SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

12 September 2015

KERAJAAN SASAR BINA 70,000 UNIT PPA1M TAHUN DEPAN - KSN

Bernama
11/9/2015


PUTRAJAYA, 11 Sept (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan untuk membina 70,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) tahun hadapan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata setakat ini, sebanyak 30,000 unit rumah PPA1M termasuk 13,362 unit di Putrajaya sedang dalam proses pembinaan sejak projek itu dilancarkan pada 2013.

"Saya tadi baharu sahaja mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan PPA1M dan mesyuarat telah meluluskan untuk membina 70,000 unit rumah pada tahun 2016.


"Dengan melihat kemajuan projek pembinaan PPA1M, saya yakin sasaran 100,000 unit dibina menjelang Disember 2015 dapat dicapai sepertimana hasrat kerajaan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau projek PPA1M Larai di Presint 16, di sini hari ini.

Pada April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan bersetuju untuk membina 100,000 unit kediaman di bawah PPA1M di seluruh negara.

Dalam pada itu, Ali merangkap pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) berkata kerajaan sentiasa berusaha dengan memperkenalkan beberapa inisiatif bagi memastikan kakitangan awam dapat membeli kediaman dengan harga berpatutan.

"Kediaman PPA1M yang berkeluasan antara 1,000 sehingga 1,500 kaki persegi dijual kepada penjawat awam dengan harga antara RM150,000 sehingga RM300,000 dan di bawah nilai pasaran semasa iaitu RM700,000," jelasnya.

Mengulas mengenai tinjauan, Ali berkata status kemajuan fasa satu projek PPA1M siap antara 20 hingga 30 peratus dan dijangka 6,000 unit siap menjelang hujung tahun hadapan.

-- BERNAMA

8 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Sejahtera Tuan-Tuan Semua,

Saya amat kecewa dengan PPA1M Bukit Jalil yang dahulunya dibina dengan ratio Bina dan Jual (BNJ 0:100) tetapi sekarang diubah kepada ratio BNJ 10:90 selepas pihak pemaju mendesak Kementerian Wilayah Persekutuan supaya mengubah ratio Bina dan Jual (BNJ) kerana sukar mendapat pembiayaan dan juga tiada jaminan beli balik dari pihak Kerajaan.

Saya adalah antara yang bertuah terpilih untuk memiliki satu unit apartment di PPA1M Bukit Jalil pada Mac lalu. Pada mulanya, pembeli tidak perlu membayar sebarang wang untuk pembelian ini, yang dijangka siap pada 2019. Pinjaman perumahan akan dibuat sebaik SNP dikemukakan oleh pihak pemaju dengan kemajuan kerja mencapai 70%.

Malangnya pada awal minggu ini, saya menerima makluman dari pihak pemaju yang menyatakan mereka telah mendapat kelulusan dari pihak kementerian melalui satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara untuk memungut bayaran 2% dari pembeli manakala baki 8% bayaran pendahuluan akan dimaklumkan oleh pihak pemaju dari masa ke semasa untuk dilunaskan oleh para pembeli. Harga rumah PPA1M Bukit Jalil adalah antara RM160k-RM300k dan rata2 pembeli perlu melunaskan bayaran 2% tersebut antara RM3,200 hingga RM6,000 dalam tempoh 14 hari dari surat yang diterima dari pihak pemaju.

Pihak Kementerian juga mengambil sikap lepas tangan dengan tidak memaklumkan kepada pembeli dan hanya membuat hebahan di laman web sahaja. Setiap pembeli perlu membayar wang pendahuluan antara RM16,000 hingga RM30,000 untuk memiliki unit apartment PPA1M Bukit Jalil. Dengan keadaan kos sara hidup yang tinggi, penurunan nilai matawang ringgit yang menyebabkan kenaikan harga barang serta harga rumah yang semakin tidak masuk akal ini menyebabkan kakitangan awam semakin terdesak untuk memiliki rumah. Dan mengubah ratio ini tanpa berbincang dengan pembeli begitu mengecewakan kerana rata-rata para pembeli tidak mampu untuk membayar wang tersebut.Kebanyakkan pembeli adalah dari lapisan keluarga berpendapatan sederhana antara RM5,000-RM10,000 dan kebanyakkan daripada kami layak memohon pinjaman 100%. Walaupun pemaju akan mengembalikan semula deposit 10% tersebut, bayaran pendahuluan antara RM3,000-RM7,000 setiap tahun yang perlu dijelaskan secara berperingkat kepada pemaju amat membebankan dan tidak begitu adil kepada pembeli.

Pohon supaya pengurusan tertinggi Cuepacs dapat mengambil serius perkara ini selain hanya saban tahun meminta kenaikan elaun dan bonus buat kakitangan awam kerana pemilikan rumah buat kakitangan awam juga sangat penting.

Saya sudah berasa tawar hati dengan projek PPA1M Bukit Jalil dan kecewa dengan keputusan yang diambil oleh pihak Kementerian Wilayah Persekutuan ini.





Unknown berkata...

Saya setuju dengan komen berkenaan PPA1M. Saya juga salah seorang yang terpilih dan berasa sangat bertuah. Tapi "yang bertuah" diberi tempoh sehingga hujung oktober untuk melunaskan bayaran 2%, sekiranya tidak mampu perlu membuat permohonan secara bertulis kepada pemaju memohon dilanjutkan sehingga Disember. SNP akan dikeluarkan pada Januari 2016. Sekiranya "yang bertuah" belum membayar 2% tersebut, lot berkenaan akan diberikan kepada orang lain. Kepada yang masih bertuah kerana telah membayar @% perlu membayar lagi 8% (RM 12 000 hingga RM28 000) dalam tempoh 3 bulan selepas SNP. Boleh bayar ansur-ansur katanya. Tapi bayangkan kalau RM28 000 dibayar 3 kali, maknanya sebulan kena bayar RM9333 selama 3 bulan. Haish..pendapat isi rumah klu semua dibuat bayar pun tak cukup.

Persoalannya, di mana nilai membantu kakitangan awam yang tidak berkemampuan untuk memiliki rumah idaman. KAmi yang memohon tertarik dengan tidak perlu bayar apa-apa pendahuluan, kerana kami memang tidak mempunyai simpanan yang banyak, dan kerana itulah kami masih menyewa..

hyperbombastic@gmail.com berkata...

Assalam.tuan.saya juga tawar hati.ingatkan apply boleh byr lepas dpr kunci rupanya tidak.rumah tuan tgkat brapa.wasap saya 0102074091

hyperbombastic@gmail.com berkata...

Hubungi saya penjawat awam d selangor untuk bantuan tukar milik rumah 0102074091

hyperbombastic@gmail.com berkata...

Hubungi saya penjawat awam d selangor untuk bantuan tukar milik rumah 0102074091

she berkata...

saya juga ditawarkan satu unit rumah ppa1m bukit jalil merasa sgt2 kecewa dgn tindakan pemaju dan kementerian yg lepas tgn dgn perkara ini. harapan sy utk memiliki rumah pertama tidak kesampaian. tambah mendukacitakan permohonan utk rumah ppa1m di putrajaya juga tidak dipertimbangkan dgn alasan telah ditawarkan rumah di bukit jalil sedangkan terang2 sykt aset kayamas telah menyatakan jika tiada pendahuluan yg diberi dgn kadar yg diminta, tawaran rumah tersebut akan dibatalkan. harap pihak berkenaan boleh mengotakan janji membantu penjawat awam yg teraniaya spt kami. hilang sudah kepercayaan dgn janji2 manis kononnya kami hanya perlu bayar setelah 70 ke 80%siap.

mdmlala berkata...

saya juga kecewa dgn PPA1M yg kononnya ingin membantu golongan penjawat awam berpendapatan rendah.
saya ditawarkan rumah teres di melaka dan teruja untuk memilikinya.
namun setelah menghubungi pemaju saya perlu membayar 10% pendahulan dan Rm1000 yuran guaman
untuk penjawat awam yg berpendapatan rendah seperti sy mana mungkin mempunyai simpanan rm26k sekarang.
sy amt kecewa.
ini bukan membantu.
tp membuntukan.

zali berkata...

Apakah klausa yg terkandung dlm SnP ppa1m yg menyatakan keuntungan selepas harga asal menjadi milik kerajaan apabila dijual selepas 10tahun nnt.ini seolah memeras hak pembeli yg membayar pinjaman n interest.ia juga seolah jual beli yg tidak patuh syariah kerana seakan tidak semourna milik dlm jual beli...