SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

17 Julai 2017

CUEPACS JUMPA KEMENTERIAN KEWANGAN BINCANG BAJET 2018 JUMAAT INI


Bernana
Tarikh kemaskini: 17/07/2017


KUCHING, 17 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengadakan perjumpaan dengan Kementerian Kewangan pada Jumaat ini untuk berbincang mengenai Bajet 2018.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata ia adalah atas permintaan Cuepacs sendiri yang ingin tahu sedikit sebanyak mengenai apa yang sedang disemak dan dirancang kerajaan buat para anggota perkhidmatan awam dalam pelbagai aspek, khusus bagi meringankan beban mereka.

Beliau berkata di samping itu, Cuepacs juga berhasrat untuk memberi cadangan serta buah fikiran mengenai apa-apa kemudahan yang dapat diberi atau kembalikan kepada penjawat awam, dan kepada rakyat secara umumnya.....

12 ulasan:

Khairul Haizal berkata...

setakat jumpa jer la sah-sah x akan ada apapun berita yg dpt membantu serta mengembirakan PA yang dibawah-bawah ni? awal-awal lagi semua PA dah tahu dah yang Bapaknya Ajis ni x mampu nak buat apa-apapun... RM500 jer la yg mgkn akan dpt hjg tahun ni... Itupun jenuh nak mintak.. Tak percaya tengokla..

zamri rahman berkata...

persoalan isu kenaikan elaun khidmat awam yang sebelum ini dikaji tapi senyap,mana keputusan ?
wujudkan kembali kenaikan gaji 10% terutama kepada golongan pelaksana,keadaan masa kini amat memerlukan kebajikan dari pihak kerajaan selaku majikan untuk penjawat awam.TIDAK TERMASUK BADAN BERKANUN UNTUK PENJIMATAN.

Paling penting anjakan gaji kepada yang telah lama berkhidmat semenjak gaji minima diwujudkan rm1200.

Naikkan gaji pokok sebanyak 35% seperti yang CUEPACS war-warkan dulu,saya yakin kemenangan pru14 tetap milik pemerintah sekarang.

Taha Ghaffur berkata...

Mohon Cuepacs membela golongan PA terutamanya soal Kenaikan Gaji, Bonus 2 bulan, Semua Kenaikan Elaun daripada Kerajaan Persekutuan selaras dengan kekayaan Kerajaan sekarang ini. Cuepacs mesti merealisasikan perkara ini dengan kesungguhan yg tinggi demi semua PA.

Taha Ghaffur berkata...

Mohon Cuepacs membela golongan PA terutamanya soal Kenaikan Gaji, Bonus 2 bulan, Semua Kenaikan Elaun daripada Kerajaan Persekutuan selaras dengan kekayaan Kerajaan sekarang ini. Cuepacs mesti merealisasikan perkara ini dengan kesungguhan yg tinggi demi semua PA.

zack berkata...

ceupacs juga sepatutnya meneliti elaun elaun lain penjawat awam yang bertugas syif . jangan hanya minta naik gaji sahaja. beban penjawat awam tidak sama bagi setiap jabatan sebenarnya. ambil mudah kerani pejabat biasa dan kerani di perkhidmtan kaunter pun sudah berbeza beban tugas.Ada pejabat hanya ada N19 di daerah tapi ada juga pejabat yang mempunyai N19 dan N22 di setiap unit jabatan di daerah. Bagi staf yang kerja syif pun ada beban yang berbeza. Ada jabatan apabila tamat syif boleh berehat dan tidur dengan aman. Ada pejabat walaupun tamat syif /on call tapi masih terpaksa menyelesaikan kes sewaktu on call malah memang boleh dikatakan kerja 24 jam dan tiada waktu tidur dan rehat yang aman. elaun yang diterima sudah tidak sesuai dengan beban tugas kini. jika dilihat lebih baik kerja waktu pejabat daripada menerima elaun yg boleh dikatan tidak sesuai pada masa kini.

Awi berkata...

Sangat setuju.....Multitasking work .

GeNeSis Strom berkata...

tolong minta kenaikan utk elaun perumahan tambah lg rm200 . sekurang kurang nya meringankan beban. terima kasih,.

Rahim Rizqin berkata...

Elaun COLA selaras rm500 semua kawasan.Luar bandar pun harga barang tetap mahal.Kadang2 lg mahal dr bandar.

Ahmad Mafia berkata...

MOHON CUEPACS USUL PADA KERAJAAN UNTUK MENGURANGKAN KADAR FAEDAH PINJAMAN PERUMAHAN KEPADA 1%

HARGA RUMAH SEKARANG MAHAL DAN KALAU DI TAMBAH DENGAN KADAR FAEDAH PINJAMAN PERUMAHAN SEBANYAK 4%, BERMAKNA POTONGAN BULANAN AMAT TINGGI.

TAK MAMPU KAMI NAK BELI RUMAH APATAH LAGI NAK BAYAR BULANAN PINJAMAN KALAU KADAR FAEDAH TINGGI.

GAJI KAKITANGAN KERAJAAN SIKIT. MANA NAK BAYAR PINJAMAN KERETA LAGI, BAYAR PENGASUH JAGA ANAK LAGI, MAKAN DAN PAKAIAN ANAK, YURAN SEKOLAH ANAK DAN LAIN-LAIN.

#KURANGKAN FAEDAH PINJAMAN PERUMAHAN KEPADA 1%
#KENAIKAN GAJI 35%

Unknown berkata...

Asyik bincang2..tahu tak kenaikan gaji tahunan naik rm5 jer....apa cerita...gred 19... Cukup ke dgn rm5 tu..

panglima konon berkata...

KENAIKAN PANGKAT SECARA AUTOMATIK BAGI PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W19 KE GRED W29 YANG MEMILIKI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA AMATLAH BERAT SEBELAH DAN TIDAK ADIL. SEDANGKAN PEMBANTU TADBIR YANG LAIN YANG MEMILIKI DIPLOMA DAN IJAZAH DARI UNIVERSITI AWAM DAN SWASTA TIDAK MENDAPAT MANFAAT KENAIKAN PANGKAT INI. KONONNYA SKM TU DIIKTIRAF DI PERINGKAT DUNIA. KALAU DIPLOMA DAN IJAZAH DARI UNIVERSITI TEMPATAN KITA DI MALAYSIA NI TIDAK DIIKTIRAF DI PERINGKAT DUNIA. LEBIH BAIK TUTUP SAJA UNIVERSITI TEMPATAN KITA DI MALAYSIA NI. CUEPACS PERLU AMBIL PERHATIAN TENTANG KETIDAK ADILAN INI. SEMUA ORANG PUN PERLU DIBERI KENAIKKAN PANGKAT YANG ADIL. BUKAN PILIH KASIH DAN BERI ALASAN YANG TIDAK MASUK AKAL.

seriyau berkata...

beri elaun keraian pada semua gred.. ok kan??