SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 Mac 2021

Bekerja dari rumah: Majikan perlu sediakan kemudahan lengkap - Cuepacs

 Astrowani
9 Mac 2021


KUALA LUMPUR: Kerajaan dan majikan swasta perlu menyediakan kemudahan seperti internet dan komputer riba, bagi menjayakan cadangan bekerja dari rumah (BDR) seperti yang diutarakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat berkata, kemudahan dan persekitaran seperti yang dinikmati oleh pekerja yang bekerja di pejabat perlu disediakan, bagi menjayakan konsep BDR berkenaan bagi memastikan hasil dan produktiviti dapat dicapai.

"Tiada gunanya jika kita melaksanakan konsep BDR, jika hasil atau produktiviti yang kita harapkan tidak dapat dicapai akibat persekitaran kerja yang tidak sesuai, kerana akhirnya pekerja yang dipersalahkan kerana tidak mencapai produktiviti yang ditetapkan.
Sekiranya konsep ini mahu diperkenalkan pada masa akan datang, ia perlu dirangka dengan pendekatan yang menyeluruh, agar tidak menjadi sia-sia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam Muhyiddin dilaporkan telah meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM), untuk menilai cadangan memperluas kemudahan BDR untuk sektor awam dan swasta dengan gaji penuh, bagi penjagaan ahli keluarga yang uzur dan sakit serta menyokong isteri dalam hal penjagaan anak baharu lahir.
Menyifatkan cadangan berkenaan sebagai memberi sinar baharu kepada golongan wanita, Adnan turut menyeru agar JPA dan KSM membuat penilaian segera terhadap cadangan berkenaan.
Tambah Adnan, langkah berkenaan dapat meningkatkan produktiviti negara dengan penglibatan lebih ramai wanita, dalam pasaran buruh.
"Berdasarkan statistik semasa, jumlah penyertaan tenaga buruh melibatkan golongan wanita hanya mencatatkan sekitar 55.3 peratus, berbanding 80.7 peratus golongan lelaki dan ini satu jurang yang sangat besar," katanya.
-- BERNAMA

Tiada ulasan: