SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

12 April 2021

Kaji semula Sistem Persaraan perkhidmatan awam- CUEPACS

 Malaysia Gazette
11 April 2021
Shawaliah Hadir


KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menyemak semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang digunapakai oleh perkhidmatan awam selama ini.

Presidennya Adnan Mat berkata, SSM telah dilaksanakan dalam perkhidmatan awam bermula November 2002 dan sejak itu ia tidak pernah dikaji semula atau ditambah baik.

Kajian terhadap pembaharuan SSM perlu dilakukan dengan segera  kerana Adnan menyifatkan skim tersebut kini tidak lagi relevan dengan persekitaran ekonomi semasa.

“Selepas 19 tahun SSM dilaksanakan CUEPACS berpendapat sudah tiba masanya bagi kerajaan mengkaji semula skim sedia ada itu bagi memenuhi keperluan ekonomi dan kos sara hidup semasa.

“Dalam tempoh 19 tahun ini kita telah berhadapan dengan pelbagai kos kenaikan sara hidup termasuk harga rumah yang begitu mendadak,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, gaji permulaan di sektor kerajaan pada waktu ini adalah sebanyak RM1,200 tanpa mengambil kira lain-lain elaun adalah masih jauh di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) negara yang baru iaitu RM2,208.

Justeru ujar beliau, antara perkara yang perlu diberi penekanan dalam SSM baharu ini adalah penetapan kadar gaji minimum sebanyak RM1,800 sebulan.

Beliau berkata, keperluan SSM baharu itu diketahui selepas CUEPACS selesai mengadakan Bengkel Semakan Sistem Saraan Baharu dan Pemurnian dengan tema ‘Gaji Selesa, Harga Adil’ hari ini.

Tiada ulasan: