Utusan Malaysia
30/4/2014
30/4/2014
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, biarpun
pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta
672) telah diluluskan di Parlimen, namun pihaknya hanya memberi
penekanan kepada aspek-aspek yang memberi kebaikan kepada negeri.
Kita tidak mahu pada akhirnya projek seperti ini mempunyai tujuan
keuntungan dan bukan mencapai matlamat yang dihasratkan oleh kerajaan
bagi mengatasi masalah sampah-sarap dalam menjadikan negara bersih.Dulu, mereka ada memberikan tarikh akhir kepada kita, sebab itu
mereka tutup pejabatnya di negeri ini. Namun, mereka kembali semula
dengan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
yang baharu iaitu Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Mereka dahulunya ingin melaksanakannya macam itu sahaja, sebab itu
saya tidak boleh terima. Anda kena meyakinkan kerajaan negeri dan
membuat sesuatu kerana kita mesti bertanggungjawab kepada rakyat,"
katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini
hari ini.
Beliau diminta mengulas pendirian Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di
Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang menyokong Zambry kerana masih
belum menandatangani perjanjian tersebut.Dalam pada itu Zambry berkata, kerajaan negeri bagaimanapun telah
mengambil pendekatan kreatif dengan mengadakan perbincangan secara
terbuka bersama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan kira-kira dua minggu lalu.
Beliau berkata, perbincangan itu bukan sahaja melibatkan wakil rakyat daripada kerajaan, malah juga pembangkang.Inilah caranya kita menyelesaikan kes berkepentingan awam, kita wujudkan jawatankuasa bipartisan.
Jika CUEPACS lebih mengambil berat mengenai kebajikan pekerja tetap
dan kontrak, kita melihat kepada keseluruhan perspektif tanpa
menjejaskan tanggungjawab negeri pada masa hadapan dalam soal pengurusan
sampah," katanya