SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

22 April 2014

CUEPACS CADANG KUARTERS KERAJAAN DITUKAR JADI RUMAH SEWA KERAJAAN

Bernama
22/4/2014




KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kepada kerajaan supaya kuarters kerajaan ditukar nama kepada rumah sewa kerajaan untuk memastikan penjawat awam Gred 44 dan ke bawah dapat menikmati elaun perumahan pada kadar penuh.
Presidennya Azih Muda berkata jika status kuarters itu diubah, Cuepacs mencadangkan agar RM124 dijadikan sebagai kadar sewa bulanan ke atas penjawat yang menikmati kemudahan itu.

Azih menjelaskan masalah yang timbul ketika ini ialah apabila penjawat awam tinggal di kuarters kerajaan, elaun perumahan mereka serendah RM180 sebulan akan ditolak selain hanya menikmati 50 peratus daripada bayaran elaun kos sara hidup (Cola).

"Jika kuarters ini jadi rumah sewa, maka baki elaun perumahan setelah tolak sewa perlu dipulangkan kepada penjawat awam. Contohnya kalau elaun perumahan RM180, dah tolak sewa RM124 akan ada lagi baki RM56.

"Selain itu bayaran Cola maksimum RM300 (mengikut kawasan) perlu diberi 100 peratus kepada penjawat awam, tiada lagi sebab untuk potong 50 peratus," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kongres Cuepacs sesi 2013-2016 di sini, Selasa.

Azih berharap kerajaan memberi pertimbangan sewajarnya berhubung cadangan Cuepacs itu dalam usaha mengurangkan tekanan hidup yang dialami penjawat awam sekarang.

Selain itu, Cuepacs juga berharap agar kerajaan dapat mengkaji semula elaun sewa hotel yang dianggap tidak lagi relevan memandangkan kadar penginapan kini semakin meningkat selain menilai semula elaun perjalanan.

"Elaun perjalanan ini masih pada kadar yang lama sedangkan harga petrol dah naik. Jarak yang dilalui sama tapi kos yang dibayar lebih," katanya.

Dalam perkembangan lain, Azih berkata sambutan Hari Pekerja 2014 pada 1 Mei depan akan diadakan di Dewan Wawasan Jitra, Kedah dengan tema "Penjawat Awam Tiang Seri Negara".

Katanya tema itu dipilih selaras dengan peranan serta fungsi penjawat awam dalam membantu kerajaan membangunkan negara.

-- BERNAMA

36 ulasan:

Arijal berkata...

Anda ingin mencari Homestay atau ingin mempromosikan homestay.One Stop Center For All Homestays In Malaysia.

www.pakejhomestay.com

www.negonego.com

Shamsul Alimi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mocta Asnas berkata...

Sesuatu yang sepatutnya tidak berlaku sekira ada dikalangan penjawat awam peka dengan keadaan yang tidak bolih diterima akal yang waras untuk dilaksanakan.

Keadilan itu seharusnya ditegakkan dan jika sesuatu itu dipertikaikan dari mula lagi semasa pelaksanaan nya bagi mereka yang mempersetujui nya adalah dikalangan mereka yang subahat dalam perkara yang tidak baik dan menyusahkan.

Apabila perkara begini berlaku maka nama baik kerajaan memerintah sekarang terjejas dek kerana segelintir penjawat awam yang tidak cekap dalam urusan pengurusan dan pentadbiran.

sakura luncai berkata...

DG 44 tu tak payah la duduk kaurtes guru , gaji dah banyak . Bagi la kakitangan sokongan yang gaji ciput . naikkan elaun perumah 50% . setiap sekolah sediakan sebuah rumah tumpangan untuk para2 kursus yg berhampiran . kan jimat duit kerajaan ..

zul berkata...

sangat setuju...jgn sekadar cadang saja,tp x ada tindakan...sekarang ni cola di beri separuh tetapi barang2 kt luar semakin naik harga...sangat lah tidak patut...

Made in Pahang berkata...

naikkan lah elaun perumahan tu cepat cepat..

Parklee berkata...

Mohon JPM, melalui BPH membuat semakan semula dan terperinci kepada setiap penghuni yang tinggal kuarters kerajaan. Ini kerana, terdapat kakitangan kerajaan yang dianggapkan berada kewangan yang cukup selesa masih diberi kemudahan kuarters.

Sepatutnya, berilah kemudahan ini kepada yang kurang berkemampuan daripada segi kewangan.

Jika sudah terlampau kaya raya, diberi kemudahan kuarters dan memiliki harta kenderaan kereta sampai sepuluh buah menyulitkan kepada pengawai kerajaan yang lain.

Mohon tindakan.
019-2548279

Hang Badang berkata...

Mana ade sewa rumah kat Putrajaya RM330..., ikut pasaran sepatutnya RM1,000.00. Rakyat dah ditarik subsidi patutnya yg duduk kuarters pun bawar sewa RM1,000.00. Bayar balik kat gomen dan kerajaan boleh lagi jimat.

Hang Badang berkata...

Tak payahlah naik nanti yg sokongan dapat ciput yg atas2 dapat lebih. Asyik kena kencing je..sokongan nie.

Hamba Hutang berkata...

Mohon Bonus 2 bulan gaji nak bayar hutang Maybank.

Made in Pahang berkata...

Setiap kali ada penambahbaikan yg bertambah tambah kumpulan pengurusan
contoh kenaikan gaji tahunan sekarang..
kumpulan sokongan nak minta naik elaun perumahan dari rm180 ke rm300 jika dapat nanti kumpulan sokongan naik rm250 ..kumpulan pengurusan tiba tiba elaun rmh melonjak jadi rm500..kenapa kerajaan terlampau menganak tirikan kumpulan sokongan..kumpulan sokongan yang berpenat lelah melaksanakan kerja kurang di hargai oleh kerajaan.
ataupun oleh kerana segala dasar di olah oleh kumpulan pengurusan menyebabkan kumpulan ini mengambil kesempatan menindas kumpulan sokongan

Made in Pahang berkata...

Setiap kali ada penambahbaikan yg bertambah tambah kumpulan pengurusan
contoh kenaikan gaji tahunan sekarang..
kumpulan sokongan nak minta naik elaun perumahan dari rm180 ke rm300 jika dapat nanti kumpulan sokongan naik rm250 ..kumpulan pengurusan tiba tiba elaun rmh melonjak jadi rm500..kenapa kerajaan terlampau menganak tirikan kumpulan sokongan..kumpulan sokongan yang berpenat lelah melaksanakan kerja kurang di hargai oleh kerajaan.
ataupun oleh kerana segala dasar di olah oleh kumpulan pengurusan menyebabkan kumpulan ini mengambil kesempatan menindas kumpulan sokongan

Hang Badang berkata...

yang sekor tue biasalah nak dapat Datuk Seri. Kasi jelah kumpulan pengurusan dan sokongan tak payah lah. Contoh parking kat Putrajaya untuk dia orang je sedangkan mana ada pekeliling mereka diperuntukkan parking pejabat. Yang kumpulan sokongan nie parking la merata rata. Kalau tak kena saman mati kena langgar masa nak cari parking.

Dato Imran Dato Ahmad berkata...

Amat sesuai jika sekiranya langkah cuefacs in di persetujui kedua-dua pihak, bagi saya kuarters kerajaan yg ada skrng ni klau di sewakan kpd kakitangan awam dgn kadar sewa mengikut kemampuan dan kumpulan sokongan..


rakyat jelata berkata...

BAGUS... PRSDN KOPEK DIAM JA.. TAK MINTA APA2 KAH SEMPENA SAMBUTAN HAIR PEKERJA NE... BAGUS.. BAGUS

sakura luncai berkata...

president ceupacking nk dapat gelaran Dato / Tan sri . tu yang dia diam ja macam mamak tu .. mengampu ja lebih , kebajikan pekerja bawahan tak jaga pon .. dasar mengampu ..

Made in Pahang berkata...

apa guna kita kump sokongan jadi ahli cuepacs jika tuntutan kita x dilayan..kita minta yang dapat lebih mesti kump pengurusan..lebih baik kita keluar ahli buat rugi duit je bayar yuran

Made in Pahang berkata...

Harga barang tahun 2014 melambung lambung...org yg naik gaji tahunan 200 hingga 320 mungkin x rasa,nih kami yg kump sokongan naik gaji antara 80 ke 120 ni yang seksa menanggung kos kenaikan barang setiap tahun

Hasnah Abdul Moin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Din Shah berkata...

Buatlah apa juga yang hasilnya nanti melegakan semua pihak.

family outing berkata...

Cukup2 lah....nak senang....rumah dah murah...setinggan pun tak ada kat kl ni..fikir2 lah yg.x dapat menduduki rumah kerajaan...sewa ada ke rm 180.lg.kalau cuepec perjuangkan elaun rumah dinaikkan..saya setuju...kira yang x bernasib baik..yg.dah dapat kuaters kira ubtung n bersyukurlah

J. gail berkata...

okay untuk yang dapat duduk kuarters, tapi bagaimana dengan penjawat awam yang tak dapat duduk kuarters?

ingat semua penjawat awam dapat duduk kuarters ke? (atas faktor kuarters selalu penuh atau tempat kerja pasangan jauh dari kuarters)

kalau fikir, orang yang duduk kuarters ni setakat cola potong setengah dan elaun rumah kena potong baru RM 330. Itu tak murah lagi ke untuk bayaran kediaman.

Ada yang duduk sewa rumah flat sekitar selangor yang rumahnya hanya 650++ kaki persegi dengan bayaran rm 600.00!

cuepacs, kalau nak tolong penjawat awam, tolong secara menyeluruh. bukannya tolong orang yang dah memang senang.

Made in Pahang berkata...

Tolongla kami yg duduk menyewa kt rmh flat ni..ceupac minta pd kerajaan naikkkan elaun rmh minima rm300..rm180 terlalu rendah..rm300 pun kami kna tambah lg 350 utk sewa rmh tapi sekurang kurangnya membantu ringankan beban kami dlm bajet berbelanja

Asman Tola berkata...

elaun bantuan rumah wilayah juga perlua kajian semuala. terutama bagi meraka yang bertugas di semenanjung untuk penjawat awam yang berasal dari sabah sarawak. kadar elaun tersebut sudah tidak relivan dengan keadaan ekonomi malaysia sekarang...

abu hurairah berkata...

rasanya nak suruh anak xpayah g skolah,dok rumah je sbb pencapaian pelajaran tu memang kurang penting

jangan risau kalau xdapat kerja kat swasta..kerajaan mmg akan sediakan peluang pekerjaan kepada "semua" orang melayu (tengok la sampai bila). asal dapat masuk kerajaan nnt, dah boleh minta gaji/elaun sama macam orang atas kt cuepacs. Kerajaan ni mmg kene tanggung semua anak muda skang yg nk lifestyle sama mcm makbapak yg dh kerja 30 tahun.

xsedar diri sbenarnya xmampu..xmampu bayar duit parking and minyak,naik la pengankutan awam...tp marahkan parking hanya disedia untuk pengurusan.

agaknya makcik2 cleaner tu pun perlu disediakan parking khas kot.

Kalau bercakap tp tidak berfikir.

Mahmood Adam berkata...

itulah akibatnya kalau kita ingkar perintah Allah dan Rasul dengan masih lagi mengamalkan RIBA'. dalam al-Quran terang-terang menyatakan bahawa Allah dan Rasulnya akan memerangi golongan yang mengamalkan riba tak kiralah samada pemberi pinjam mahupun peminjam. lihat saja ekonomi masakini yang tidak menentu, harga melambung, segalanya mahal, semuanya disebabkan kita mengamalkan sistem hutang berasaskan riba'. pinjam 10 bayar 12, pulak tu harta yang dibeli secara hutang kalau hutang tu tersangkut, harta dirampas, sudahlah ansuran yang bercampur riba' tu pula akan dituntut melalui mahkamah.

sebab itulah bala dari Allah S.W.T. turun sebab ramai yang berlaku zalim dan ingkar atas perintahNya.

Made in Pahang berkata...

Setuju RIBA menjadikan negara bertambah sakit kerana tidak mendapat berkat dan redha Allah..kita terima jelah nanti kesan buruk akibat riba..

Rubber berkata...

Tanah Untuk dijual di kg chandek kura kedawang langkawi, rm 9 / 8 ekar = harga tatal rm 3.1 juta,/ 12 relong/ Rezab Melayu / geran tunggal,tanah tepi jalan besar,

PENA PERJALANAN berkata...

cuepacs GAGAL memohon kerajaan pusat menyelaras pemberian COLA.Penjawat awam sabah dan sarawak yang berkhimat di semenanjung TIDAK DAPAT COLA.Kos hidup yang tinggi disemenanjung berbanding berkhidmat disabah dan sarawak

PENA PERJALANAN berkata...

CUEPACS GAGAL MEMOHON KERAJAAN PUSAT UNTUK MENGKAJI SEMULA NILAI ELAUN SEWA RUMAH.MANA ADA LAGI SEWA RUMAH BERHARGA 200KE BAWAH.PALING MURAH SEWA RUMAH PUN 800.

avahmad berkata...

Sian kt org gomen...kami di glc gaji tinggi...bonus 2-5 bulan....klinik 24jam hospital panel...kerja pun relax...cepat naik pangkat...x kena maki dgn org ramai..
tu la sapa suruh kerja gomen...lain kali suh anak keje dgn glc....glc maju glc hebat...kakitangan awam gaji kecik..ha ha ha..

PENA PERJALANAN berkata...

ni sy setuju.yg bwh mati2an yg atas senang lenang

PENA PERJALANAN berkata...

bukan elaun wilayah yg patut dikaji tp elaun Cola yg patut dikaji kerana tidak adil.knp sabah n sarawak tak dpt cola.nampak sgt diskriminasi.apa nk beza2..siapa yg byr elaun wilayah?kalau sabah srwk kerja dinegeri asal pon sudah tentu dpt elaun wilayah.knp cola ni nak beza2?..tu yg ptt kopek perjuangkan.nampak ketidak adilan disitu.bila nk mohon bertukar ketempat asal susahnya bgai nk mati.

Tanpa Nama berkata...

setuju dengan tan sri mahmood adam di atas. kah kah

selagi riba' diamalkan dalam setiap urusan pinjaman, jual beli dan sebagainya, selagi tula kita tak layak angkat negara ni sebagai negara islam.

Unknown berkata...

Saya nak tanya,bolehkah kuarters kerajaan disewakan kepada orang luar untuk tambah pendapatan,sebagai contoh kuarters ada 4 bilik tapi dibuat sewa secara kutipan bulanan,3 bilik disewakan,1 lagi bilik tuan rumah duduk..kutipan sewa rm730..tidak salahkah berbuat demikian?

luqz 88 berkata...

Saya nak tanya,bolehkah kuarters kerajaan disewakan kepada orang luar untuk tambah pendapatan,sebagai contoh kuarters ada 4 bilik tapi dibuat sewa secara kutipan bulanan,3 bilik disewakan,1 lagi bilik tuan rumah duduk..kutipan sewa rm730..tidak salahkah berbuat demikian?