SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

24 Oktober 2015

FAEDAH PEMINDAHAN GAJI BANTU PENJAWAT AWAM TANGANI KOS SARA HIDUP - CUEPACS

Bernama
23/10/2015



KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan dilaksana tahun depan dapat membantu penjawat awam menghadapi peningkatan kos sara hidup.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata ini bermakna mereka akan menikmati kenaikan gaji tahunan dua kali pada 2016.

"Kami mengucapkan terima kasih kerana perkara itu dipertimbangkan kerajaan. Kami juga kena memahami kedudukan kerajaan," katanya ketika diminta mengulas mengenai insentif kepada penjawat awam dalam Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, Jumaat.

Menurut Najib, kenaikan itu akan memanfaatkan 1.6 juta penjawat awam melibatkan peruntukan RM1.1 bilion.

Senada dengan Azih, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Hashim Adnan berpendapat langkah berkenaan menunjukkan negara masih berada pada landasan ekonomi yang kukuh berbanding banyak negara lain.

Najib turut mengumumkan pemberian khas RM500 kepada semua penjawat awam dan bayaran khas RM250 kepada 700,000 pesara kerajaan dengan jumlah keseluruhan hampir RM1 bilion, yang akan dibayar pada Jan 2016.

"Perubahan ekonomi dunia tidak menghalang pemberian ini, kita harus melihatnya secara positif. Negara lain ada yang muflis, namun kita masih mampu membayar gaji bulanan serta kenaikan walaupun nilai mata wang jatuh," katanya.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Tan Sri Raja Wan Mahmood Pawan Teh pula menarik perhatian bahawa ramai pesara hidup di bawah paras kemiskinan dan agak terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat pada masa ini.

-- BERNAMA

19 ulasan:

Kagumas berkata...

Hahaha.... akur...akur...akur... bangang punya Kupek! Mintak 3 bulan... dpt RM500! KPI Kupek masuk falam lubang najis.

LelongPowerBank berkata...

Syukur je la

LelongPowerBank berkata...

Syukur je la

LelongPowerBank berkata...

Syukur je la

Unknown berkata...

Syukurlah sekurang2nya dpt RM500 drp tak dpt langsung,yg penting kenaikan gaji dpt tahun dpn.

rizwan berkata...

Knpa start julai?patutnya start sma dengan kgt masing2..baru la adil.smua dpt 12 bln..yg januari dpt pling skit..yg untung bln julai..xkan kupek xreti buat kira2..kupek jgn main angguk jer

rizwan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

mengapa tiada yang mengucap syukur kepada ALLAH, syukurlah... ada orang lain lagi susah.

Walau apapun bersyukurlah kpd ALLAH, dengan kamu bersyukur ALLAH akan tambahkan lagi rezeki.
REZEKI bukan hanya gaji, wang, elaun sahaja. Keberkatan hidup, kecukupan dalam hidup, anak-anak sihat dan awak sendiri sihat dan lain-lain yang membahagiakan hidup dan permudahkan hidup ini.

Bersyukurlah kepada ALLAH, kalau pun marah sangat dengan CUEPACS atau Najib atau apa sahaja. Ingat takdirnya awak kerja kerajaan dengan izin ALLAH. Tidak lah kerajaan datang bawa tepak sireh meminang awak masuk kerja dalam sektor awam.
Awak yang isi borang, kemudian pergi temuduga dan terima perlantikan.

Coretan Kehidupan berkata...

syukur...

Kagumas berkata...

Bukan masalah syukur ke tidak. Jgn jd bangang dan biar dipergunakan dgn menjual nama agama! Bila pihak sana setiap waktu dan ketika menjaja kemahsyuran dan kukuhnya rizab dan ekonomi negara dan pihak sini dgn lantang menyalak mahukan bonus 3 bulan.... tetapi bila tiba masanya dapat ciput RM500 kita disuruhnya BERSYUKUR, INGAT TUHAN???? Kebodohan apa yang ingin kalian bajingan puak2 ini ingin sampaikan??? Dan sampai bila kita yg marhaen harus dipergunakan??? Persetan dgn syukur yg kamu ingin momok kan... dasar pembela bangsat!

setiapharikenasyukur berkata...

encik Kagumas... tak tahu tak bersyukur ke???..soal duit klu bagi byk manapun still rasa xcukup...klu rasa anda hebat sgt why not u join committee n buktikan yg anda boleh buat better r sebenarnya anda lebih teruk drp banjingan...

Abang Beca berkata...

Syukur ....betapa untungnya kerja kerajaan....lebih baik bagi naik gaji dapat tiap2 bulan....bonus ni sekali ja......semua dapat sama ja nanti mulai julai....yg dapt KGT JAN dan April dapt juga pada bulan Julai...KGT bulan Julai dpt terus ..kenaikan Oktober dpt in advance...bulan Okt satu lagi kenaikan......ALHAMDULILLAH....

Unknown berkata...

Ok je..alhamdulillah..julai naik 250..oktober naik 250..hihi

Unknown berkata...

Mari kita sama-sama buktikan yang kita sentiasa bersyukur kerana pengumuman bajet 2016.

1.Terima dgn hati yg iklas dan terbuka semua pembentangan bajet kali ini.
2.Anggap bajet kali ini adalah yg trbaik dr bajet sebelum ini.
3.kuatkan keazaman dan jati diri
4.kerja dgn iklas dan elakkan dari mngguhkan kerja.
5.yakinkan diri kita yang bajet 2016 ini adil kpd kita semua.
6.hadapilah khidupan ini dgn pnuh gmbira selepas bajet 2016 diumumkan
7.yakinlah bajet 2016 ini akan membela nasib kita.
8.percayalah bajet 2016 adalah hasil usaha kita dan kerajaan untuk rakyat
9.jgn mudah lupa setiap dari kita mempunyai rezeki yang melimpah tetapi kita sendiri tidak tahu
10.bajet 2016 bkn hanya untuk pembelaan kakitangan awam tetapi untuk semua rakyat,tdk adil jika kita mnyalahkan ceupacs kerana selama ini ceupacs berhempas pulas mmbela semua golongan PA.

kerani berkata...

apa pon aku bersyukur gila.sbb mati2 igt penjawat x dpt apa melainkan bantuan khas kewangan.di luar jangkaan btui.potong rumah mcm xdak apa sbb naik elaun rumah, gaji naik 2 kali.ALHAMDULILLAH sgt..blajaq bersyukur ok.pahamla sikit ekonomi la ni mcm mna.

Unknown berkata...

Mcm tu lah...brsikp baik pada semua.Rezeki tetap ada di mana2.Nama pun bajet,klu ada rezeki mgkin ada lg pengumuman lain.Elaun rumah naik pun tak heboh dalam bajet,tp boleh naik juga elaun tu.lps ni harap kita sama - sama lupakan kemarahan kita selepas bajet 2016.Tk untung apa klu kita asyik marah ja,tk boleh ubah apa2 pun.Kerajaan skrg dah terbaik,kena lah faham soal ekonomi.Klu nak bonus lebih,kena tunggu lah kewangan negara betul2 selesa.selain kita,kerajaan pun kena jaga rakyat yg tdk brkrja di sektor kerajaan.Muhasah diri,nak ada anjakan kenaikan gaji.Hrp boleh brsyukur.

P/S ceupacs;

Jgn putus asa,rncangkan lagi apa2 yg boleh dan sesuai untuk kakitangan awam mnkmati khidupan yg trbaik.Hrp anda brsabar dgn kritikan ini,kerana dgn brfikiran positif kritikan ini mnjadi kritikan yg mmbina.bktikan bhawa ceupacs adalah yg trbaik dan boleh mmbela nasib kakitgn awam.

Firdaus berkata...

Tunggu bajet 2017 ...mungkin ada plarasan gaji...jika xda tunggu bajet 2018...itupun kalu ALLAH bg kita hidup n bnafas lg...Syukur kpdNya masih panjangkan umur aku lg

Firdaus berkata...

Tunggu bajet 2017 ...mungkin ada plarasan gaji...jika xda tunggu bajet 2018...itupun kalu ALLAH bg kita hidup n bnafas lg...Syukur kpdNya masih panjangkan umur aku lg

Unknown berkata...

sabar..harap bertenang semua.pelarasan gaji mmg dah buat,cuma dlm tempoh kajian lagi.Apa2 pun kita tunggu masa yg sesuai kerana banyak lagi pengumuman berkaitan pnmbahbaikan 252 skim ygakan diumumkan nanti.