SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

22 September 2013

GRED GAJI PENYELIA KEMAS SEDANG DIKAJI SEMULA

Utusan
22/9/2013


SEREMBAN 22 Sept. - Kerajaan sedang mengkaji semula gred kenaikan gaji bagi jawatan penyelia Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) seluruh negara.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, inisiatif tersebut bertujuan mengkaji semula kedudukan dan gred membabitkan penyelia dan penyelia kanan Kemas di seluruh negara.
"Kita mahu pastikan kenaikan gred ini diteliti secara mendalam supaya setimpal dengan keadaan semasa.
"Pihak kementerian telah berbincang bersama pihak Kemas dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung perkara ini sekali gus memastikan ia diuruskan dengan baik,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar Majlis Perasmian Kompleks Komuniti Desa (KKD) Kampung Pantai, di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

3 ulasan:

First berkata...

FIRST LA WOI! FIRST KO PAHAM X? FIRST!

Tanpa Nama berkata...

Aslm dan slmt pg.
Kedudukan gred kakitgn Jbtn KEMAS pada masa kini adalah tidak relevan lagi . Ini kerana,terdapat juga penyelia KEMAS yang memiliki STPM,DIPLOMA dan DEGREE yang masih menerima gaji mereka mengikut sistem SSM pada gred S17 .Namun,keadaannya pada masa ini adalah tidak selaras kerana kakitgn (Pemaju Masyarakat KEMAS) sudahpun menerima anjakan gred dari N1-11 ke S17 dan S27 berdasarkan tahap pendidikan mereka.Tapi,penyelia KEMAS masih menerima gred gaji yg sama dan kurang drp pemaju masyarakat (Pembantu Tadbir Rendah) berbanding penyelia yg berada di dlm kod skim Pembantu Pembangunan Masyarakat. Semua warga Penyelia KEMAS amat2 berharap melalui jasa baik Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah agar dapat membincangkan dan meluluskan perkara ini secepat yang mungkin. Kami penyelia KEMAS menghadapi kesukaran untuk memberikan arahan kepada Pemaju2 masyarakat yg menggunakan alasan gred mereka lebih besar berbanding penyelia selaku ketua yg bergred S17 sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Saya selaku salah seorang penyelia di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) amat2 berharap agar pihak Kementerian KKLW meluluskan kenaikan gred penyelia KEMAS yang tidak lagi relevan pd masa kini.Kami menghadapi kesukaran utk memberikan arahan kepada Pemaju2 Masyarakat KEMAS dan mereka memberikan alasan gred mereka lbih tinggi berbanding penyelia selaku ketua yang hanya bergred S17 sahaja.