Kuala Lumpur: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sambut baik langkah penjimatan awal oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta saranan beliau supaya anggota kabinet tidak membazirkan wang kerajaan bagi perbelanjaan tidak perlu dan keperluan peribadi.
Presidennya Datuk Adnan Mat berkata, apabila penjimatan dalam bentuk kemudahan pejabat dilakukan, anggota Kabinet boleh fokus kepada pembangunan negara dan membantu menyelesaikan masalah rakyat.
"Satu perkara yang perlu difahami oleh mereka dan rakyat secara umumnya, semua pejabat jabatan kerajaan atau kementerian di Putrajaya dan Kuala Lumpur sudah ada kemudahan yang mencukupi untuk mereka mula bekerja, ini termasuk segala kemudahan perabot. Masuk pejabat boleh terus mula kerja," katanya kepada Berita Harian, hari ini.
Beliau berkata, Cuepacs yakin langkah pertama ini satu keputusan tepat dan perlu diutamakan ketika ini kerana rakyat dimomokkan dengan kos sara hidup yang bakal meningkat menjelang 2023.
Berkongsi pendapat yang sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut berpendapat Perdana Menteri membuat langkah masuk akal dan paling diperlukan oleh rakyat kini.
"Apa yang pentingnya kita perlu bangunkan semula negara. PPIM akan menghantar surat terbuka kepada PM untuk menyatakan sokongan PPIM terhadap apa yang dilakukan beliau kini," katanya.
Mengulas lanjut, Nadzim berkata, subsidi minyak yang menelan belanja puluhan bilion ringgit perlu ditangani segera dan langkah penjimatan di peringkat kepimpinan negara adalah langkah baik dan rakyat perlu mengikuti contoh kepimpinan yang bagus.
"Pemimpin harus tegas, menunjukkan contoh yang baik. Perubahan itu datang dari atas. Perkara kecil seperti menukar permaidani dan sebagainya, nampak kecil tetapi impaknya besar," katanya.
Dalam pada itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, langkah penjimatan Ahli Parlimen tidak hanya terhenti di peringkat pengubahsuaian pejabat.
"Ketika saya masuk Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, saya kurangkan perbelanjaan makanan dalam pejabat ketika mesyuarat. Melalui Ketua Setiausaha kementerian, saya memberitahu saya tak mahu lihat lagi pembaziran makanan seperti itu.
"Mulakan langkah penjimatan di pejabat menteri dahulu, dan pengubahsuaian tidak ada keperluan. Saya sendiri tidak ada buat ubah suai, elakkan membazir," katanya.
22 ulasan:
Ini saya setuju 100 %
Ya lah bos , asal jgn delete lsgi Pemberian khas RM700 bulan januari 2023, kenaikan RM100 dan RM600 sebelum hari raya nanti.
Pantau kerajaan baharu.
Gcr tak dpt lagi...
Salam cuepacs. Apasal eh, kerajaan negeri lambat memberi kenaikan rm100 kpd penjawat awamnya. Kalau pentadbiran persekutuan, cepat betul..
Diharapkan pihak kerajaan yang baharu dapat memberikan gaji minimum yang baru kepada penjawat awam semasa pembentangan bajet bulan Februari 2023 ini. Dah lama gaji tak disemak ni.
Ini hanya cadangan saya, kalau boleh serapkan org lama yg gred 11 ke gred 19.. saya yakin boleh menyelesaikan masalah gaji dan mutu kerja dalam perkhidmatan awam.. untuk kemasukan seperti yg dicadangkan bermula dari gred 19 pun saya setuju.. x perlulah kita menggunakan PMR/SRP untuk mohon dalam perkhidmatan awam.. saya berharap CUEPACS akan perjuangkan ni semua sebab keadaan gaji basic RM1200 dan KGT RM80 buat sekarang amat tidak relevan lagi.. hanya di malaysia sahaja kgt 80 negara lain dah 100 keatas..
CUEPACS, tolong lah kami polis..nak kahwin pun susah perlu kelulusan sampai peringkat bukit aman. sudah mohon tetapi sampai peringkat bukit mereka lambat atau lebih tepat xkan check selagi xkena call. tolonglah ubah kelulusan cukup diperingkat ipd sahaja dgn kelulusan OCPD.
Kami mau bonus 1 bulan gaji atau minimum RM1000 bg kumpulan pelaksana!
BILA PENJAWAT AWAM NAK DAPAT KENAIKAN GAJI? RM100 KGT TAK CUKUP. HARGA BARANG² PUN NAIK LEBIH 50%. MENU RAHMAH D KANTIN PEJABAT KERAJAAN PUN TAKDE....
Naikkanlah elaun perumahan dengan cola tu tersepit dah skrg harga barang mahal sungguh
Sewa rumah pon mana ada 350 dah...elaun sara hidup pon 300 je barang dapur sebulan maun 500-600 dah skrg ni
Sepatutnya Presiden Cuepac patut letak jawatan,sebab mengecewakan penjawat awam kesebutuhannya.
Ni cilakak punya Menteri DAP naik kan elaun bomba sukarela! Bangsa mana yg ramai dlm tu? Naik dari RM1500 jd RM3000! Anak haram jadah...
CUEPACS lembut sangat! Yg bg hutang negara naik mendadak tu zaman PH! Menteri kewangan sepet pelingkup. Aset semua jual... Hutang bertambah! PMX bodo ni pun bekas Menteri Kewangan yg GAGAL!
Cuepacs ni dari dulu x pernah berubah... Asal apa yg kerajaan cakap semuanya ok... langsung x ada tanggungjawab membela penjawat awam... baik x payah ada Ceupacs ni... Menghabiskan duit rakyat je bayar gaji staf2 Ceupacs ni... Langsung x ada faedah kewujudannya untuk kebaikan penjawat awam... Sepatutnya penjawat awam kena buat piket sendiri untuk menuntut kerajaan dalam segala isu yg selama ini penjawat awam harapkan dari kerajaan... kalau nak harapkan kopek ni sampai pencen pun x merasala semua tuntutan yg dimahukan oleh semua penjawat awam terutamanya golongan pelaksana yg selama ini amat tertekan dengan kos sara hidup yg semakin hari semakin x dapat dihadapi dalam meneruskan kelangsungan hidup... Kalau PMX ni cakap hutang negara bertambah kena tunggu hutang sikit baru nak bagi kenaikan gaji memang x akan dapat la sampai bila2..
Salam CUEPACS
Salah satu jabatan di dalam kerajaan negeri Sabah lambat mengeluarkan bayaran tuntutan award cuti gantian. Nak kena guna duit ni.
Salam Mr Cuepacs... Mohon cadangan agar perkhidmatan pencen 20 tahun ke atas, sudah boleh pencen Dan terus layak menerima pencen bulanan tanpa tggu usia 55..tak dpt gratuity pn OK asalkan dpt pencen bulanan DAN GCR
Mohon ceupacs tengok sikit berkenaan gantian cuti rehat dari 160 ke 180...hingga kini tiada lagi pekeliling dijelyarkan. Jdi ramai penjawat awam pencen dengan GCR 160 sedangkan kerajaan dah umum gcr 180 hari...
Satu lagi berkenaan nasib Pembantu Tadbir dimana peluang kenaikan ke gred lebih sikit amat payah dan sulit manakala kalau diperingkat pegawai kenaikan mudah dan banyak. Sedangkan kalau ikut SSB ada oeluang 3 kenaikan sepanjang khidmat. Nasib Pembantu Tadbir.
PEKELILING GCR 90 HARI BILA KELUAR NI
Harga chicken wings di Sabah. 31 Disember 2022 (10kg - RM 132.00). Harga terbaru 24 Mac 2023 (10kg - RM 172.90)
Mohon agar penjawat2 awam tidak mengadakan/menghadiri perhimpunan penjawat awam sempena hari pekerja. Tidak ada keperluannya. Yang ada setiap tahun hanyalah pesanan2/ucapan2 supaya penjawat awam bekerja dengan berintegriti, berdisiplin dsb..(benda tu hari2 pun kita dengar misalnya dlm mesyuarat dsb, sampai naik muak dah)
tapi bila bab kebajikan pekerja spt pelarasan/kenaikan gaji, payah betul nak dengar (benda rare), so tahun ni, kita tumpu kerja jer, takyah buat perhimpunan pekerja bagai.
Catat Ulasan