SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

31 Ogos 2009

PENJAWAT AWAM 'MISKIN' DIBANTU

Berita Harian
Oleh Sazarina Shahrim
sazarina@bharian.com.my
31/8/2009





Cuepacs mahu gajib bawah RM3,000 dikategori golongan daif di bandar KUALA LUMPUR: Kira-kira 600,000 kakitangan awam berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dijangka bakal menerima bantuan kerajaan untuk menambah pendapatan. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata mereka yang merangkumi 45 peratus daripada 1.2 kakitangan awam itu yang kebanyakannya bekerja di bandar, memang tertekan dengan kos sara hidup tinggi sehingga ada yang terpaksa melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan.
Beliau yakin dengan kepemimpinan kerajaan kini dapat membasmi segera kemiskinan, terutama di bandar. "Kita juga berharap pemberian RM100 juta dalam bentuk saham amanah percuma kepada rakyat miskin di bandar seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, merangkumi kakitangan awam. "Kakitangan awam yang mempunyai gaji bawah RM3,000 tiada simpanan masa depan dan ini memberi kesan kepada mereka selepas bersara," katanya.
Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan membantu kira-kira 40 peratus rakyat negara ini yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan menambah pendapatan, terutama di bandar yang berdepan dengan kos sara tinggi. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud, berkata lebih sejuta pekerja swasta tempatan berpendapatan kurang RM1,000 yang memerlukan bantuan berikutan kos sara hidup kian meningkat. Beliau berkata, golongan ini walaupun tidak diklasifikasikan miskin, pendapatan mereka tidak cukup untuk menyara hidup. Katanya, kerajaan perlu menetapkan gaji minimum RM900 untuk semua sektor sebagai langkah awal membantu pekerja berpendapatan kurang RM1,000.
"Ramai lagi pekerja kilang yang masih bekerja dengan gaji bawah RM720 dan lebih menyedihkan mereka tinggal di bandar. "Mereka wajar diberi bantuan dulu kerana boleh dikategorikan miskin," katanya di sini, semalam.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya, kehidupan sekarang ni dan sampai ke zaman akhir nak kiamat. orang yang kaya akan menindas orang yang miskin, peniaga tamak naikkan harga barang sehingga orang miskin hidup menderita. selagi manusia tamak menaikkan harga barangan setiap tahun tanpa ada belas kasihan kepada mereka yang miskin ni. selagi itulah, walaupun gaji kita naik sekali pun, semuanya habis untuk membayar barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh manusia tamak yang berniaga bukan sahaja secara kecil-kecilan, malah melibatkan sektor syarikat yang mengamalakan motif keuntungan sehingga menindas pengguna mereka.