SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

22 Januari 2015

PEKERJA LEBIH MASA PERLU ADA KELULUSAN KHAS

ABN News
21/1/2015

Datuk Azih Muda berharap penjimatan sebanyak lebih RM5 Bilion itu tidak menjejaskan soal bekerja lebih masa.
Datuk Azih Muda berharap penjimatan sebanyak lebih RM5 Bilion itu tidak menjejaskan soal bekerja lebih masa.

PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menegaskan penjawat awam yang mahu bekerja lebih masa perlu mendapatkan kelulusan khas dari majikan terlebih dahulu. Selain itu, mereka yang mahu bertugas selepas tamat waktu bekerja perlu berada dalam kumpulan, bukan secara perseorangan. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, langkah berkenaan adalah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.
“Untuk pemasangan CCTV, CCTV ni benda dah berlaku, kita nak supaya ia tidak berlaku, jadi kita nak pastikan bahawa petugas yang nak bekerja sebelah petang dan lewat malam ni kita kena ada rekod dia,”katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian seorang penjawat awam wanita yang berkerja lebih masa dipukul oleh  seorang pekerja lelaki di pejabatnya di Kementerian Komunikasi Dan Multimedia di Putrajaya, baru -baru ini.

Suspek yang merupakan pekerja di bahagian penyelenggaraan kini direman selama tujuh hari bagi siasatan selanjutnya. Kes ini disiasat dibawah seksyen 326, kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Mengulas lanjut, Datuk Azih berkata, beliau  turut melawat mangsa di Hospital Putrajaya semalam. Wanita itu, katanya kini berada dalam keadaan trauman.
Justeru CUEPACS berharap pihak  bertanggungjawab dapat memberi pembelaan dan pampasan yang setimpal terhadap mangsa terbabit. “Pekerja yang dipukul ini masih berada dalam kontrak, pekerja ‘Contract for Service’, kita tak tau insurans mereka macam mana. Kita harap pihak kerajaan bantu mereka, dari segi kerugian sedikit sebanyak. Dan syarikat yang menggaji pekerja yang pukul ni kena bertanggungjawab penuh, tak boleh dia lepas tangan macam tu saja,”katanya.

Tegasnya, pengawasan yang lebih ketat merupakan antara elemen yang perlu dititik beratkan bagi memastikan faktor keselamatan pekerja lebih terjamin.

5 ulasan:

sera23@yahoo.com berkata...

Pekerja wanita ini perlu disiasat juga kenapa bekerja bersendirian dan telah mendapat kebenaran KJ terlebih dahulu.

Abu Bakar berkata...

Boleh pula buat U-Turn Yang Berhormat DATUK Azih Muda N36 ni pasal isu overtime, sebelum ni kata buat overtime untuk menambahkan pendapatan kakitangan awam, sekarang dah pusing ke lain pula, apahal ni?

Jika Yang Berhormat DATUK Azih Muda N36 dah rasa keliru, dah merasakan diri makin merapu, letak jawatan sahajalah, sekejap begini, sekejap begitu, nampak sangat pendirian macam lalang.

Walau apa pun, Kerja Lebih Masa / Over Time bukanlah cara untuk menambahkan pendapatan, tetapi adalah untuk KEPENTINGAN PERKHIDMATAN, jadi janganlah menjadikan Kerja Lebih Masa / Over Time ini seperti bisnes pula.

Perlu diingat dalam tindakan sebagai penjawat awam, kepentingan perkhidmatan adalah penting dan perlu diutamakan.

Kepada sesiapa yang terasa 'panas hati', 'pedih mata', 'pedih telinga' disebabkan komen saya ini, sila nilai diri kamu sendiri, jangan asyik nak hentam saya tak tentu arah kerana saya tulis apa yang saya yakini benar.

Jika tak puas hati dengan komen saya sila berikan hujah anda, tetapi biarlah hujah yang bernas dan bukannya hujah yang membuka pekung sendiri pula, akhirnya ketahuan sikap sendiri itu.

Abu Bakar berkata...

Yang Berhormat DATUK Azih Muda N36, isu skim apa cerita? Isu perumahan di bandar / kuaters di bandar untuk penjawat awam gred rendah apa cerita?

Apahal Yang Berhormat DATUK Azih Muda N36 sibuk dengan urusan lain sedangkan isu utama iaitu isu skim dan isu kediaman / kuarters untuk kakitangan di bandar tidak begitu dipedulikan oleh Yang Berhormat DATUK Azih Muda N36 dan kuncu-kuncu?

Teruskan bodek Najib Yang Berhormat DATUK Azih Muda N36, manalah tau lepas ni dah dekat nak pencen ni dapat pula jadi pengarah GLC mana-mana ke, atau dilantik jadi senator ke, atau dapat lagi gelarang DATUK SERI pula ke, teruskan membodek untuk kepentingan diri sendiri dan abaikanlah tanggungjawab sebenar sebagai PRESIDEN CEUPACS yang sepatutnya membela penjawat awam.

Najib suka orang bodek dia, teruskan bodek wahai Yang Berhormat DATUK Azih Muda, teruskan bodek untuk kepentingan diri sendiri kerana orang macam Najib tu mudah sangat nak dibodek, kembang punggung sampai rabak seluar.

Unknown berkata...

Presiden CUEPACS...KE MANA PERGINYA KEPUTUSAN TENTANG ELAUN RUMAH serta PENINGKATAN GAJI SESUAI KEADAAN SEMASA.

Dah lama akan dipertimbangkan...tapi sampai sekarang tiada keputusan.

Kita buat tuntutan elaun rumah dan kenaikan gaji sehinggalah menjadi realiti.

Ini kerana pihak tertentu cuba untuk mengalih perhatian tentang isu ini.

Kita perlu fokus isu ini..elaun rumah dan kenaikan gaji

7777 berkata...

saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKY GAJIH dan dia memberikan nomor AKY GAJIH,dia bilan kepada saya kalau AKY GAJIH bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKY GAJIH dan dengan senan hati AKY GAJIH ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKY GAJIH di 082 313 669 888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKY GAJIH dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya.. >>>>>KLIK DISINI<<<<<