SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

13 Oktober 2015

BELIA PERLU KIKIS SIKAP TERLALU PILIH PEKERJAAN TANGANI PENGANGGURAN

Bernama
7/10/2015

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Golongan belia, terutamanya lepasan universiti perlu mengikis sikap terlalu memilih pekerjaan sekiranya mereka tidak mahu terus bergelar penganggur.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata kadar pengangguran negara sebanyak 3.2 peratus adalah tidak begitu membimbangkan, namun isunya kadar itu kebanyakannya merangkumi golongan belia.

"Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk membantu mereka memperoleh pekerjaan, namun sikap itulah yang menyebabkan generasi muda ini menganggur meskipun berkelayakan.

"Contohnya, mereka mahukan gaji lumayan tetapi kerja yang ringan, tidak sanggup untuk bekerja dari bawah untuk menimba pengalaman dan hanya menumpukan perhatian kepada pekerjaan dalam sektor kolar putih," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Shamsuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usaha kerajaan yang mahu membantu seramai 400,000 belia yang layak bekerja namun masih menganggur di negara ini.

Semalam, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot berkata kerajaan sedang berusaha untuk menurunkan kadar pengangguran kalangan belia di negara ini dengan membantu mencari peluang pekerjaan kepada mereka mengikut sektor bersesuaian.

Shamsuddin dalam pada itu mencadangkan agar kerajaan memberi insentif kepada sektor swasta untuk melatih graduan yang baru memasuki alam pekerjaan tetapi menganggur lebih daripada setahun.

"Latihan yang diberikan kepada graduan bukan sahaja melatih mereka menyesuaikan diri dalam alam pekerjaan tetapi juga sebagai persediaan kepada mereka dalam kemahiran mengikut bidang pekerjaan masing-masing," katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda berkata majikan seharusnya mengurangkan pengambilan pekerja asing bagi membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

"Beri peluang kepada golongan belia terutamanya lepasan ijazah atau diploma yang mempunyai kemahiran teknikal untuk bekerja bagi mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan mereka," katanya.

Katanya, selain itu kerajaan juga perlu menggalakkan golongan belia berdaftar dengan JobsMalaysia dan Jabatan Tenaga Kerja bagi memudahkan mereka memperoleh peluang pekerjaan.

"Dengan berdaftar dengan kedua-dua badan ini, mereka bukan sahaja dapat memperoleh pekerjaan dengan lebih mudah dengan bantuan kerajaan, malah turut mempunyai peluang menghadiri kempen kerjaya dan menghadiri kursus persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan," katanya.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Khalid Atan pula berpendapat kerajaan perlu mengambil serius dengan mengenalpasti lebih ramai lagi penganggur belia dan membantu mereka mendapatkan pekerjaan memandangkan kadar pengangguran dalam golongan itu dianggar meningkat setiap tahun.

"Setiap tahun pasti ada belia yang menamatkan pengajian mereka di universiti ataupun di peringkat sekolah, serta ada yang tercicir dalam persekolahan yang menyebabkan mereka terpaksa bekerja pada usia seawal umur 15 tahun," katanya.

Katanya bagi golongan belia lepasan sekolah yang tidak mendapat tempat di universiti, mereka digalakkan untuk mempelajari kemahiran vokasional dengan menyertai Program Transformasi Vokasional dan Teknik (TVET).

Program TVET katanya bukan sahaja membekalkan pendidikan teknikal dan vokasional kepada mereka dengan kadar yang murah malah dapat menjamin peluang pekerjaan apabila tamat kursus.

-- BERNAMA

9 ulasan:

Azhar Azhar berkata...

Asalam... Isu kenaikan gaji penjawat awam sepatutnya sudah selesai sekian lamanya.. Dengan keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi perbelanjaannya telah memjadikan hidup penjawat awam semakin terhimpit Sepatutnya penyelarasan gaji telah lama dilakukan dengan kenaikan 13% bagi gred 27-38, 25% bagi gred 11-26, begitu juga dengan kenaikan tahunan dinaikkan dari RM80 ke RM115, RM145 ke RM195. Kenaikan gred mesti dilakukan oleh kerajaan kerana gred golongan perlaksana puluhan tahun tidak dinaik tarafkan cth gred 17 dinaikkan ke gred 26, gred 27 dinaikkan ke gred 34, ia mesti dinaikkan ke satu gred yang lebih tinggi. Ramai penjawat awam yang gajinya telah sampai gaji mati (langgar tembok) tetapi perkhidmatan masih ada 10-12 tahun. Ini satu kerugian bagi penjawat awam yg berkhidmat tanpa kenaikan gaji tahunan, ia juga mempengaruhi pencen penjawat awam tersebut. Sistem time based bagi golongan perlaksana dimana kenaikan pangkat hanya memakan masa 6-7 tahun saja, bagi menghargai jasa penjawat awam tersebut. Kebelakangan ini pula kenaikan harga rumah mencapai 300% menyebabkan ribuan penjawat awam tidak mampu dan layak memiliki rumah kediaman untuk hari persaraan mereka. Ini amat mendukacitakan dan mengusarkan penjawat awam yg akan bersara beberapa tahun lagi. Ada juga penjawat awam yg bersara akan menjadi miskin tegar kerana jumlah pencen yg terlalu kecil. Ada sesetengah dari mereka terpaksa berkerja sebagai jaga, pemandu teksi, buruh am, perkerja hotel dan sebagainya bagi menyara keluarga. Cuepacs mesti bertindak secepatnya bagi mengatasi masalah penjawat awam, kebajikan penjawat awam mesti diutamakan supaya prestasi penjawat awam sentiasa cemerlang dan berfikiran kelas pertama. Cuepacs mesti mendesak agar kenaikan gred, gaji dan kebajikan penjawat awam diutamakan di dalam perbentangan bajet 2016 akhir bulan 10 nie...

Bapak Rahmad Bastian berkata...

Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

jolabu berkata...

Assalamualaikum. Ringkasnya, seorang pekerja yang baru graduate akan mendapat gaji RM2,000.00 sebulan. Kerjanya memang agak teruk kerana mengharungi pergelutan dan berhempas pulas. Memang begitulah lazimnya pekerja yang masih belum di sahkan jawatan. Seorang yang senior akan melakukan pekerjaan yang paling asas sahaja. Gajinya lebih besar. Katakan RM10,000.00 sebulan. Itu lumrah, kerana orang senior itu pangkatnya besar. Ini penghargaan kepada mereka. Hakikat ini perlu disedari oleh para pekerja. Sekiranya anda faham akan situasi ini, saya ingin menyedarkan tuan/puan bahawa di tempat kerja, hirerki ini memang ada. Sebagai contoh, seorang pahlawan melayu Melaka tidak boleh buat gurau dengan Sultan Melaka, meskipun jasa pahlawan melaka itu besar. Orang yang boleh bergurau dengan sultan Melaka adalah permaisuri baginda, meskipon permaisuri itu tak ada apa-apa pon jasa kepada negeri Melaka.

zamri rahman berkata...

isu gaji minima gred N11 dari rm850 kepada rm1200 serta anjakan gaji kepada yang telah lama berkhidmat dalam gred sama tak wajar dilengahkan lagi kerana telah diumumkan melalui media bahawa keputusannya akan diumumkan pada julai 2015.

Namun,hingga kini golongan tersebut tidak menerima sebarang jawapan.Tak wajar dipermainkan dalam isu ini kerana ini juga merupakan imej kerajaan.

Sebagaimana pihak kerajaan meminta penjawat awam menjaga imej,namun kerajaan juga sangat wajar turut serta menjaga imej dalam setiap kenyataan yang dibuat terhadap penjawat awam.

Namun,penjawat awam khasnya pelaksana 1 dan 2 tetap menyokong sepenuh jiwa raga kepada kerajaan sedia ada.

Unknown berkata...

Terbaek azhar..

Mahmood Adam berkata...

inilah dia mentaliti graduan universiti/kolej masakini. mereka dilatih untuk:

1. mencari kerja yang setaraf. kalau belajar akaun, kena mintak kerja yang berkaitan dengan kira-kira, seperti bank, atau di dalam sektor awam, akauntan, juruaudit dan sebagainya. kalau lain daripada tu mereka akan mati akal, sebab dah ditanam matlamat seperti itu ketika pengajian.
2. kerja mesti nak ikut tahap pendidikan. kalau diri tu ada sarjana muda, sarjana, tak boleh minta kerja taraf spm atau diploma. malu dengan orang kampung nanti katanya.
3. kerja mesti nak selesa dan senang. kalau boleh nak duduk di dalam pejabat yang berhawa dingin, kerusi empuk, dan kerja semudah tandatangan surat sahaja, hadir mesyuarat, semak kertas itu dan ini sahaja.

inilah masalah mentaliti graduan "bijak pandai" di malaysia masakini. jika kita dibandingkan dengan mentaliti negara maju seperti amerika, korea, jepun, kita sangatlah jauh di bawah. seorang graduan di universiti di jepun apabila tamat pengajian, mereka masuk sektor pekerjaan, majikan mereka tak sibuk nak tahu pun apa jurusan pengajian mereka, atau setinggi mana CGPA mereka, kerana mereka tetap akan mula bekerja dari bawah, iaitu "entry-level". silap2 jadi cleaner dahulu di pejabat.

pengajian tinggi yang dimiliki sebenarnya adalah ukuran tahap pemikiran. sekiranya seseorang pelajar itu mampu menghabiskan sesuatu pengajian, tiada alasan untuk dia menceburi sesuatu bidang yang baru kerana mereka telah diajar untuk mempelajari sesuatu. masalah di malaysia ni, kita menghasilkan robot, bukannya modal insan. itu yang berlaku sekarang, pelajar universiti diprogram untuk menjadi robot atau mesin.

Bapak Rahmad Bastian berkata...

Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

Master Sgp berkata...

saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Ataumencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia
KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D

saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau
KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D