Bernama
29/7/2015
29/7/2015
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja
Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi meminta supaya kerajaan
mengkaji semula gaji penjawat awam dengan memberi kenaikan sebanyak 35
peratus pada pembentangan bajet Oktober depan.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata CUEPACS telah menyuarakan perkara itu dalam perbincangan sebelum Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), berhubung beberapa perkara yang patut digubal oleh kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang.
"Harapan Cuepacs selain kita berterima kasih, kerana kerajaan menetapkan kadar imbuhan baharu perumahan RM300 terendah berkuat kuasa 1 Nov, tetapi dalam masa sama kita berhadapan pelbagai isu dan cabaran hari ini, terutama kos sara hidup yang meningkat," katanya pada majlis Aidilfitri CUEPACS di sini Rabu.
Katanya Cuepacs juga mengharapkan kerajaan memperkenalkan gaji minimum untuk sektor awam serta penyelesaian kepada permintaan agar 252 skim gaji dan elaun perkhidmatan dikaji semula dan ditambah baik.
Azih berkata CUEPACS juga mahu kerajaan mengkaji semula pelepasan cukai pendapatan kerana katanya rakyat hari ini termasuk pekerja sektor awam dan swasta terpaksa membayar banyak cukai berganda.
"Sekarang ni kadar pelepasan income tax untuk anak RM1,000...tapi RM1,000 tak cukup...jadi kerajaan kena tingkatkan seratus peratus pelepasan cukai ini.
CUEPACS juga berharap kerajaan dalam bajet akan datang, memastikan dasar perumahan negara diwujudkan secara konsisten agar setiap penjawat awam dan setiap rakyat sekurang-kurangnya mampu memiliki sebuah rumah.
-- BERNAMA
Presidennya Datuk Azih Muda berkata CUEPACS telah menyuarakan perkara itu dalam perbincangan sebelum Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), berhubung beberapa perkara yang patut digubal oleh kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang.
"Harapan Cuepacs selain kita berterima kasih, kerana kerajaan menetapkan kadar imbuhan baharu perumahan RM300 terendah berkuat kuasa 1 Nov, tetapi dalam masa sama kita berhadapan pelbagai isu dan cabaran hari ini, terutama kos sara hidup yang meningkat," katanya pada majlis Aidilfitri CUEPACS di sini Rabu.
Katanya Cuepacs juga mengharapkan kerajaan memperkenalkan gaji minimum untuk sektor awam serta penyelesaian kepada permintaan agar 252 skim gaji dan elaun perkhidmatan dikaji semula dan ditambah baik.
Azih berkata CUEPACS juga mahu kerajaan mengkaji semula pelepasan cukai pendapatan kerana katanya rakyat hari ini termasuk pekerja sektor awam dan swasta terpaksa membayar banyak cukai berganda.
"Sekarang ni kadar pelepasan income tax untuk anak RM1,000...tapi RM1,000 tak cukup...jadi kerajaan kena tingkatkan seratus peratus pelepasan cukai ini.
CUEPACS juga berharap kerajaan dalam bajet akan datang, memastikan dasar perumahan negara diwujudkan secara konsisten agar setiap penjawat awam dan setiap rakyat sekurang-kurangnya mampu memiliki sebuah rumah.
-- BERNAMA
43 ulasan:
Sebagai penjawat awam wajar bersetuju seia sekata sehati dan sejiwa dengan setiap langkah kerajaan demi pentadbiran lebih mampan dan pengurusan negara lebih cekap dan mantap.Kita akan terus menyokong pemerintah sedia ada tanpa syak wasangka.
Dalam kita menyokong pemerintah sedia ada secara total,segala tuntutan demi kos sara hidup penjawat awam sangat wajar dituruti atau diluluskan oleh pemerintah.
Contoh tuntutan yang masih belum dipenuhi oleh kerajaan untuk penjawat awam adalah :
1,Meminimakan gaji untuk gred N11 kepada rm1200 serta memberi anjakan gaji kepada yang telah lama berkhidmat dalam gred yang sama.
2,Menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 35 peratus seperti telah berulang kali pihak cuepacs mohon dan harapan dalam bajet 2016 pada oktober 2015 menjadi kenyataan.(kecualikan kenaikkan kepada badan berkanun demi penjimatan)
3,Permudahkan urusan klinik dan hospital kerajaan kepada penjawat awam.
Harus ingat,setiap kenyataan yang dibuat oleh pihak tertinggi kerajaan mahupun pihak cuepacs mengenai kenaikkan akan sentiasa menjadi nota ingatan dan simpanan penjawat awam.
Sememangnya kita kena bersyukur,tetapi sekiranya pendapatan kita setelah ditolak hutang keperluan(bukan hutang kehendak)masih tidak mencukupi untuk menyara keluarga dengan perbelanjaan berhemah.Ini bagi yang berpendapatan rendah.Jika pendapatan melebihi 2 kali ganda paras kemiskinan memang tak terasa.
Tambahan pulak sara hidup dilalui di kota,bandaraya yang segalanya kos tinggi.Wajar diambil perhatian oleh pihak tertinggi kerajaan khususnya dan amnya pihak cuepacs sebagai wakil suara atau wakil pejuang demi penjawat awam.
Kita amat menyokong cadangan bernas dan yakin setiap desakan dari pihak ceupacs akan menjadi kenyataan terutama dalam pembelaan nasib kakitangan awam di peringkat bawahan.Kewajaran supaya kenaikan gaji 35 peratus amat setimpal pada belanjawan nanti yang turut dinantikan oleh semua penjawat awam.
Kerajaan tidak akan menaikan gaji penjawat awam kerana cuepac hanya minta kerajaan "kaji" seperti mana kenyataan presiden cuepac ini. Sepatutnya cuepac minta daripada kerajaan supaya menaikan gaji yang sepatutnya dan bukan minta kerajaan "kaji" kerana sudah lamapun kerajaan kaji benda ini. Terima kasih..
sy tak berani nak komen..takut kena buang kerja...ade komitmen dgn bank rakyat..rm800 sebulan...gaji tinggal rm700 lagi..buat rumah utk mak kat kmpg tu yg bt personal loan tu..huhuhu...nampak tak permainan dia kat ctu??
Tahniah atas pengorbanan ceupacs kerana PM berjaya menyelami kesusahan penjawat awam apabila desakan ceupacs supaya menaikkan kadar bantuan sewa rumah.Kami menaruh harapan tinggi supaya ceupacs dapat memberi cadangan kenaikan gaji yang setimpal kepada penjawat awam golongan pelaksana.Ingatlah,setiap pengorbanan ceupacs akan dikenang sampai bila-bila.Semoga Allah SWT membalas pengorbanan kalian semua khaskan kepada kami penjawat awam bawahan.
Walaupun sesetengah orang cemburu dengan penjawat awam tetapi kita kena sedar yang rezeki telah ditentukan oleh Allah.Memandangkan ekonomi sekarang yang semakin meruncing dengan pelbagai kenaikan khususnya harga barang keperluan mahupun petrol, tindakan kerajaan untuk menaikkan gaji adalah perlu dan tepat sekali. Jika ada kenaikan maka kita akan berbelanja lebih, justeru impaknya kepada penjual yang akan dapat untungnya kerana jumlah penjawat awam adalah besar. Impaknya tentu positif dan kita perlu berfikiran positif.
setiap penjawat awam yang dilantik perlu lulus dengan jayanya kursus pengurusan kewangan kendiri sebelum disahkan dalam perkhidmatan. kalau tak sampai kiamat la kisah penjawat awam yang asyik mengeluh gaji tak cukup, gaji tak cukup dan gaji tak cukup tetap akan berlaku. dan berlarutan dengan kisah cuepacs terpaksa pula memperjuangkan mereka yang tak ukur baju di badan sendiri ini demi memenuhi kehendak selera dan nafsu serakah mereka ini.
sudah-sudahlah tu menuntut kenaikan ni. daripada cuepacs sibuk tuntut naik gaji samarata, naik gred samarata yang tak membantu dalam proses sahsiah diri, seharusnya cuepacs perjuangkan supaya penjawat awam kumpulan pelaksana yang mempunyai kelulusan lebih tinggi diberi gred gaji khas (sekiranya susah sangat nak naikkan mereka ke gred lebih tinggi samada kumpulan C lompat ke B, B lompat ke A, mahupun C lompat ke A) memadailah dengan mewujudkan elaun khas kepada mereka atas pengetahuan tambahan serta kelulusan akademik tambahan yang mereka ada. ataupun wujudkan semula sistem penilaian tahap kecekapan ala-ala PTK supaya mereka dapat bersaing secara sihat untuk memajukan kerjaya mereka. ini tak, sibuk perjuangkan semua orang untuk naik gaji. tak kirala yang malas ke yang rajin ke, yang tak berapa pandai ke yang terlebih pandai ke, semuanya akan dapat kenaikan yang sama.
ketahian apakah ini????
sebab itulah dari dulu lagi aku katakan, presiden cuepacs ni perlu dilantik dari kategori penjawat awam pelaksana yang bijak, bukan spesis macam azih muda ni yang merepek-repek.
Jangan buat kesimpulan terlalu awal.Berikan sedikit masa kepada ceupacs untuk menjalankan tugas mereka bagi melaksanakan misi.Selepas bajet 2016 dibentang,baru kita boleh ulas bagaimana desekan ceupacs terhadap kerajaan berjaya atau tidak.Pihak ceupacs telah bertungkus lumus membentang kertas kerja,perancangan yang teratur sema-mata mahu melihat kerajaan memberikan kenaikan gaji dari tahun ke tahun kepada penjawat awam terutama bagi golongan bawahan seperti.Tahniah sekali lagi kerana ceupacs berperanan dalam kenaikan elaun sewa rumah baru-baru ini.Kami sentiasa mengharapkan ceupacs berjaya terutama sekali dalam tuntutan kenaikan gaji.
Kalau pun ada kelulusan tinggi tp masih di gred sama, skop tugas sama, tanggung jawab sama nk buat kejadah apa bagi elaun khas? Ngabih kan boreh jo...
Elok laa naik gaji. 35% tu kira minimum la. Patutnya naik 50%. Dah la gaji lebih sikit dari RM4000. BR1M tak dapat, claim OT tak layak... mampuih! Tanggung jawab lg nk menjawab hal kaki tangan yg ponteng, masuk kerja lambat, mc tipu... poning den!
nih indon khurafat sesat mana ler pi wat spam dlm nih!???
PM ingatkan penjawat awam agar pulihkan keyakinan masyarakat luar terhadap kerajaan,sebenarnya penjawat awam dah lama dari masa ke semasa bergerak untuk meyakinkan masyarakat luar tentang peranan baik yang dimainkan kerajaan.
Namun,apa yang ditunggu tunggu oleh penjawat awam adalah kenaikkan gaji sebanyak 35% seperti yang diperjuangkan oleh cuepacs dan harapan golongan pelaksana 1 dan 2 menjadi realiti tahun 2015 ini.
Penjawat awam juga nak selesa dari segi gaji kerana kos kehidupan makin meningkat,jika kenaikkan gaji 35% menjadi kenyataan dalam bajet 2016 maka keselesaan untuk terus meyakinkan masyarakat luar terhadap kerajaan terus diperhebat.
Justeru,penjawat awam terutama pelaksana 1 dan 2 sangat mengharapkan kenaikkan gaji 35%.
Jika benar kerajaan nak berjimat,naikkan elaun khidmat awam serta elaun sara hidup penjawat awam.Sudah tentu pesara tidak terlibat.Yang mana pesara dan badan berkanun sekarang lebih cenderung menyokong pembangkang.
Kerajaan merasa banyak kebaikan jika penjawat awam terutama pelaksana 1 dan 2 diberikan kenaikkan gaji 35% serta dinaikkan kadar elaun khidmat awam serta elaun sara hidup ke tahap masa kini.
assalam tuan, boleh ke tuan usulkan agar Pinjaman Boleh Ubah JPA dibuka bagi golongan pelaksana melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, kerana pinjaman ini amat membantu anggota meningkatkan tahap pelajaran mereka selaras dengan seruan kerajaan. Terima kasih
Mohon Cuepacs usulkan pinjaman kali kedua perumahan PA supaya lebih membantu PA yg mahu membeli ruma. Pinjaman pertama dibuat semasa baru mula berkhidmat dengan gaji yg kecil, keluarga pun kecil. Bila keluarga dan berkembang gaji pun lebih teringin rumah yg kebih selesa. Tetapi syarat2 pinjaman kali kedua perumahan merugikan PA dan tidak membantu langsung!!! Mohon dikaji semula...
Mohon Cuepacs usulkan pinjaman kali kedua perumahan PA supaya lebih membantu PA yg mahu membeli ruma. Pinjaman pertama dibuat semasa baru mula berkhidmat dengan gaji yg kecil, keluarga pun kecil. Bila keluarga dan berkembang gaji pun lebih teringin rumah yg kebih selesa. Tetapi syarat2 pinjaman kali kedua perumahan merugikan PA dan tidak membantu langsung!!! Mohon dikaji semula..
Menyalak bukit sahaja PM takan bagi gaji naik.
Betul-betul sokong cadangan ceupacs mintak kerajaan naikkan 35 peratus kaji kakitangan awam kerana tahap ekonomi dan perbelanjaan meningkat sebelum dan selepas gst.Ceupacs memang memahami luahan penjawat awam.Hanya ceupacs saja yang berani bersuara untuk kami.Saya berharap Dato Aziz Muda berjaya dalam menyuarakan nasib seluruh kakitangan awam.Kita nantikan belanjawan 2016,penentuan ini takkan berakhir kerana setiap belanjawan pasti ada habuan untuk kakitangan awam.
Terima kasih cuepacs kerana berjaya dalam perjuangan menaikkan kadar elaun perumahan pa.
Permohonan cuepacs untuk menaikkan gaji pa sebanyak 35% sangat tidak sesuai. Adalah lebih baik dicadangkan kenaikan berdasarkan nilai Ringgit Malaysia (RM). ini kerana jika kenaikan berdasarkan peratus, hanya pihak atasan sahaja yang akan menikmati faedah terbesar, manakala pihak kakitangan bawahan hanya mendapat sedikit sangat keuntunngan.
Jika kita perhatikan sbg contoh kenaikan elaun perumahan, semua diselaraskan kepada RM300, takkira samada atasan atau bawahan mendapat faedah samarata. Bayangkan jika kenaikan 35% yang diperjuangkan oleh cuepacs, jika gaji pegawai
RM4000 x 35% = RM1400
Kakitangan bawahan pula hanya mendapat
RM1000 x 35% = RM350
RM900 x 35% = RM315
RM800 x 35% = RM280
Sangat tidak adil.
Jadi saya mohon cuepacs pertimbangkan supaya mohon kenaikan gaji secara samarata sebanyak RM1000 bagi semua pa.
Ya.la cuepacs hanya minta kerajaan kaji kaji kenaikan gaji buka minta naik gaji
Bagus la kagumas...saya bru nk cadangkn dlm MBJ minggu ni...nmpknya pemikiran kita sama...
duit "derma" rm2.6bilion yang ada dalam akaun tu kalau dibahagi-bahagikan kepada penjawat awam kumpulan pelaksana, katakanlah pelaksana ada 700,000 orang
setiap seorang boleh dapat lebih kurang rm 3714.29 sekali bayar. kira macam bonus la tu.
sudah-sudahla tu cuepacs. berhentilah berharap. sekarang ni kerajaan kesayangan kita ni tengah gundah gulana dan tunggang-langgang.
terlalu banyak kezaliman yang berlaku sekarang ni baik dalam kerajaan mahupun perkhidmatan awam. lihat sahaja pembantu tadbir samada p/o atau kewangan yang beratus ribu yang sangat susah nak naik gred kanan, apatah lagi gred tertinggi seperti 26, lihat sahaja kpsl atau psb yang kerap dinafikan peluang mereka ketika temuduga, lihat sahaja kini pembekuan pengambilan penjawat awam dek kerana spa begitu rakus memberi kerja di peringkat P&P kepada graduan baru (dan anak-anak kabel, maaf dengan izin).
ingatlah, apabila terlalu banyak kezaliman, bala akan turun. yang kesiannya, yang tak bersalah turut terbabit dalam bala yang menimpa itu. sekarang ni satu-satu perkara dipertonton dan diperlihatkan kepada kita semua. sudah-sudahlah tu membuat kezaliman. kembalikan semula sesuatu perkara itu kepada yang berhak.
gud
Saya sokong cadangan anda....
Good job
Ujudkan semula sistem PTK yang membolehkan kami menerima anjakan gaji..dulu tahun 2010 ckp mansuh dan akan dikaji semula cara PTK akan dilaksanakan. Smpai skrang dah 5 years kot...agak2 la kajian apa benda nya. Kaji apa lg..gi hotel sana..gi hotel sini..wat kajian. Last senyap gak..lawak apa ni ha hampa buat? Wujud semula la..aku nak rasa gak anjakan gaji yg x pernah aku rasa spnjang berkhidmat ni. Walaupun aku BODOH sekurangnya aku trus cuba jawab PTK bagi lulus..dan dapat memantapkan pengetahuan aku dlm soal kerja kot...tanpa PTK apa lg yg nak mencabar kerja aku? Ce jawab sat..dah aku mmg bodoh kot...
minta blogger bertindak tegas terhadap "aki soleh" yang memuat naik komen menjurus kepada terpesongnya akidah orang Islam.Tak seharusnya blogger membiarkan komen tersebut terus dibaca orang lain dan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.Saya mencadangkan blogger dapat mengalihkan komen tersebut supaya tidak dapat dibaca oleh pengguna lain demi kebaikan bersama.
nak naik gaji..kenaikkan tahunan 2015 dan tunggakan gaji patut pada bulan satu pun tak dapat lagi..mmm..
sekarang ni pihak berkuasa melantik(PBM) seperti spa dan bahagian sumber manusia di agensi/kolej/universiti yang diberi kuasa untuk melantik sudah tidak membuat pengambilan dek kerana dasar kerajaan kini yang nak mengecilkan saiz perkhidmatan awam disebabkan overspent. sepatutnya ketika inilah cuepacs menuntut kepada PBM ini untuk membuat pengambilan dalaman, dimana mereka yang berada di dalam kumpulan sokongan yang memohon jawatan lebih tinggi supaya ditemuduga bagi memberi peluang mereka untuk meningkatkan kerjaya mereka.
tempat yang dikosongkan oleh mereka bolehlah samada dibiarkan begitu sahaja sekiranya tidak memerlukan pengisian. sekiranya ianya memerlukan pengisian, maka jabatan/kementerian yang mempunyai kumpulan sokongan yang berlebihan bolehlah diambil kakitangannya untuk diisi di tempat lain yang telah dikosongkan.
diharap cuepacs boleh bertindak bijak dalam hal sebegini. jangan asyik sibuk mintak naik gaji, naik gaji. tak habis-habis dengan meminta-minta macamni yang tak membantu meningkatkan produktiviti dan meningkatkan kebolehgunaan sumber manusia.
setuju dgn mahmood adam
Jgn naikkan ikut peratusan....yg gred tinggi dpt byk kenaikan.lbh baik semua dpt kenaikan gaji rm1000 setiap org...cthnya.barulah adil.
Jgn naikkan ikut peratusan....yg gred tinggi dpt byk kenaikan.lbh baik semua dpt kenaikan gaji rm1000 setiap org...cthnya.barulah adil.
Jgn naikkan ikut peratusan....yg gred tinggi dpt byk kenaikan.lbh baik semua dpt kenaikan gaji rm1000 setiap org...cthnya.barulah adil.
x adil kalo naik ikut %.. mohon naik ikut RM.. semua pnjawat awam naik RM1000.00 x kira gred..
Gred 12 yg turun ke gred lantikan gred 11 apa cerita..bila nak bagi ke gred 14..belum ada dalam sejarah gred turun pangkat.org yg buat pekeliling tak tahu la otak jenis apa.bilang dari atas ke bawah, dalam perkhimatan ni hanya jawatan Penghantar Notis, Operator Kamera dan Penyelia Jeti sahaja yang ada gred 12..susah sangat nk bagi terus ke gred 14 bukan mintak ke gred 17 pun..
Mengikut PP17/2013..contoh lampiran kaedah penetapan gaji permulaan jawatan Penghantar Notis hanya khayalan penulis semata..
Mengikut PP17/2013..contoh lampiran kaedah penetapan gaji permulaan jawatan Penghantar Notis hanya khayalan penulis semata..
Presiden cuepac buka mata sikit cuba tengok PP17/2013..contoh lampiran kaedah penetapan gaji permulaan jawatan Penghantar Notis gred N12..buat apa bagi contoh sedangkan bila dah sain opsyen hilang kekananan.
Dah la bagi gaji KUP gred 12 tapi sama saja dengan gaji gred 11.
Dah la bagi gaji KUP gred 12 tapi sama saja dengan gaji gred 11.
Presiden cuepac buka mata sikit cuba tengok PP17/2013..contoh lampiran kaedah penetapan gaji permulaan jawatan Penghantar Notis gred N12..buat apa bagi contoh sedangkan bila dah sain opsyen hilang kekananan.
Gred 12 yg turun ke gred lantikan gred 11 apa cerita..bila nak bagi ke gred 14..belum ada dalam sejarah gred turun pangkat.org yg buat pekeliling tak tahu la otak jenis apa.bilang dari atas ke bawah, dalam perkhimatan ni hanya jawatan Penghantar Notis, Operator Kamera dan Penyelia Jeti sahaja yang ada gred 12..susah sangat nk bagi terus ke gred 14 bukan mintak ke gred 17 pun..
ROMBAK DAN BINA SEMULA SKIM GRED, GAJI DAN ELAUN PENJAWAT AWAM.
TAK PAYAH SUSAH2 NAIK IKUT PERATUSAN YANG DAH TAK RELEVAN.2020 5 TAHUN LAGI.
BUKA MATA SEMUA PIHAK.
ROMBAK DAN BINA SEMULA GAJI KAMI.
KAMI SOKONG ANDA.TANPA KAMI SIAPALAH ANDA.
mohon tempoh pinjaman selama 10 tahun diganti semula dgn tempoh 20thn. mgkin utk pegawai rs nye tidak terbeban sgt tp bagaimana pula dgn gred gred rendah spt n17? lg lg skrg ni kalau nak buat loan tgk komitmen luar. sy yg br berkihidmat tahun lepas pon da rs terbeban n payah nk dpt loan. kerja dlm sektor swasta lepas grad pd tahun 2009 sehingga 2014 and dpt gaju yg tinggi buatkan sy ade komitmen yg sedikit tinggi di luar payslip. ini menyukarkan sy and sedikit timbul rs kesal sbb penjawat awam dah x mudah nak apply loan mcm dlu. harap cuepacs boleh usulkan perkara ni. kalau tenure smpai 10thn je , brp je yg leh dpt and instalment pon tinggi. harap tlg usulkan.
Catat Ulasan