SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 November 2022

Utamakan penjawat awam berkebolehan, kompeten bagi isi jawatan utama - Cuepacs

 

\Astrowani

19/11/2022


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan memberi keutamaan kepada penjawat awam yang berkebolehan dan kompeten untuk mengisi jawatan-jawatan utama dalam perkhidmatan awam.
Presidennya Datuk Adnan Mat berkata campur tangan politik dalam urusan pelantikan perlu dielakkan bagi membolehkan mereka yang dilantik benar-benar membantu dan dapat memberi nasihat terbaik kepada Jemaah Menteri.

"Unsur-unsur favouritism juga hendaklah dielakkan terutama dalam hal lantikan jawatan tertinggi kerana ia boleh menjejaskan operasi perkhidmatan awam sekiranya mereka yang dilantik itu tidak kompeten," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Beliau berkata pegawai yang dilantik hanya disebabkan "kegemaran" ahli politik tertentu, dibimbangi tidak boleh melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan terutama dalam memberi nasihat terbaik kepada menteri berkenaan.
Adnan berkata Cuepacs pada dasarnya tidak mempunyai masalah bagi lantikan politik yang mempunyai kelayakan, namun bagi memastikan kelancaran sesuatu jabatan sekiranya terjadi peralihan kerajaan, adalah lebih baik lantikan dibuat dalam kalangan anggota penjawat awam sahaja.
"Mereka yang dilantik berdasarkan politik akan meletak jawatan atau dipaksa melepaskan jawatan apabila suatu kerajaan itu berubah. Ini boleh menjejaskan perkhidmatan kerajaan dan menimbulkan persepsi kurang baik terhadap perkhidmatan kerajaan sedia ada," katanya.
-- BERNAMA

4 ulasan:

SLOT GACOR TERPERCAYA 2023 berkata...

Merak123 Slot Online

Merak123 Slot Resmi

Merak123 Slot Gacor

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wbt. CUEPACS,

Mohon agar skim Pegawai Khidmat Pelanggan di tukar ke Skim Pembantu Tadbir (Pengkeranian/OPERASI) kerana skim PT(P/O) lebih fleksibel iaitu boleh bertugas dimana-mana bahagian sesuai dengan namanya manakala skim PKP pula lebih kepada berhadapan dengan pelanggan. Bagi yang berumur 19 hingga 35 tahun memang sesuai melayani/berhadapan dengan pelanggan tetapi bagaimana pula keadaannya bila masuk umur 36 keatas (40an, 50an dan 60an)
Gigi dah tertanggal (cakap pun bersembur) sebutan pun jadi tak jelas bila bercakap dlm talipon (kekangan dlm penyampaian maklumat)
Dah tak sesuai untuk menjadi barisan hadapan pihak kerajaan, mekaplah macammana pun, tetap tak menarik apatah lagi kalau tak mekap (lebih menggerunkan)

Bagi skim PT(P/O) pula, pada umur 19-30/35, pihak kerajaan boleh letakkan di bhgn hadapan (Pelanggan/Telefon) dan bila umur telah meningkat, pihak kerajaan boleh letakkan di bhgn-bhgn yg tersembunyi (dikhuatiri membuatkan org awam gementar/takut)

Moral of the story
1.Tukar skim yg tak boleh bergerak kepada skim yang bebas digerakkan (fleksibel)
2.Skim tersebut sentiasa releven sehingga penjawat awam mencapai umur persaraan.

**Berdasarkan pemerhatian saya sebagai penjawat awam selama 28 tahun 3 bulan

Garry yee berkata...

basic gaji 1200 dan kgt rm80 dah tak releven lagi.. untuk yg penjawat awam gred 11 serapkan ke gred 19.. sama juga penjawat awam bahagian lain seperti PDRM YP1 dan YT1 serapkan kepada YA1 tak perlu kena ambik peperiksaan khas sebab dah berkhidmat lama.. dengan cadangan ini, boleh menyelesaikan masalah gaji kumpulan gred sokongan 11 semua.. saya berharap cadangan saya ni dapat perhatian daripada pihak CUEPACS

Tanpa Nama berkata...

kobra88