SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2020 : PEKERJA TUNJANG KELESTARTIAN NEGARA

29 Ogos 2020

Cuepacs minta kerajaan segera laksana lima tuntutan

Sinar Harian
29/8/2020

KUANTAN - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan agar segera menunaikan lima tuntutan yang belum dilaksanakan bagi menjaga kepentingan dan kebajikan penjawat awam.

Presidennya, Adnan Mat berkata, ini kerana penjawat awam telah membuktikan taat setia dan bekerjasama dengan tetap melaksanakan tugas dengan baik dan berdedikasi walaupun berlaku perubahan kerajaan.

"Lima perkara ini sudah dimuktamadkan setelah kajian terperinci dilakukan tetapi mengapa ia masih tidak dilaksanakan? Apabila pertukaran kerajaan berlaku, kakitangan kerajaan menjadi mangsa keadaan yang mana ada permintaan kita telah diabaikan.


"Sedangkan mereka telah menjalankan tugas dengan baik tanpa mengira siapa yang menjadi kerajaan sekali gus memastikan kerja pentadbiran pejabat kerajaan berjalan seperti biasa," katanya.

Adnan berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Menandatangani Dokumen Perjanjian (MoA) antara Widad University College (WUC) dengan USAINS Holding Sdn Bhd serta Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara WUC dengan Kesatuan Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat Semenanjung Malaysia (Kesateria) di sini hari ini.

Lima tuntutan itu ialah kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Julai 2018 dan pemendekan kenaikan pangkat 'time based' kali kedua yang dikurangkan dari 13 tahun kepada 10 tahun berkuat kuasa 1 Januari 2018, selain pengumuman gaji tambahan kepada guru gred DG56.

Ia juga melibatkan penebusan awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 75 hari boleh ditukar kepada wang tunai bagi yang sudah berkhidmat lebih daripada 15 tahun dan Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) tambahan sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana juga diperluas kepada penjawat awam Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, mengulas mengenai MoA dan MoU itu, Pengerusi Lembaga Pengarah WUC, Datuk Nasir Mat berkata, kerjasama itu memberi peluang kepada kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) untuk meningkatkan tahap akademik termasuk ke peringkat diploma dan ijazah pertama.

"Buat masa ini, kita menyediakan diploma pengurusan dan selepas ini diploma pengurusan lestari akan diperkenalkan. Seramai 72 warga Kemas telah mendaftar dengan WUC dan mereka akan melalui proses pembelajaran secara dalam talian selain hadir beberapa kali ke kolej," katanya. - Bernama


© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

40 ulasan:

Awanama berkata...

ASSALAMUALAIKUM

Dato2..Tuan2...dan Puan2

CADANGAN SAYA
Persaraan Pilihan Di bawah Seksyen 12 Akta 227/239

dikaji semuala atau di mansuhkan....kerana terlalu lama menunggu dapat pencen... setelah berpencen pilihan...kalau boleh biarlah bayaran pencen dibuat selalu...waimah pencen itu rm50 ringgit.. sebab baru bertugas selama 8thn...pekerja yg berpenceh pilihan walaupun x smpai 10thn.

kekosongan boleh diisi dengan anak muda yang berminat dengan agensi kerajaan.

#kesian kami nak menunggu lama weh...pencen pilihan umur 38...umur 55 baru bayar

Unknown berkata...

Assalamualaikum tuan/puan,

CADANGAN SAYA
Pekeliling Perkhidmatan bilangan 12 tahun 2007 dikaji semula.
Elaun pemandu gantian RM5 SEHARI sudah tidak relevan pada zaman ini.
Kasihan pada staf di jabatan yang kekurangan pemandu dan terpaksa guna pemandu gantian untuk tugasan rasmi. Diharapkan cadangan ini mendapat perhatian CEUPACS.

Terima kasih.

Fiona Chin berkata...

Saya minta kerajaan membuka lagi opysen untuk pilihan KWSP dan pencen lagi. Mereka yang tersalah pilih sepatutnya diberi peluang yang kedua untuk membuat pilihan, khasnya yang telah berkhidmat lebih dari 10 tahun.

Awanama berkata...

Kumpulan pelaksana tetap mendapat sedikit saja tempias dari apa yg diperjuangkan...

rohit chavan berkata...

Searching for the best convection microwave grill oven in India under 5000, 10000,
15000 ? Here you can get them. best microwave convection oven

Unknown berkata...

saya cadangkan agar ceupacs kena lebih tegas dalam apajua usul dan cadangan untuk Pejawat Awam yg dimohon kepada kerajaan agar kerajaan dapat meluluskan segala tuntutan yg dimohon.. Jika berjaya walaupun sedikit sekurang-kurang dapat meringankan beban penjawat awam sekarang.. Inilah matlamat utama sebab apa Ceupacs ini ditubuhkan... Jika semua tuntutan dan cadangan hanya disemak dan dikaji tetapi tiada apa2 perubahan tidak bermakna langsung tujuan Ceupacs ni ditubuhkan... Tidak dapat membela nasib penjawat awam walaupun kecil...

MAGS PREMIUMS berkata...

"bantingtravel.blogspot.com
Cuti-cuti Malaysia in Banting, introducing about Banting attraction and nice restaurant"

akmal berkata...

kenaikan gaji tahunan tu gred 29 kebawah naikkanlah terutama gred 11 naikknlah..dh lama gaji x disemak.

Unknown berkata...

Saya hendak cadangkan kerajaan mengkaji untuk perlantikan warden secara tetap.bukan Dari kalangan guru atau staff.

ibupuspitawati berkata...


assalamualaikum wr, wb, saya IBU PUSPITA WATI saya Mengucapkan banyak2
Terima kasih kepada: AKI SOLEH
atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan "4D"
alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2 saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2
Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
yang ingin merubah nasib
seperti saya !!!

SILAHKAN TLPN AKI DI WHATSAPP : 082~313~336~747

Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini.!!
1: Di kejar2 tagihan hutang
2: Selaluh kalah dalam bermain togel
3: Barang berharga sudah
terjual buat judi togel
4: Sudah kemana2 tapi tidak
menghasilkan, solusi yang tepat.!!
5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual belum dapat juga,
satu jalan menyelesaikan masalah anda.!!
Dijamin anda akan berhasil
silahkan buktikan sendiri

Angka:Ritual Togel: Singapura

Angka:Ritual Togel: Hongkong

Angka:Ritual Togel: Toto Malaysia

Angka:Ritual Togel: Laos

Angka:Ritual Togel: Macau

Angka:Ritual Togel: Sidney

Angka:Ritual Togel: Brunei

Angka:Ritual Togel: Thailand

" ((((((((((( KLIK DISINI ))))))))))) "

Awanama berkata...

Assalamualaikom saya salah seorang penjawat awam gred n 11 di sini saya ingin meluahkan rasa keluhan dimana skim gred seperti saya nie sering di pandang sepi kerana semasa penjawatan saya di jumud kan dari n 1 ke n11 kami tiada apa -apa keistimewaan dari segi kenaikan gaji berbanding dengan gred n17 ke n 19 yang dapat kenaikan gaji dari RM 95 ke RM 100 kami masih di tahap yang sama RM 80 cuma perjawatan kami di tukar dari pembantu am pejabat ke pembantu operasi itu sahaja di harap presiden cuepas memandang skim kami kerana kami juga adalah tonggak barisan belakang sesebuah kementerian dan jabatan tanpa kami nie sebagai pengerak aliran surat tidak akan dilaksanakan dan kami juga mohon semakan elaun motorsikal yang tidak lagi relevan buat masa kini jikalau dulu RM 70 sekarang RM 120 dan boleh di anggap sebagai jauh ketinggalan nie kerana ada diantara kami menggunakan kenderaan sendiri untuk tugasan dengan kadar semasa kenaikan harga minyak di harap tuan presiden CUEPACS membangkitkan isu kami yang gred rendah dalam perkhidmatan awam hanya CUEPACS sahaja dapat kami mengadu.sekian

Unknown berkata...

Sokong

Unknown berkata...

Sokong

Tiada Nama berkata...

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga cuepac dan pentadbir group,
saya mewakili gred N/H 11 dalam perkhidmatan awam menyeru agar semakan perjawatan, skim gaji, dan elaun khidmat bagi perkhidmatan kami di kaji semula kerana amat jauh dibandingkan dengan gred lain di dalam perkhidmatan awam dan tidak setimpal dengan kitaran kehidupan seharian dibandingkan dengan gred 19 dari segi kenaikan tahunan dan elaun khidmat serta kenaikan pangkat yang dinafikan atas tindakan penjumudan jawatan gred N1/R1 ke n11/h11 Oleh yang demikian satu tindakan segera diperlukan kepada pihak cuepac untuk di usulkan kepada pihak jpa untuk diseragamkan tanpa prejudis.

Amirul berkata...

Salam warga ceupacs dan ahli

Cadangan:

1. Elaun Keraian utk jawatan-jawatan ketua dalam kump sokongan 1. Contoh gred U36 adalah gred ketua dan layak dipertimbangkan elaun keraian dgn tanggagaji melebihi rm4999.00.

2. Elaun Kritikal bagi semua gred paramedik.

3. Elaun wilayah asal. Sekiranya pegawai lahir dinegeri lain tp bertugas di negeri lain.

4. KGT. Mohon 1 kgt yang dijanjikan tempohari dilaksanakan

5. Elaun oncall anggota paramedik hendaklah diberikan kpd paramedik yang layak

Angah berkata...

Assalamualaikum
Saya ingin suarakan mengenai jawatan pembnatu operasi gred N1 yang telah di tukar ke gred kenN11.Soalan saya mengapa lantikan 2004 tidak boleh naik pangkat k N14 sedangkan sudah berkhidmat lebih 15tahun.mengapa mesti diulang semula bermula tarikh lantikan N11 ini tidak adil..harap pihak tuan dapat mengkaji masalah ini sekian terima kasih

Angah berkata...

Betul saya setuju ini tidak adil harap pihak ceupacs beri kerjasama

Angah berkata...

Sokong

anonymous berkata...

Assalamualaikum. di harap Golongan B40 dalam penjawat awam dapat diawalkan kenaikan gaji utk tahun 2021. Contoh , jika kenaikan bulan 4, 7, 10 boleh diawalkan ke bulan 1 tahun 2021 , sekurang kurangnya dapat la kurangkan beban kami golongan yang tidak berkemampuan tanpa menggunakan duit kerajaan . Diawalkan sahaja Kenaikan GAJI ke bulan 1.. itu sahaja.. Diharap CUEPACS dapat membawa perkara ini ke peringkat tertinggi. Terima kasih .

Awanama berkata...

Blogger Angah berkata...
Assalamualaikum
Saya ingin suarakan mengenai jawatan pembnatu operasi gred N1 yang telah di tukar ke gred kenN11.Soalan saya mengapa lantikan 2004 tidak boleh naik pangkat k N14 sedangkan sudah berkhidmat lebih 15tahun.mengapa mesti diulang semula bermula tarikh lantikan N11 ini tidak adil..harap pihak tuan dapat mengkaji masalah ini sekian terima kasih

Sabtu, Oktober 10, 2020 11:28:00 PG


ah lemak lah lu bai... dah dapat naik gred 11 free tak payah pegi exam test bagai, nak 14 ikut tarikh lantikan gred 1 pulak.
lemak tau tak lemak? lepas tu demand nak gred 41 pulak ke apa?

huzaifah berkata...

adakah ini blogspot official Cuepacs??mohon cuepacs cipta satu website sendiri macam mana mana jabatan/kementerian....senang kami kakitangan awam nak salurkan idea atau mengetahui apa apa perkembangan terkini .

huzaifah berkata...

tak ada beza apapun dari gred N1 jumud ke N11 tu...magic je dari JPA...tak ada kenaikan satu tangga gaji apapun..gred je dari n1 ke n11..beza dengan jawatan typist dulu yg jumud dari gred 11 ke gred 17..bila jadi n11 tu semua PRA/PAP/DRIVER kira macam baru servis balik..kena tunggu belas tahun balik nak naik N14 yg dulunya N4..

Awanama berkata...

salam n sedikit cadangan bagi pemberian BONUS kpd penjawat awam iaitu;

1) Sebulan gaji bagi Gred54 dan ke bawah.
2) Setengah bulan gaji bagi Gred Jusa keatas.

BONUS dikreditkan dalam akaun ASB/ASN penjawat awam Melayu Bumiputra manakala lain-lain bangsa dalam Amanah Saham Malaysia
BONUS hanya boleh dikeluarkan selepas 6 bulan.
Anggaran RM4-RM5 billion bonus yg berada dalam akaun PNB itu dapat dilaburkan dan digunakan kembali oleh kerajaan dalam pelbagai aktiviti ekonomi negara kerna PNB adalah GLC kerajaan.

terima kasih

Awanama berkata...

sokong gaji diawalkan pd bulan 1 semua sekali.dpt lah semua merasa awal kenaikan gaji.tidak bg kakitangan kenaikan pd bulan 10 lewat merasa.org bulan 4 dh sedap dah.org bulan 10 baru nk merasa kenaikan.dan time based bg kerani yakni kerani tertinggi di percepatkan sedikit.dari 10 misalnye ke 5 tahun saja.kerna selalunya kerani tertinggi ni dekat2 nk pencen baru merasa.lagi satu kerani yg buat kerja2 kewangan walaupun dalam gred N22 ke N19 ke misalnya jika mereka ada buat keje2 berkaitan kewangan berilah mreka elaun khas kewangan sampai pada lantikan mereka bila hingga bila.sbb jawatan kerani ada tukar2 bahagian.tidak semestinya duduk diam disatu2 unit atau bahagian.5 tahun mereka ada pusingan tmpt bertugas di organisasi masing2.maka elaun tersebut di berikan kpd kakitangan tersebut semasa dalm tempoh berada di satu2 bahagian.sbb kerana yg melaksanakan tugas2 kewangan seperti claim, tuntutan bayaran selain kerja2 perkeranian.thanks

Red One Blogger berkata...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada Wakil Cuepacs dan teman-teman blogger sekalian.

Cadangan saya untuk belanjawan tahun 2021 diharap penjawat awam beroleh sedikit buah tangan seperti permintaan cuepacs (5) usul yang dibincangkan sebelum ini :
1. kenaikan pangkat kali kedua di pendekkan dari 13 ke 10 tahun.
2. pemberian 1 kgt seperti dijanjikan pada 2018
3. kenaikan BSH rm 50 diselaraskan kepada PA sabah dan sarawak
4. pemberian wang bagi pengeluaran GCR yang diluluskan berdasarkan (syarat) dalam bajet
2020 sebelum ini
5. gaji minimum penjawat awam dikaji semula berdasarkan paras garis kemiskinan negara iaitu
RM 2208.00

Cadangan tambahan oleh saya,

1. Pemberian kenaikan pangkat secara fast trek diwujudkan bagi semua lapisan gred yang
sebelum ini hanya diberikan kepada pegawai di peringkat Pengurusan & profesional sahaja
2. Dimansuhkan kenaikan gaji tahunan mengikut format terkini iaitu 3% mengikut gaji
permulaan gred kemasukan, perlu diganti dengan kenaikan berdasarkan SKT tahunan /
kecemerlangan mengikut peratusan yang sesuai berdasarkan gaji terakhir tahunan pegawai
di setiap lapisan gred.
3. Pemansuhan dan penjumudan gred kumpulan sokongan melibatkan perkhidmatan gred 11
mengunakan sijil PMR/PT3 kepada gred 19 melibatkan kemasukan sijil spm dan pengambilan
seterusnya hanya mengunakan spm sahaja dan percaturan kerja semasa digabungkan ke dalam
jawatan terkini tersebut iaitu digred 19
4. Pengambilan baru PA adalah mengikut kapasiti negeri berkhidmat mengikut K/P semasa
pemohon agar menjimatkan perbelanjaan mengurus jabatan dan perkhidmatan awam kerena
dapat berkhidmat di negeri kelahiran masing2.
5. usulkan rombakan gaji hakiki pelbagai gred lapisan bagi setiap 5 tahun sekali dengan
perjanjian antara pihak cuepacs dan kerajaan
6. semakan semula elaun - elaun semasa iaitu Imbuhan tetap perumahan, imbuhan tetap khidmat
awam / keraian dan bantuan sara hidup (Cola).

sekian terima kasih.

Awanama berkata...

saye cdgkn elaun cola di tambah kerna kakitangan menghadapi krisis wabak skarang ini.bonus sebulan gaji.kenaikan gaji bagi kakitangan yg dianugerahkan perkhidmatan cemerlang seperti masa2 dulu.bila kakitangan dianugerahkan perkhidmatan cemerlang dpt lonjakan gaji.samada 1 kenaikan atau 2 kenaikan.selain drpd sumbangan wang kedalam asb.kalau zaman dulu2 cemerlang saje dpt gaji menegak ke melintang ka merudum ke hihihi..maka gembaira sikit.boleh di jadikan motovasi dan kecemerlangan lagi pd potensi diri masing2 utk mempertingkatkan lg kerjaya.bukan hanya mengharapkan kenaikan tahunan tiap2 tahun tu aje.bila dpt anugerah cemerlang maka kakitangan dpt 2 kenaikan.

1 kenaikan tetap setiap tahun
2.kenaikan kerna perkhidmatan cemerlang

kalau gred n19 tu naik rm100 tiap2 tahun maka dengan anugerah cemerlang di tambah lg rm100 pada tahun tersebut.

terima kasih

banggoi petai berkata...

Saya cadangkan gaji kakitangan awam dipotong 5-25 % mengikut gred masing masing bagi membantu negara menangani covid 19 . Setelah krisis covid 19 dapat ditangani kerajaan mestilah menaikkan semula gaji kakitangan awam 30 % setiap gred serta menambah sekali ganda kenaikan semua elaun yang berkaitan kakitangan awam . Ini yang saya mimpi semalam ...

Awanama berkata...

Sebagai tanda keprihatinan penjawat awam terhadap penularan covid 19 di kalangan rakyat Malaysia, saya mencadangkan CUEPACS mewujudkan Tabung Bantuan Covid 19. Melalui potongan gaji atau apa-apa cara yang difikirkan sesuai. Wang boleh di salurkan kepada pihak-pihak yang memerlukan.

TombStone berkata...

Pishang saja...kamon cuepacs..kita keras sikit...

Unknown berkata...

X dilyn

مجدى berkata...


شركة مكافحة الحشرات بالدمام
شركة تسليك مجارى بالدمام
شركة تنظيف منازل بالدمام
شركة تنظيف خزانات بالدمام
شركة تنظيف مسابح بالدمام
شركة تنظيف واجهات زجاج بالدمام

Awanama berkata...

Dah senyap..... Kupek ni menyalak bermusim. Tak ada pun nak ulas pasal bajet 2021 yang rata2 tak memenuhi apa-apa tuntutan...... Mohon semua ajk dari kepala sampai kaki mengundur diri. Menghabiskan bajet jer,,,,

Unknown berkata...

Tutup cuapec
Balik ke pej asal buat tugas hakiki.

Unknown berkata...

Percayalah apa yg tuntut tak dapat.
Buang mass sahaja.
Bukan cuapec zaman dahulu.

Awanama berkata...

Kene undur diri.....habuk pun tarak

Awang Liku berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Awang Liku berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Awang Liku berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PA berkata...

Apa status pengeluaran GCR 75 hari yang telah diluluskan dalam Bajet 2020. Sekarang dah bentang Bajet 2021?
Please Ceupacs, update perkembangan kepada anggota PA.

Awang Liku berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.