SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

14 April 2014

TINDAKAN TEGAS TERHADAP PENJAWAT AWAM BOCOR RAHSIA KERAJAAN - KSN

Bernama
12/4/2014



PUTRAJAYA, 12 April (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menegaskan Ahad bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan.

Beliau berkata mereka yang berbuat demikian akan dikenakan tindakan tegas termasuk dipecat daripada jawatan mengikut Surat Pekeliling Am dan Arahan Keselamatan Kerajaan.

Justeru itu, beliau mengingatkan semua penjawat awam bahawa mereka bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kerajaan dalam agensi masing-masing bagi menjamin keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

"Maka, usaha perlu dipergiat untuk memastikan tidak berlakunya kebocoran rahsia rasmi kerajaan.

"Penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan boleh dipecat, bergantung kepada rahsia yang dibocorkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Ironman 70.3 Putrajaya.

Ali berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar supaya mengenal pasti dalang yang membocorkan dokumen tidak sah berhubung jadual lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 8 April lepas.

Baru-baru ini, Anggota Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Anggota Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong mempersoalkan lawatan lima hari Muhyiddin ke Dubai yang didakwa mereka tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Ali berkata beliau belum lagi menerima laporan rasmi berhubung dakwaan kebocoran dokumen itu.

--BERNAMA

11 ulasan:

Unknown berkata...

biasanya rahsia bocor disebabkan pegawai yang tidak amanah. dalam hal sebegini yang sepatutnya dipersalahkan bukanlah pegawai tersebut, tetapi mereka yang bertanggungjawab mengambil, melantik dan mengesahkan pegawai tersebut. takkan pihak berkuasa melantik yang terdiri dari ptd ptd serba hebat ni tak boleh kesan kelemahan seseorang calon ketika proses temuduga? ataupun semasa proses percubaan sebelum disahkan dalam perkhidmatan?

ini semua salah pihak berkuasa melantik sebab ambil sampah-sampah sebegini bekerja dalam perkhidmatan awam yang akhirnya menjadi musuh dalam selimut!

Unknown berkata...

dulu tak penah dengar pon kes2 penjawat awam bocor rahsia2 kerajaan . sekarang nie , bos2 pegawai2 jusa2 semuanya pentingkan diri dan pangkat . gaji puluh2 ribu , clim juta2 . macam mana kakitangan tak sakit hati . ingat2 lah orang orang bawahan . kalau gelaran TS , Ds , Dato , YAB , belum tentu orang sanjung dan suka , kalau perangai macam syaitan ...

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

JOM PI MAIN GOLF KAT DUBAI....

mirolslav berkata...

Penjenamaan/wujudkan sebuah jbtn krjaan yg berkuasa penuh bkn sekadar menasihat dlm kawalan rahsia rasmi sperti yg ada skrg..

mirolslav berkata...

Penjenamaan/wujudkan sebuah jbtn krjaan yg berkuasa penuh bkn sekadar menasihat dlm kawalan rahsia rasmi sperti yg ada skrg..

Unknown berkata...

Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Tatatertib Penjawat Awam perlu diberi di transformasi.

Pelanggaran kepada Peraturan boleh berlaku disegenap peringkat sama ada ringan maupub berat.

Sudah sampai masanya penguatkuasaan kepada Peraturan-Peraturan Pegawawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993 di bawah perkara 3C(2) iaitu :
3C. (2) Seseorang pegawai yang gagal untuk menjalankan kawalan dan pengawasan ke atas pegawai bawahannya, atau untuk mengambil tindakan terhadp pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peraturan-peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Semuga KSN tegas dalam perkara ini dan pelantikan Penyelia di setiap peringkat perlu dikuatkuasakan samaada di peringkat JUSA hingga ke Kumpulan Pelaksana.

.... guano demo.

Unknown berkata...

tangkap penjawat awam yang bocor rahsia tu . pecat dan bagi duit pampasan rm50k supaya tutup mulut ..

Mahmood Adam berkata...

biasa yg bocor rahsia nih gred2 rendah cam pra/par/driver/dispatch/. disebabkan kesilapan pegawai keselamatan jabatan/ptd/eo/cc yg xjaga dokumen/file bebetul, golongan nih dapat akses ke dokumen tersebut & menyebarkannya ke umum. lihat saja dulu berlaku kejadian kertas kabinet yang bocor ke tangan pihak berhaluan kiri. sapa nye keje??? tapi tak dinafikan juga bahawa golongan bijak pandai yang menjawat jawatan tinggi pun ada yang menjadi musuh dalam selimut.

sudah sampai masanya spa yang kononnya sedang bertransformasi ni supaya benar-benar bertransformasi dan bukan sekadar retorik saja. pecat mereka yang tak amanah ni. pengambilan baru perlu menekankan aspek sahsiah, akhlak baik, beragama, jangan hanya pandang kepada meritokrasi seperti cgpa yang tinggi. cgpa yang tinggi tak menjamin akhlak seseorang itu baik. lihat saja zaman sekarang ni budak2 universiti yang berpeleseran berpasangan, romen sana sini, maksiat sana sini, banyak gejala sosial yang masih lagi lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. itu tidak menghairankan kerana konsep pembelajaran di negara ini adalah semata-mata berdasarkan akademik, menghafal dan menjawab soalan peperiksaan. sesiapa saja yang rajin baca buku untuk menghafal akan berjaya dalam peperiksaan. golongan sebegini yang akhirnya dilantik ke dalam perkhidmatan awam sebagai pegawai itu & ini yang akhirnya melakukan pelbagai masalah, salah guna kuasa, menyamun, rasuah, skandal di pejabat, bocor rahsia dan sebagainya.

Unknown berkata...

memteri2 pon bocor rahsia kat bini depa ????

Unknown berkata...

Apa banggang punya komen nyalahkan pra/par/driver/dispatch/. Fail pun tak dapat akses. Dia orang nie dengar je cerita dari pihak atasan tapi nie siap dengan bukti dokumen, siapa punya kerja.