SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

05 September 2015

PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA AMBIL BEBERAPA LANGKAH UNTUK PERANGI RASUAH - KSN

Bernama
4/9/2015



KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Malaysia menunjukkan kesungguhan dalam usaha memerangi rasuah terutama dalam perkhidmatan awam dan ini dapat dilihat berdasarkan beberapa langkah yang diambil.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata dalam masa beberapa tahun, Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif bertujuan mereformasikan perkhidmatan awam ke tahap etika, tadbir urus, ketelusan dan kebertanggungjawapan yang lebih tinggi.

Katanya antara langkah itu ialah penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 2003 untuk melaksanakan Pelan Integriti Nasional, yang antara lain bertujuan untuk meningkatkan tadbir urus dan etika dalam sektor awam dan swasta.

Beliau berkata selain itu, di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), memerangi rasuah adalah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang mencerminkan kesungguhan dan komitmen kerajaan Malaysia dalam memerangi rasuah.

"Dalam pada itu, Sesi Town Hall bersama media, diadakan tiga kali setahun sejak 2014 untuk memaklumkan tentang langkah dan tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap hasil Laporan Ketua Audit Negara dan menjawab persoalan oleh media," katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat.

Ali berkata Malaysia juga memperkenalkan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) pada 2010, untuk melahirkan pegawai integriti bertauliah dan meningkatkan lagi integriti dan etika di tempat kerja seperti termaktub di bawah Pelan Integriti Nasional.

"Satu lagi usaha ialah penubuhan Unit Integriti di semua agensi kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri pada 2013. Unit tersebut menjadi entiti pusat yang bertanggungjawab menangani isu-isu berkaitan integriti di setiap agensi.

" ...dan juga memperkenalkan inisiatif dan pembaharuan di bawah Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH), usaha bersama sektor awam dan swasta yang ditubuhkan pada 2007 untuk mengurangkan kerenah birokrasi, menyelaraskan proses dan meningkatkan sistem penyampaian kerajaan. Dari kedudukan ke-24 pada 2008, Malaysia sekarang berada di ranking ke-18 dalam kalangan 189 negara," katanya.

Ali berkata Perkhidmatan Awam Malaysia memandang serius dan bimbang dengan kenyataan Pengerusi Transparency International Jose Ugaz pada Persidangan Antirasuah Antarabangsa ke-16 di Putrajaya Rabu lepas.

"Kenyataan itu, antara lain, mendakwa bahawa Malaysia menghadapi krisis rasuah. Ini secara tidak langsung meragui integriti Perkhidmatan Awam Malaysia," kata beliau.

Beliau berkata Indeks Persepsi Rasuah 2014 oleh Transparency International meletakkan Malaysia di kedudukan ke-50 di dunia dalam kalangan 175 negara sementara dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia berada di kedudukan kedua selepas Singapura dan bagi Asia Pasifik, Malaysia berada di kedudukan kesembilan selepas negara seperti New Zealand, Jepun dan Korea Selatan.

"Ranking ini oleh Transparency International adalah pengiktirafan terhadap beberapa pembaharuan yang dijalankan oleh Malaysia untuk menangani rasuah dan meningkatkan lagi tadbir urus dan integriti," katanya.

Ali berkata, dasar dan tindakan-tindakan yang diambil oleh Malaysia untuk mengurus dan mengekalkan integriti mencerminkan komitmen ke arah meningkatkan kepercayaan dan keyakinan dalam perkhidmatan awam.

"Perkhidmatan awam juga komited untuk bekerjasama secara berterusan dengan sektor swasta untuk meningkatkan kecekapan sektor awam, meningkatkan keyakinan awam dan menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam," katanya.

-- BERNAMA

4 ulasan:

Bapak Rahmad Bastian berkata...

Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

sapirudin berkata...

kalau guna perkhidmatan aki kepalaotak nko utk tukar pm najib, leh tak? wakakakaka :P

Abe Slanforest berkata...

orang bawa rasuah...
tapi orang atas derma ×.×b lepas macam tu jer....
sekarang malaysia dah tak ada lagi rasuah negara paling bersih di dunia...
terima derma dah selamat...sprm tak oleh ambil tindakan ..???

firdaus berkata...

Lepas nie kalau dapat duit atau hadiah...cakap aje ada orang derma...