-anak bagi mereka yang bekeluarga.

-- BERNAMA

7 ulasan:

Kagumas berkata...

3 orang anak bersekolah... RM500 satu hari abis bayar yuran & beli buku anak2.

zul karnain berkata...

Di harap ceupacs pada tahun yang akan datang lebih lantang bersuara berkaitan bayaran bonus atau bantuan sara hidup bagi menampung penjawat awam membayar yuran persekolahan anak atau pun lain2 hal seperti bayaran insurans kenderaan.

zul karnain berkata...

Bajet 2016 - Penambahbaikan 252 skim untuk kakitangan.Semoga ianya bakal diumumkan secepat mungkin dan harapan penambahbaikan ini akan memberi banyak mamfaat kita bersama.

zamri rahman berkata...

pihak kerajaan wajar pertingkatkan gaji serta elaun khidmat awam penjawat awam kerana sesuai keadaan masa kini.

Bilakah terlaksananya penambahbaikan 252 skim seperti isi kandungan dalam pembentangan bajet 2016 yang telah dibaca oleh Perdana Menteri ??????

Made in Pahang berkata...

Perit thn ni dapat rm500
harap harap thn dpn bagi lah sebulan gaji
awal tahun dah terpaksa berhutang utk keperluan anak sekolah
bukan tidak mahu simpan duit awal utk perbelanjaan awal tahun tetapi pendapatan bulanan yg ada pun hanya cukup utk menampung sebulan.itu pon terpaksa berjimat..
nak beli kicap kipas udang dgn sardin ayam brand jauh sekali.
cukuplah dgn kicap murah dgn sardin biasa..itulah nasib kami rakyat biasa yg berpendapatan cukup makan hidup dizaman kos sara hidup yg tinggi

Adam berkata...

PA kena tunggu dapat penderma dermawan, pasti 2.6 billion akan masuk akaun masing-masing...

master togel berkata...

SALAM KENAL SEMUA,…!!! SAYA MAS JOKO WIDODO DI SURABAYA.
DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!

Saya Sangat BerTerima kasih Atas Bantuan Angka Ritual AKI…Angka AKI KANJENG Tembus 100%…Saya udah kemana-mana mencari angka yang mantap selalu gak ada hasilnya…sampai- sampai hutang malah menumpuk…tanpa sengaja seorang teman lagi cari nomer jitu di internet…Kok ketemu alamat KI KANJENG..Saya coba beli Paket 2D ternyata Tembus…dan akhirnya saya pun membeli Paket 4D…Bagai di sambar Petir..Ternyata Angka Ritual Ghoib KI KANJENG…Tembus 4D…Baru kali ini saya mendapat angka ritual yang benar-benar Mantap…Bagi saudara yang ingin merubah Nasib anda seperti saya…Anda Bisa CALL/SMS Di Nomer KI KANJENG DI 085-320-279-333.(((Buktikan Aja Sendiri Saudara-Saudari)))

…TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI KANJENG…

**** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
2.UANG KEMBALI PECAHAN 100rb DAN 50rb
3.JUAL TUYUL MEMEK
4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

…=>AKI KANJENG<=…
>>>085-320-279-333<<<