SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

09 November 2015

KESATUAN SEKERJA MAHU KERAJAAN ADAKAN DIALOG MENGENAI TPPA

Bernama
8/11/2015


Oleh Yuri Azhar Mazlan

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Beberapa kesatuan sekerja mahu kerajaan mengadakan dialog bagi membincangkan mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) membabitkan isu pekerja.

Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) Mohamed Shafie BP Mammal berkata ini kerana maklumat mengenai TPPA masih samar kerana tidak dikeluarkan dengan lengkap.

TPPA mempunyai beberapa klausa yang akan memberi kesan kepada rakyat dan negara terutamanya kepada para pekerja, antaranya kemasukan pekerja asing, katanya kepada Bernama.

"Banyak isu pekerja tidak dinyatakan seperti gaji minimum, jumlah waktu bekerja, kemudahan dan hak wanita mengandung, perlindungan kesatuan sekerja dan sebagainya...ini semua sepatutnya dimasukkan dalam TPPA," katanya.

Beliau berkata penetapan standard buruh yang minimum perlu dilaksanakan dan diambil perhatian serius, selain isu perdagangan.

Mohamed Shafie berkata ia masih belum terlambat untuk kerajaan memastikan hak pekerja dilindungi dan ditambah baik berikutan perjanjian itu masih dalam proses perundangan dan mendapat kelulusan di setiap negara peserta TPPA.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) N. Gopal Kishnam pula mempersoalkan kenapa tiada perlindungan dan usaha untuk mempromosikan aktiviti yang dilakukan kesatuan sekerja dalam perjanjian itu.

"Apabila urus niaga perdagangan dipermudahkan di antara negara yang menandatangani TPPA kenapa tidak memudahkan menubuhkan kesatuan sekerja?," katanya.

Gopal mendakwa TPPA seolah-olah mengurangkan peranan kesatuan sekerja kerana isu melibatkan perniagaan dan pelaburan lebih jelas berbanding isu buruh yang kurang lengkap.

"MTUC bimbang Malaysia mungkin terpaksa meminda hak-hak pekerja demi mengikut terma yang ditetapkan TPPA, maka kerajaan harus bersikap tegas dengan tidak membenarkan syarikat asing meletakkan pelbagai peraturan yang menjejaskan golongan pekerja di Malaysia," katanya.

Ditanya mengenai kelonggaran diberikan kepada pekerja asing untuk memegang jawatan dalam kesatuan sekerja sekiranya TPPA dipersetujui, Gopal berkata ia tidak menimbulkan sebarang masalah kerana pekerja asing juga akan melindungi dan mewakili rakan sekerja mereka.

"Apa yang berlaku sekarang ialah majikan tidak membenarkan pekerja warga asing menjadi ahli dan memegang sebarang jawatan dalam kesatuan sekerja kerana Jabatan Imigresen tidak membenarkannya," katanya.

Beliau berkata MTUC tidak membantah pekerja warga asing menganggotai kesatuan sekerja dan mengalu-alukannya tetapi dengan syarat ia tidak menjejaskan pekerja tempatan kelak.

Bagi Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Malaysia (TWU) Tan Sri Zainal Rampak, langkah terbaik yang perlu dibuat kerajaan ialah mendedahkan maklumat lengkap mengenai TPPA kepada orang ramai dan mendapatkan maklum balas kerana penjelasan yang dibuat setakat ini tidak menyeluruh.

Malaysia dan 11 negara lain iaitu Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam, telah berjaya menyelesaikan rundingan mengenai TPPA pada 5 Okt di Atlanta, Georgia (Amerika Syarikat).

Antara perkara yang terlibat dalam perjanjian itu adalah isu buruh.

Menurut laman sesawang Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengenai TPPA, antara perjanjian itu ialah ia tidak memberi hak bagi kemasukan buruh asing, termasuk profesional.

Malah ia akan dikawal oleh undang-undang dan peraturan yang terdapat di Malaysia serta tertakluk kepada keperluan industri.

Selain itu, kerajaan akan terus memberi keutamaan terhadap peluang pekerjaan untuk pekerja tempatan.

Menurut MITI, bab mengenai buruh dalam TPPA mengandungi disiplin yang memperjuangkan kebajikan serta hak pekerja, termasuk klausa berkaitan gaji minimum dan keselamatan serta kesihatan pekerjaan, yang telahpun dilaksanakan Malaysia.

-- BERNAMA

2 ulasan:

Bapak Rahmad Bastian berkata...

Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

zul karnain berkata...

Assalamualaikum...Kpd Admin,tolong ambill serius tentang komen yg dimuat naik oleh bapak rahmad bastian.Jangan biarkan setiap komen darinya dipamerkan di dlm ruangan ini.
Ambillah apa2 iniasitif supaya bapak rahmad bastian tidak mengganggu ruangan forum ini.
Boleh dikatakan setiap topik,bapak rahmad bastian memuat naik komennya.
Seandainya admin prihatin,dapatlah kiranya memadamkan semua status yang dimuat naik oleh bapak rahmad bastian agar tidak dpt dibaca oleh umum.
Nampaknya bapak rahmad makin menjadi-jadi kerana hampir kesemua tajuk terkini berjaya di muat naik status berkaitan judi.