SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

04 Januari 2015

KAKITANGAN AWAM JOHOR TETAP TERIMA BONUS ESOK

Bernama
4/1/2015



JOHOR BAHARU, 4 Jan (Bernama) -- Penjawat awam negeri Johor tetap menerima bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 mulai esok, kata Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Ismail Karim.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai surat pekeliling yang diedarkan secara meluas melalui aplikasi whatsapp.

Bagaimanapun, Ismail mengesahkan pegawai awam persekutuan yang ditempatkan di kerajaan negeri, akan mengalami sedikit kelewatan dalam pembayaran bonus.

"Memang ada terima surat itu. Ia daripada Jabatan Akauntan Negara.

"Bagaimanapun, ia merujuk kepada pembayaran bonus pegawai awam persekutuan yang ditempatkan di negeri.

"Kelewatan adalah disebabkan masalah teknikal," kata beliau ketika dihubungi Bernama, malam ini.

Surat yang bertarikh hari ini (4 Jan) menyebut mengenai tarikh pembayaran imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi tahunan 2014 telah ditunda kepada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

-- BERNAMA

Tiada ulasan: