SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

21 Jun 2017

CUEPACS MOHON KENAIKAN 3 PERATUS GAJI ASAS PENJAWAT AWAM

Malaisiakini
21'6'2017

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan agar mempertimbangkan kenaikan gaji asas penjawat awam sebanyak tiga peratus dalam Bajet 2018.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata jika diluluskan, kenaikan itu akan membantu meringankan beban 62,000 penjawat awam dalam kategori B40 yang berdepan kos sara hidup yang tinggi.
"Kenaikan kos sara hidup meningkat sebanyak lapan peratus dan keadaan itu menjadi antara faktor penjawat awam berpendapatan rendah dibelenggu hutang.c"Sebab itu kita mahu cadangan kenaikan gaji ini diberi perhatian sewajarnya demi memberi kelegaan kepada penjawat awam terutamanya mereka yang berada ditahap gaji minima RM1,200 sebulan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan kongres kesatuan itu semalam.
Cuepacs turut menyarankan agar kerajaan mengkaji semula beberapa insentif seperti Elaun Perkhidmatan Awam (COLA), Elaun Kenderaan dan Elaun Wilayah yang tidak dikaji dan diperbaharui kadar bayarannya sejak sekian lama. "Ketika ini kadar elaun COLA yang diterima penjawat awam adalah berbeza-beza dan kita mahu ia dilihat semula dan diselaraskan pada pengumuman bajet akan datang," kata Azizh.
Dalam pada itu, beliau turut membangkitkan kekesalan kerana Cuepacs tidak dijemput bagi menyertai sesi konsultasi bajet yang diadakan bersama-sama perdana menteri baru-baru ini, sekali gus ia tidak dapat menyuarakan pandangan kesatuan itu bagi pihak penjawat awam.
Katanya sebagai satu badan yang mewakili 1.6 juta penjawat awam, Cuepacs berharap dijemput bagi menyampaikan suara pihak yang diwakilinya.

23 ulasan:

adil untuk semua berkata...

bole tahan la azih muda ni .. pandai kira ka .. kos sara hidup naik 8 peratus dia pula perjuangkan gaji penjawat awam 3 peratus .. sesuai la tu .. pandai betul kira .. gaji RM 1200 akan naik RM 36 .. banyak nya .. apa yang bole bantu dgn nilai tu utk sebulan .. kena balun GST terus lenyap .. eh tuan azih sedar la kamu tu presiden bukan nya ajk bawahan .. bagi la idea dan perjuangkan la yg masuk akal .. kalau tak bagus kamu turun dr kerusi presiden banyak lagi yang layak

Azlyfiza azlyfiza berkata...

hahaha....3%...aduh..potong GST abis....lain lagi bayar hutang..potong angkasa boleh tahan..mana tok jib ni..tolonglah kami ..sekali bawa azih tu duk berbincang ...adioussss..

Khairul Haizal berkata...

Yang bukan-bukan Pak Ajis ni nak buat... setakat 3% baik tak payah perjuang.. zaman ni sekurang-kurangnya pun 20% baru boleh bernyawa sikit PA yg dok bawah-bawah ni.. Tak faham langsung apa yang Pak Ajis ni buat selama dok jadi Presiden Entahapapaentah..

zamri rahman berkata...

berapa kali nak kaji tentang elaun khidmat awam ni....masih takde jawapan.

jangan sekadar jadi penyedap kata sahaja,tak rugi pun jika setiap kajian dipenuhi demi penghargaan kepada penjawat awam.

keadaan masa kini tidak sesuai lagi gaji dan elaun berada di paras lama.

Awi berkata...

Perbelanjaan pun Naik 20-30%

Awi berkata...

Sekarang pun buat 2-3kerja pohon mintalah kenaikan yang setimpal dengan ekonomi masakini.

mohd khairi berkata...

bagaimana status penjawat awam kumpulan sokongan yang melanjutkan pelajaran (kpsl) masih blm mendapat elaun belajar.....sedangkan pekara ini telah dinyatakan dlm bajet 2017....sblm ini elaun ini diberikan pada golongan profesonal dan pengurusan yang menyambung pelajaran.....dan skrg diperluaskan kepada bagi kumpulan sokongan....mohon pencerahan...kerana surat perkeliling masih belum dikeluarkan....sekian yg berharap...

mohd khairi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Cukupla ...syukur...gaji kita lani pun dah cukup sebenarnya...

The Pakerian berkata...

Okla daripada takda..lagipun gaji kita ni cukup sebenarnya...

pak mansur dari riau berkata...

Saya mengucapkan banyak terima kasih kepada MBAH BUDI HARTONO yang telah menolong saya dalam kesulitan ini tidak pernah terpikirkan berkat bantuan MBAH yang memberikan pesugihan dana gaib sebesar 1 miliar syukur alhamdulillah kini saya sudah bisa melunasi semua hutang-hutang saya yang ada di BANK sisanya untuk buka usaha kemarin saya takut mengikuti pesugihan ini takuk ada tumbal tapi mau di apa dengan kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya coba minta tolong sama MBAH BUDI HARTONO dan dengan senang hati MBAH BUDI HARTONO membantu saya pesugihan dana gaibnya alhamdulillah semuanya bener-benar terbukti pesugihan dari MBAH ternyata aman tanpa tumbal karna saya sudah membuktikannya tidak ada resiko apapun dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur yang bisa di percaya jangan anda takut untuk konsultasi jika anda ingin di bantu seperti saya terutama yang terlilit hutang lansung hubungi MBAH BUDI HARTONO di nomor hp 085-256-077-899 untuk info lebih jelasnya buka blog MBAH klik disini -->> PESUGIHAN DANA GAIB

Yie Cheras berkata...

Semoga CUEPACS dan KSN dapat melihat dr pelbagai sudut. Selaras dgn kenaikan kos sara hidup. Kenaikan Gaji Tahunan tdk sepadan dgn IHP.

Parklee berkata...

Jika kita lihat setiap apa yang diperjuangkan CUEPPACS hanya dilihat sbelah mata sahaja. Setiap tahun, saban ulangtahun pembentangan budjet mohon benda & nilai yang sama. Minta RM10, diberi RM5. Buktikan sekali dalam sejarah perjuangan CUEPACS minta RM50 dan ditunaikan RM50 juga!! Jangan dibiarkan hasilnya sekadar melepas kahak sahaja. Jadi saya mencadangkan setiap perjuangan CUEPACS pergi diperjuangkan secara agresif pada seluruh peringkat penjawat awam di dunia dan bukan hanya melalui blog atau laman sosial. Sekian!

TERUSKAN PERJUANGAN CUEPACS!!

Jad berkata...

Tak masuk akal permohonan sebanyak 3% ini. Barangkali ada kesilapan. Barangkali yang dipohon itu ialah 30%. Jika 30% ,Penjawat Awam dengan gaji 1200 akan dapat 360 kenaikan berbanding 36 sahaja. Orang yang minta 3% kenaikan untuk member adalah tidak wajar Dan kurang waras. Sepatutnya kenaikan gaji YB2 seketika dahulu dijadikan sebagai landasan untuk permohonan kali ini. Perkara lain seperti GST, penghapusan subsidi hampir semua barangan, kenaikan harga barang keperluan yang berterusan,.... harus diambil Kira.

Siong Sze Yin berkata...

3 peratus, 12*3=36ringgit saje...
huhuhu, 'typing error'.
ingat kata Pak Najib, 15%-32% kenaikan gaji pokok 2018,
2008-2012-2018 setiap selang 6 tahun.

ahmad faisal berkata...

Ceupacs kena rasional la 3% daripada ape.. ambil gaji rm4000 baru 120, org pencen berapa lama dah sengsara, kerana tiada pelarasan, kajian elaun berapa lama tempoh yg harus ditunggu, elaun cola hendak disama tarafkan pulak, cuba kite minta yg berkhidmat di kampung itu bekerja ditengah bandaraya KL ini, bayaran tempat letak.kereta, tol, kesesakan lalulintas, kadar sewa rumah yang tinggi

ahmad faisal berkata...

Ceupacs kena rasional la 3% daripada ape.. ambil gaji rm4000 baru 120, org pencen berapa lama dah sengsara, kerana tiada pelarasan, kajian elaun berapa lama tempoh yg harus ditunggu, elaun cola hendak disama tarafkan pulak, cuba kite minta yg berkhidmat di kampung itu bekerja ditengah bandaraya KL ini, bayaran tempat letak.kereta, tol, kesesakan lalulintas, kadar sewa rumah yang tinggi

Aj romie berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Suhaimi Din berkata...

Asyik minta naik gaji sahaja....kalau boleh mintalah gaji turun pula..barulah harga barang turun sebab orang tak mampu beli...kan..kan..kan..

ms berkata...

susahnya jadi penjawat awam...dulu masa bagi kenaikan ingat boleh la nafas paras leher...sekali smua brg naik..terpaksa bernafas paras hidung balik. aduhai...

nona noni berkata...

Kepada Presiden CUEPACS,mengapa dan kenapa perlu meminta kenaikan 3 peratus kenaikan gaji,sedangkan harga barang naik dan dengan harga kenaikan minyak yang tidak menentu,sepatutnya perlulah minta kenaikan yang munasabah misalnya bila gaji seseorang penjawat awam yang bermula dengan RM1344 apabila diberi kenaikan sebanyak 3peratus berapa yang dpt dari hasil kenaikan 3peratus sudah tentu dpt RM 1384 dari hasil kenaikan 3 peratus,sepatutnya perlulah dibincang dan kalau boleh minta kenaikkan sebanyak 10peratus dari gaji,baru dpt gaji yang setimpal dan ditambah pula dengan KGT jadi sepatutnya Presiden CUEPACS perlu meminta kenaikan sebanyak 10 peratus bukannya 3 peratus barulah munasabah dengan kenaikan tersebut.

pelet santet berkata...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [1638] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 690 JUTA , wassalam.


nasru_ mmd berkata...

Adusss... cuepacs pun satu hal..kalau nak keluar statement tu biarlah berpadanan dgn keadaAN sekarang...tunjukan sifat kebertanggungjawapan tu selaras dgn sosial dan ekonomi hari ini..nanti tak lah dikata orang pangkat pak turut...MAAAF