SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 Ogos 2016

CUEPACS: PERTIMBANG BERI BONUS DUA BULAN GAJI

Sinar Harian
28/8/2016

PASIR PUTEH - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap permohonan bonus dua bulan gaji untuk penjawat awam dipertimbangkan untuk diluluskan Perdana Menteri.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, beliau akan menemui PM dalam waktu terdekat bagi membincangkan perkara tersebut kerana menyedari penjawat awam yang masih berdepan kos sara hidup tinggi dan pelbagai bebanan.
Katanya, walaupun sebelum ini kerajaan sudah menyelesaikan semakan skim perjawatan dan semakan gaji, bonus tahunan itu amat diharapkan bagi menghadapi khususnya ketika penggal persekolahan tahun depan akan bermula.
"Kita berterima kasih di atas pelbagai pemberian sebelum ini termasuk bonus Hari Raya RM500 kepada kakitangan awam yang boleh dianggap sebagai dorongan kepada mereka dalam meningkatkan prestasi.
"Perkembangan mengenainya memang dinantikan penjawat awam yang memerlukan kos tambahan untuk menyelesaikan pengurusan pendidikan anak-anak mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Taklimat Perkhidmatan Awam di Dewan Utama Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) di sini, hari ini.
Azih berkata, beliau bersimpati dengan nasib lima peratus daripada penjawat awam yang hampir bersara tetapi belum mampu memiliki rumah sendiri gaji mereka hanya cukup untuk pengurusan harian dan anak-anak sahaja.
"Hasil kajian Cuepacs, kita mendapati dua faktor yang menyebabkan kakitangan awam gagal memiliki rumah sendiri disebabkan bilangan anak yang terlalu ramai selain dibebani hutang dengan institusi kewangan tertentu untuk menampung keperluan semasa.
"Kita berusaha membantu menyelesaikan perkara ini dan berharap masalah diselesaikan menerusi skim perumahan yang ditawarkan oleh kerajaan termasuk menyediakan kediaman secara sewa beli kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan membuka peluang untuk mendapatkan peluang memiliki rumah menerusi Syarikat Perumahan Negara," katanya.
Beliau juga memina Akta Perlindungan Guru dipercepatkan dalam usaha membela nasib guru yang sering terdedah dengan pelbagai masalah termasuk saman daripada ibu bapa dan sebagainya.
"Penyediaan khidmat guaman adalah satu penghormatan kepada guru kerana kerjaya pendidikan perlu mendapat pembelaan sewajarnya.
"Soal pelanggaran undang-undang oleh guru, itu soal lain, tapi dalam perkaran membabitkan bidang kerjaya, guru diberi kemudahan membela dan mempertahankan diri," katanya

41 ulasan:

Unknown berkata...

Nengok gayanya dapat 500 lg la...

Unknown berkata...

Dapat sebulan bonus pun sangat bersyukur.

jun hao berkata...

Jangan mimpi.

jun hao berkata...

Jangan mimpi.

Unknown berkata...

Saban tahun melopong tengok Selangor dgn Penang dpt bonus dgn duit raya...tp kita dr lahir dh diasah...dpt singgit pun kena bersyukur...lebih baik ade darivx de...itulah fahaman kolot yg terbenam dlm minda kita...kita x di ajar kalo org lain boleh bagi kenapa kita tak boleh bagi...kita kata kita byk duit dari org lain...

Unknown berkata...

kerajaan malaysia beri bonus yang amat melucukan!!rm500 2 x bayar!!

ady berkata...

Ermm.dua bln???tunggu la dua thn lg nk pilihanraya...mgkin ada kot...kuikuikui

ady berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kagumas berkata...

Kahkahkahkah... kan aku dh kata! Lpas ni dpt RM500... akur...akurr...akurrrr!!! Bingai punya Persatuan. Satu apa pun xleh harap!!!!

Kagumas berkata...

Penjawat awam pun rasanya x perlukan persatuan pekerja ala Cuepacs ni. Buang karan... kumpul duit buat mesyuarat sana sini, atas bukit bawah bukit punya mesyuarat. Tp satu apa benda pun xdak hasil. Elok bubarkan saja la drp dok menyalak konon bela nasib PA! Kalau nk bandingkan tukun dgn pemegang jawatan dlm Cuepacs ni rasanya tukun lg bernilai...

Rakyat malaysia berkata...

Maaf admin..pada pendapat saya..bagi bonus banyak sekalipun potongan cukai tetap tinggi..sudah diberi..ambil semula...kdg2 mcm xrelevan...bulanan ditolak dlm gaji..di luar juga dikenakan cas gst...yang dulunya belanja sedikit..sekarang melebihi dan tak mampu untuk buat simpanan..

Mohon pertimbangkan..

Rakyat malaysia berkata...

Maaf admin..pada pendapat saya..bagi bonus banyak sekalipun potongan cukai tetap tinggi..sudah diberi..ambil semula...kdg2 mcm xrelevan...bulanan ditolak dlm gaji..di luar juga dikenakan cas gst...yang dulunya belanja sedikit..sekarang melebihi dan tak mampu untuk buat simpanan..

Mohon pertimbangkan..

Mark berkata...

Tak payah berharap lah. Cuba mohon kepada kerajaan pusat untuk tambah separuh lagi dr Rm500 ke Rm1000.00 . Maybe kerajaan boleh pertimbangkan. Ataupun beri bonus mengikut gred masing2 saja.

Unknown berkata...

Tak payah mintak kenaikan...

Cadangkan untuk kerja jadi 6 jam sehari..

Buat dua syif....tambah satu syif baru dapat kenaikan tapi jadi 12 jam

Yg taknak syif semestinya samada tumpukan masa lebih kepada keluarga atau mencari

duit lebih melalui kerja part time..

6 jam lagi boleh minta serap ke swasta secara part time sangkut..samada

memperkasakan swasta atau institusi

keluarga atau merancakkan lagi hasil kutipan GST dan cukai melalui perniagaan

diceburi penjawat...

Untuk mengurangkan sikap terlalu bergantung kepada kerajaan

Kat Negara2 Maju dan Membangun banyak amalkan sistem kerja 6 jam...

CADANGAN 1 SEN SAYA JE...

Unknown berkata...

Pendapat saya rm500 lebih dari mencukupi.Alhamdulillah

Unknown berkata...

sewajarnya pihak kerajaan menaikkan gaji golongan pelaksana ( tidak termasuk badan berkanun untuk penjimatan ) sesuai keadaan semasa

Unknown berkata...

Setuju

Unknown berkata...

kali ini saya berkeyakinan dengan seruan cuepacs agar kerajaaan memberi 2 bulan bonus gaji,ini kerana hasil cukai gst akan diagihkan secara adil kepada penjawat awam dan golangan berpendapatan rendah melalui bantuan BRIM.
Sebagai kakitangan awam,kita seharusnya menyokong penuh cadangan cuepacs ini kerana suara cuepacs akan didengari oleh PM.Bajet kali ini juga seharusnya kita berkeyakinan penuh bahawa PM akan memberikan bonus 2 bulan gaji.Semoga kita sama-sama di berkati dengan rezeki kali ini melalui seruan cuepacs.

matt berkata...

Harap bajet kali ni ceupacs mnta naik elaun cola dan elaun khidmat awam lagi bagus...

faizal berkata...

bro...drpd kau cdgkan n agung2 kan 6 jam sehari kerja..lebih baik kerajaan pk bagi Jumaat public holidays...banyak manfaat dan boleh mencorak kehidupan masyarakat...tgk je la kesan yang baik negeri yang amalkan cuti minggu hari Jumaat .

faizal berkata...

Mat...1.62j perjawatan telah di isi dgn waran perjawatan keseluruhan 1.7j..kau rasa gomen nak bagi ke naik elaun itu n ini ...terkini kerajaan bayar gaji kita rm70b sebulan...fakta yang ramai x berapa nak kesah..

faizal berkata...

Johari itupun kalau ada bahagian kita...

faizal berkata...

give n take Rakyat Malaysia

faizal berkata...

give n take Rakyat Malaysia

Unknown berkata...

Bukan sebulan..setahun la

Buat Sampai Jadi Legacy berkata...

Aku ni dah 30 tahun jadi PA. Skrip yang sama,ayat yang sama walaupun presiden cuepacs
( KOPAK / HAPRAK ) silih berganti. Masa nak raya, minta dan harap kerajaan pertimbang 1 bulan bantuan raya. Masa nak bentang baget, minta dan harap kerajaan pertimbang 2 bulan bonus. Akhirnya dapatlah rm 500 . Alasan yang sama diberikan setiap tahun. Aku dah meluat,kononnya nak tunjuk yang cuepacs ni buat kerja. Setakat dok melalak macam anjing salak bukit setiap kali nak raya dan bentang budget, aku rasa tak payahlah ada cuepacs, buang masa je. Tak perlulah minta bukan bukan sebab kita dah tahu jawapannya. Kerja sia sia dan buang masa.

Unknown berkata...

Selain dari permintaan bonus sebanyak 2 bulan gaji,kami juga menyeru supaya cuepacs mengkaji dengan segera kenaikan gaji satu tangga pada bulan 7 baru-baru ini.kenaikan gaji ini diharap bersesuaian dengan kos sara hidup sekarang kerana kebanyakkan harga barang naik selepas gst.Jika dengan satu kenaikan gaji pada bulan 7 lalu memberi banyak mamfaat kerana kebanyakkan barangan sekarang di kenakan cukai gst.

afdi berkata...

Dau tau mintak tak dpt buat la cara lain.

afdi berkata...

Dau tau mintak tak dpt buat la cara lain.

Unknown berkata...

cara lain tu mcm mana,boleh kongsi tak.kot2 cadangan tu bernas.lagi pun bajet 2017 dah nak dekat ni.Mmg sgt2 mgharap sgt bonus dpt 2 bulan gaji.

Unknown berkata...

Bonus tu xpe xdpt pun.saya cuma berharap pihak kerajaan dpt mengkaji semula gaji PA yang telah lama berkhidmat tetapi cuma dapat lebih satu kenaikan saja berbanding PA yang baru dilantik dapat hampir 4 kali gaji yg lama.kalau boleh bagi adil la.tu ja.sekian.

TKI berkata...

Dah lama sgt xdpt bonus ni...tempoh plg lme sejak bonus dperkenalkn thun 1993

TKI berkata...

Org gaji besar atau bini kerja mmg hrp tmbh gahi je...tp rmi PA lebih hrpkn bonus...tmbhn brg2 psekolahan da naik harga..xkira lg brg koperasi sekolah yg jauh lg mhl dri kdi...

TKI berkata...

Dah lama sgt xdpt bonus ni...tempoh plg lme sejak bonus dperkenalkn thun 1993

Unknown berkata...

elaun sara hidup patut di selaraskan tak kira dibandar atau luar bandar....sbb kalau di bandar ron95 - rm1.70 di luar bandar pun rm 1.70...gula rm2.80 bandar di luar bandar nasib murah rm 2.80...untungnya kalau dok di luar bandar..semua barang murah...puiiiiiih....

Unknown berkata...

Perkenalkan nama saya zull fikar. Dan saya ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH JONOSEUH atas bantuannya selama ini dan saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sukses dan ini semua berkat bantuan MBAH JONOSEUH,selama ini, saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang2 dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya usaha Restoran sendiri,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH JONOSEUH atas bantuan nomor togel dan dana ghaibnya, dan saya yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jadi jangan ragu-ragu untuk menghubungi MBAH JONOSEUH karna beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita atau rekayasa tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH JONOSEU di 0823 4444 5588 dan ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang ke 2 kalinya terimah kasih..

Unknown berkata...

Betul tu.elaun cola wajar bagi sama semua.gaji naik banyak sikit abg jib.bonus pun nak jugak

Muhammad Hafiz Yunus berkata...

kalau orang kerja swasta nak tambah pendapatan boleh kerja lebih masa tapi penjawat awam tak boleh. sebab tu perlu buat 2 kerja tapi bila buat 2 kerja, boleh jadi produktiviti sebagai pekerja awam akan menurun. cadangan kerja 6 jam boleh digunakan untuk mengatasi 2 kerja dalam 1 hari. sepatutnya seharian dipecahkan kepada 3 waktu, 2 waktu bekerja dan 1 waktu bersama keluarga.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Apa2 pun mari kita sama2 nntikan perbentangan bajet 2017 nanti.Kemungkinan ada kelainan,ada penambahan bonus.sekurangnya dpt kita manfaatkan utk prsekolah anak dan persedian am seperti insurans dan cukai kenderaan.Harap sgt kerajaan dpt mmbntu kita semua dgn plbagai cara dan salah satunya mmbayar bonus setengah bulan gaji atau sebulan gaji.nk mntak byk2 pun rasanya tak sesuai sbb cukai gst pun utk kegunaan brsama trmasuk bkn kakitangan awam.

Unknown berkata...

saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.