SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

31 Mac 2014

KERAJAAN JIMAT RM12.8, JUTA MENERUSI LANGKAH PENSTRUKTURAN SEMULA JPA

Bernama
31/3/2014


KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Sebanyak RM12.8 juta kos emolumen dapat dijimatkan menerusi langkah penstrukturan semula penjawat awam di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata pendekatan itu melibatkan kira-kira 500 anggota JPA sejak Mac tahun lalu.

"Langkah ini hanya melibatkan penempatan semula 507 kakitangan JPA ke agensi-agensi kerajaan yang lain dan tiada pekerja yang ditamatkan perkhidmatan.

"(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak meminta saya melakukan transformasi semasa saya melaporkan diri di JPA pada 15 Mac lalu dan kini langkah itu sudah dilaksanakan di JPA dan Kementerian Kewangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Inovasi Majlis Amanah Rakyat (MARA) 2014, di ibu negara, Isnin.

Hadir sama Ketua Pengarah MARA Datuk Ibrahim Ahmad.

Menyentuh mengenai inovasi, Mohamad Zabidi berkata setiap agensi perlu memberi fokus kepada dua faktor utama bagi menggalakkan inovasi iaitu penghasilan produk berkualiti tinggi dan proses yang lebih singkat.

"Proses inovasi kena cepat, contohnya kalau dulu ada 10 peringkat membuat keputusan, barangkali sekarang mungkin perlu ada dua atau tiga peringkat sahaja", katanya.

Pada majlis itu, MARA melancarkan Polisi Tiada Hadiah yang melarang serta-merta pemberian dan penerimaan hadiah bagi 18,000 kakitangannya di seluruh negara dengan pihak luar yang berkaitan dengan tugas rasmi.

--BERNAMA

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahaha kebiasaannya kalau anonymous comment atau komen tanpa nama akan berleluasa dengan pelbagai gelagat antaranya:

1. yang suka main permainan bodoh seperti 1st, 2nd, 3rd dan sebagainya.
2. yang suka melaga-lagakan orang
3. yang suka kutuk sesama skim, sebagai contoh N kata J bodoh, J kata B bodoh dan sebagainya.
4. yang suka merapu-rapu dengan sajak, pantun, syair.
5. yang suka buat teori konspirasi
6. yang suka copy paste artikel dari tempat lain

-----------------

bagaimana kerajaan boleh jimat 12.8 juta dalam bentuk emolumen(pembayaran gaji), walhal dia kata ada 500+ lebih orang yang ditukarkan ke jabatan lain dan bukannya ditamatkan perkhidmatan. tang mana yang jimat? adakah dengan pertukaran pegawai/kakitangan ke jabatan lain akan mengurangkan kos gaji disebabkan gaji berbeza mengikut jabatan dan bukan dibayar ikut gred gaji? apa punya kenyataan ni?

bagi aku, kerajaan boleh jimat bukan setakat puluh juta tetapi ratus juta sekiranya mereka tarik kebanyakan elaun pelik orang atasan, tarik kemudahan kenderaan rasmi, tari kemudahan pemandu peribadi dan sewaktu dengannya. golongan sebegini yang kerja tak banyak, tetapi banyak menghabiskan peruntukan kerajaan. untuk beri makan seorang pegawai tinggi kerajaan seperti JUSA C B A TURUS III II I dan gred khas sama dengan beri 20-50 orang gred 17 makan. nisbahnya begitu besar.

berbalik kepada soalan di atas, apa bendanya penjimatan yang dibuat sampai 12.8 juta tetapi tidak melibatkan penamatan tugas? kakitangan jpa dipindahkan ke jabatan lain dan boleh jimat? adakah mereka dipindahkan ke lokasi C dengan COLA rm150 dari asal rm300 di putrajaya dan boleh jimat rm150 seorang? untuk mendapatkan nilai rm12.8 juta tersebut, berapa banyak rm150 perlu digandakan untuk mencapai nilai tersebut.

kepada yang mengeluarkan berita dan memberi berita ini, anda dulu masa sekolah dapat markah berapa dalam matematik moden?

sakura luncai berkata...

itulah kelebihan kerajaan bila memutar belitkan keadaan ..

elauan kenaikan tahunan jangan banyak sangat bezanya .. terutama gred 1 hingga 44 .. biar sama2 rasa kenaikan . kerja sama2 banyak .. jangan nak macaikan lebih orang bawahan ja ..

ewanfall berkata...

Blog ini tidak membenarkan ulasan tanpa nama.

Tapi kenapa ulasan 1 tu Tanpa Nama dibenarkan?...Inginkan penjelasan.Sekian, terima kasih

Tanpa Nama berkata...

sebab saya adalah "Tanpa Nama" yang 1337. ha ha ha ha

Mahmood Adam berkata...

dengar cerita dari kakitangan jpa, ramai yang "teraniaya" dengan "penstrukturan" di jpa. ada betul kaaaa????

Made in Pahang berkata...

elaun perumahan untuk gred bawah 41 sangat tidak masuk akal..rm180 elaun tahun 90'an dah x logik