SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 Disember 2016

SEMAKAN ELAUN PENJAWAT AWAM DIBAWA KE KABINET RABU INI

Sinar Harian
19/12/2016




 
 
 
 
 
 
 
Ahmad Zahid menerima cenderahati daripada Azih (kanan) selepas hadir merasmikan Konvensyen Kongres Cuepacs ke-27 hari ini. - Foto Bernama
 
 
 
KUALA LUMPUR - "Tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkenaan semakan semula elaun-elaun kakitangan awam akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet Rabu ini," kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri berkata, beliau berpendapat tuntutan itu adalah munasabah kerana elaun berkaitan sudah tidak disemak selama 14 tahun.   
"Saya akan ingatkan Menteri Sumber Manusia (Datuk Richard Riot Jaem) untuk membawakan kedua-dua tuntutan itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat kabinet Rabu ini," katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen Kongres Tritahunan Cuepacs ke-27 di sini hari ini.   
Turut hadir Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem, timbalannya Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda.   
Ahmad Zahid berkata, selain itu tuntutan Cuepacs agar kerajaan mewujudkan Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan untuk sektor awam juga akan dibincangkan pada mesyuarat tersebut.   
"Saya fikir perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan mendengar permintaan ini dan apabila tiba masa akan memenuhi permintaan ini," katanya.
Namun, timbalan perdana menteri berkata, apabila menuntut perlu ada timbal balas iaitu penjawat awam perlu menunjukkan peningkatan produktiviti dan prestasi dalam perkhidmatan.
Katanya, sebarang permintaan juga perlu berdasarkan kesesuaian dan kemunasabahan mengikut kesesuaian situasi semasa.
Terdahulu semasa menyampaikan ucapan alu-aluan, Azih mengemukakan beberapa permintaan kepada kerajaan untuk menambah baik perkhidmatan awam yang antara lain termasuk mewujudkan skim insurans dan mengekalkan saiz perkhidmatan awam. - Bernama

19 ulasan:

Unknown berkata...

akan dikaji

Mmd.Shah berkata...

kerajaan bersetuju untuk mengkaji kadar elaun PA.. lepas 3 tahun naik RM5.00. haha

Tanpa Nama berkata...

Terbaikkk....mudah-mudahan berjaya. Terima Kasih Cuepacs
info website kami: http://www.kelabpaputm.com/

Unknown berkata...

kaji kaji kaji dan kaji..... lepas 5 tahun baru rasa... itupun naik RM 10.00 je

Unknown berkata...

Najib akan bagi kenaikan sebanyak 100% bermula januari 2025.

Unknown berkata...

kajian akan di buat selepas menang pilihanraya

Unknown berkata...

tak wajar dibuat kajian sekadar kajian,paling wajar adalah keputusan dan laksanakan kenaikan elaun elaun penjawat awam terutama elaun khidmat awam,elaun sara hidup,elaun rumah.

amat tidak wajar jika dihebahkan di media tentang kajian,tapi tiada sebarang keputusan untuk kenaikan diperolehi penjawat awam.

KECUALIKAN badan berkanun dalam soal kenaikan gaji mahupun kenaikan elaun yang diputuskan kerajaan kerana badan berkanun mampu mencipta sendiri kenaikan gaji dan elaun mereka termasuk bonus tinggi mereka perolehi setiap tahun.

ini boleh dijimatkan peruntukan sekiranya badan berkanun dikecualikan.

Unknown berkata...

Hari ini rabu..senyap jah...

Unknown berkata...

Hari khamis dah ... rasanya kalau ada pun akan diumumkan pada 1 mei...

adil untuk semua berkata...

Dah masuk 24hb semakan yg d bawa ke kabinet mcm tak de cerita ... Semakan cuma bunyi masa kongres .. Common la dah jemu dgn plan tapi banyak tak jadi .. Salak bukit la mcm tak de hasil

mushy rabbits berkata...

Penyedap hati je...

mushy rabbits berkata...

Penyedap hati je...

Tanpa Nama berkata...

tolonglah kaji semula elaun perumahan wilayah, imbuhan tetap perumahan dah naik...

infocentreipgtawau berkata...

hari ini sudah februari 2017 apa cerita.

malkml photography berkata...

Hari ini sudah mac 2017 apa cerita

Unknown berkata...

mana jawapan hasil semakan elaun penjawat awam,senyap sepi.

Terutama elaun khidmat awam yang berada pada kadar lama !!!!

elaun khidmat dalam bandar !!!!!

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Penjawat awam yang melanjutkan pelajaran masih blm mendapat elaun belajar.....sedangkan pekara ini telah dinyatakan dlm bajet 2017....sblm ini elaun ini diberikan pada golongan profesonal dan pengurusan yang menyambung pelajaran.....dan skrg diperluaskan kepada bagi kumpulan perlaksana....mohon pencerahan...kerana surat perkeliling utk kumpulan perlaksana masih belum dikeluarkan....

Unknown berkata...

Penjawat awam yang melanjutkan pelajaran masih blm mendapat elaun belajar.....sedangkan pekara ini telah dinyatakan dlm bajet 2017....sblm ini elaun ini diberikan pada golongan profesonal dan pengurusan yang menyambung pelajaran.....dan skrg diperluaskan kepada bagi kumpulan perlaksana....mohon pencerahan...kerana surat perkeliling utk kumpulan perlaksana masih belum dikeluarkan....