SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

06 Julai 2014

PERBAHARUI IKRAR SUMPAH SETIA PENJAWAT AWAM ELAK KEGIATAN MILITAN - CUEPACS

Bernama
5 Julai 2014



KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Kerajaan perlu memperbaharui ikrar sumpah setia penjawat awam dalam perkhidmatan bagi membendung penglibatan mereka dalam kegiatan militan atau aktiviti negatif yang lain.
Presiden Cuepacs Azih Muda berkata, ikrar Aku Janji yang dilafazkan penjawat awam ketika mula bertugas di jabatan awam harus sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa sebagai peringatan kepada mereka supaya sentiasa taat setia terhadap kerajaan dan negara.

"Pembaharuan ikrar ini bertujuan untuk memberi kesedaran agar para penjawat awam tahu tanggungjawab mereka terhadap kerajaan, dan hal ini juga mampu untuk memberi persepsi yang positif terhadap pembangunan negara," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Azih turut melahirkan rasa kecewa berhubung pembabitan penjawat awam dalam kegiatan militan, dan menganggap ia satu pengkhianatan terhadap amanah negara dengan menjalankan aktiviti yang tidak sepatutnya.

Cuepacs akan bekerjasama dengan berbagai kementerian bagi mencari jalan terbaik menangani masalah ini daripada terus berlaku, katanya mengulas penglibatan dua penjawat awam yang merupakan antara lima warga Malaysia yang diburu polis kerana disyaki terbabit dengan kegiatan militan.

Azih turut menggesa kerajaan mengadakan program menyemai kecintaan dan kesetiaan terhadap negara di pelbagai peringkat termasuk di sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) mahupun di tempat kerja.

Beliau berkata, jati diri rakyat Malaysia mudah goyah apabila timbul perbalahan ataupun perbezaan pendapat dalam parti politik, tetapi hal ini tidak seharusnya terjadi kerana ia akan menggugat dan memecahbelahkan perpaduan negara.

"Semangat cintakan negara seharusnya sentiasa dipupuk dan diberi penekanan dalam diri masing-masing dan ia harus dididik tanpa mengira perbezaan ataupun percanggahan parti politik," katanya.

-- BERNAMA

13 ulasan:

Kakitangan Awam berkata...

Mana dia hasil perbincangan antara kepimpinan CEUPACS dengan Najib yang dikatakan diadakan pada Jun yang lalu?

Drama, drama, drama sahajalah kepimpinan CEUPACS, depan penjawat awam berdentam dentum cakap nak jaga kebajikan penjawat awam, tapi di depan Najib terketar-ketar menjaga temolok sendiri.

Lihat ini: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140502/dn_07/PM-jumpa-CUEPACS-Jun-perinci-tuntutan

Indah khabar dari rupa, inilah wajah sebenar kepimpinan CEUPACS yang teruk sekarang ini.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Mana dia hasil perbincangan antara kepimpinan CEUPACS dengan Najib yang dikatakan diadakan pada Jun yang lalu?

Drama, drama, drama sahajalah kepimpinan CEUPACS, depan penjawat awam berdentam dentum cakap nak jaga kebajikan penjawat awam, tapi di depan Najib terketar-ketar menjaga temolok sendiri.

Lihat ini: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140502/dn_07/PM-jumpa-CUEPACS-Jun-perinci-tuntutan

Indah khabar dari rupa, inilah wajah sebenar kepimpinan CEUPACS yang teruk sekarang ini.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Mana dia hasil perbincangan antara kepimpinan CEUPACS dengan Najib yang dikatakan diadakan pada Jun yang lalu?

Drama, drama, drama sahajalah kepimpinan CEUPACS, depan penjawat awam berdentam dentum cakap nak jaga kebajikan penjawat awam, tapi di depan Najib terketar-ketar menjaga temolok sendiri.

Lihat ini: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140502/dn_07/PM-jumpa-CUEPACS-Jun-perinci-tuntutan

Indah khabar dari rupa, inilah wajah sebenar kepimpinan CEUPACS yang teruk sekarang ini.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Dalam isu militan ini, tak payah ikrar sumpah setia yang baharu, Akujanji yang ditandatangani telah jelas mengikat kakitangan awam supaya setia kepada Persekutuan Malaysia dan Negeri-Negeri dalam Persekutuan Malaysia jika perkhidmatan negeri. Sila Azih Muda rujuk perkara pertama dalam Akujanji.

Apakah kepimpinan CEUPACS pernah baca atau tidak Akujanji yang mereka tandatangani itu?

Sudah-sudahlah merapu kepimpinan CEUPACS, sepatutnya mencari kaedah untuk menjaga kebajikan penjawat awam, bukannya menjadi kaki bodek Najib ke hulu ke hilir sedangkan kebajikan penjawat awam diabaikan.

Dalam isu masalah militan ini, wajibkan sahaja semua pemohon untuk menjadi penjawat awam supaya membuat tapisan keselamatan sebelum diterima masuk ke dalam perkhidmatan awam. Mana-mana permohonan yang berisiko itu, tak payah panggil temuduga.

Kepimpinan CEUPACS perlu proaktif untuk menjaga kebajikan penjawat awam, bukannya jadi pembodek tak tentu pasal.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Malahan pihak kerajaan juga perlu buat peraturan di mana setiap 5 tahun sekali, semua penjawat awam perlu buat tapisan keselamatan, macam pengishtiharan harta jugalah, 5 tahun sekali buat pengishtiharan.

Untuk perkara ini, kakitangan di Pejabat Pegawai Keselamatan Negara perlu ditambah untuk memproses dokumen-dokumen yang berkaitan.

Malahan kerajaan perlu juga wajibkan setiap tahun kakitangan awam termasuk pegawai atasan menjalani ujian pengesanan penyalahgunaan dadah melalui ujian urin untuk mencegah dan mengenal pasti penyalahgunaan dadah di kalangan penjawat awam termasuk pegawai atasan.

Selain itu, pegawai atasan juga kenalah lihat pegawai dan kakitangan di bawah seliaan masing-masing, jika ada nampak pelik, buat siasatan dalaman terlebih dahulu, bukannya datang pejabat, duduk sekejap, lepas tu main golf, bila mesyuarat marah-marah dalam mesyuarat tuduh kakitangan itu dan ini sedangkan pegawai atasan sendiri tak menyelia dengan baik pegawai dan kakitangan di bawahnya.

Kakitangan Awam berkata...

Dengan sesuka hati Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy memainkan isu sensitif mengenai isu perkauman dengan memutar belitkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai isu 13 May di mana Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan janganlah ada pertelingkahan antara kaum kerana bimbang jadi peristiwa 13 May, tetapi P. Ramasamy dengan bangga mencabar bahawa dia dan puak DAP tak takut dengan insiden 13 May.

Dalam isu ini, tindakan yang dibuat oleh P. Ramasamy adalah berbahaya kepada perpaduan negara, tetapi Peguam Negara Gani Patail biasalah, tak akan ambil tindakan punyalah, malahan Najib pun hanya akan buat lawak sahaja kenyataan P. Ramasamy ini tanpa ada tindakan serius untuk mengambil tindakan terhadap P. Ramasamy ini.

Inilah mentaliti pimpinan sekarang yang menjadi pengecut, bacul dan tak berguna.

Malahan Peguam Negara, kalau di pihak bumiputera, bukan main cepat lagi ambil tindakan, lihatlah Presiden ISMA dikenakan tindakan mahkamah kerana dituduh mengeluarkan kenyataan perkauman, tetapi P. Ramasamy yang membuat kenyataan yang bongkak dan boleh mencetuskan ketegangan kaum tak diambil tindakan langsung.

Memang sudah jadi amalan kerajaan Barisan Najib yang bertindak untuk kepentingan politik tanpa mempeduli kepentingan nasional Malaysia.

Lihatlah sebelum ini Namewee menghina institusi negara sampaikan institusi raja dihina dengan begitu teruk, kerajaan Barisan Najib tak ambil tindakan, malahan Menteri kuncu Najib iaitu Nazri Aziz dengan bangganya mempersilakan Namewee yang berpakaian seperti hippies ke parlimen.

Kemudian Patrick Teoh yang menghina orang Melayu, Islam, menghina institusi negara dibiarkan bergentayahang ke sana ke mari, tiada tindakan kepadanya dengan alasan hak asasi manusia.

Tak cukup dengan itu Melissa Gooi yang mengina Islam, menghina Melayu, menghina institusi orang Melayu, menghina institusi negara dibiarkan bebas bergentayangan, ambil kenyataan, lepas tu biarlah dia nak buat hal lagi, kerajaan Barisan Najib tak kisah.

Malahan pasangan Alvin dan Vivian Porno yang menghina orang Melayu, menghina Islam, malahan menghina bendera Barisan Nasional dengan begitu teruk, tetapi hanya diambil keterangan, lepas tu bebas bergentayangan ke sana ke mari menghasut untuk memusuhi kerajaan dan orang bumiputera.

Kerajaan Barisan Najib adalah lembab dan tak berguna. Sepatutnya kerajaan pemerintah adalah Barisan Nasional, tetapi Najib mengkontrol kerajaaan pemerintah menjadi kerajaan Barisan Najib dengan dasar-dasar dungu dan tak bertanggungjawab.

Berhentilah Najib dari jawatan Perdana Menteri, lebih banyak kemusnahan akan berlaku jika kau masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri.

Malahan rakyat dah tahu akan konspirasi untuk menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yasin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk digantikan dengan Hishamuddin kerana Najib takut dalam pemilihan UMNO 2016 nanti Hishammuddin akan hanyut dalam barisan kepimpinan tertinggi UMNO.

Najib, ingatlah kejatuhan Barisan Nasional sebagai parti pemerintah di Malaysia dan negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia adalah berpunca dari kebodohan Najib yang bangang.

Penyokong Barisan Nasional akan mengenang pemimpin yang rakus dan jahat serta tamak haloba serta suka kepada pujian dan sanjungan walaupun tak ikhlas adalah Najib yang suka dipuji walaupun puji untuk melingkup pun Najib akan suka.

Berhentilah Najib, berhentilah!!!!!!!!!!!

Samalah juga dengan Azih Muda dan kepimpinan CEUPACS sekarang ini, kamu semua pun boleh berambus bersama Najib kerana kamu semua pun indah khabar dari rupa, cakap berdegar-degar, tapi di depan Najib terketar-ketar takut kerana nak jaga temolok sendiri.

Kalau dah tak mampu jadi pemimpin tu, berundur sahajalah, orang ramai pun asyik maki hamun kamu semua sahajalah, hanya orang yang jenis muka tak tahu malu sahaja yang masih dengan muka tembok nak bergayut pada kuasa dan pangkat yang dia sendiri tak layak.

Sedarlah diri. Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Kepimpinan Barisan Najib dan kepimpinan CEUPACS berkongsi nilai yang sama iaitu pengecut dan bacul serta mengutamakan kepentingan diri dengan retorik-retorik yang dijerit di pentas ceramah, tapi dari perlaksanaannya macam mangkuk hayun.

Berundurlah Najib, kembalikan kerajaan kepada Barisan Nasional, kami semua dah meluat dengan Barisan Najib yang menjadi seperti harta benda milik Najib sekeluarga dan kuncu-kuncunya.

Dasar bodoh Najib seperti Unit PEMANDU, NKEA, NKRA, GTP, ETP dan sebagainya itu adalah retorik yang hanya nak meraih sokongan, tapi dari perlaksanaannya macam mangkuk hayun, hanya atas kerta sahaja yang baik, tapi di kenyataanya porak peranda.

Lihatlah dalam isu menangani masalah kos sara hidup rakyat, ada Unit PEMANDU Najib itu pernah buat kajian mengenai berapa bilion ringgit setiap tahun wang subsidi milik rakyat Malaysia yang telah dipelahap oleh pendatang asing yang tak bayar cukai satu sen pun kepada Malaysia, malahan mereka tak ada kesetiaan kepada Malaysia pun.

Dalam isu menangani kos sara hidup, kerana nak menampung kos subsidi yang digunakan oleh pendatang asing yang tak bayar cukai dan tak ada kesetiaan kepada Malaysia, maka Najib kurangkan subsidi kepada warganegara Malaysia sendiri, alasannya kerajaan menampung kos subsidi yang tinggi, tapi Najib tak pernah terangkan bahawa lebih kurang 3 juta orang pendatang asing samada dengan izin dan tanpa izin yang tak bayar cukai dan tak ada kesetiaan kepada Malaysia mempelahap berbiliong ringgit subsidi milik rakyat Malaysia.

Dalam isu ini, apa yang Najib buat? Najib hanya tahu membebankan rakyat sendiri dengan pengurangan subsidi dan membiarkan makin ramai pendatang asing masuk ke negara ini dan merampas peluang kerja milik warga tempatan.

Najib tak pernah fikir akan peluang kerja yang berlambak-lambak telah dirampas oleh warga asing.

Najib tak pernah fikir akan berbilion wang negara dalam bentuk subsidi dipelahap oleh warga asing yang tak bayar cukai walau satu sen pun dan tak ada kesetiaan kepada Persekutuan Malaysia.

Najib hanya memikirkan bagaimana beliau nak kekal berkuasa dengan pangkat dan kuasa.

Najib hanya berfikir bagaimana nak orang bersorak "Sayang PM", "PM Prihatin", dan tayang sepanduk "PM Sayang" "PM Bagus" dan sebagainya, itulah yang disukai oleh Najib, dipuji melangit hingga tak ingat dunia.

Berundurlah Najib, makin lama kau jadi Perdana Menteri, makin punah ranah negara ini. Sebelum Barisan Nasional ditolak oleh rakyat, lebih baik kau berundur dan biarlah orang lain ganti kau.

Jangan ingat jeritan "PM Bagus" " PM Sayang" dan sepanduk "Saya Sayang PM" "PM Prihatin" itu bermakna orang menyokong kau Najib, ramai yang meluat, yang angkat itu semua hanyalah pembodek kau sahajalah.

Sedarlah. Sekian, terima kasih.

sakura luncai berkata...

yaaaaa .. kepimpinan yang makin cilaka ....
ingatkan ada perubahan .. makin zalim lagi ada .. negara yahudi lagi bagus ..

Tanpa Nama berkata...

cuepacs ni sejak beberapa tahun ni memang dah lari matlamatnya dan dia lupa apa maksud "kesatuan sekerja" kerana sekarang ni apa yang aku nampak cuepacs lebih menjadi sebagai "government's back-benchers".

sebagai sebuah kesatuan sekerja, seharusnya idea-idea dan lontaran buah fikiran penjawat awam samada menjadi ahli mahupun tidak diambil, diproses dan seterusnya dipanjatkan ke pihak kerajaan sebagai majikan. bukannya pegi merepek-repek kepada isu lain. isu utama penjawat awam adalah kebajikan mereka, samada mempertingkatkan laluan kerjaya mereka menerusi kenaikan pangkat/pertukaran jawatan berdasarkan kebolehan, kelulusan yang dimiliki oleh seseorang penjawat awam. dalam bahasa mudah "subject matter expert".

jika anda tidak tahu, mantan KPPA terdahulu yang telah dianiaya oleh kuncu-kuncu tertentu telah memperkenalkan konsep diatas dimana seseorang penjawat awam tidak kiralah apa pun gred dan skimnya, sekiranya mempunyai kepakaran tertentu, akan dianggap sebagai "subject matter expert" dan akan diletakkan di suatu kedudukan yang khas, samada kenaikan gred, pertukaran skim mahupun kenaikan pangkat laluan pantas. malangnya hasrat beliau mati di situ sahaja apabila beliau dibuang dari perkhidmatan awam atas alasan bahawa "projek sbpa" dia gagal.

sebenarnya projek tersebut tidak gagal, tetapi ada usaha-usaha tertentu dari sebilangan pihak termasuklah kepimpinan cuepacs terdahulu yang jumud pemikirannya dan tidak panjang akalnya yang menentang habis-habisan dengan perkara tersebut dan akhirnya ianya dibakulsampahkan dan dengan ketuanya sekali dibakulsampahkan walaupun sekarang dia dahpun jadi pengerusi BSN.

sbpa tu sebenarnya tak seburuk mana. ada beberapa benda yang nampak seperti tidak adil dimana ianya boleh dipinda dan diubah, tetapi tindakan cuepacs yang membantah membuta tuli akhirnya menyebabkan kita sehingga kini langsung takda sistem perkhidmatan yang baru. kena pulak beberapa tahun lepas hasil dari kebijaksanaan kepimpinan cuepacs yang meminta ptk dihapuskan. sekarang ni apa yang tinggal? pulak tu diperkenalkan pula KUP dimana mereka yang tidak merasa naik pangkat apabila sampai pada tempoh perkhidmatan 13 tahun secara otomatik akan merasa gaji "kenaikan pangkat" walaupun masih buat kerja gred lantikan. penyelia pula yang jadi sakit hati kerana mempunyai anak buah yang "sama gred" dengannya.

sedarlah kita kini sudah memasuki fasa zaman fitnah, selain daripada suatu zaman dimana Rasulullah S.A.W. berkata dunia akan dikuasai luka' bin luka' iaitu orang yang bodoh lagi hina yang menjadi ketua/pemimpin sesuatu kaum/organisasi. kini kita boleh nampak bibit-bibit penguasaan dari luka' bin luka' tersebut.

berubahlah wahai cuepacs, perkhidmatan awam dan kerajaan. makin hari perkhidmatan awam ni makin caca marba dibuatnya.

john labu berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
john labu berkata...

cuepacs sila kembali kelandasan asal iatu bela kebajikan PA..usah merapu hal lain..kepimpinan anda semakin lemah..amat lemah, sehingga mudah ditpu pihak lain..mereka hanya menberi janji kosong saja pada anda..sedarlah wahai cuepacs..bangkitlah wahai cuepacs..usah tertidur lagi...

kamikaze kami berkata...

knaikan gaji berlaku bila laksana gst.natti harga barang naik juga.apa bezanya pada kami.

mat legasi berkata...

usah bicara tentang ombak kerana kita bukan pelayar dalam lautan.

cuepacs,
bicaralah hal pekerja kerana kita berkhidmat kepada rakyat melalui dasar yang telah ditentukan oleh kerajaan.

lihat, tengok dan bertanyalah kepada pihak pekerja apakah kaum pekerja kita makmur dan sejahtera atau perlu bantuan daripada tuan-tuan di cuepacs.

inilah core business tuan-tuan.