SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

29 Disember 2014

CUEPACS MOHON PERCEPAT BAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM

Utusan malaysia
29/12/2014



KUALA LUMPUR 29 Dis. - Bagi meringankan beban kewangan akibat banjir yang melanda beberapa buah negeri, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan agar mempercepat bayaran bonus penjawat awam kepada awal bulan Januari 2015. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, memandangkan keperluan sekolah yang dibeli oleh penjawat awam untuk anak-anak mereka musnah akibat banjir, bayaran bonus amat diperlukan golongan berkenaan bagi membuat persiapan awal persekolahan.
“Kami faham keprihatinan kerajaan melalui pengumuman bayaran awal Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan penangguhan permulaan sesi persekolahan, jadi CUEPACS harap kerajaan boleh mempertimbangkan juga bayaran (awal) bonus kepada penjawat awam.
“Jika bayaran bonus diawalkan, mungkin ibu bapa sempat membuat persediaan untuk persekolahan anak-anak mereka,” katanya dalam sidang media di Wisma CUEPACS di sini hari ini Semasa membentangkan Bajet 2015 Oktober lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam dan ia dibayar bersama gaji Januari 2015.
Dalam pada itu, Azih berkata, CUEPACS bersama Yayasan Pekerja Malaysia akan turun padang untuk membantu mangsa-mangsa banjir dalam masa terdekat.
CUEPACS juga telah berbincang dengan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendapatkan beberapa doktor dan sebuah bas perubatan untuk membantu mangsa banjir di beberapa buah negeri bagi mengelak penularan wabak berikutan banjir.
Katanya, setakat ini CUEPACS telah menubuhkan jawatankuasa di peringkat negeri untuk turut memberi bantuan seperti menjadi sukarelawan dan membersihkan rumah yang musnah akibat banjir.
Beliau turut meminta semua agensi kerajaan dan penjawat awam untuk tampil menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk makanan dan pakaian serta bantuan lain kepada mangsa banjir.
Yang turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Pengerusi Eksekutif Yayasan Pekerja Malaysia, Datuk Omar Osman. - Bernama
-

58 ulasan:

Rubber berkata...

najib perlu lebih peka kehendak rakyatnya

zamri rahman berkata...

lebih bagus BR1M tu diberikan sekali gus,salah 1 cara meringankan bebanan kerana mereka memerlukan wang terutama yang terlibat banjir.

Tapi sangat wajar tak boleh lupa tentang KENAIKAN ELAUN RUMAH dan GAJI penjawat awam SEPERTI MANA KENYATAAN YANG TELAH DIBUAT OLEH YB DATUK SERI SHAHIDAN KASIM tempoh hari.

Kenaikan tersebut wajar dinaikkan sebelum GST BULAN APRIL 2015.

Kerajaan yang disayangi adalah kerajaan yang menjaga kebajikan penjawat awam termasuklah soal kenaikan gaji dan kenaikan elaun rumah.

inilah saluran harmoni penjawat awam

YEOP PARIT berkata...

Mohon dpt respon yg positif drpd YAB PM

Ahmad Rohaimi berkata...

Cadangan yg amat baik utk mempercepatkan bayaran bonus

koko pie berkata...

Btul ke bonus 5hb

bonda izz berkata...

confirm ke tak confirm ni...tlg jawab pihak cuepacs

Made in Pahang berkata...

Pergi tanya a.g lah...nk tau betul x 5hb bonus

koko pie berkata...

Btul ker bonus 5hb....

faies azmi berkata...

bru jap td kt RTM1 gtaw bonus di byar pd 5hb..comfirm lr tu kn..

Suhaimi Mie berkata...

Ye ke kuar berita tadi..td tgok berita x perasan pulak ada bgtau..mntak pencerahan

radiwan abdullah berkata...

udah call AG..confirm 5 hb

Johan Jaimie berkata...

Kalau betul bonus dbayar 5hb syukur alhamdulillah.

Suhaimi Mie berkata...

Syukur...alhamdulillah...

Kagumas berkata...

2015 ni dugaan besar. Cuepacs x perlu laa bincang perkara remeh. Perkara penting elaun, gaji dan gred jawatan perlu diutamakan. Gaji perlu naik minimum 20% pada suku pertama 2015 ni. Isu elaun yg dh berkurun bincang - teliti - bincang pun perlu settle suku pertama tahun 2015 ni. Setakat bonus tu mmg x mampu nk ringankan beban untuk jangka panjang!

Wan Norazlina Mohamad Salleh berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
salahuddin daub berkata...

Mana 1 betol nii ?? 22hb atau 5hb ??

Suhaimi Mie berkata...

Cuepacs pun buat diam je..kalau btl ke takk..bgtau je la..susah ke nk bgtau..adoii

edwardm berkata...

Betul ke bonus dibayar esok?

Nurul Nisaa berkata...

bru check td.. slip gaji bonus xdak pun.. 😓

Sukun Abdullah berkata...

Adus..sengal2..dh kerajaan bg bonus,nk mintak mende lain..nak sgt byk duit jgn la keje kerajaan..keje la swasta,br tau camne kena kerah macam anjing..klu dh tau duit byk tu je,guna la byk tu..ni nk bergaya tak hengat,pastu bising x cukop duit..hampeh

Mohamad Ali berkata...

Ralat 5hb tidak dpt bonus

Cg Man berkata...

Duit tarak dihantar untukn mangsa banjir

Cg Man berkata...

Betoi tu Sukun.... Saya sokong

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

Adalah amat malang dengan tatacara dan urus tadbir pembayaran bonus yang mana selama ini pembayaran dibuat pada hujung tahun tetapi kali ini KSN bagi alasan tak boleh bayar. Selepas itu kenyataan awal mengatakan pembayaran bonus akan dibuat pada 5/1/2015 tetapi sekali lagi penangguhan dibuat tanpa sebarang alasan. Hanya memberitahu bahawa pembayaran akan dibuat pada tarikh yang akan diberitahu kemudian. Ini mengambarkan sistem pembayaran semakin bercelaru, perkara sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini. Adakah kakitangan awam semakin lembab atau sistem yang digunakan tidak mesra pengguna? Apa-apa pun kakitangan awam berharap agar pembayaran bonus ini dapat disegerakan bagi membantu kakitangan dalam menghadapi sesi persekolahan yang bakal tiba. Semoga pihak JANM faham dengan situasi sekarang yang pembayaran persekolahan cukup lumayan.

Mat Aizal berkata...

Mkn hati tul lh.. Arap dpt bonus lam sari dua ni.. Tuk uat blanja setelah mengharungi banjir kali 2 ni.. Alih alih d cadangny tuk potong gaji bg bantu mangsa banjir.. Patutny kupek tlng ni kami kaki tngan yg jd mangsa banjir.. Dh lh arap kat jabatan sendiri banjir taun lps bg duit bantuan rm 22 inggit bg dn perli.. Group A dpt rm 100.. Yg banjir baru ni snyp x der kabo.. Bkn nk fitnah tp kenyataan, dh lh tu tny kabo pn tdak aleh aleh call sruh keje.. Amaran amaran amaran.. Lau x pergi.. Kita tahu ad org lg teruk dari kita mcm kat kelantan tu langsung x der rumah... Taun lps kena banjir teruk x der bantuan dari kupek.. Ni sibuk nk potong gaji nk bantu org lain pulok... Mf x leh nk pikir sbb rase sgt tertekan..

mat berkata...

Sokonglah lagi Presiden Umngok tu..hehe..

tanpa nama berkata...

oi kau ingat duit bapak kau ke nak main potong potong gaji kakitangan awam ,bodoh punya president ,ini spm mesti tak lulus ni

Awie Hanipah berkata...

Adalah amat malang dengan tatacara dan urus tadbir pembayaran bonus yang mana selama ini pembayaran dibuat pada hujung tahun tetapi kali ini KSN bagi alasan tak boleh bayar. Selepas itu kenyataan awal mengatakan pembayaran bonus akan dibuat pada 5/1/2015 tetapi sekali lagi penangguhan dibuat tanpa sebarang alasan. Hanya memberitahu bahawa pembayaran akan dibuat pada tarikh yang akan diberitahu kemudian. Ini mengambarkan sistem pembayaran semakin bercelaru, perkara sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini. Adakah kakitangan awam semakin lembab atau sistem yang digunakan tidak mesra pengguna? Apa-apa pun kakitangan awam berharap agar pembayaran bonus ini dapat disegerakan bagi membantu kakitangan dalam menghadapi sesi persekolahan yang bakal tiba. Semoga pihak JANM faham dengan situasi sekarang yang pembayaran persekolahan cukup lumayan.

el bandito berkata...

Sy baru cek akaun tadi jam 0800.. xde bonus.

Mohd Tuah berkata...

hampeh..

ANAK MERDEKA berkata...

salam
tiada bonus hari ini 5.1.2015.
pagi tadi dah semak tak ada.kami dah la kakitangan awam gred rendah, nk beli baju sekolah anak dan barang-barang keperluan lain.kalau tak ada bantuan bonus dilambatkan begini sukarlah bagi kami.tambah kalau anak tinggal di asrama, kain baju kena tempah awal.semua duit belaka.duit yuran sekolah bukan sikit punya banyak hampir rm600 sekali buku.tak termasuk baju dll .di tambah pula barang2 keperluan habis rosak semasa banjir baru ini.jadi nk mengharapkan gaji baru ini (bulan disember 2014) dh byk digunakan semasa banjir.kasihanilah kami kakitangan yang berjawatan rendah ni.gaji dan elaun kalau naik alhamdulillah.ini dah berpuluh tahun tak naik dari zaman paklah dulu naik sikit.elaun cola pun tak selaras.kami yang tinggal di luar bandar pun guna gula juga, beras juga serta keperluan lain yg mana harga barang semua sama ,terkawal tiada pun beza harga.tp kami di luar bandar elaun cola kecil.kami pun hari2 pergi kerja kena isi minyak ulang alik .harap kerajaan prihatin lah nasib kakitangan berjawatan rendah ni seperti gred N17 ke bawah yg mana gaji semua rendah berbanding gred atasan.brim pula bayar sampai 3x.apa salah bayar sekali gus saja utk memudah kan kami yang amat memerlukan ini.

Mat Aizal berkata...

Saya tunggu kupek kutip nama mangsa banjir golongan kakitangan awamseluruh malaysia, bk buat ap terpulang pd lu org lh.. Tp sy tunggu sy tunggu.. Nk tahu berapa ramai..

ANAK MERDEKA berkata...

ceupacs perlu bertindak dan push kerajaan demi kakitangan.baru kakitangan awam respek sama ceupacs.itu tujuan ceupacs ditubuhkan demi kepentingan kakitangan awam.ni nak tunggu hari pekerja, belanjawan berat la.saya rasa pengaruh ceupacs kalu di gunakan musti bergerak.

AZHARI ZAINUREN berkata...

Ceupacs kayu...baik x payah nak tubuh2 ceupacs nie...nak bela nasib penjawat awam kononnye...tapi nyusah kan lagi adalah...nak potong gaji bagai...pasal pe x potong gaji pak2 menteri je yg dah memang gaji berpuluh2 ribu???nie dah la bonus x masuk..nak potong gaji lagi....bodoh betul la...

Mohamad Encik berkata...

Kepada DATUK Azih Muda, jika sudah tidak mampu untuk membawa hala tuju penjawat awam untuk memperjuangkan keadilan dan kebajikan kepada penjawat awam, maka berundurlah. Daripada DATUK Azih Muda terus membodek Najib dengan memberikan cadangan-cadangan yang tidak bernas itu, lebih elok DATUK Azih Muda tulis surat letak jawatan dan umumkan perletakkan jawatan sebagai Presiden CEUPACS dengan serta merta.

DATUK Azih Muda dah dapat kenaikan gred, dari N32 kepada N36, kemudian dapat kenaikan gaji yang istimewa, malahan diberi gelaran DATUK pula. Tetapi apa sumbangan DATUK Azih Muda kepada penjawat awam dari segi perjuangan keadilan dan kebajikan penjawat awam selama ini?

DATUK Azih Muda hanya menjadi pak turut dan tukang ampu kepada Najib sahajalah, teruskan mengampu, semoga mendapat gelaran DATUK SERI pula selepas ini. Malahan mungkin dengan segala ampuan dan bodekan oleh DATUK Azih Muda, maka bukan sahaja diberikan gelaran DATUK SERI, malahan mungkin lepas DATUK Azih Muda pencen nanti, akan diberikan jawatan sebagai Pengarah dalam mana-mana GLC untuk menghargai segala ampuan dan bodekan DATUK Azih Muda kepada Najib.

Inilah Presiden CEUPACS yang paling teruk, eloklah sangat, di era Perdana Menteri berprestasi terlalu buruk seperti Najib, ini ada pula Presiden CEUPACS yang berprestasi sangat buruk seperti DATUK Azih Muda ini.

Sedarlah semua bahawa kita tidak boleh berharap lagi kepada kepimpinan CEUPACS sedia ada kerana mereka ini adalah pak turut, tukang ampu, kaki bodek, pecacai suruhan yang hanya tau mengampu, membodek, menyampaikan cerita-cerita indah yang hanyalah sekadar pembohongan untuk menggembirakan Najib, teruskan mengkhianati penjawat awam. Kalau Najib khianati UMNO, sama jugalah dengan DATUK Azih Muda, khianati perjuangan penjawat awam.

Sedarlah semua.

rosli suboh berkata...

Bonus x masuk..apo nk jadi dgn kupeks...x kuat lngsung..cm ne suara nk d dengaar oleh najib..bkeras sikit..pthankn hak dn suara kktgan awam..klau tk lotak jwtan..bg yg mmpu

Doksaja no berkata...

Skim 252 apa kejadahnya..........

sebaikperhiasan berkata...

Yg jd masalahnya, bgtau ralat sehari sebelum tarikh yg diumumkn. Bg org yg merancang, mmg hancur terus rancangannya. Kalau x umum hari tu benda lain yg boleh dirancang. Aniaya org la mcm ni. Huh!!!

Mohamad Encik berkata...

Ini adalah taktik untuk memburukkan imej kerajaan pemerintah sekarang ini. Kepada Najib, kau bela puas-puas para ular, lipan, kala jengking, katak beracun, tebuan, penyengat dan segala makhluk berbisa itu. Mereka inilah yang bodek bukan main, tapi serang dari belakang.

Dalam jentera kerajaan perlu ada pemutihan, perlu ada pembersihan supaya imej kerajaan pemerintah makin bertambah baik kepada semua rakyat bukannya bertambah buruk kepada semua rakyat seperti sekarang ini.

Isu bonus ini seperti sengaja hendak menghancurkan kredebiliti kerajaan pemerintah. Apa tidaknya, makluman lambat, kalah dah tau bermasalah dari awal, jangan pandai-pandai nak cari pasal, elok umum kata nak beri pada 15 Jan 2015 ke, 22 Jan 2015 ke, memanglah orang rasa tak puas hati, tapi tidaklah pula orang rasa dipermainkan.

Kepada pengampu Najib iaitu Irwan Serigar, apa hujah kamu nak beri pada Najib? Nak buat makmal jadah apa pula untuk selesaikan isu ini? Berapa juta nak diperuntukkan kepada PEMANDU untuk upah konsultan dan memburukkan lagi perkhidmatan awam yang dah caca marba, tunggang langgang, punah ranah dan menyebabkan majoriti penjawat awam berasa tidak selesa dengan kerajaan sekarang ini.

Sedarlah Najib, ada orang kritik kau sebab nak kau sedar dan kerajaan sedia ada tak tumbang. Tetapi ada pula yang bodek kau, ampu kau, untuk mereka dapat habuan, kalau kerajaan tumbang, kau tergolek, mereka ini peduli apa dengan kau, bergayut tempat lain pulalah.

Oleh itu kaji semula keberkesanan sistem transformasi yang dibuat oleh golongan perosak ini supaya trasformasi tidak menjadi tsunami kepada kerajaan pemerintah sekarang ini dalam PRU yang akan datang.

Sedarlah Najib, itu pun kalau nak ambil berat dan sayangkan parti, kalau kau pun sama dengan puak perosak tu, semoga kau berbahagia kena maki dan dikenang sebagai pengkhianat parti oleh anak cucu dan generasi terkemudian nanti. Sedarlah diri.

Mohamad Encik berkata...

Pihak Akauntan Negara, pihak Kementerian Kewangan perlu memberikan penjelasan yang sebenarnya kepada rakyat terutama penjawat awam mengenai isu flip flop dalam pembayaran bonus ini.

Kita tidak mau ada gunting dalam lipatan, duri dalam daging, api dalam sekam, musuh dalam selimut yang setiap hari membodek Najib siang dan malam, tetapi dengan niat buruk mahu menghancurkan kredebeliti kerajaan hingga menyebabkan penjawat awam yang selama ini memang penyokong kuat kerajaan, makin membenci pula kepada kerajaan dengan isu demi isu yang memang mempermainkan penjawat awam.

Kalau dah tau tak boleh nak dibayar pada 5 hari bulan, jangan umum, jangan buat pekeliling kata bayar 05 Jan 2015, eloklah kata bayar pada 22 Jan 2015 sahaja, memanglah penjawat awam akan merungut dan ada yang marah, tetapi tidaklah penjawat awam rasa dipermaikan, maka kalau berlaku macam ini, sudah tentu rasa dipermainkan, rasa diperkotak katikkan, rasa diperbodohkan oleh golongan atasan, maka makin bertambah marahlah, sudahlah dapat bonus lambat, kemudian ditipu pula kata nak bagi awal, kemudian beri lambat pula, malahan diumumkan sehari sebelum bonus itu sepatutnya dibank-in ke akaun gaji penjawat awam.

Kalau Najib sendirilah tentunya marah jika cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian beri komitmen kata nak undi Najib jadi Presiden lagi, tetapi masa undi mereka undi lawan Najib, apakah Najib tak bengang ke kalau macam itu?

Najib tak rasa dipermainkan ke? Najib tak rasa diperkotak katikkan ke? Najib tak rasa diperbodohkan ke? Bayangkanlah Najib, katakanlah esok hari pemilihan jawatan Presiden UMNO, ada orang cabar kau, sebulan sebelum ini 95% cawangan di seluruh negara beri komitmen tuntuk sokong kau, untuk undi kau, tiba-tiba lagi 5 minit nak mengundi, mereka ubah fikiran, tak jadi undi kau, unti lawan kau, tak, tentunya kau marah, kau rasa diperkotak katikkan, kau rasa dipermainkan, kau rasa diperbodohkan.

Maka begitulah juga penjawat awam, ada yang dah rancang macam macam, seperti nak beli kelengkapan sekolah anak, nak bawa anak isteri berjalan-jalan sementara sekolah masih cuti, dan macam-maca lagilah. Maka tentunya anak mereka marah sebab tak ada kelengkapan sekolah baru, malahan yang kena banjir pula kena basuh baju yang dah berlumpur, baju dah jadi warna perang sebab kena lumpur, tapi pakailah ke sekolah jugalah, dah tak ada baju sekolah lain.

Apakah Najib sedar atau tidak semua ini? Apakah Najib faham atau tidak kesan kepada imej parti pemerintah sekarang ini? Sedarlah Najib, sedarlah, itu pun jika masih mempunyai kesedaran diri, kalau masih syok sendiri, suka diampu, dibodek, dipuji dengan segala pembohongan, itu ikut suka kamulah, sedarlah semua.

Mohamad Encik berkata...

Lagi satu Najib, isu skim, sebanyak 252 skim itu, kamu sendiri beri komitmen kata nak diselesaikan dalam Jun 2014, tahun lepas lagi, tapi tak selesai juga. Kemudian beri lagi harapan kata nak diselesaikan dengan segera sebagaimana dalam ucapan bajet 2015 pada bulan Oktober 2015, kata dah dalam peringkat akhir kajian skim itu, tetapi hingga kini, dah masuk tahun 2015 masih tak selesai-selesai, bayang pun tak ada.

Sekarang ini imej kerajaan menjadi buruk disebabkan oleh Najib terlalu memperayai ular, kala jengking, lipan, katak beracun, tebuan dan golongan binatang berbisa yang setiap hari bodek Najib dan pada masa yang sama nak menjatuhkan kerajaan sedia ada. Tetapi Najib masih seronok dibuai oleh perasaan syok sendiri yang diampu dan dibodek oleh para pengkhianat itu. Najib tak sedar diri bahawa puak pembodek itu sedang tabur anai-anai pada kerusi yang dia sedang duduk itu, tunggu masa nak bagi Najib terjunam sahajalah.

Sedarlah Najib, itu pun kalau masih ada kesedaran diri, kalau masih syok dibuai oleh segala penipuan dan pembohongan bodekan dan ampuan puak pengampu itu, terpulanglah.

Sekian, terima kasih.

Rubber berkata...

dengar2 tentera dpt dh bonusnya

LTE Molque berkata...

Ha ah tentera dah dpt bonus.. Sbb di beri awal kerana ada yg bertugas membantu mangsa banjir.. Entah lah..

sebaikperhiasan berkata...

Skrg ni, yg paling penting umumkn BILA tarikh sebenar bayaran bonus. JANGAN buat kerja bodoh bgtau 'akn dibyar pd tarikh yg akn ditentukn kemudian'. Kalau TIADA bonus sekalipun tolong UMUMKAN!!!

Senang sy nk buat rancangan lain. Nak buat back up plan. Huh!!! Hilang kepercayaan betul lah dgn sistem pentadbiran yg mcm ni!!!

goldart berkata...

Bila mintak bonus dibayar cuepac macam anjing menyalak setengah mati minta pun belum tentu kerajaan bagi.Kurang ajar ketua cuepac yang cadang gaji kecil saya dipotong lagi.ingat gaji saya bapa diapunyakah.

PUTRALAN berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sebaikperhiasan berkata...

Sy kt Tabung Haji ni. Ingat x mau usik yg kt dlm ni. Punya la ramai org beratur. Keputusan bidan terjun ni menyusahkn org betul la. Bukan sikit org yg terima akibat dr keputusan bidan terjun ni tau. Huhhh!!!

Mohd Tuah berkata...

http://www.bharian.com.my/node/27234

Mohd Tuah berkata...

Bonus kakitangan awam, bantuan khas pesara 15 Januari 2015

PUTRALAN berkata...

Terkini :

Kerajaan bersetuju beri bonus awal pada 15.1.2015.
Budak mula sekolah pada 12.1.2015
Fikirlah dgn waras wahai Menteri2.............nak bagi pun bagilah sebelum 12.1.2015,kesian Penjawat Awam yang anak ramai ke sekolah.

zamri rahman berkata...

ke mana perginya soal kenaikan elaun rumah dan gaji,pada tahun 2013 dikatakan akan pertimbang kenaikan.Tapi masih tiada kenaikan elaun tersebut.
Jadi,bilakah akan menjadi realiti kenaikan elaun rumah dan kenaikan gaji ini.
Akhir tahun 2014 sekali lagi disebut,mana jawapannya ????

Perlu ingat...YB DATUK SERI SHAHIDAN KASSIM mengatakan akan pertimbang kenaikan elaun tersebut .Kita akan lihat pada tahun bila pulak akan dipertimbang lagi....!!!!!!

sama sama kita saksikan,
Terima kasih Tuan Presiden CUEPACS

Mohamad Encik berkata...

Siapa yang pandai-pandai nak beri bonus pada 05 Jan 2015 tapi akhirnya menjadi bom jangka yang meletup dengan dahsyatnya kepada pihak kerajaan pula sekarang ini. Sila beri penjelasan berhubung isu ini.

Tahukah orang itu bahawa penjawat awam berasa dipermainkan, saya sendiri berasa dipermainkan, dah buat perancangan pada hujung minggu ini, tapi kena tangguh dulu sebab masalah bonus ini.

Sedarlah bahawa jika beginilah orang yang mengurus, mau lingkup kalau lama lagi bagi dia urus.

Silalah Najib sendiri rasai dipermainkan, tentunya Najib sendiri marah, mengamuk, macam isu Tsunami Cina masa PRU 13 yang lalu, jangan sampai PRU 14 nanti dicampur pula dengan Tsunami Penjawat Awam pula, mau terbongkang kerajaan masa itu.

Sedarlah bahawa sudah-sudahlah buat pentadbiran kerajaan jadi caca marba, isu perkhidmatan awam yang caca marba ini pun tak dapat ditangani lagi, kemudian pentadbiran sesama menteri, dan pegawai atasan kerajaan juga caca marba, apa dah jadi dengan pemerintahan Malaysia sekarang ini?

Apakah masing-masing nak jadi pengkhianat kepada parti pemerintah sekarang dan nak melihat parti pemerintah sekarang ini tumbang dalam pilihanrayakah?

Sedarlah bahawa pembangkang ketawa berguling-guling kesukaan, sanggup dia belanja kawan dia makan KFC, pizza, ayamas, Mac Dodanld, dan macam-macam lagi bila lihat para menteri dan pegawai atasan kerajaan buat dasar dan keputusan bodoh yang sudahlah sebelum ini menyebabkan rakyat biasa marah, sekarang menambahkan marah di kalangan penjawat awam pula. Ini macam beri pistol yang diisikan pelurunya kepada pembangkang untuk tembak parti pemerintah sekarang.

Sedarlah, jangan buat dasar bodoh, jangan buat keputusan bodoh, kesannya parti pemerintah juga yang jadi mangsa.

Saya walaupun marahkan Najib, tetapi saya sayangkan parti pemerintah sekarang ini. Macam Ceupacs juga, walaupun saya hentam DATUK Azih Muda Gred N36, tetapi saya sayangkan CEUPACS, begitu juga dengan ramai penjawat awam yang lain saya rasakan begitu, tetapi janganlah buat kami macam orang bodoh, buat kami macam tunggu, mempermainkan kami sesuka hati.

Siapa tak sakit hati kalau dipermainkan, diperbodohkan, Najib dengan DATUK Azih Muda pun akan bengang dan marah jika dipermainkan dan diperbodohkan.

Sekarang ini pihak kerajaan perlu buat kerja dengan teratur, jangan caca marba, pulihkan perkhidmatan awam yang caca marba dengan menyegerakan isu skim, isu elaun supaya penjawat awam tidak makin marah dengan kerajaan.

Malahan pasal bonus itu, kalau dah kata 15 Jan 2015, maka 15 Jan 2015 nanti masukkanlah dalam akaun gaji penjawat awam, jangan 14 Jan 2015 kata isu teknikal, isu itu isu ini, mau mengamuk lagilah penjawat awam, saya pun akan marah juga, nak cari pasal suruh penjawat awam tak undi kerajaan lagikah dalam PRU 14 nanti?

Sedarlah.

Mohamad Encik berkata...

Kepada Kementerian Kewangan, kepada Jabatan Akauntan Negara, kalau padi katakan padi, jangan mempermainkan emosi penjawat awam pula, ini macam sentimen nak menjatuhkan kerajaan pemerintah sekarang ini pula oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Akauntan Negara.

Kalau dah Menteri kata 15 Jan 2015, maka 15 Jan 2015 kena masukkan bonus itu dalam akaun gaji penjawat awam.

Kita semua tak mau nanti 14 Jan 2015 ada isu itu dan ini, kita tak mau tahu itu semua, kalau rasa boleh buat 15 Jan 2015 buat 15 Jan 2015, kalau banyak sangat cengkadaknya, maka Menteri, pegawai atasan di Kementerian Kewangan dan Jabatan Negara patut tulis surat letak jawatan, kerana daripada menyusahkan orang lebih baik berhenti kerja sahajalah.

Sedarlah bahawa keputusan bodoh, dasar bangang, dan tindakan dungu oleh para Menteri, para pegawai atasan yang buat sesuatu dengan melulu menyebabkan imej parti pemerintah sekarang ini menjadi makin buruk pada pandangan rakyat, malahan mencari pasal dengan penjawat awam adalah suatu kesilapan besar.

Ini kerana pengaruh penjawat awam kepada masyarakat sangat besar, kerana dasar-dasar kerajaan selama ini diterangkan oleh penjawat awam kepada masyarakat, terutama penjawat awam yang berurusan langsung dengan rakyat.

Walaupun sekarang ini Najib macam tak yakin dengan penerangan oleh penjawat awam sampai buat Unit PEMANDU yang mengupah konsultan yang entah dikutip dari mana pun itu, kononnya hebat dari penerangan kepada rakyat walaupun penerangan yang dibuat macam sampah seperti penerangan GST dan lain-lainnya itu. Tak apalah, kami penjawat awam masih setia dengan kerajaan, tak semualah, tetapi majoriti saya rasa menyokong kerajaan lagi.

Cuma jangan buat taik macam ini lagilah, kepada menteri, pegawai atasan yang berlagak pandai sangat itu, sudah-sudahlah buat taik, nanti dengan kamu semua pun kena pam sekali dengan taik masuk dalam tangki jamban juga.

Sedarlah.

sebaikperhiasan berkata...

Tu dh umum 15hb tu jgn menggatal plak tetiba dtg surat ralat utk tindakan SEGERA lagi. Mmg menyusahkn dan merosakkn rancangan org lain. Mmg tgn ni mula la rasa nk mencarut je nti.

Untuk perhatian pak menteri kalau-kalau la ada yg sudi jenguk blog ni dan baca komen-komen ni. Benda-benda mcm ni sbenarnya membuatkn hati rakyat berdendam. Bila dh ada dendam, paham-paham je la.

Apa pun tq sbb umum bonus pd 15hb. Tq tq tq...

ANAK MERDEKA berkata...

salam.memang bagus niat ceupacs nk ikut jejak langkah polis utk potong gaji utk membantu mangsa banjir.tp tak boleh keluar kenyataan utk potoong gaji kakitangan awam .mana boleh suka-suka buat keputusan senndiri utk potong gaji.adakah semua kakitangan awam tu ikhlas ? walau rm5 kalau mereka tak halal ? siapa nk menjawab di hadapan allah nanti ? sebelum memotong gaji pekerja sesuka hati perlu mendapat persetujuan kakitangan seperti mengedarkan pekeliling di jabatan masing-masing, tak perlu potong gaji.nanti dah kumpul pihak yg di amanahkan mengutip duit sumbangan dari kakitangan tersebut di serahkan kpd yg berhak.yg kita kuatiri bila potong gaji adakah telus penyampaian kpd semua mangsa banjir ? adakah semua mangsa banjir di salurkan nanti ?

ANAK MERDEKA berkata...

mereka tak fikir anak nak sekolah pada 12 hb nanti.tp jika ada yg pro mereka akan kata.tu pun nasib je kerajaan nk bg bonus.kalau tak mana nk cekau duit anak sekolah tu ? itu pandangan pro.memang kita buleh cari duit tp kalau gaji tak mencukupi bagaimana ? kakitangan awam perlu mencari kerja sambilan, kerja pam minyak, pasar borong,bawak teksi dan sebagainya utk menambah perbelanjaan.kalau gaji cukup tak timbul isu bonus ke tidak.tp gaji rendah , barang tinggi harganya mana dpt menampung perbelanjaan seharian.cuba fikir ? mintak elaun dan kenaikan tak pernah lulus.yg di bentang kan dlm bajet mcm serupa saja.cuba lah fikir elaun rumah rm180.mana ada dah sekarang sewa rumah rm180 ? tak fikir ke lagi utk kebajikan kakitangan ? rumah setinggan pun sebilik sewa dah rm300-rm400.kerna itulah kakitangan mengharapkan bonus utk menampung perbelanjaan sekolah ni.kalau beri bulan disember 2014 yg lalu takkan org bising.ini dh setengah persekolahan.terpaksa berhutang dahulu yuran sekolah dan segala nya.cubalah fikir nasib kakitangan awam ni

zamri rahman berkata...

Tuan Presiden Cuepacs,

Realisasikan dahulu,pastikan dahulu,muktamadkan dahulu,putuskan dahulu kenaikan elaun rumah....masih tiada jawapan!!!!

Sekarang kita dah masuk tahun 2015,jom kita tunggu dan lihat adakah terlaksana kenaikan elaun rumah ini seperti yang dijanjikan oleh pihak tertentu sejak 2013 lagi.

Sama sama kita saksikan...

Kagumas berkata...

Pemimpin yg ada sekarang susah kan rakyat! Ekonomi merudum, mata wang jatuh, harga petrol jatuh. Maka Petronas akan kurangkan sumbangan! Mamposs la nk cekau mana duit! Ini lah sebab pemborosan dan kelemahan PM urus tadbir negara! PM paling LEMAH sepanjang zaman. Pemimipin lain yg ada disekeliling beliau juga LEMAH terutama yg memberi nasihat! Termasuklah Presiden KUPEK ni... makin hari makin sebu dan sel2 otak gagal untuk berhubung! Sumbangan pun tak seberapa... makin mengarut idea yg dilontarkan! Bila PRESIDEN pun mcm ni, apa la pandangan umum terhadap PA? Makin rendah dan hina laa dipandangan masyarakat. Dah laa gaji tak seberapa, dipaksa pula junjung dasar2 yg ntah apa2, makin lama negara makin mundur kebelakang!