SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

25 September 2022

Gaji rendah, penjawat awam gagal miliki kediaman sendiri - Cuepacs

 Astrowani
25/9/2022


MELAKA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan agar menyeragam dan meningkatkan gaji minimum penjawat awam di negara ini.
Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata ini kerana gaji minimum RM1,208 ketika ini disifatkan sebagai tidak lagi relevan dengan mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.
Bukan sahaja itu, malahan faktor unjuran gaji yang terlalu rendah juga menyebabkan kira-kira separuh atau 800,000 daripada 1.62 juta penjawat awam di negara ini masih belum mempunyai kediaman sendiri.
Beliau berkata, in terutamanya penjawat awam yang tinggal di bandar-bandar besar yang terpaksa menyewa bilik susulan harga rumah yang terlalu mahal di sesetengah kawasan.
Katanya, sebelum ini kerajaan menetapkan gaji minimum swasta sebanyak RM1,500 dan sepatutnya pelaksanaan sama dilakukan di dalam sektor awam.
"Sebagai majikan terbesar dalam negara ini (kerajaan) perlu mengorak langkah terkehadapan dengan mempenalkan gaji minimum lebih tinggi seperti RM1,800 supaya swasta boleh turut menyamai gaji itu.
"Kalau kerajaan sendiri gaji minimum RM1,200, bagaimana pihak swasta di luar sana nak ikut saranan kerajaan. Gaji minimum RM1,500? Sebab dalam kerajaan sendiri selaku majikan pun tidak laksana gaji minimum, sebagaimana disaran di sektor swasta, jadi sudah sampai masanya supaya kerajaan selaku majikan, letak gaji minimum baharu dalam bajet akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Perwakilan Tritahunan Cuepacs Negeri Melaka Sesi 2022-2025 yang dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Zaidi Johari di Dewan Hang Tuah pada Ahad.
Mengulas lanjut ujarnya, berdasarkan semakan dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) ketika ini katanya, terdapat lebih 800,000 peminjam telah pun membuat pinjaman dengan lembaga itu, selain sebahagian lagi telah dapat pinjaman dalam sektor konvensional.
Dalam pada itu katanya, Cuepacs turut memohon Bajet 2023 membenarkan moratorium selama dua tahun kepada peminjam sekiranya berdepan isu projek perumahan terbengkalai.
Ini kerana ujarnya, isu berkenaan membebankan peminjam yang terpaksa menanggung hutang meskipun belum berjaya mendapat kunci rumah.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sudah sudah la cuepacs....tak habis habis bising....tapi apa habuk pun x dpt

Tanpa Nama berkata...

Minta ini,minta itu,yang dapat cuma kenaikan 100! Jangan harap perjuangan CUEPACS ,lemah sangat! Penebusan GCR habuk saja,cakap kosong banyak ada!!!!

Tanpa Nama berkata...

gcr bila nak bayar? Semua tuntutan tak dilayan, letak jawatan sajalah!!

N berkata...

GCR mcm mna? Dgr kata kpm cuma luluskan 9 rts lebih shj jd mcm mna dgn yg memohon setrsnya? Sampai bila bnda mcm ni nk jd tnda tnya? Alasan tak munasabah diberikan. Pru tak lama lagi n bajet 2023 bakal mnjelang dan perkara ini msh belum diselesaikann..

Tanpa Nama berkata...

GCR tak berbayar? Janji kosong?Tipu kakitangan awam?

Tanpa Nama berkata...

Betul, gcr lum lagi selesai, patut cuepacs ambil berat ttg hal ini, perkara ni tlh pun d wartakn dlm parlimen, jd cuepacs perlu goncang fikiran pihak tertentu, jangan ambil biar shj, pa yg layak akan ambil peluang ni utk mhn, tapi hingga kini tiada jawapan yg munasabah drp gov...

Tanpa Nama berkata...

GCR tipu & time base kali ii dipendikkan perlu ada dlm bajet 2023

Tanpa Nama berkata...

Pastikan GCR dilunaskan segera... 2 bulan lagi nak tutup tahun 2022. Bayangpun tak nampak...

Tanpa Nama berkata...

Gcr tu cuma penyedap halwa telinga je.habuk pn xde