SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 Januari 2015

GAJI TAK MEMADAI

Harian Metro
Oleh Sofyan Rizal Ishak
sofyan.rizal@hmetro.com.my9/1/2015


Kuala Lumpur: Kadar kelayakan baru Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu dilihat baik untuk memudahkan kakitangan awam memiliki rumah namun ia tidak selari dengan gaji hakiki mereka ditambah pula dengan pasaran harga rumah tempatan yang sedang melambung tinggi pada masa kini.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda berkata, keupayaan gaji kakitangan awam masa kini dilihat tidak mampu mencapai tahap kelayakan pinjaman yang sesuai dengan harga rumah semasa terutama jika lokasi kediaman terletak di kawasan bandar utama.
“Kerajaan perlu memastikan gaji kakitangan awam dan kadar kelayakan pinjaman selari dengan pasaran harga rumah semasa di samping mengawal kenaikan harga rumah supaya lebih ramai penjawat dan orang awam memiliki kediaman sendiri terutama ketika negara sedang berusaha mencapai taraf negara maju menjelang 2020,” katanya.
Beliau berkata, secara relatifnya kadar kelayakan baru itu dilihat baik untuk penjawat awam terutama ketika peningkatan harga rumah sejak kebelakangan ini di mana peningkatan itu sendiri datang daripada permintaan Cuepacs yang meminta kerajaan mengkaji balik kadar terbabit.
Menurutnya, kemudahan itu memang perkara positif buat penjawat awam cuma apa yang dibimbangkan adalah apabila terdapat sesetengah pihak akan menjadikan perkara ini sebagai satu perkara viral dan mengambil kesempatan daripada pelbagai aspek.
“Kami menyarankan kerajaan supaya mewujudkan dasar lebih kukuh untuk mengawal peningkatan harga rumah melalui pemilikan bank tanah di kawasan strategik, sekali gus membolehkan orang ramai termasuk penjawat awam memiliki kemudahan terbaik untuk membeli kediaman masing-masing,” katanya.

Tiada ulasan: