SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Jun 2017

ANGKASA, CUEPACS JALIN KERJASAMA STRATEGIK JAGA KEBAJIKAN PENJAWAT AWAM' KAKITANGAN GLC

Bernama
Tarikh kemaskini: 17/06/2017



KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan menjalin kerjasama strategik dalam usaha menjaga kebajikan 1.7 juta penjawat awam dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata kerjasama itu membolehkan pihaknya bersama Cuepacs mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung isu berkaitan golongan berkenaan untuk dibawa kepada pihak kerajaan.

"Kita akan lihat secara keseluruhan setiap masalah yang dihadapi penjawat awam dan kita akan mencari strategi untuk menyelesaikan perkara tersebut misalnya isu berkaitan kenaikan kos sara hidup dan beberapa perkara lain demi menjaga kepentingan mereka," katanya.....

Tiada ulasan: