SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

21 Februari 2021

Percayalah penjawat awam

 Sinar Harian
21 Februari 2021


Pertukaran kepimpinan kerajaan pusat pertama kali berlaku pada tahun 2018 apabila Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 dengan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang telah berkuasa selama 60 tahun.

Bagaimanapun, timbul tohmahan jahat kononnya penjawat awam melakukan sabotaj sehingga menyebabkan kerajaan PH jatuh selepas 22 bulan memerintah dan Perikatan Nasional mengambil alih pentadbiran negara.


Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat menafikan perkara tersebut.

"Sebenarnya tiada istilah sabotaj sama ada di peringkat pegawai tertinggi hinggalah kakitangan bawahan. Malah, semua penjawat awam ketika ini semakin fokus dalam membantu rakyat menangani cabaran Covid-19," kata beliau.

Ikuti wawancara Sinar Ahad bersama Adnan yang dikendalikan oleh Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa baru-baru ini.

SINAR AHAD: Apakah kejayaan yang dicapai sejak tuan menyandang jawatan Presiden Ceupacs pada Disember 2019?

ADNAN: Jika kita soroti sejarah perjuangan Ceupacs sejak 1957, banyak kejayaan yang kita capai berkaitan kebajikan, kemudahan kesihatan sehinggalah insentif serta gaji yang dinikmati oleh penjawat awam sekarang.

Dahulu tidak ramai anak muda menjadikan perkhidmatan awam sebagai pilihan kerjaya kerana gajinya tidak lumayan, kerja yang berat bahkan perlu bertugas jauh dari kampung halaman masing-masing. Ramai yang memilih untuk bekerja di sektor swasta seperti industri perkilangan dan pembuatan kerana gajinya lebih lumayan dengan pelbagai insentif.

Bagaimanapun suara perjuangan Cuepacs yang tidak putus-putus, didengari oleh kerajaan sehingga usaha pemerkasaan sistem perkhidmatan awam dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Kita telah berjaya mengangkat sektor perkhidmatan awam ke tahap yang sangat dihormati sehingga ia menjadi pilihan ramai siswazah muda.

Apabila diberi amanah untuk mengemudi kepimpinan Ceupacs pada 19 Disember 2019, sudah tentu ia suatu tugas yang amat berat perlu saya pikul bersama pegawai tertinggi Ceupacs yang lain apatah lagi Ceupacs membawa aspirasi keseluruhan 1.6 juta penjawat awam.

Permulaan tahun 2020 amat mencabar kepada penjawat awam kerana kita berhadapan dengan pandemik Covid-19 hingga memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Walaupun PKP dilaksanakan, penjawat awam tetap bertugas seperti biasa bahkan ada yang dikerahkan bertugas lebih daripada kebiasaan terutama di sektor kesihatan, keselamatan dan penguatkuasaan.

Sesuai dengan mantera 'Berkhidmat Untuk Negara', perkara itu tidak menjadi masalah kepada penjawat awam namun Ceupacs sentiasa menekankan hal-hal kebajikan perlu sentiasa diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan.


Kerajaan telah mempertimbangkan permintaan Ceupacs agar semua petugas barisan hadapan diberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 dan RM300, elaun Covid-19, bantuan khas kewangan serta moratorium pinjaman bank.

Kerajaan juga telah memberi jaminan kepada Ceupacs segala kemudahan yang dinikmati penjawat awam ketika ini tidak akan diusik malah usaha pemerkasaan sistem perkhidmatan awam akan terus dilaksanakan.

Apakah cabaran yang paling getir sepanjang menjadi Presiden Cuepacs?

Sepanjang tempoh kurang lima tahun ini kita menyaksikan beberapa peristiwa yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada perkhidmatan awam. Pada 2018, berlaku perubahan dalam kerajaan yang memerintah melalui pilihan raya umum. Perkara itu berlaku sekali lagi pada Mac 2020 apabila kerajaan bertukar kepimpinan baru. Dalam masa yang sama pada tahun lalu, kita diduga dengan penularan wabak Covid-19.

Kedua-dua peristiwa ini sangat memberi kesan kepada perkhidmatan awam apabila timbulnya persepsi ada pegawai kerajaan yang masih menyokong kerajaan terdahulu dan melakukan sabotaj. Sepanjang tempoh PKP juga penjawat awam diserang pelbagai pihak terutama membabitkan isu gaji dan amalan bekerja dari rumah.

Sebenarnya tiada istilah sabotaj sama ada di peringkat pegawai tertinggi hinggalah kakitangan bawahan. Malah, semua penjawat awam ketika ini semakin fokus dalam membantu rakyat menangani cabaran Covid-19.

Apakah isu-isu penting yang sering disuarakan oleh penjawat awam ketika ini?

Sebagai agensi yang memberi perkhidmatan dan pemudah cara kepada rakyat, perkhidmatan awam tidak dapat lari daripada serangan persepsi. Walaupun sistem perkhidmatan awam telah melalui fasa-fasa penambahbaikan dan pemerkasaan, persepsi negatif terhadap penjawat awam masih lagi dibicarakan oleh masyarakat walaupun ia tidak lagi berlaku.

Sudah tentu ia merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh penjawat awam ketika ini untuk menangkis serangan persepsi tidak benar daripada masyarakat. Walaupun hanya segelintir penjawat awam yang melakukan kesalahan, kesannya akan dirasakan oleh semua penjawat awam hingga segala kebaikan dan kejayaan tidak lagi dipandang serta dikenang.

Persepsi negatif ini perlu dibuang jauh daripada pemikiran masyarakat kerana kesilapan yang sedikit ini tidak mewajarkan keseluruhan perkhidmatan awam dihukum.

Sejak negara dilanda Covid-19, penjawat awam memainkan peranan besar dalam memastikan negara terus kukuh. Apa komen tuan?


Memang benar sejak pandemik Covid-19 melanda negara hingga memaksa PKP, penjawat awam tidak pernah berhenti bertugas dengan penuh dedikasi. Buktinya amat jelas apabila rakyat masih mendapat akses kepada barang keperluan, harga barang tidak melonjak naik bahkan rakyat yang terjejas mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Petugas barisan hadapan kita pula perlu berdepan dengan tugas yang mencabar bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin selain berusaha mencegah penularan virus berbahaya ini. Dalam masa yang sama, semua warga perkhidmatan awam perlu memastikan setiap program pemulihan ekonomi yang dirancan

Apakah kebajikan petugas sektor perkhidmatan kesihatan dan keselamatan mendapat perhatian yang sewajarnya?

Sepanjang tempoh PKP ini, Ceupacs amat memberi perhatian kepada kebajikan penjawat awam dalam sektor kesihatan dan keselamatan kerana mereka ini wira negara dalam melawan penularan Covid-19. Mereka ini siang malam bertugas bagi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat. Sebab itu Ceupacs begitu lantang sekiranya ada perkara yang melibatkan kebajikan petugas ini terlepas pandang.

Kita tidak mahu motivasi kerja petugas barisan hadapan kita ini terjejas hanya disebabkan ada perkara yang kita abaikan terutama dari segi kebajikan dan keselamatan mereka.

Alhamdulillah kerajaan mendengar pandangan Ceupacs apabila pelbagai inisiatif dan insentif diberikan kepada petugas barisan hadapan kita seperti elaun Covid-19, bantuan kewangan one-off melalui Belanjawan 2021 serta tambahan petugas kesihatan lebih 8,000 kakitangan.

Cuepacs sendiri bersama FWD Takaful telah melaksanakan inisiatif korporat apabila memperuntukkan sejumlah dana berjumlah RM10 juta untuk diberikan kepada petugas di Kementerian Kesihatan (KKM) yang dijangkiti Covid-19 sewaktu bertugas.

Jumlah tersebut tidaklah besar tetapi setakat ini ia telah memberi manfaat kepada hampir 2,000 petugas KKM dan ahli keluarga dengan jumlah bayaran mencecah RM5 juta.

Bagaimana pula dengan kakitangan awam yang terpaksa bekerja dari rumah. Adakah masih terdapat sebarang masalah?

Pada awalnya semua pihak menghadapi masalah untuk melaksanakan konsep bekerja dari rumah (BDR) kerana ia adalah amalan yang jarang sekali dipraktikkan di Malaysia. Baik majikan atau pekerja itu sendiri, mereka lebih suka bekerja di pejabat berbanding BDR kerana ia lebih praktikal dan produktif.

Bagaimanapun, mahu atau tidak kita perlu mengadaptasi amalan BDR ini kerana ia adalah langkah terbaik pada musim Covid-19. Akhirnya kita berjaya mengatasi isu-isu terutama mengenai skop kerja yang tidak sesuai untuk BDR, arahan mengelirukan daripada ketua jabatan serta kekangan-kekangan lain.

Akhir-akhir ini, isu integriti kakitangan kerajaan mendapat perhatian pelbagai pihak. Bagaimana tuan melihat isu ini?

Apabila menyentuh isu integriti, ia tidak akan pernah selesai kerana setiap penambahbaikan yang dibuat dalam perkhidmatan awam tidak diberi perhatian oleh masyarakat. Masyarakat lebih gemar disajikan dengan berita-berita yang negatif sahaja sedangkan perkara itu bukanlah begitu kritikal dalam perkhidmatan awam.

Jika kita lihat kepada statistik, sejak 2016 hingga September 2020, hanya 2,287 kertas siasatan dibuka ke atas penjawat awam bagi menyiasat aduan kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Jumlah itu kurang daripada 0.15 peratus daripada keseluruhan 1.6 juta penjawat awam tetapi ia digambarkan seolah-olah sudah menjadi barah yang tidak boleh lagi dirawat.

Kita sememangnya menolak budaya yang tidak baik ini dalam perkhidmatan awam tetapi janganlah kesalahan itu dimomokkan sehingga menimbulkan persepsi buruk kepada penjawat awam.

Apakah yang Cuepacs boleh lakukan untuk membantu kerajaan dalam memastikan kakitangan awam berintegriti tinggi?

Dalam hal berkaitan pelanggaran integriti ini kita seolah-seolah terlepas pandang kepada mereka yang menjadi faktor kepada kelakuan jenayah ini. Contohnya dalam kes rasuah, hanya penerima yang diberi perhatian tetapi pemberi rasuah tidak disentuh sehingga ada pihak yang merasakan pemberi ini mangsa yang teraniaya.

Pemberi rasuah ini sudah tentunya adalah penjenayah yang mahukan setiap aktiviti jenayah mereka dapat dihalalkan. Dalam hal ini mereka mencari mangsa yang boleh menghalalkan kegiatan jenayah tersebut. Jika mangsa ini tidak memberikan kerjasama, penjenayah ini akan bertindak di luar kawalan hingga membahayakan keselamatan penjawat awam atau ahli keluarga mereka.


Perkara ini pernah terjadi kepada bekas Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim yang maut ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 2013. Penjenayah tersebut masih bebas manakala penjawat awam yang berdedikasi dalam melaksanakan tugas mereka dihantui oleh peristiwa pembunuhan yang tidak boleh diterima itu.

Justeru itu, sudah tiba masanya kerajaan, pihak berkuasa dan masyarakat memberi tumpuan kepada pemberi rasuah atau mereka yang menjadi dalang kepada kegiatan jenayah. Jangan kita menuding satu jari kepada penerima rasuah sahaja sedangkan empat jari lagi kita sembunyikan untuk melindungi pemberi rasuah ini.

Pada pandangan tuan apakah sebab dan punca utama masalah ini berlaku?

Seperti yang saya sebutkan tadi punca utama berlaku masalah integriti ini disebabkan wujudnya penjenayah yang mencari mangsa dalam kalangan penjawat awam untuk menghalalkan kegiatan mereka. Sekiranya penjawat awam ini tidak bekerjasama dengan penjenayah ini mereka akan menerima ancaman dari segi keselamatan.

Ada yang berpandangan mengapa tidak dilaporkan saja kepada pihak berkuasa supaya penjenayah tersebut ditahan, ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana prosesnya akan menjadi lebih panjang. Dalam hal ini sudah tentu penjawat awam mahukan satu jaminan keselamatan yang sewajarnya daripada pihak berkuasa kerana ia melibatkan ancaman keselamatan.

Banteras perkara ini di peringkat akarnya iaitu pelaku jenayah tersebut dan bukan menyasarkan kepada penjawat awam sahaja.

ANEKDOT

Pengalaman ditahan di sekatan jalan raya

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu, saya baru beberapa bulan menjawat jawatan Presiden Cuepacs. Sudah tentu pelbagai perancangan tergendala ekoran perintah untuk duduk di rumah itu bagi mengekang wabak Covid-19.

Namun, Cuepacs tidak duduk diam sahaja. Sepanjang tempoh PKP tersebut, saya telah mengadakan banyak pertemuan dengan ketua-ketua jabatan serta menteri di pelbagai kementerian bertujuan memperkasa perkhidmatan awam.

Semasa melalui sekatan jalan raya, saya begitu terkesan mendengar keluhan dan luahan hati petugas barisan hadapan yang sedang bertugas terutama dalam hal melibatkan kerjasama serta pandangan masyarakat terhadap penjawat awam.

Ada petugas yang tahan kenderaan saya ketika melalui sekatan jalan raya. Apabila mereka melihat saya ialah Presiden Cuepacs terus mereka bercerita dengan mesra mengucapkan terima kasih kerana sering membetulkan pandangan masyarakat terhadap penjawat awam.

Saya cukup gembira dengan reaksi positif yang ditunjukkan oleh petugas barisan hadapan ini kerana sentiasa positif dan menyokong perjuangan Cuepacs.

Waktu itu saya sedar tanggungjawab sebagai Presiden adalah besar. Perjuangan Cuepacs tidak akan pernah ada penghujung kerana kami membawa suara dan aspirasi lebih 1.6 juta warga perkhidmatan awam.

Harapan terhadap masa depan perkhidmatan awam

Perkhidmatan awam adalah tunjang atau nadi kepada sistem pentadbiran negara selain penyumbang utama kepada kemajuan dan kesejahteraan yang dinikmati rakyat. Sebagai individu atau organisasi yang diamanahkan untuk menjadi pemudah cara kepada rakyat penjawat awam perlu memiliki 'mindset' untuk menyelesaikan masalah rakyat

Dalam masa yang sama kerajaan juga perlu bersungguh-sungguh dalam agenda untuk memperkasakan sistem perkhidmatan awam supaya ia selari dengan aspirasi yang dibawa oleh penjawat awam. Hal-hal kebajikan dan kemudahan lain juga perlu diperkasakan dalam usaha kita mahu mengangkat sistem perkhidmatan awam ini ke tahap yang lebih baik.

Profil

Adnan Mat

Jawatan: Presiden Cuepacs (Disember 2019-sekarang)

Umur: 56 tahun

Kelulusan: Diploma Royal Society for The Promotion of Health

Pengalaman

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

16 Februari 2021

Cuepacs sokong PdPR 2.0 ditangguh

 SinarHarian
16 Februari 2021


SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyokong penuh kenyataan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berkenaan permohonan penangguhan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) 2.0.

Setiausaha Agung Cuepacs, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, pelbagai masalah dalam PdPR 1.0 perlu diperbaiki secara menyeluruh sebelum PdPR 2.0 dilaksanakan.

Menurutnya, NUTP telah melakukan kajian dan mempunyai sebab yang kukuh untuk memohon penangguhan PdPR 2.0 berdasarkan kepada realiti pembelajaran rakyat Malaysia sepanjang tempoh Covid-19.

“Pelbagai pendapat serta pandangan bagi pihak yang terlibat termasuk ibu bapa dan guru telah diambil kira dalam kajian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, pihaknya merasakan sudah tiba masanya ia ditangguhkan disebabkan pelbagai faktor seperti capaian internet, gajet untuk pembelajaran serta keadaan ruang belajar yang selesa.

“Ini dapat dilihat di kawasan pedalaman yang mempunyai masalah capaian internet dan guru-guru terpaksa mencari alternatif lain seperti terpaksa meredah sungai atau hutan untuk memberi tugasan kepada murid.

“Dengan keadaan ekonomi sekarang, ramai penjawat awam tidak mampu menyediakan gajet untuk lima anak dan harga gajet sekarang mahal kerana permintaan yang tinggi pada waktu ini.

"Kemudahan jalur lebar dan telefon pintar serta komputer riba sangat penting bagi memastikan proses PdPR berjalan secara lancar sepanjang pandemik Covid-19,” katanya.

Pada Selasa, NUTP menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar mengekalkan cara PdPR 1.0 yang lebih fleksibel berbanding PdPR 2.0 yang diguna pakai hari ini.

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

26 Januari 2021

23 Januari 2021

Thaipusam: Tiada istilah cuti ketika kerja dari rumah - Cuepacs

 Malaysiakini
22 Januari 2021



Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, tiada istilah cuti bagi pekerja yang bekerja daripada rumah (WFH).
Abdul Rahman Mohd Nordin
Setiausaha Agung CUEPACS

Justeru itu, Abdul Rahman berpendapat cuti peristiwa Thaipusam sewajarnya diberikan kepada rakyat di negeri Kedah.

"Ya (perlu diberikan), kerana itu adalah cuti. Tiada istilah cuti tidak diberikan kerana alasan kerja daripada rumah. Itu dah bukan untuk sambutan. Itu kena kerja.

"WFH (kerja dari rumah) itu kerja, walaupun guna dalam talian, tetap kerja. Jadi berilah cuti dan rehat kepada penjawat awam khususnya yang beragama Hindu sekiranya mereka ingin menyambut di rumah secara sederhana," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Setiausaha politik menteri besar Kedah, Afnan Hamimi Taib Azamudden mengambarkan keputusan menarik balik cuti peristiwa Hari Thaipusam dibuat antaranya kerana keadaan sekarang seperti sedang bercuti.

“Cuti peristiwa tak diberi kerana memang rakyat sudah ‘bercuti’ apabila kebanyakan mereka berkerja dari rumah ketika PKP,” katanya.

Pada 20 Jan lalu, Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor mengumumkan tiada cuti peristiwa bagi perayaan Thaipusam di negeri itu pada tahun ini.

Kenyataan Sanusi itu turut mengundang kecaman pemimpin politik yang menyifatkan sebagai berat sebelah dan melampau.

Abdul Rahman turut berpandangan cuti tersebut perlu diberi kerana ia adalah hak setiap penjawat awam beragama Hindu.

"Kena berilah cuti (Thaipusam). Itu hak mereka dan agama, sepatutnya penjawat awam yang beragama Hindu berhak dapat cuti dan sambut agamanya.

"Nanti kalau tak beri, mereka akan pertikai cuti peristiwa kita (kaum Melayu) pula. Mereka boleh kata waktu Thaipusam tak beri kenapa Nuzul Quran boleh?

"Perkara ini akan menjadi isu nanti. Kita tidak boleh macam ini. Ini negara Malaysia yang mempunyai banyak agama dan kaum yang perlu dihormati," katanya lagi.

19 Januari 2021

Cuepacs urges private hospitals to immediately accept, treat Covid-19 patients


 Bernama
18/1/2021


KUALA LUMPUR (Jan 18): Private hospital operators are urged to provide immediate assistance by accepting and treating Covid-19 patients at their respective hospitals to reduce congestion in government-owned hospitals and health facilities.

Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) president Adnan Mat said this was the best time for private hospitals to carry out the responsibility of saving the lives of Malaysians and not to push all problem cases that cannot be handled to government hospitals.

“Cuepacs does not want the announcement made by the government to be welcomed by only a small number of private hospital operators.

“At the moment, all parties should share their expertise and energy to save the country from the Covid-19 pandemic,” he said in a statement commenting on the Malaysian Economic and Rakyat Protection Assistance Package (Permai) announced by Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin today.

He said private hospital operators should issue clear guidelines immediately to the government and the public on their readiness to accept and treat Covid-19 patients.

Meanwhile, Adnan said the prime minister’s assurance to increase the number of health personnel to more than 3,500 who will start work at the end of this month gave some relief to health workers.

However, he said, Cuepacs hopes that more members can be added to help the existing staff, as the number 3,500 is actually only able to reduce the workload of the Health Ministry (MoH) staff, not to mention the number of daily cases recorded was very high.

“The increase in Covid-19 cases every day is so significant that the public health system in our country is almost paralysed... health facilities and workers are no longer able to treat the Covid-19 patients which has reached thousands every day at this point.

“It not only witnessed cases of other patients not being handled effectively, even Covid-19 patients who were confirmed positive but were asymptomatic had to undergo self-treatment at home,” he said, adding that the increase in cases also put pressure on health workers who have become too tired almost losing the motivation to continue working.

He said Cuepacs found the situation very worrying because the paralysis of the country’s health system could put the safety of the people at greater risk.

Therefore, he said, Cuepacs hopes the government can expedite the distribution of allocations to increase the number of new health workers in order to alleviate the anxiety of existing health workers who are already too tired and weary.

Cuepacs seeks better protection for whistleblowers

 FMT
Robin Augustin 
-
January 19, 2021 9:30 AM

PETALING JAYA: Cuepacs has called for improved protection for those who report corruption in the civil service, claiming that many have suffered at the hands of their colleagues and superiors for blowing the whistle.

Abdul Rahman Mohd Nordin, secretary-general of the union, told FMT there was, in the civil service, a “culture of victimising” those reporting corruption or refusing to be party to it.

“Many have told us of being victimised or treated unfairly because they were suspected of having reported corruption or had refused to cooperate when asked to do something against the law,” he said.
Abdul Rahman SUA CUEPACS
He was commenting on Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief Azam Baki’s recent remark that the level of corruption and abuse of power among civil servants was worrying.

Last year, 467 civil servants were arrested for various graft offences. These included 109 from the management and professional group and nine from the top management group. The rest were members of the support staff.

Abdul Rahman said both bribe takers and givers must be punished and he urged the authorities to step up action against those offering bribes to civil servants.

But he also said corruption in the civil service was not as bad as perceived by the public.

Transparency International Malaysia president Muhammad Mohan said Azam’s remark had reinforced the findings of the Global Corruption Barometer 2020 survey on the perception of corruption among government officials.

According to that survey, 28% of Malaysians think that government officials are corrupt.

“Civil servants should be brave to report any form of corruption to MACC even if it involves their superiors or department heads,” he said, adding they would be protected under the Whistleblower’s Protection Act.

“It is time for the civil servants to be brave and rise up and change the negative perception of the public.”

18 Januari 2021

Individu minum bir di pusat kuarantin biadab - Cuepacs

 Bernama
17/1/2021


Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap sekumpulan individu yang bertindak meminum bir di sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di negeri ini yang tular dalam media sosial semalam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat berkata tindakan itu tidak menghormati pengorbanan petugas barisan hadapan kerana secara jelas melakukan kesalahan di kawasan digunakan sebagai kemudahan kesihatan untuk merawat pesakit COVID-19.


Beliau berkata tindakan meminum bir itu juga boleh mengundang ketidakselesaan pesakit lain yang sedang dirawat dan mungkin boleh mencetuskan masalah lain sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal.

"Cuepacs mahu tindakan juga diambil kepada pihak terlibat yang membawa, membekal atau melepaskan minuman keras itu kepada pesakit...tindakan individu itu biadab kerana seolah-olah sedang bergembira sedangkan petugas barisan hadapan sibuk mengerah keringat menyelamatkan rakyat.

"Tindakan yang sewajarnya perlu diambil agar tiada lagi pihak lain yang berani bertindak seolah-olah petugas barisan hadapan kita sedang berseronok atau berhadapan dengan satu perkara yang remeh," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Adnan berkata sekiranya ada penglibatan pihak pengawal keselamatan atau petugas kesihatan sendiri dalam kejadian itu, tindakan tatatertib wajar dikenakan kerana ia mencemarkan integriti terutamanya membabitkan penjawat awam.

"Perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan pihak berkuasa tidak perlu melindungi mereka yang bersalah. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, sewajarnya mereka sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan apatah lagi ketika sedang mendapatkan rawatan daripada petugas kesihatan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi ketika dihubungi berkata kes itu masih dalam siasatan dan menegaskan meminum arak tidak dibenarkan di semua PKRC.

Video tular berdurasi lebih 10 saat itu memaparkan seorang lelaki di sebuah PKRC sedang berbual dengan individu lain sambil memegang tin bir dan turut kelihatan dua bekas berisi bir.

- Bernama

12 Januari 2021

PKP: CUEPACS jamin sistem penyampaian perkhidmatan awam berjalan seperti biasa

 Bernama
11/1/2021


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memberi jaminan sistem penyampaian perkhidmatan awam akan terus berjalan seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan susulan perkembangan terbaharu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Presidennya Adnan Mat berkata pihaknya yakin konsep bekerja dari rumah (BDR) yang telah diaplikasikan sejak Mac tahun lalu mampu memastikan negara tidak lumpuh walaupun pelaksanaan PKP di sesetengah negeri.

"Semua penjawat awam kebanyakannya sudah memahami dan bersedia melaksanakan tugasan berdasarkan konsep BDR ini. Bagi negeri-negeri yang terlibat dengan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP), arahan bekerja di pejabat dan BDR adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
"CUEPACS berharap setiap ketua jabatan sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam mengatur tugas kakitangan masing-masing. Setiap arahan haruslah berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan agar tidak merisikokan penjawat awam yang bertugas di pejabat ataupun di lapangan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya mengumumkan pelaksanaan PKP di lima negeri - Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor dan Sabah - serta Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), bermula 14 hari bermula Rabu (13 Jan) hingga 26 Jan ini.
Enam lagi negeri - Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan- diletakkan di bawah PKPB manakala Perlis dan Sarawak di bawah PKPP, juga untuk tempoh sama.
Adnan berkata pihaknya berharap semua pihak sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan memberikan kerjasama yang baik kepada petugas barisan hadapan yang sentiasa bertungkus-lumus menjalankan tugas masing-masing.
-- BERNAMA

SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN, KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJU KORPORAT UNTUK SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS 2021

 Media CUEPACS
12/1/2021 


KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM

PERKHIDMATAN AWAM [CUEPACS]

(Pendaftaran No 195)

 

SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN             

 

KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJU KORPORAT UNTUK SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS 2021

 

NO SEBUTHARGA : BIL 1/2021                                    Tarikh : 11 JANUARI 2021

 

 

KEPADA :

 

……………………………………………………

 

……………………………………………………

 

……………………………………………………

 

 

Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oleh:

CUEPACS

Tingkat 1, Wisma CUEPACS

Jalan Gajah Off Jalan Yew

Pudu

55100 Kuala Lumpur.

 

1.       Syarat-syarat penyerahan / penyempurnaan dikehendaki : DIMASUKKAN DALAM SAMPUL SURAT YANG DISILKAN DAN DICATITKAN NOMBOR SEBUTHARGA / TENDER DIKIRI HADAPAN SAMPUL.

 

2.       Tarikh dikehendaki diserahkan / disempurnakan : 26 JANUARI 2021, tidak lewat dari jam 12.45 tengahari. Sebutharga mestilah dimasukkan kedalam satu sampul berlakari dan bertanda, Sebutharga No 1/2021

 

3.       Semua perbekalan barangan ini hendaklah dihantar terus ke Ibu Pejabat CUEPACS Jalan Gajah Off Jalan Yew Pudu Kuala Lumpur.

 

4.       Jawatankuasa setuju terima sebutharga/tender tidak terikat dengan mana-mana tawaran harga terendah atau sebarang bentuk yang difikirkan memuaskan hati penender.

 

5.       Sebutharga  hendaklah sah selama  30 HARI selepas itu.

 

6.       Sila beri sebutharga bagi bekalan barang-barang / perkhidmatan yang di senaraikan di bawah dengan tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang ditetapkan.

 

 

 

 

BIL

PERKARA

HARGA SEUNIT

KUANTITI

JUMLAH HARGA

 

01

 

 

 

 

 

Membekal Baju Korporat dan mencetak logo CUEPACS di baju. Jenis kain Comb Cottons  warna ………………… (Pelbagai Saiz) :

                        Lelaki  : Wanita

                7XL :   1                

                6XL :   2 

                5XL :   8             3

                4XL :   15           4

                3XL :   100         42

                2XL :   340         80

                XL   :   615        188

                L     :   490        200

                M    :   180        175

                S     :   11          15

                XS   :                1

Catitan: Semua penender adalah dikehendaki untuk memberi contoh corak reka bentuk  Baju Korporat Comb Cottons warna …………….. dan warna tambahan bagi membentuk corak menarik dibenarkan (tidak di kembalikan)

  

 

2,500

 

 

 

 


Jumlah

 

Tawaran sebutharga dengan perkataan : Ringgit Malaysia….…………...............

 

……………………………………………………………………………………………………………...

 

Tempoh bekalan boleh dihantar : ……………………………………………………………..

 

[ Diskaun – diskaun perniagaan, tunai, bayaran cepat dan diskaun-diskaun lain dan apa-apa bayaran tambahan ( misalnya cukai dan belanja membungkus ) hendaklah ditunjukkan].

 

Saya /Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang perkhidmatan di atas dengan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas. 

 

Nama penuh pengurus                 :……………………………………….

 

Tandatangan dan cop penender             :……………………………………….

 

Alamat                   :………………………………………..

 

Tarikh :………………………………..                                        ……………………………………….


10 Januari 2021

Diarah kerja dari rumah, tapi bil telefon, elektrik, siapa nak bayar, Cuepacs persoal kerajaan

 FMT
10 Januari 2021


PETALING JAYA: Kakitangan awam dilaporkan “berang” berhubung arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang melarang mereka membuat sebarang tuntutan atas penggunaan telefon dan data internet apabila bekerja dari rumah susulan pandemik Covid-19.

Setiausaha Agung Cuepacs Abdul Rahman Mohd Nordin mengesahkan surat pekeliling terbaru JPA itu yang berkuat kuasa pada 1 Jan dan menyifatkannya sebagai tidak adil kepada ahli Cuepacs yang bekerja dari rumah.

Surat pekeliling itu mewajibkan kakitangan awam memiliki telefon bimbit sebagai syarat bekerja dari rumah, namun, tidak menyediakan sebarang elaun untuk mereka berbuat demikian, kata beliau.

Abdul Rahman berkata, dasar baharu itu tidak adil kerana kakitangan awam terpaksa menanggung bil elektrik dan kos penggunaan data lebih tinggi apabila menjalankan tugas dari rumah susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

“Bekerja dari rumah memaksa kakitangan awam menggunakan data internet berlebihan berbanding keadaan biasa. Ramai kakitangan awam hanya melanggan pakej pra bayar atau pakej asas langganan data.

“Sepatutnya kakitangan awam yang dikehendaki bekerja dari rumah harus diberikan telefon percuma supaya faktor bayaran bil ketika menjalankan urusan rasmi tidak diletakkan di atas bahu mereka,” kata beliau.

Abdul Rahman berkata surat pekeliling itu juga mengarahkan kakitangan awam memastikan telefon bimbit dan komputer yang diguna untuk tujuan kerja diasingkan daripada penggunaan peribadi bagi memastikan tiada “kebocoran” maklumat atau rahsia kerajaan.

Beliau berkata, arahan itu tidak munasabah kerana sebilangan besar kakitangan awam tidak mampu memberi telefon bimbit dan komputer khusus untuk menjalankan kerja pejabat.“Ramai daripada kami hanya mampu memiliki satu telefon, jadi macam mana nak asingkan kerja dengan kegunaan peribadi.”

Abdul Rahman berkata, Cuepacs turut terkilan kerana hanya pegawai Gred 44 ke atas menikmati elaun telefon, manakala 70% daripada kakitangan awam tidak diberikan imbuhan itu walaupun telefon menjadi peralatan penting dalam tugasan harian mereka.

“Surat pekeliling JPA ini tidak adil dan tidak masuk akal. Inilah sebabnya Cuepacs sering merayu JPA supaya berdialog dengan kami sebelum menggubal sebarang dasar baharu atau mengeluarkan surat pekeliling,” kata Abdul Rahman.


“Kami sememangnya sudah memberikan maklum balas dan cadangan kepada kerajaan mengenai dasar bekerja dari rumah sebelum ini apabila sebilangan besar ahli kesatuan terpaksa bekerja dari rumah semasa PKP dan PKPB dikuatkuasakan,” tambah beliau.

Abdul Rahman berkata surat pekeliling itu memberi kesan mendalam kepada kakitangan awam, di sebalik spekulasi bahawa PKP akan dikuatkuasakan semula susulan kes positif Covid-19 yang semakin meningkat.

Beliau menjangka lebih ramai kakitangan awam akan bekerja dari rumah dan terpaksa mematuhi surat pekeliling “tidak adil” itu jika PKP diperkenalkan semula di seluruh negara.

Surat pekeliling itu ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPA Mohd Khairul Adib Abd Rahman, menyebut: “kerajaan tidak akan menanggung apa-apa kos utiliti seperti bil telefon, bil elektrik, sewaan jalur lebar dan pembaikan kerosakkan peralatan” sepanjang tempuh bekerja dari rumah.

Ia mewajibkan pegawai kerajaan memiliki telefon bimbit dan kemudahan capaian internet yang “sewajarnya.”

Surat pekeliling itu turut melarang kakitangan awam berkongsi dokumen kerajaan dengan menggunakan Wifi di tempat awam.Kakitangan juga tidak layak mendapat elaun lebih masa sewaktu bekerja dari rumah, kecuali diarahkan bekerja di lokasi selain rumah, di luar waktu bekerja, menurut surat pekeliling JPA itu.

Setiausaha Agung Cuepacs Abdul Rahman Mohd Nordin.