SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

14 April 2021

Cuepacs gesa 1.6 juta penjawat awam berwakaf

 Utusan Malaysia
13/4/2021


PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs), menyeru penjawat awam untuk terlibat dalam sumbangan wakaf tunai melalui potongan gaji secara berkala dan sukarela bersempena Bulan Wakaf kebangsaan.

Menerusi kenyataan tersebut, pembabitan kira-kira 1.6 juta warga penjawat awam tersebut bertujuan mengukuhkan lagi peranan wakaf dalam pembangunan sosial serta ekonomi negara. Selanjutnya, peranan wakaf mampu membantu meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.


Presidennya, Adnan Mat berkata, sekitar RM192 juta setahun mampu dikumpul ke dalam dana wakaf tersebut melalui penjawat awam sahaja jika purata menyumbang hanya RM10 seorang setiap bulan.

“Bagaimanapun, usaha yang lebih berkesan perlu dilakukan oleh kerajaan terutama Yayasan Wakaf Malaysia bagi meyakinkan dan menggalakkan penglibatan penjawat awam terutama mereka yang bukan beragama Islam.

“Kami juga berharap Yayasan Wakaf Malaysia dengan penglibatan majlis agama-agama Islam negeri melaksanakan pelbagai lagi inisiatif bagi mengukuhkan penglibatan rakyat. Terutama masyarakat bukan Islam supaya bersama-sama terlibat dalam pembangunan dana wakaf.

“Selain itu, persepsi mengenai dana wakaf hanya khusus untuk umat Islam sahaja perlu ditangkis dalam pemikiran rakyat melalui pendekatan yang lebih mesra kepada masyarakat bukan Islam,” katanya.

Berkata dalam kenyataan tersebut, Ceupacs berharap semua ketua jabatan dalam penjawat awam perlu memainkan peranan aktif dalam menggalakkan pegawai dan kakitangan terlibat dalam sumbangan wakaf tunai melalui potongan gaji.-UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: