SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Februari 2016

ELAUN WILAYAH PENJAWAT AWAM BERKHIDMAT DI SARAWAK DITAMBAHBAIK

Bernama
16/2/2016

SARIKEI, 16 Februari (Bernama) -- Elaun wilayah yang dinikmati penjawat-penjawat awam yang berkhidmat di Sarawak adalah antara antara 231 jenis elaun dalam perkhidmatan awam yang akan ditambah baik selepas 1 Julai tahun ini.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata, penambahbaikan itu adalah selepas perlaksanaan 252 skim perkhidmatan sektor awam pada tarikh tersebut.

Oleh yang demikian beliau berkata, mereka tidak perlu risau dengan desas-desus kononnya elaun wilayah tersebut akan dimansuhkan.

"Kita nak elaun ini ditambahbaik sesuai dengan kompleksiti tanggungan semasa atau liabiliti yang ditanggung oleh penjawat awam yang berkhidmat di merata tempat seluruh negara sama ada di bandar, luar bandar atau pedalaman," katanya kepada Bernama.

Beliau ditemui selepas menyampaikan bicara umum bertajuk "Isu-isu Dalam Perkhidmatan Awam" pada seminar Perkhidmatan Awam yang dihadiri lebih 300 penjawat awam dari bahagian Sarikei dan Sibu di sini hari ini.

Menyentuh isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST), beliau berharap kerajaan mengkaji semula kadar cukai itu sekiranya perolehan negara meningkat selepas pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) nanti.

Azih berkata, kajian semula itu penting untuk memastikan kadar GST tidak membebankan rakyat termasuk penjawat awam yang kini merasai kesan kenaikan harga barangan.

Katanya, Cuepacs melihat perolehan kerajaan daripada pelaksanaan GST mampu menggantikan kehilangan perolehan kerajaan dari industri petroleum dan cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang telah dihapuskan.

"Dengan adanya GST ini kerajaan dapat meneruskan gaji, insentif dan kemudahan-kemudahan lain dinikmati penjawat awam selama ini," katanya.

-- BERNAMA

23 ulasan:

Unknown berkata...

penjawat awam menyokong sepenuhnya segala usaha kerajaan,kerajaan pulak sangat wajar untuk mengharmonikan kehidupan penjawat awam terutama di bandar dari segi meningkatkan gaji,elaun elaun buat kumpulan pelaksana.

ini kerana kumpulan pelaksanalah yang banyak melakukan tugas yang bukan dalam bidang tugasnya.

tapi demi kerajaan dan Malaysia tercinta,kumpulan pelaksana ini sanggup melaksanakannya asalkan selesai.

Walaupun berhadapan dengan harga kos yang meningkat termasuk GST.Kumpulan pelaksana boleh laksana tugas.Cuma mengharap pada kerajaan tingkatkan gaji serta elaun elaun sebagai mengharmonikan kehidupan penjawat awam ( tidak termasuk badan berkanun ).

Kerajaan boleh jimat kos jika tidak melibatkan badan berkanun.

Unknown berkata...

Saya melihat ke masa hadapan jika Cuepacs dapat meminta kerajaan untuk memberi kelonggaran kepada penjawat awam membuat pinjaman peribadi. ini kerana kakitangan level rendah macam kami hanya layak rumah low cost saja dengan nilai 150ribu kebawah. sekurangnya jika buat loan peribadi maka dapat guna 60ribu untuk membina rumah setanding dengan harga rumah 150ribu. Kaji balik tempoh pembayaran balik tu. 10 tahun tempoh yg bagus untuk staf yang bergaji besar. Yang bergaji ciput macam kami jumlah bayaran bulanan yang rendah dengan tempoh bayaran yang lebih lama sememangnya dapat membantu dalam perkara ini.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Mohon CEUPAC semak semula EPW bagi penjawat awam di seluruh negara. Ini kerana kami yg di golongan perlaksana yg bertugas di Semenanjung Malayasia amat terbeban dgn kos sewa rumah yg agak melampau. ITP dah dtambahbaik. Bagaimana pulak dgn EPW. Golongan bawahan yg hanya layak dibawah RM200 sedangkan sewa rumah dah melambung....amat membebankam. Mohon CEUPEC bawa perkara ini utk dibincangkan bersama kerajaan. Tkasih.

Unknown berkata...

Salam, Elaun EPW di Sarawak ditambahbaik bagaimana pula Elaun EPW di semenanjung dan Sabah maksud saya di Seluruh Negara...cadangan saya supaya ditambahbaik seluruh negara, memandangkan kos sara hidup yg semakin meningkat dan elaun yg terlalu rendah dan tak seragam....

Kagumas berkata...

ATM naik gaji lagi... kami yg awam ni bila lagi? Selaraskan dulu gaji ikut kadar gaji minimum bg semua gred jawatan! Nilai wang makin merosot... 3 tahun lepas barang dapur RM450 cukup sebulan. Sekarang dh hampir RM800 belanja sebulan!

Unknown berkata...

Haaa....haaaa.....haaaa.....hiiii...hiiii....haaaa....haaaa....

Unknown berkata...

Haaa....haaaa.....haaaa.....hiiii...hiiii....haaaa....haaaa....

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sarimah berkata...

2 hari lepas sy J29 hakiki baru menghadiri temuduga utk kenaikan pangkat J36 bersama2 dengan rakan2 yg dijumudkan JA29 yg baru2 ini. Untung sungguh JA29..dah lah tak perlu ambil diploma, dpt tambahan knaikan cuti 5 hari...bah kan bersaing dgn group senior j29 hakiki utk post J36.. harap ada perubahan dan pembelaan utk group otai J29 hakiki oleh CUEPEC.

pedang berkata...

tempat saya lagi bengong...KUP 32 baru dkt setahun dapat 36 on first try dan minta 32 dkt 8 kali(sdg kup32)dpt 36 on first try..org yg 32 hakiki minimum 7 tahun ke atas x dapat. KUP mana ada pengalaman penyeliaan utk melayakkan ke gred 36

Unknown berkata...

Mohon CEUPAC semak balik gred hakiki dengan KUP kerana tiada perbezaan antara hakiki dan KUP malah kelebihan kepada KUP. Hakiki terpaksa melalui temuduga serta peperiksaan PTK dan bersaing untuk naik pangkat sebelum diperkenalkan KUP. Hakiki sebelum diperkenalkan KUP terpaksa bertukar dan berjauhan dengan keluarga malah terpaksa menanggung kos akibat pertukaran. KUP tidak perlu bertukar malah KUP mempunyai kelebihan satu kenaikan tangga gaji. moga dalam perhatian CEUPAC dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

rengayong2 berkata...

Mok Su berkata...

Selasa, Februari 23, 2016 3:19:00 PTG
---------------------------------------------------------------------------------------------
setahu saya kalau nak naik ke jawatan khas seperti gred 26, 36,38 yang diutamakan adalah kanan hakiki. kalau KUP jangan harap. Jadi adakah kup lebih dari hakiki mok su

rengayong2 berkata...

zamri rahman anti badan berkanun

pedang berkata...

Itu yg awak tahu. Realitynya Di tmpt saya, 2 dari 5 br ni dpt 36 asal kup. Dua org tu je kup 32 dari 16 org Yg p interbiu. So, kat mana kelebihan hakiki tu

Adam berkata...

Sarawak sahaja ditambahbaik kerana Sarawak sedang menghadapi pilihanraya. Negeri-negeri lain tunggulah janji-janji pilihanraya ke-14.....hahahahahahahahaaaaa....Kesihan PA menunggu janji pilihanraya. Tukar Kerajaanlah......Reformasi...!Reformasi...!Reformasi...!Reformasi...!Reformasi...!Reformasi...!Reformasi...!Reformasi...!Reformasi...!Reformasi...!Reformasi...!Reformasi...!Reformasi...!Reformasi...!

Aree Tone WoW berkata...

ATM bukan naik gaji boss...jgn salah faham...itu kenaikan band ...kalau boss tak faham apa itu band...pergi rujuk dulu...mmg gaji ATM tinggi .....yg pencen umo 40an pn pencen RM3500 mcm org bekerja....rezeki kan kan kan hehehehe

Aree Tone WoW berkata...

Kebanyakan komen tak berani nak dedahkan diri sendiri....signup google pun sekadar nak komen je...utk maklumat yg komen....jika tiada maklumat diri anda...komen komen anda dianggap SPAM mengikut istilah online....justeru itu...SPAM tidak akan dilayan...yang tulis panjang lebar...naya ja ...lenguh taip...jadi sila tulis dengan akaun anda yang betul dan bukan SPAM. Tq

admin berkata...

Cuepacs seharusnya melihat perbezaan yang sangat ketara EW & EPW di Sabah-Sarawak-Semenanjung secara jujur dan telus

admin berkata...

Cuepacs seharusnya melihat perbezaan yang sangat ketara EW & EPW di Sabah-Sarawak-Semenanjung secara jujur dan telus