SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Julai 2014

CUEPACS SAMBUT BAIK PELAKSANAAN GST - PRESIDEN


Bernama
16/7/2014



KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah selaras dengan matlamat kerajaan memperkukuhkan hasil pendapatan negara menjelang 2020, sekali gus bakal memberi manfaat besar kepada rakyat termasuk penjawat awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Azih Muda berkata apabila kerajaan dapat menambahkan lagi hasil pendapatan menerusi GST, maka setiap tuntutan CUEPACS untuk kepentingan penjawat awam juga akan lebih mudah dipertimbangkan.

"Pelaksanaan cukai boleh tambah hasil negara, dan seterusnya kerajaan boleh timbang tuntutan baharu CUEPACS,"katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Dialog Isu GST dan Ekonomi Semasa Tanah Air (DIGEST) bersama CUEPACS.

"Daripada penjelasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tadi, dengan melihat kepada elemen subsidi yang diberikan kerajaan dan elemen pelaksanaan GST, ia tidak menunjukkan harga barang akan melonjak," katanya.

Program DIGEST bersama Timbalan Menteri Kewangan itu sebelum ini telah diadakan bersama media dan setiausaha pelbagai kementerian serta persatuan pelajar bertujuan memberi penerangan GST kepada beberapa kumpulan sasar.

Program dialog itu juga akan diteruskan bersama beberapa kumpulan sasar yang lain antaranya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sasterawan dan karyawan.

Sementara itu, Ahmad berkata penerangan mengenai GST akan dilaksanakan dengan lebih giat lagi bagi memberi pemahaman yang lebih jelas.

"Dalam hal ini, kita menceritakan fakta mengenai GST, kalau kita memberi fakta tanpa emosi, ia membawa kebaikan,"katanya.

Beliau berkata pihaknya akan mencari formula baharu untuk memberi penerangan lebih kepada orang ramai, agar ia tidak disalah erti.

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan akan melaksanakan GST pada kadar enam peratus mulai April 2015 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

-- BERNAMA

23 ulasan:

Unknown berkata...

Hang baru tau ka Azih !
kita lama dah tau.

Kakitangan Awam berkata...

Selepas merapu dan meraban tak tentu hala, maka hari ini kepimpinan CEUPACS telah menerima perlaksanaan GST.

Tapi isu penambahbaikan skim yang dicicirkan oleh JPA sebelum ini macam mana pula Presiden CEUPACS?

Mula-mula bagi tempoh sampai januari, lepas tu melarat samapi ke Jun, lepas tu jumpa TPM pada Julai, tak bincang pun pasal isu penambahbaikan skim, sekarang nak tunggu sampai bila?

Para pengampu dan pembodek dalam kepimpinan CEUPACS memang tak boleh diharap, tukang ampu dan tukang jilat sahajalah mereka semua ini.

Tukang ampu dan tukang jilat dalam kepimpinan CEUPACS hanya sibuk membodek dan mengampu untuk mengenyangkan temolok sendiri, tak ada bezanya antara kepimpinan CEUPACS dan pegawai atasan yang membuat dasar, semuanya untuk kepentingan diri sendiri dan mengabaikan kakitangan bawahan yang dilayan seperti hamba abdi sahajalah, sedangkan kepimpinan CEUPACS sibuk membodek untuk dapat itu dan ini dari Najib, pegawai atasan pula sibuk buat dasar dan peraturan untuk mengenyangkan perut sendiri.

Sedarlah diri, bertaubatlah. Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Kepimpinan CEUPACS selama ini mungkin sibuk membaca Harakah, Suara Keadilan, Roket dan akhbar sampah sarap parti pembangkang, sebab itulah selepas jumpa TPM baru mereka faham pasal GST, sebab selama ini mereka hanya sumbat dalam kepala otak mereka apa yang dibohongi oleh akhbar sampah sarap pembangkang itu.

Blah la Presiden CEUPACS, kononnya CEUPACS menerima baik perlaksanaan GST, sedarlah diri bahawa kakitangan bawahan dah lama tau pasal GST yang merupakan penyelarasan semula SST.

Entah Presiden CEUPACS dan barisan kepimpinan tongongnya ini faham atau tidak pasal GST dan SST ini entahlah.

Walau apa pun, kepimpinan CEUPACS memang macam sampah sahajalah, tak tau perkembangan semasa, lepas tu hanya sibuk menjadi pembodek dan penjilat untuk kenyangkan temolok sendiri, tetapi kebajikan penjawat awam kumpulan pelaksana dibiarkan melarat dan terkontang kanting macam hamba abdi dan warganegara kelas kedua.

Sedarlah diri Presiden CEUPACS dan barisan kepimpinan CEUPACS yang jumud dan tak sedar diri, perjuangkan isu skim dahulu daripada merapu dan meraban yang bukan-bukan. Sedarlah.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

"Pelaksanaan cukai boleh tambah hasil negara, dan seterusnya kerajaan boleh timbang tuntutan baharu CUEPACS,"katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Dialog Isu GST dan Ekonomi Semasa Tanah Air (DIGEST) bersama CUEPACS." - kata-kata Azih Muda dalam petikan artikel di atas.

Nampaknya Azih Muda masih belum faham mengenai GST, dia masih meraban dan merapu lagi.

Untuk makluman Azih Muda, perlaksanaan GST bukannya semata-mata nak melayan tuntutan CEUPACS, sebenarnya GST adalah penstrukturan semula SST iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan sekarang ini untuk mengelakkan pelarian cukai oleh pengusaha dan untuk mengelakkan peniaga mengenakan harga yang melampau kepada pengguna.

Dengan adanya GST, kerajaan akan dapat kutip cukai itu di setiap peringkat dengan pelarasan supaya kadarnya adalah pada 6%. Melalui kaedah ini, kegiatan pelarian cukai akan dapat dikesan kerana pada setiap peringkat pergerakan barang dari pengeluar hingga ke pengguna akan ada pelarasan GST, oleh itu dalam rantaian pemasaran tersebut, samada pengeluar atau pemborong, atau pekedai tidak dapat menipu dan melarikan cukai dengan mengishtiharkan barang lain yang bernilai rendah untuk lari dari cukai kerana telah ada sistem yang mengawal itu semua.

Presiden CEUPACS masih tak faham pasal GST lagi, yang dia nampak nak buat tuntutan itu dan ini yang tak munasabah seperti penghuni kuarters tak perlu potong ITP, kalau macam tu dia nak kerajaan bayar sewa kepada tuan rumah yang penjawat awam menyewa rumahkah?

Kepimpinan CEUPACS perlu proaktif secara bernas dan munasabah. Apa yang penting sekarang ini adalah isu penambahbaikan skim yang dicicirkan oleh JPA sebelum ini serta penambahbaikan skim 1 hingga 16 yang jadi gred 11 sekarang ini, sekadar naik gred, tapi kemudahan lain tak ada, sedangkan gred juruteknik boleh pula ada kenaikan gred dan kenaikan gaji, malahan dalam skim pelukis pelan pun, pasal apa tak ada time base untuk kenaikan ke gred 29 macam sekim juruteknik? Sungguh kesian bila gred 22 pelukis pelan masih ditakuk lama dan dipintas oleh orang bawahannya kerana dia tak ada sijil politeknik sedangkan dalam skim juruteknik tak ada sijil politeknik pun, tapi cukup 9 tahun kalau tak silap saya dah boleh dapat gred 29.

Mana dia perjuangan CEUPACS untuk memulihkan apa yang berlaku kemusnahan rantaian arahan dan pelaksanaan tugasan dalam perkhidmatan awam selama ini?

Kepimpinan CEUPACS hanya sibuk jadi pengampu dan pembodek Najib untuk mengenyangkan temolok sendiri, sebijik perangai macam kumpulan pegawai atasan yang tamak haloba yang sibuk buat dasar dan peraturan untuk mengenyangkan temolok sendiri dan membiarkan penjawat awam kumpulan pelaksana dilayan seperti hamba abdi semata-mata nak memuaskan nafsu serakah kumpulan pegawai atasan.

Sedarlah kepimpinan CEUPACS, dulu masa berkempen nak undi sokongan untuk dapatkan jawatan, bukan main manis mulut, ibarat menanam tebu di bibir, tetapi akhirnya susu yang diberikan oleh pengundi anda, tapi anda membalasnya dengan racun yang berbisa.

Kalau tak selesai lagi pasal penambah baikan skim yang tunggang langgang sekarang ini hingga tempoh September 2014 nanti, lebih baik kepimpinan CEUPACS meletak jawatan beramai-ramai dan ada pemilihan baru, atau pilih sahaja yang kalah hari itu sebagai pemimpin yang baru.

CEUPACS perlu ditransformasikan kerana kepimpinan sekarang jumud dan berfikiran seperti katak di bawah tempurung, merapu dan meraban tak tentu hala.

Sedarlah diri. Sekian, terima kasih.

Sedarlah. Sekian, terima kasih.

Unknown berkata...

tunggu saja samada cuepacs yang lemah kepimpinan ini...dapat membela nasib PA atau tidak..

Zamani berkata...

Kita tunggu April 2014, betul ke GST tak pengaruhi harga barangan dan perkhidmatan!!!!. Sekarang pun harga barang dah mahal-mahal, takut saya nak beli.

Zamani berkata...

Kita tunggu April 2015, betul ke GST tak pengaruhi harga barangan dan perkhidmatan!!!!. Sekarang pun harga barang dah mahal-mahal, takut saya nak berbelanja. Dulu gaji rendah tapi macam-macam boleh beli. Sekarang gaji tinggi tapi banyak barang tak mampu beli.

Unknown berkata...

tumpuan sangat wajar ke arah kenaikan elaun rumah,elaun khidmat awam serta gaji.

wajib ada jawapan BUKAN lagi pertimbangan

harapan penjawat awam seiring GST bakal dilaksanakan.

Unknown berkata...

aku bantah GST .. nanti barang naik , petrol naik , kos2 lain naik .. cukup cilaka punya pemimpin .. Kenaikan gaji penjawat awam adalah tanggungjawab kerajaan . kenaikan gaji mesti usaha kerajaan , bukannya dengan cukai2 dari rakyat .
bodoh punya pemimpin .. cuepacs lagi bodoh macam bahgal ..

Kakitangan Awam berkata...

GST hanyalah penyelarasan cukai daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Dalam isu ini, GST bukanlah pengenaan cukai baharu, kerana dalam setiap barangan yang kita beli sekarang ini, telah ada cukai iaitu SST, cuma tak dipamerkan sahaja.

Dalam kaedah GST, peniaga mesti mempamerkan kadar cukai GST yang dikenakan kepada setiap barangan yang dibeli di premis mereka dalam resit kepada pelanggan selepas bayaran dibuat. Oleh itu, pengguna akan tahu berapa kadar cukai yang selama ini mereka bayar.

Selain itu, GST untuk mengesan penipuan barang-barang yang diimport. Terdapat pengimport yang tamak yang menipu maklumat barangan yang diimport untuk melarikan diri dari bayaran cukai. Dengan adanya GST, sekiranya penipuan dibuat di pelabuhan sekali pun, akan dapat dikesan selepas barangan itu dikeluarkan untuk diedarkan kepada pemborong dan peruncit kerana dengan sistem pelarasan GST, rekod cukai sebenar barangan itu akan dapat dikesan.

Selain itu, GST juga bukannya boleh dikenakan sesuka hati, hanya perusahaan yang nilai jualannya melebih RM 500,000.00 sahaja yang dikenakan GST, oleh itu kedai-kedai runcit dan kedai tepi jalan yang tak sampai jualan RM 500,000.00 janganlah mengada-ngada menipu pelanggan untuk menaikkan harga dengan alasan GST kerana anda tidak dibenarkan mengutip GST bagi pihak kerajaan.

Perniagaan dan perusahaan yang dibenarkan mengutip cukai GST bagi pihak kerajaan perlu mendapatkan sijil kebenaran dari pihak kastam terlebih dahulu dan sijil berkenaan hendaklah dipamerkan di premis di mana mereka beroperasi.

Oleh itu, jika kedai runci dan kedai tepi jalan menaikkan harga dengan alasan GST, sila minta mereka tunjukkan sijil kebenaran dari kastam dan minta resit yang pamerkan kadar GST yang mereka kenakan untuk jualan mereka itu.

Sekiranya peniaga kedai runcit dan kedai tepi jalan itu tak dapat tunjukkan bukti, maka mereka adalah melakukan kesalahan menipu dan perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan undang-undang.

GST telah dilaksanakan di 160 negara termasuk di negara-negara Arab, Eropah, Amerika. Malahan di Asia Tenggara, daripada 11 buah negara, hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar yang tak buat GST lagi. Malahan di negara lain, semua barangan dan perkhidmatan dikenakan GST termasuklah beras, dan barangan keperluan asasi.

Tetapi di Malaysia, barangan keperluan asasi seperti beras, gula, garam, sayuran, makanan laut, daging, ayam, dan perkhidmatan seperti kesihatan, pendidikan serta lain-lain yang dikategorikan sebagai keperluan asasi termasuklah bihun dan mi kuning tidak dikenakan GST.

Oleh itu, pihak kerajaan Malaysia adalah sangat berhemah dengan mempertimbangkan keperluan golongan berpendapatan rendah dengan mengecualikan GST bagi barangan keperluan asasi untuk kebajikan golongan berpendapatan rendah.

Kenaikan harga jika berlaku adalah kerana sikap tamak peniaga dan tak ada kena mengena dengan GST kerana GST bukannya cukai baru, tapi penyelarasan SST sahaja.

Para pengguna perlu bijak untuk mempertahan hak masing-masing dari dicabuli dan dikhianati oleh peniaga yang tamak menangguk di air keruh.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Saya meminta Najib dan kepimpinan CEUPACS supaya jangan merapu dan meraban mengenai GST lagi. Kerana perbuatan bodoh kamu semua yang asyik menggunakan alasan GST untuk naikkan gaji dan elaun penjawat awam adalah alasan bodoh dan bukannya hasrat sebenar pelaksanaan GST yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna akan kadar cukai yang dibayar setiap kali membeli barangan di premis-premis yang berkenaan.

Selain itu, GST juga untuk mengesan pelarian cukai oleh pengimport yang tamak haloba.

Dengan adanya GST, cukai sebenar barangan yang diimport akan dapat dikutip oleh kerajaan, ini akan menambahkan hasil kerajaan yang selama ini dirompak oleh pengimport pengkhianat itu.

Oleh itu, kepada Najib, Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri, ahli-ahli politik serta kepimpinan CEUPACS, bila nak ulas pasal GST ini, sila ulas apa yang benar, bukannya meraban dan merapu tak tentu hala hingga mengelirukan masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Di negeri-negeri pembangkang juga, mereka pun naikkan itu dan ini, di Penang naikkan tarif air, di Selangor naikkan kadar sewa ruman PPR, naikkan kadar cukai PBT dan sebagainya.

Sila menilai dengan berhemah, barulah tidak mudah ditipu.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Ingatlah juga akan kejadian di Kedah sebelum Kedah dikuasai semula oleh Barisan Nasional, Pakatan Rakyat telah menjual tanah yang diwakafkan untuk tujuan kerohanian Islam kepada syarikat bukan bumiputera untuk dibina pusat membeli belah.

Kesannya, hingga kini, kerajaan Barisan Nasional di Kedah tak boleh buat apa lagi untuk pertahankan tanah itu kerana Madrasah Salihiah yang dibina atas tanah itu telah dirobohkan oleh pemaju untuk dibina pusat beli belah, tak tahulah lepas ini jika sebahagian premis dalam pusat beli belah itu menjual judi, arak dan pusat hiburan, inilah 'jasa' kepala otak Pakatan Rakyat selama 5 tahun di Kedah.

Sedarlah semua.

Kay4 berkata...

bila lagi nak umumkan penambaikan gred....asyik kena tipu aje.....

Peaceeee berkata...

bila nak tukar kepimpinan Cuepacs ni?lemah sangat.Lebaih baik lagi kepimpinan sebelum ni tegas,pembela penjawat awam dan kebajikan serta kos hidup yang ditampung oleh penjawat awam bawahan.Yang kepimpinan sekarang hanyalah manis di mulut tapi tidak dapat melaksanakan dengan cepat dan berkesan.

Unknown berkata...

Dianggarkan lebih 90% peniaga-peniaga Melayu/PKS akan gulung tikar apabila GST dilaksanakan.Taklimat GST baru-baru ni disoalkan pelbagai soalan dan akhir sekali penceramah GST memberi jawapan RAKYAT AKAN MENANGGUNG GST BUKAN KERAJAAN.

Jadi kenapa Cuepacs tiba-tiba setuju pelaksanaan GST??

Kakitangan Awam berkata...

Encik Jacky Sparrow, apa yang anda merapu lagi ini? Dalam isu GST, pihak pengusaha yang terlibat dengan jualan melebihi RM 500,000.00 secara tahunan sahaja yang boleh mengenakan GST.

Malahan dalam isu GST ini, cukai pembelian mesin-mesin dan peralatan untuk membuat produk oleh pengusaha adalah boleh dituntut semula oleh pengusaha dari pihak kerajaan.

Tak timbul isu peniaga IKS bumiputera akan gulung tikar kerana GST bukannya sampai 50% atau melibatkan kos tambahan yang besar dalam bidang pengeluaran, kerana yang terlibat hanyalah bidang pemasaran, selagi mana barangan itu di stor dan tidak dipindahkan untuk dijual kepada pihak lain, selagi itulah tak kena GST, ini kerana GST hanya dikenakan apabila berlaku pergerakan barang-barang atau perkhidmatan itu dari pengeluar asal hingga ke pengguna akhir, jadi, janganlah nak putar itu dan ini tak tentu pasal.

GST bukannya menyebabkan pengusaha gulung tikar, cuma golongan peniaga tamak yang suka menipu harga, menipu timbangan, menipu pengishtiharan bayarang yang diimpor yang akan kepanasan sebab tak boleh menipu lagi selepas ini.

Malahan kenyataaan anda bahawa RAKYAT YANG AKAN MENANGGUNG GST DAN BUKANNYA KERAJAAN adalah kenyataan paling bodoh yang saya pernah lihat. Kerana yang membayar cukai adalah rakyat, bukannya kerajaan, kalau kerajaan nak bayar cukai, nak bayar kepada siapa?

Jika tidak memahami berkenaan GST, jangan merapu tak tentu arah menuduh itu dan ini, selidiki dengan penuh cermat maklumat sebelum dihebahkan.

Ingin diingatlan lagi bahawa kedai runcit dan kedai tepi jalan yang jualan tak sampai RM 500,000.00 setahun serta yang tak ada sijil kebenaran dari kastam untuk pungut GST, jangan mengada-ngada nak naikkan harga kepada pembeli pula, selalunya golongan tamak inilah yang akan ambil kesempatan untuk menipu rakyat dengan memutar belit dasar kerajaan.

Kepada pembeli pula, jika anda membeli dengan harga yang lebih tinggi dari harga sebelum ini, sila tanya peniaga itu adakah dia ada kebenaran untuk kenakan GST? Malahan sila dapatkan resit yang menyatakan kadar GST yang dikenakan, serta minta dia tunjukkan sijil kebenaran untuk kutip GST dari pihak kastam.

Jika peniaga berkenaan tak dapat tunjukkan bukti berkenaan, sila lapor kepada pihak polis dan pihak kastam untuk tindakan undang-undang kepada peniaga penipu itu.

Sedarlah akan hak kita sebagai pengguna dan sedarlah bahawa GST tidak memberikan kesan buruk kepada rakyat dan negara kerana sudah 160 buah negara buat GST dan jiran-jiran Malaysia seperti Singapura, Thailan, Kemboja, Vietnam, Laos dan Indonesia sudah mengenakan GST pada kadar 7% hingga 12%, jauh lebih tinggi dari Malaysia yang hanya mengenakan 6% sahaja.

Malahan ingatlah bahawa GST bukannya cukai tambahan baharu, GST adalah penyelarasan cukai SST (Sold and Service Tax) yang ketika ini berkadar 4, 5, , 7, 10 dan spesifik berdasarkan jenis barangan. Sekarang kerajaan seragamkan jadi 6% sahaja.

Jangan terpedaya dengan golongan penipu yang suka memanipulasi untuk kepentingan buruk mereka itu.

Sekian, terima kasih.

BukiT SiDaH berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BukiT SiDaH berkata...

TQ Kakitangan Awam. Info yg amat berguna berkaitan GST...cuma bahasa kau tu kena adjust sikit lah.

Tanpa Nama berkata...

Plaksanaan GST hanya dilaksanakan di Negara2 maju dan membebankn rkyt di negara membangun sprti Malaysia.

Kakitangan Awam berkata...

Penyaram Bae, GST bukan hanya dilaksanakan di negara-negara maju sahaja, malahan di Asia Tenggara, hanya Malaysia, Myanmar, dan Brunei sahaja yang belum melaksanakan GST, malahan negara lain seperti Singapura dah laksana GST kadar 7%, Indonesia, Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam dah laksana GST kadar 10%, Filipina dah laksana GST kadar 12%. Sedangkan di Malaysia hanya 6%, di negara lain, tak ada barang dan perkhidmatan yang dikecualiakan GST, tapi di Malaysia barangan keperluan asas dan perkhidmatan tertentu dikecualikan GST.

Saya ingin bertanya kepada Penyaram Bae, apakah Indonesia, Thailan, Vietnam, Kemboja, Laos dan Vietnam lebih maju dari Malaysia? Apakah negara-negara itu negara maju?

GST tak membebankan rakyat Malaysia kerana ia hanyalah penyelarasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sekarang ini yang kadarnya pelbagai dari 4% hingga 10%, sekarang kerajaan seragamkan jadi 6% sahaja.

Saya berharap Penyaram Bae tidak menjadi golongan penipu yang memutar belitkan fakta tak tentu pasal. Kerana sudah 160 negara daripada 197 buah negara di dunia ini melaksanakan GST termasuklah negara Niger di Afrika yang merupakan negara kedua termiskin di dunia pun buat GST.

Oleh itu, tuduhan GST hanya dilaksanakan di negara maju sahaja adalah suatu pembohongan yang sangat keji dan tidak bertanggungjawab.

Sedarlah diri dan bertaubatlah.

Sekian, terima kasih.

Man Dungun berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.