Bernama
29/7/2016
29/7/2016
KUALA
LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang untuk
melanjutkan usia persaraan penjawat awam kepada 62 tahun dari 60 tahun
masa ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau turut menyifatkan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berhubung perkara itu sebagai masih pramatang.
"Kita mengambil maklum cadangan Cuepacs tapi mungkin masih pramatang lagi nak bercakap tentang penambahan umur persaraan.
"Jadi kita biarkan dulu (umur persaraan) 60 tahun dilaksanakan untuk beberapa tahun lagi," katanya pada satu sesi temubual bersama Bernama dan RTM di Angkasapuri di sini, hari ini.
Baru-baru ini Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda telah membuat cadangan itu kerana berpandangan ia satu kesesuaian seiring dengan wawasan negara menuju ke arah status negara maju.
Katanya, langkah itu juga mampu mengurangkan perbelanjaan bayaran pencen kepada pesara.
Sebelum ini umur persaraan wajib telah dinaikkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun pada tahun 2012.
Malaysia kini mempunyai 1.6 juta penjawat awam, termasuk kumpulan keselamatan dan perkhidmatan kritikal.
-- BERNAMA

6 ulasan:
Tingkatkan dulu kebajikan PA baru boleh sembang hal umur pencen. Sistem kebajikan PA contohnya hospital. Kelayakkan wad kelas 1... tp semenjak jd PA ni aku belum pernah rasa duduk Wad kelas 1. Apa kejadah punya polisi mcm ni. Tiap2 kali tanya wad kelas1 penuh. Kalau mcm tu aku cadangkan pulangkan semula kadar kelayakkan wad kepada PA yg duduk wad kelas rendah dari kelayakkan! Baru2 ni ke klinik org rumah sakit lutut. Disuruhnya kita beli ubat kat farmasi. Jd apa gunanya jd PA nk kerja sampai umur lebih 60 tahun kalau kebajikan pun x boleh nak jaga? Itu baru satu isu... belum lg isu LPPA yg bg loan perumahan yg kenakan syarat yg bukan2 dh mcm institusi kewangan swasta! Drp pak presiden meroyan isu2 bodoh sebab nk tunjuk pandai... elok rasanya suarakan isu2 yg sepatutnya. Mesyuarat buat sana sini tp hasil yg diketengahkan mcm sembang dlm jamban!
apa masalh kupek ni..
sistem gaji minima pun tak adil kepada yang lama berkhidmat,jika penjawat awam bergaji rm890....apabila gaji minima rm1200 sektor awam diwujudkan hanya mereka ini memperoleh manfaat.Gaji pokok terus melonjak ke rm1216.Kenaikkan sebanyak rm360.
bagi yang telah lama berkhidmat hanya peroleh KGT,di manakah kesamarataan perbezaan rm360 tadi.
Tidak wajar gaji minima diwujudkan dalam sektor awam jika perkara ini berlaku.
Bersuara secara harmoni dan mengharapkan perhatian cuepacs selaku wakil suara kepada kerajaan membetulkan situasi ini.
Terima kasih kepada cuepacs atas perjuangan untuk membetulkan keadaan.
dah mula balik dah cadangan merepek ni. buat dasar sebegini akan menyebabkan mereka yang tak sedar diri tandatangan opsyen bersara 62, walhal keupayaan dan kekuatan dah takda. sepatutnya kerajaan pinda semula akta pencen supaya mereka yang memilih untuk bersara pilihan selepas usia 40 dibayar pencen berdasarkan tempoh perkhidmatan pada bulan berikutnya selepas pencen, bukannya kena tunggu tahun mereka tandatangan opsyen. ini yang berlaku sekarang, mereka terpaksa tunggu sehingga tempoh masa yang ditetapkan. jadi mereka pun memaksa diri mereka untuk bertahan di dalam perkhidmatan awam sehingga lanjut usia walhal mereka sudah tidak berdaya. bukan semua orang boleh berfikir untuk diri sendiri. mereka main tandatangan saja.
daripada cuepacs sibuk memperjuangkan had umur persaraan, mengapa mereka masih lagi degil taknak perjuangkan nasib penjawat awam yang mempunyai kelulusan tinggi untuk pergi lebih jauh demi memajukan dan meningkatkan laluan kerjaya mereka? saban tahun, mereka ini dianaktirikan oleh kerajaan kerana "perlu bersaing" dengan mereka yang baru sahaja tamat pengajian. akhirnya mereka kecundang kerana SPA masih lagi menggunapakai kaedah merit. akhirnya mereka ini kekal sebagai kumpulan pelaksana dan kecewa dengan kerajaan. mengapa cuepacs taknak perjuangkan kumpulan ini sebagaimana mereka sibuk memperjuangkan PAR setaraf dengan PT, TYPIST setaraf PT, JURUTEKNIK setaraf PENOLONG JURUTERA walhal mereka ini tiada kelayakan akademik setaraf? mengapa?
oh ye, selingan: jangan lupa tangkap MALAYSIAOFFICIAL1. yang ini agak kabur, samada ianya perdana menteri, ataupun ketua setiausaha. ;)
saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.
Catat Ulasan