SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

02 Disember 2014

PENJAWAT AWAM PERLU TURUT DIREMAJAKAN - SHAHIDAN

Bernama
1/12/2014



KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Konsep 'peremajaan' yang disebut dalam Perhimpunan Agung Umno perlu turut diterapkan dalam kalangan penjawat awam bagi memberi impak positif terhadap gerak kerja mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata konsep tersebut seharusnya turut diamalkan di peringkat anggota pelaksana dan bukan sekadar di peringkat pembuat dasar.

"Contohnya seorang renjer hutan berpangkat rendah. Dia ialah pegawai yang buat siasatan, masuk hutan dan sebagainya, tetapi selepas dia berumur dia mungkin tidak mampu lagi membuat kerja-kerja ketika umurnya masih muda.

"Jadi peremajaan itu mestilah diterapkan dalam kalangan anggota pelaksana," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas hasrat Umno seperti yang dinyatakan Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri untuk melahirkan satu saf barisan generasi atau "Jil Umno' yang merupakan pewaris kepimpinan parti di masa depan.

Mengulas pengekalan Akta Hasutan, Shahidan mempersoal pihak yang mempertikaikannya walaupun ia bertujuan menjaga keharmonian negara.

"Kenapa orang sibuk persoalkan akta ini. Ia untuk selamatkan negara, orang yang tentang Akta Hasutan maksudnya menentang negara," katanya.

Beliau menambah akta itu penting dalam memastikan keharmonian kaum dan keamanan terus terpelihara.



-- BERNAMA

Tiada ulasan: