SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

03 Ogos 2009

SOAL JAWAB: CUEPACS DAPAT SOKONGAN AHLI URUS POTONGAN GAJI

Berita Harian
2/8/2009

Presiden Cuepacs, Omar Osman
MINAT Cuepacs untuk mengambil alih perkhidmatan potongan gaji bagi pinjaman sektor awam menyebabkan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) tersentak. Wartawan Berita Minggu, AHMAD NAIM TAHIR dan ROHANIZA IDRIS menemubual Presiden Cuepacs, Omar Osman dan Yang Dipertua Angkasa, Datuk Abdul Rahim Abu Bakar untuk menghuraikan isu ini. KENAPA Cuepacs tiba-tiba bercadang mengambil alih perkhidmatan potongan bulanan bagi pinjaman sektor awam daripada Angkasa. Sudah lama ahli kemukakan cadangan itu, tetapi kita tidak mampu kerana ia tanggungjawab besar dan perlu komitmen tinggi. Mengurus duit bukan tugas mudah kerana perlukan tenaga profesional dan orang jujur. Tugasnya bukan hanya potong duit bayar pinjaman, malah mengurus, mentadbir dan kemas kini akaun. Namun, apabila ada pihak menasihatkan Cuepacs menguruskan perkhidmatan ini, kita berminat. Bila difikirkan, ia wajar dipertimbangkan, tambahan lagi komisennya juga tinggi.
Apa perancangan Cuepacs jika berjaya mengambil alih perkhidmatan ini. Kita akan bertemu Jabatan Akauntan Negara pada 7 Ogos ini bagi membincangkan perkara ini. Sebenarnya, kita tidak boleh ambil alih pada waktu terdekat kerana perlu persetujuan kongres dan ahli. Pertimbangan yang betul perlu dibuat, sama ada mahu ambil alih daripada Angkasa saja atau turut membabitkan bank perdagangan. Adakah komisen menjadi sebab utama.
Kita mahu mendapatkan maklumat mengenai pinjaman ahli. Ada ahli mengadu bahawa dengan Angkasa, apabila mahu bersara atau berhenti bekerja, bayaran balik keahlian hanya diselesaikan selepas enam bulan atau setahun. Kadangkala, ada menjadi mangsa apabila jadi penjamin pinjaman rakan atau saudara menghilangkan diri. Cuepacs memikirkan kebajikan ahli kerana sebagai kesatuan sekerja, kami tidak boleh tubuhkan badan kebajikan. Cadangan ini dapat membantu meringankan beban kakitangan awam yang meminjam. Kita juga mahu jadi orang tengah dan secara tidak langsung mendidik ahli membuat pinjaman untuk perkara perlu saja. Kita mahu kakitangan awam bijak mengurus perbelanjaan dan pinjaman, bermakna tidak meminjam untuk perkara tidak perlu. Jika dibenarkan berbuat demikian, adakah Cuepacs sudah bersedia. Buat masa ini kita belum bersedia. Perlu bertemu dulu dengan Jabatan Akauntan Negara kerana ini cadangan penting. Kita perlu adakan kongres untuk dapatkan persetujuan semua, menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyelidik dan mengkaji impak kepada 1.2 juta kakitangan awam. Ia tidak boleh dibuat terburu-buru kerana kita tidak mahu dipersoalkan oleh ahli kerana ini perkara serius. Jika kongres bersetuju, Cuepacs perlu buka pejabat khas untuk menguruskan khidmat ini bagi mengelak masalah kerana perkara membabitkan kewangan adalah sensitif. Saya difahamkan bagi mengambil alih khidmat ini, Cuepacs perlukan sekurang-kurangnya RM16 juta, termasuk tenaga kerja mencukupi dan sistem pengkomputeran. Kita tidak mahu apabila cadangan ini lulus, Cuepacs terus buat tanpa persediaan. Kita tidak mahu ketika sibuk dalam proses mengambil alih nanti, ada pihak akan sabotaj. Adakah Cuepacs bertemu atau berbincang dengan Angkasa berhubung cadangan ini.
Ia baru cadangan, bukan keputusan lagi. Sebenarnya, kita dapat reaksi baik daripada kakitangan awam dan pelbagai pihak lain, termasuk Jabatan Akauntan Negara. Cuepacs berpandangan, sebelum membuat keputusan akhir mengenai cadangan ini, kami perlu dapatkan pandangan dan nasihat pihak berkaitan, selepas itu barulah bertemu Angkasa. Perkara ini perlu diteliti dan perlukan perbincangan serius. Perlukah mengambil alih perkhidmatan ini sedangkan Angkasa berjaya menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan. Sebenarnya Cuepacs sebelum ini tidak nampak perkara ini kerana lebih banyak masa dihabiskan untuk memperjuangkan perkara lain lebih penting seperti kenaikan gaji kakitangan awam. Kita baru terfikir apabila melihat Angkasa membantah hasrat kerajaan untuk membenarkan bank perdagangan membuat potongan terus daripada akaun kakitangan awam yang meminjam. Sekarang, Cuepacs berasa sudah sampai masa kami tubuhkan tabung dan dana kewangan untuk kebajikan ahli. Pengambilalihan ini kita rasa sesuai bagi merealisasikan usaha penubuhan dana itu kerana Cuepacs boleh dapat komisen. Jika pengambilalihan ini berjaya, tidak perlu lagi Cuepacs membuat tuntutan bonus setiap tahun kepada kerajaan, malah mungkin kita sendiri bayar sagu hati kepada kakitangan awam dengan komisen yang diperoleh itu. Tidak mustahil juga komisen itu boleh diguna untuk meringankan beban kerajaan. Boleh jelaskan dengan lebih lanjut reaksi ahli Cuepacs terhadap cadangan ini. Sejak diumumkan, ramai menghubungi kami menyatakan sokongan. Mereka turut bertanya kenapa tidak buat dari dulu. Saya jelaskan untuk merealisasikan cadangan ini bukan mudah, tambahan pula Cuepacs bukan badan berasaskan keuntungan. Kita masih mengharapkan dana kerajaan untuk urusan pentadbiran dan bayar gaji pekerja. Saya beritahu ahli, proses ini perlukan masa dan mungkin jawatankuasa tertinggi perlu melawat Angkasa dan bank perdagangan dulu melihat cara mereka beroperasi sebelum boleh mengambil alih. Kita perlu menimbang sama ada mahu meneruskan cadangan ini atau tidak. Pertengahan bulan ini, Cuepacs bercadang mengadakan kongres khusus bagi membincangkan perkara ini. Apa manfaatnya untuk ahli jika pengambilalihan ini menjadi realiti. Mungkin ahli boleh meminjam dengan Cuepacs tanpa perlu ke bank perdagangan atau koperasi. Kita juga boleh guna dana membantu ahli mendapatkan pinjaman kecil bawah RM30,000. Saya fikir dengan adanya hasil komisen, Cuepacs boleh bantu kesatuan sekerja dan kesatuan bermasalah. Mungkin kita boleh mengadakan program khusus untuk bantu ahli kerana sudah ada dana. Tidak mustahil juga kita boleh menanggung ahli yang datang bermesyuarat. Saya berharap rundingan dengan Jabatan Akauntan Negara nanti memberangsangkan dan usaha mewujudkan dana kebajikan melalui pengambilalihan ini menjadi kenyataan kerana ia penting untuk membela nasib ahli.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya betul x setuju cuepacs ambil alih.

mereka dah menjalankan tugas yg baik.

baik cuepacs tumpukan pada tuntutan yang belum lg dipenuhi kerajaan.

x faham betul cuepacs ni....

Otai Kakitangan Awam berkata...

Saya setuju sangat dengan perkara ini. Dapatlah Cuepacs bergerak dengan adanya komisen ini. Selama ini Kesatuan Gabungan Cuepacs telah memotong yuran keahlian setiap bulan kepada ahli kesatuan.

Yang tidak menjadi ahli kesatuan pun mendapat manfaat dari perjuangan Cuepacs. Yuran tak mahu bayar, manfaat mahu, itulah mentaliti kakitangan awam yang tidak menjadi ahli kesatuan sekerja.

Tanpa Nama berkata...

Disebabkan ANGKASA pinjaman saya dengan BSN tidak dapat diluluskan.
Sebabnya?
Ada hutang bank lain belum dibayar.How is that posibble?
Setelah saya berhempas pulas mencari jawapan dan menghabiskan ratusan ringgit duit untuk kredit telefon,akhirnya saya mendapat tahu bahawa disebabkan ada pinjaman lain melalui potongan gaji lambat dibuat ,maka BSN dalam tanggapannya mengandaikan saya mempunyai tunggakan bayaran pinjaman dengan Bank lain.
Apa yang saya boleh buat?
Duit tersebut sebelum saya terima gaji dah memang kena potong,mana lah saya tahu apa jadi dengan duit itu.Dan pegawai yang dengan saya bercakap seolah-olah saya ada kawalan atas proses ini,sehingga menganggap saya seperti orang yang liat bayar hutang.

Sya terpaksa membuat pinjaman dengan syarikat pinjaman berlesen kerana perlu duit untuk baiki kereta.

Rakan sekerja saya yang buat Re-Loan dengan BSN pun kena masalah ini,sedangkan gaji beliau besar dan tak banyak potongan lain cuma dalam 30% sahaja.

Kalau ada pilihan,saya tak nak guna khidmat ANGKASA lagi..

Ahli Paksa
Swak

Tanpa Nama berkata...

Ada setengah2 koperasi yang membuat potongan pinjaman ahli yang telah menyelesaikan pinjaman tetapi potongan tidak menjadi ahli kerana tidak berminat sungguh lama untuk diproses, satu lagi potongan melalui angkasa untuk ahli koperasi telah dinaikkan tanpa memberitahu potongan tersebut, saya sungguh kesal iainya boleh berlaku....

Tanpa Nama berkata...

Bukan masalah beban hutang tidak berbayar melalui potongan gaji kadangkala angkasa pun lambat untuk membuat potongan melalui gaji menyebabkan interest dikenakan oleh pihak bank so nk salahkn siapa peminjam atau pihak yang membuat potongan, kalau mereka disalahkan semua tidak mengaku konon masalah teknikallah dan macam2 lagi alasan....