SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

27 Jun 2017

KSN AKAN JUMPA CUEPACS BINCANG PENAMBAHBAIKAN SEKTOR PENJAWAT AWAM

Bernama
Tarikh kemaskini: 29/06/2017
|

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan berjumpa pihak Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bagi membincangkan cadangan menambah baik sektor penjawat awam termasuk cadangan kongres berkenaan supaya gaji penjawat awam dan pencen pesara dinaikkan sehingga tiga peratus.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata perjumpaan itu akan diadakan dalam masa terdekat.

Ali mengulas kenyataan Cuepacs sebelum ini yang dilapor mencadangkan supaya perkara berkenaan diberi pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan dalam Bajet 2018.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan tinjauan di KL Sentral dan laluan pejalan kaki baharu yang menghubungkan pusat sehenti pengangkutan rel awam itu dengan Stesen Transit Aliran Massa Muzium Negara, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, mengulas lanjut Ali menarik perhatian bahawa kerajaan telah memberi kenaikan tiga peratus secara automatik kepada penjawat awam yang telah mencapai tahap maksimum tangga gaji masing-masing, sejak dua tiga tahun lepas.

"Dulu penjawat awam apabila sampai ke had maksima gaji, kena tunggu naik pangkat (untuk naik gaji), tetapi sekarang memang dah automatik...kita laksana sejak 2014," katanya.

-- BERNAMA

3 ulasan:

alkarchutty pendang berkata...

Pohon juga staf yg tak ambil cuti sakit melebihi 10 tahun diberi penghargaan sebagai motivasi, Bukanya mereka tak sakit tapi mereka menggunakan cuti tahun untuk setiap kali sakit bagi mengelakkan salahtanggapan dalam kerja berpasukan sebagai curi tulang,

alkarchutty pendang berkata...

Mana mana kakitangan awam,yg, diberi kerja ringan tak sepatutnya diberi bonus,,, sebagai galakan agar tak ambil kesempatan untuk guna alasan kerja ringan dan membebankan rakan kerja lain

ANAK MERDEKA berkata...

minta ceupacs bincangkan penambahbaikan kakitangan awam agar tidak membawa anak-anak ke pejabat ketika waktu bertugas.....ada setengah organisasi menjadikan pejabat tempat mainan anak-anak ...mohon JPA keluarkan pekeliling melarang kakitangan membawa anak-anak ke pejabat ketika bertugas di pejabat.ini bertentatangan dengan etika dan intigriti kakitangan awam.