Media cuepacs|
22/10/2018
KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.
Tel : 03 9285 6110, 9285 0281 Fax : 03 9285 9457
IKLAN JAWATAN KOSONG
Warganegara Malaysia terutamanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau
yang berdekatan dengannya yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
iklan ditutup adalah dipelawa memohon untuk mengisi kekosongan jawatan di Ibu
Pejabat CUEPACS sepertimana yang dinyatakan dibawah ini
A. PERIHAL JAWATAN :
Bil
|
Jawatan
|
Gred
|
Klasifikasi Perkhidmatan
|
Kumpulan Perkhidmatan
|
Taraf Jawatan
|
Jadual Gaji
|
1
|
PEMBANTU TADBIR
[P]
|
N19
|
Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
|
Sokongan
|
Tetap
|
P1T1 RM1,352.00 -
P1T20 RM4,003.00
|
B. SYARAT LANTIKAN
1.
PEMBANTU TADBIR [Perkeranian ]
(a)
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19:
RM1,352.00); atau (ii)
Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam
bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred
N19: RM1,408.40); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap
3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya. (Gaji permulaan ialah
pada Gred N19: RM1,464.80).
(c) Calon
yang memiliki kelayakan di perenggan (a)(i) (ii)atau (iIi) diatas hendaklah
lulus Bahasa Malaysia /
Bahasa Melayu termasuk lulus ujian lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(d) Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis
dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
(e) Keutamaan diberi kepada calon-calon yang
mempunyai pengetahuan dalam
Kesatuan
Sekerja.
C : UMUR
1.
Calon bagi lantikan hendaklah berumur
a) Tidak
kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.
b) Tidak
lebih dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
D : BORANG PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menghantar resume dan salinan sijil dan sekeping
gambar berukuran passport tuan/puan..
E : ALAMAT PERMOHONAN
Resume yang telah lengkap
dipenuhi hendaklah dikembalikan kepada :-
Setiausaha Agung
KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.
F : TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang Permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan ke
alamat di atas sebelum atau pada 6 November 2018. Permohonan yang
diterima selepas dari tarikh tutup iklan tidak akan diberi pertimbangan.
G : DOKUMEN SOKONGAN
Semua dokumen sokongan yang dilampirkan hendaklah disahkan salinannya. Salinan Asal
dokumen sokongan hanya perlu dibawa semasa menghadiri temuduga sahaja.