SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2018 : MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN MENGUNGGULI KEPAKARAN

22 Oktober 2018

Skim gaji penjawat awam perlu disemak - CUEPACS

Berita Harian
22/10/2018


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu kerajaan menyemak semula gaji minimum dan insentif kenaikan gaji tahunan (KGT) bagi penjawat awam, khususnya kumpulan berpendapatan rendah.
Ini kerana 70 peratus daripada kumpulan berpendapatan rendah masih belum mampu memiliki rumah sendiri.


Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata kelompok berkenaan sukar membuat simpanan bagi tujuan memiliki kediaman berikutan peningkatan harga barangan keperluan asas yang tidak sejajar dengan gaji.
Beliau berkata dengan gaji kurang daripada RM5,000 mereka hanya mampu memiliki rumah berharga bawah RM150,000.
Bagaimanapun, katanya rumah pada harga berkenaan sukar dimiliki di kawasan bandar.
“Kerajaan perlu semak semula gaji kerana kos sara hidup yang tinggi termasuk harga barangan makanan dan minuman meningkat, menyukarkan lagi kehidupan mereka, lebih-lebih lagi dalam kalangan penjawat awam yang mempunyai pasangan tidak bekerja.
“Kenaikan kos sara hidup melangkaui peningkatan gaji tahunan penjawat awam, sekali gus menyaksikan perjalanan kehidupan mereka dibelenggu pelbagai kekangan kewangan.
“Kerajaan juga seharusnya memantau kenaikan harga barangan yang dilihat semakin membebankan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong di Parlimen pagi tadi mengenai kira-kira 76 peratus daripada lebih 1.1 juta kakitangan awam dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat gaji kurang daripada RM5,000.
Azih berkata, sehingga 30 Jun lalu, seramai 1,146,222 penjawat awam sedang berkhidmat dengan kerajaan dan daripada jumlah itu seramai 866,270 tergolong dalam kumpulan gaji bawah RM5,000.
Sehubungan itu beliau memohon pertimbangan kerajaan menyediakan lebih banyak rumah mampu milik bernilai bawah RM150,000 bagi membolehkan kelompok itu memiliki rumah pertama mereka.

3 ulasan:

ahmadalbab berkata...

Presiden tidoq lagi ka? Hari ni 10hb Jan 2019, staff bank semua dapat 0% untuk 100k pertama pinjaman perumahan!Tp skarang LPPSA buat syarat menyusahkan penjawat awam... kira habis semua potongan termasuk potongan bayar kuarters, sedangkan PA yang beli rumah akan pindah keluar dari kuarters. Bukan nak tolong PA, menyusahkan lagi ada la. Tolong semak semula syarat bodoh LPPSA ni...

Zara Zulaikha berkata...

lppsa nie bukan nak membantu sgt PA nie...nak menyusahkan ada lah...sya buat pembatalan pembelian rumah ppa1m hri tu..sya dah beritahu awl dah berkenaan pembatalan sya...sblum lppsa kliarkan apa2 pembayaran kpd pihak pemaju..pastu tup2 mereka buat jgk pembayaran 10% deposit kepada pemaju...yg teruk sya sebab lppsa minta sya bayar balik sedangkan iyu semua salah lppsa dgn pihak pemaju..bila sya call lppsa minta diorang batalkan cek deposit tu seblum msuk ke akaun pemaju..adakah mereka suruh sya berhubung dgn peguam utk rumah yg sya balik tu utk tarik cek tu dkat bank...bila sya call pemaju tanya berkenaan status deposit dri lppsa..kerani mereka beritahu yg mereka belim terima lagi cek deposit dari lppsa tu..tpi once pemaju dah tau sya buat pembatalan...tiba2 dtg surat dri pemaju yg mengatakan deposit tak boleh dikembalikan sebab dah msuk akaun...semasa sya buat pembataln dengan lppsa...dan semak dgn lawyer dan kerani pemaju...mereka mengesahkan brlum terima apa2 bayaran lagi...means cek tu belum diambil oleh pihak pemaju...nampak permainan mereka di sini...yg sengsara sya sebagai PA...sya kena fight benda nie dgn pihak kementerian terus...sewenang2 nya PA yg gred nie ditindas sampai mcm nie...

mahmud mat berkata...

Satu kgt Julai 2018 dah melepas. KUP kedua daripada 13 ke 10 tahun mcm senyap aje. Kebanyakan PA menerima KUP 15 tahun pd tahun 1999 dan sepatutnya tahun 2019 ni dapatlah KUP 10 tahun pulak. Itu bukan janji pilihanraya. PM terdahulu telah membuat announcement lebih awal drp kempen PRU 14. Cuepacs kenalah desak sikit. Jgn dok main angguk aje.