SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

14 Julai 2015

CUEPACS MINTA KERAJAAN TAMBAH BAIK PROSES PINJAMAN PERUMAHAN


AZIH MUDA (dua dari kiri) dan Ismail Ahmad (kiri) bertanyakan Utusan Malaysia
13/7/2015




AZIH MUDA (dua dari kiri) dan Ismail Ahmad (kiri) bertanyakan sesuatu semasa menyampaikan juadah kepada anggota JPJ sempena memantau operasi bas di sekitar Pudu Sentral, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/NOORADZRENE MOHD. NOOR

KUALA LUMPUR 13 Julai – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menangguhkan cadangan pengkorporatan Bahagian Pinjaman Perumahan sehingga masalah kelewatan dalam kelulusan proses pinjaman perumahan penjawat awam sebelum ini dapat diselesaikan.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada penjawat awam mengenai kelewatan dalam proses pinjaman perumahan sehingga menyukarkan mereka untuk memiliki rumah dengan cepat. Beliau berkata, ramai penjawat awam terpaksa membayar harga rumah yang tinggi disebabkan terdapat kelewatan dalam proses kelulusan pinjaman perumahan mengambil masa lebih setahun. “Terdapat pelbagai masalah dalam proses pinjaman seperti prosedur yang tak lengkap, pegawai tak dapat dihubungi serta emel tidak dijawab dan kita minta Kementerian Kewangan untuk melihat semula kelemahan yang berlaku ini dengan menangguhkan sementara pertukaran kepada badan berkanun selagi masalah ini tidak diatasi.
 
 “Ini kerana jika mereka (Bahagian Pinjaman Perumahan) tidak mampu beroperasi dengan baik akhirnya akan memberi kesan kepada penjawat awam yang tidak dapat membeli rumah pada harga yang mereka mampu disebabkan kelewatan dalam proses pinjaman,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan bas bersama-sama anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Pudu Sentral di sini hari ini. Yang turut hadir Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad.

Mengulas lanjut, Azih berkata, pihaknya bimbang akan muncul pelbagai persepsi tidak baik terhadap kerajaan apabila Bahagian Pinjaman Perumahan dikorporatkan nanti. “Apabila kerajaan terus dengan cadangan untuk menjadikan bahagian itu sebuah badan berkanun, akan ada pihak menganggap mereka hanya mahu menerima gaji lebih mahal tetapi masih mengabaikan perkara lain. “Jika ini berlaku, orang ramai akan menyalahkan kerajaan serta menteri dan bukannya Bahagian Pinjaman Perumahan,” jelasnya.

Sementara itu, Ismail ketika mengulas mengenai operasi JPJ berkata, pihaknya akan menjalankan operasi khas selama dua minggu sempena Hari Raya Aidilfitri ini. “Kita telah mengerahkan 1,800 pegawai JPJ di 80 depoh di seluruh negara untuk memantau bas di seluruh negara sempena Hari Raya Aidilfitri ini,” jelasnya.

6 ulasan:

zamri rahman berkata...

ape yang penting isu meminimakan gaji pokok bagi gaji gred N1 kepada N11 tidak wajar didiamkan atau dilenyapkan kerana ini merupakan kebajikan kepada golongan ini.

Sangat wajar direalisasikan kerana meminimakan gaji adalah saranan dari pihak kerajaan sendiri untuk semua sektor.Justeru tidak terkecuali sektor awam.

Namun,jika gaji minima direalisasikan hujung tahun ini untuk gred N11 maka anjakan gaji kepada yang telah lama berkhidmat juga sangat wajar diberikan.

Jangan hanya tertumpu untuk meminimakan gaji bagi kakitangan baru atau bergaji 850 sahaja,turut sama memberi anjakan gaji kepada yang telah lama khidmat dalam gred sama.

Inilah tumpuan wajib diberikan kerana GRED n11 juga celik minda,malah takkan terlepas pandang setiap keputusan yang dicapai pihak atasan.

Ape yang penting gred N11 akan memberi sokongan padu kepada kepimpinan sedia ada malah akan utuh jika aspek ini tidak diabaikan dan dipermainkan.

zamri rahman berkata...

kenyataan KSN berkenaan "jangan cemar imej perkhidmatan awam" pada 21 julai 2015 sememangnya dipandang serius oleh penjawat awam.

Namun sangat wajar dilihat sekiranya setiap kenyataan yang dibuat oleh pihak tertinggi dalam kerajaan untuk penambahbaikan untuk penjawat awam wajib diputuskan demi kebajikan.

Sebagai contoh : jika pengumuman kenaikan gaji serta elaun dibuat wajib dilaksanakan.

Contoh lain adalah,berkenaan isu meminimakan gaji gred N1 kepada N11 wajib diikuti dengan pergerakan gaji N11.

Contoh lain adalah,jika meminimakan gaji 850 untuk gred N11 kepada 1200 atau 900, maka yang sedang berkhidmat atau yang telah lama khidmat wajib diberikan anjakan gaji.

Contoh : dari 850 kepada 1200 penambahan adalah 350,MAKA sewajarnya perbezaan tersebut wajib diberikan kepada yang telah berkhidmat atau sedang berkhidmat yang sama gred.

Bukan hanya tertumpu untuk meminimakan gaji semata mata kerana ia memberi kesan mendalam terhadap pengetahuan masyarakat keseluruhannya berkenaan ketelusan kenyataan.

Jadikan realiti hujung tahun 2015 ini seperti mana kenyataan pihak atasan tempoh hari melalui media tertentu.

Mahmood Adam berkata...

dalam kerajaan membekukan pengambilan baru dalam perkhidmatan awam, seharusnya pengambilan melalui KPSL atau PSB tidak seharusnya dilibatkan sama. ini tak, buat pembekuan, yang KPSL dan PSB turut sama terkesan, nanti bila dibuat pengambilan semula, dibuatnya secara besar-besaran dan dibuka semula kepada pemohon baru/graduan baru. kesudahannya graduan baru juga yang dilantik. KPSL dan PSB menjadi semakin kecewa, bertahun-tahun mencuba dan menunggu tetapi dinafikan peluang mereka.

jangan zalim sangat wahal SPA & JPA.

blog sekolah berkata...

Saya sokong dengan pendapat en.mahmood adam pada ulasanyan no.3 sekurang kurangnya yang belum bersara dapat juga merasai kenaikan pangkatnya melalui KPSL dan sebagai penghargaan serta terima kasih kerajaan kepada penjawat awam.

sapirudin berkata...

dgn keadaan kjaan skang nih yg ulu ala dtmbh lg dgn ptd2 sial yg konker spa n jpa nun jgn hrp ler sokongan yg ader degree/master tuh utk naek. mreka nih spesis ati busoookkk yg xkan bgi pluang sokongan nek same level dgn derang

puiiii

aki soleh berkata...

kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka 3696 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..







Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))






KLIK DISINI 2D-3D-4D-5D-6D-




angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/



angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/



angka GHOIB; malaysia



angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/



angka GHOIB; laos