SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

05 November 2015

PARLIMEN : SKIM PENCEN KERAJAAN MASIH KOMPREHENSIF, TIDAK PERLU DIKAJI -AZLINA

Bernama
4/11/2015



KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Skim pencen pesara kerajaan, termasuk pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada masa kini dilihat komprehensif dan seimbang, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan tiada perancangan untuk menyemak semula skim itu, namun menegaskan ia tetap akan diberi perhatian jika memerlukan.

"Skim pencen ini dilihat seimbang kerana seorang pesara akan menerima pencen bulanan berdasarkan tempoh perkhidmatan dan gaji akhir; ganjaran dan ganti cuti rehat berbentuk kewangan serta kemudahan perubatan seumur hidup untuk pesara, pasangan dan anak yang layak.



"Di samping itu, kerajaan berpendapat kenaikan kadar pencen dua peratus setiap awal tahun adalah munasabah dan mencukupi untuk membantu pesara menangani peningkatan kos sara hidup," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 sewaktu persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Azalina turut memaklumkan Dewan Rakyat bahawa kerajaan sentiasa bersedia untuk mengkaji sebarang cadangan bagi meningkatkan kualiti hidup pesara, dan pelaksanaannya turut bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan.



Menyentuh mengenai situasi penjawat awam terjerat dengan pinjaman peribadi sehingga mengalami masalah kewangan yang teruk, Azalina berkata kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi membendung masalah itu termasuk inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 baru-baru ini.

"Pada pembentangan bajet, kerajaan bersetuju menaikkan gaji permulaan terendah Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan dan memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred, berkuat kuasa 1 Julai 2016.

"Di samping itu, mulai 1 Nov tahun ini, kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) termasuk kepada kumpulan pelaksana pada kadar minimum RM300 bulan," katanya.



Selain itu, Azalina berkata kerajaan turut membenarkan penjawat awam daripada kumpulan sokongan untuk melakukan pekerjaan luar dengan mematuhi Peraturan 5(3), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, dan mendapat kebenaran bertulis daripada ketua jabatan masing-masing.

Menyentuh mengenai peningkatan peruntukan pembangunan JPM daripada RM13 bilion (2015) ke RM14 bilion (2016), Azalina berkata peningkatan itu adalah ekoran pertambahan perbelanjaan pembangunan.

Selain itu, Azalina berkata peningkatan peruntukan turut disebabkan pertambahan jumlah agensi di bawah JPM seperti Jabatan Pertahanan Awam dan Agensi Pengurusan Bencana, termasuk pengambilalihan Projek Lebuhraya Pan Borneo daripada Kementerian Kerja Raya.

Beliau berkata di bawah JPM terdapat 92 jabatan dan agensi secara keseluruhan dengan 57 adalah jabatan, 10 badan berkanun persekutuan, 13 syarikat, lima agensi pembangunan koridor, lima yayasan dan dua pertubuhan antarabangsa.

Azalina juga menafikan kerajaan membelanjakan RM40 juta bagi penggunaan dan penyelenggaraan pesawat rasmi kerajaan, seperti yang dibangkitkan Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan) di Dewan baru-baru ini.

"Untuk makluman, perbelanjaan RM40 juta adalah tidak tepat. Kos operasi dan penggunaan pesawat ACJ320 sejak Mei hingga Okt 2015 adalah sebanyak RM10,612,439.55 yang melibatkan kos 'Monthly Firmed Fixed Price', kos 'over and above' dan 'variables' seperti kos 'ground handling/overflight/navigation'.

"Pengunaan pesawat eksekutif untuk kegunaan ketua kerajaan bukanlah sesuatu yang asing," katanya lagi.

-- BERNAMA

9 ulasan:

PAK SUKIMAN POULUS berkata...

Saya ingin menyampaikan kepada
seluruh TKI yang bekerja di negeri orang ,,
saya PAK SUKIAMAN seorang TKI DI MALAYSIA
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos pulang
sempat saya putus asa, apa lagi istri dengan keadaan hamil
dan gaji aku pun buat makansehari2 saja, sedangkan hutang banyak.
kebetulan istri saya buka-buka facebook mendapatkan
nomor MBAH KASENG katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL ,,dengan keadaan susah jadi saya coba
hubungi MBAH karna saya pikir tidak ada salah,nya kita coba dan minta
angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan MBAH 6D dan alahamdulillah ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudarah di indonesia maupun di
luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda dengan meriktualkan angka togel ghaib SINGAPURA/HONGKONG/MALAYSIA 2D,3D,4D,5D, Atau 6D yang betul-betul tembus
hubungi MBAH KASENG di nomor 0823-1434-8847 silahkan anda buktikan sendiri
demi allah saya sudah membuktikan angka dari MBAH sekrang giliran anda untuk MEMBUKTIKANNYA!!!














Adam berkata...

Dalam Bajet yang disampaikan oleh PM baru-baru ini, PA akan diberi hadiah satu kenaikan gaji berkuatkuasa 1 januari 2016, tapi kini sudah berubah ke 1 Julai 2016. Ini janji dan pemberian apa ini....? Kenapa hanya diberi hujung tahun sedangkan ini konon pemberian 2016..? Sah pemimpin BN sekarang AUTA PEMBOHONG...!!!

tukjanggut berkata...

Apa le bro Adam memang le hadiah kenaikan 1 tanggagaji itu diumumkan oleh PM pada 1 hb.Julai 2016..Tak ada yg berubah u yg tak faham..Lain kali dengar elok-elok pengumuman PM jgn melenting ikut suka je...apa le

WiseOne berkata...

tukjanggut, kepala otak hang!

Kalau kenaikan pada 1hb Julai 2016, apa akan Penjawat Awam yang akan bersara wajib sebelum tarikh itu dapat???

Sudah lah mereka akan terlepas nikmat penambahbaikkan 252 skim yang mereka telah di janjikan 4 tahun lalu, kenaikan satu tanggagaji pun mereka ditipu oleh kerajaan.

Biarlah KSN dan pemimpin kerajaan yang merangka bajet untuk Penjawat Awam, menanggung dosa hingga ke akhirat di atas penipuan ini.

zul karnain berkata...

sabar semua..bawa bertenang.pihak admin ceupacs yg buat blog ni harap peka.Anda mesti brtggung jawab smpaikan keluh resah PA kepada KSN agar ianya dpt diperbaiki lagi demi kebajikan semua kakitangan awam.Andai anda brtggung jawab,anda sggup hadapi semua ini demi mnjaga nasib semua PA mahupun yg bakal bersara.

PS:

Setiap komen anda mstilah mggunakan bahasa yg baik dan komenlah mgikut isi hati yg iklas.kita semua PA,jgn gaduh-gaduh.

az berkata...

Wise One bersabarlah kita tunggu pekeliling keluar, biasanya sepanjang 30 tahun saya berkhidmat dalam kerajaan ni, kerajaan akan cuba memuaskan hati semua penjawat awam. Tentu lah nanti ada pelarasannya.

Sekiranya tiada redha la Wise One, jika Wise One dah berkhidmat 30 tahun dah dan akan pencen tahun depan katakan gaji akhir Wise One RM3,500 dan ada menyimpan GCR 100 hari

Ganjaran akan dapat : RM94,500
Wang ganjaran GCR : RM13,800
Wise One akan dapat : RM108,300, bersyukurlah Wise One dengan RM100K lebih tu
Pencen Bulanan Pula : RM2,100 sebulan
Itupun jika gaji akhir Wise One RM3,500 kalau lebih, orang kaya baru lah Wise One

Walaupun kita tak dapat bonus 3 bulan, tapi kita dapat kot lain.
Imbuhan Tetap Perumahan akan naik RM120 daripada dulu RM180 menjadi RM300 dibayar mulai November 2015 (RM120 x 14 bulan = RM1,680 : Nov. 2015 hingga Disember 2016)

Kenaikan 1 KGT pada 1 Julai 2016 (katakan Gred N17: RM90.00 x 6 = RM540 :Jul - Dis 2016)
Bayaran Bantuan Khas : RM500 dibayar pada bulan Januari 2016

Penambahbaikkan 252 skim : Ini kena tunggu pekeliling dari JPA

So tahun depan 2016 kita akan menikmati tambahan lebih kurang RM2,720
(RM1,680 + RM540 + RM500)

Syukur Alhamdulilah dengan rezeki ini Ya ALLAH.
Terima kasih Najib

zul karnain berkata...

Assalamualaikum...Kpd Admin,tolong ambil serius tentang komen yang berunsur perjudian.Minta pantau dan padamkan status yg dimuat naik oleh mereka.

adie1967 berkata...

Assalamualaikum,
KENAPA EPW TIDAK DIBERIKAN PERHATIAN???? DATO SHAHIDAN KATA BULAN MAC LEPAS AKAN DIUMUMKAN ALIH ALIH YG NAIK ITP , APA CERITA EPW???

az berkata...

Saudara kzam ada berkata

Salah kira tu bulan 11 naik rm180 sahaja kerajaan mana ada duit.

Khamis, November 12, 2015 3:33:00 PTG

================================================
kemudian saya jawab balik

Suadara kekal RM180 ke naik RM120 ke
cer cerita mana datangnya naik RM180

Khamis, November 12, 2015 7:04:00 PTG

===================================================

Saudara kzam tak baik mengata kepada kerajaan "kata kerajaan mana ada duit"
cuba semak pay slip Gaji bulan November dah ada kenaikan Imbuhan Tetap dari RM180.00 kepada RM300.00

Terimakasih Najib, Janji Mu Di Tepati
Alhamdulilah

Saudara kzam bertaubatlah.....