SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2018 : MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN MENGUNGGULI KEPAKARAN

22 Oktober 2018

IKLAN JAWATAN KOSONG PEMBANTU TADBIR [P) GRED N19 PERKHIDMATAN DAN SOKONGAN

Media cuepacs|
22/10/2018





KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.
Tel : 03 9285 6110, 9285 0281 Fax : 03 9285 9457




IKLAN JAWATAN KOSONG



Warganegara Malaysia terutamanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau yang berdekatan dengannya yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon untuk mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat CUEPACS sepertimana yang dinyatakan dibawah ini





A. PERIHAL JAWATAN :




Bil
Jawatan
Gred
Klasifikasi Perkhidmatan
Kumpulan Perkhidmatan
Taraf Jawatan
Jadual Gaji
1
PEMBANTU TADBIR
[P]
N19
Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Sokongan
Tetap
P1T1 RM1,352.00 - P1T20 RM4,003.00









B. SYARAT LANTIKAN




1. PEMBANTU TADBIR [Perkeranian ]



(a)        (i)  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh                        Kerajaan.  (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau                                (ii)  Sijil  Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh                       Kerajaan  serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau                     kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred
               N19:  RM1,408.40); atau
                    (iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh                              Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau                            kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.      (Gaji permulaan ialah pada Gred                           N19: RM1,464.80).               
                   (c)      Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a)(i) (ii)atau (iIi) diatas hendaklah lulus                   Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu termasuk lulus ujian lisan pada peringkat Sijil                         Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
            (d)      Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
            (e)     Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan dalam  
         
Kesatuan Sekerja.

C : UMUR


            1. Calon bagi lantikan hendaklah berumur
                        a) Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.
                        b) Tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

D : BORANG PERMOHONAN

Permohonan hendaklah menghantar resume dan salinan sijil dan sekeping gambar berukuran passport  tuan/puan..



E : ALAMAT PERMOHONAN



Resume  yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan kepada :-

Setiausaha Agung
KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.



F : TARIKH TUTUP PERMOHONAN



Borang Permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas sebelum atau pada 6 November 2018. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh tutup iklan tidak akan diberi pertimbangan.



G : DOKUMEN SOKONGAN 



Semua dokumen sokongan yang dilampirkan hendaklah disahkan salinannya. Salinan Asal dokumen sokongan hanya perlu dibawa semasa menghadiri temuduga sahaja.