SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

07 Jun 2014

SYOR NAIK GAJI TAK DILAKSANA

Berita Harian
6/6/2014

Kuala Lumpur: Cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya gaji penjawat awam dinaikkan 30 peratus tidak mungkin dilaksanakan kerana ia membabitkan implikasi kewangan yang tinggi.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata permintaan kenaikan itu selaras pelaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) mulai April tahun depan juga sama sekali tidak rasional

Katanya, ini kerana sistem GST tidak akan memberi kesan kenaikan kos harga barang sehingga 30 peratus, sebaliknya ia memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat berikutan pelbagai barangan dan perkhidmatan juga masih dikecualikan GST.
Sistem GST tidak akan memberi kesan kenaikan kos harga barang sehingga 30 peratus, sebaliknya ia memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat” Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan

Bukan alasan munasabah

“Saya tak rasa ia alasan munasabah untuk meminta menaikkan gaji kakitangan awam sehingga 30 peratus dengan memberi perbandingan GST.

“Jika itu dimaksudkan CEUPACS, mungkin elok jika mereka menghadiri lebih banyak majlis penerangan GST supaya lebih faham,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Ke-57 di sini, semalam.

CUEPACS sebelum ini mencadangkan supaya kerajaan menaikkan 30 peratus gaji penjawat awam bagi membolehkan mereka menikmati agenda dan transformasi kerajaan dengan baik selain persediaan kepada pengenalan GST.
Mengulas lanjut, Ahmad menggesa penjawat awam lebih proaktif dengan mencari maklumat yang benar mengenai cukai berkenaan.

“Kalau penjawat awam sendiri tiada inisiatif untuk kaji dan teliti mengenai GST, macam mana pula dengan rakyat? Sepuluh tahun tidak mahu ambil tahu, maka selama itulah mereka tidak akan faham apa itu GST,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata tindakan JPPH memulakan usaha penilaian Harta Intelek pada Jun tahun lalu telah menjadikan Malaysia negara pertama di rantau Asia Tenggara dalam menerajui bidang berkenaan.

Katanya, penubuhan Unit Penilaian Harta Intelek bertujuan menilai kepentingan aspek paten, reka bentuk industri dan hak cipta, sekali gus mampu memberi peningkatan kepada ekonomi negara.

30 ulasan:

iezart berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kagumas berkata...

Nampak sangat bodohnya Kupek ni. Bg alasan tak munasabah! Patutnya gaji ada gst xdak gst perlu di kaji...

sakura luncai berkata...

najit kata nak jumpa ceupacs , bincang pasal elaun2 perkhidmatan yang kian sedikit . apakah halll nya belum jumpa ????
pekerja awam bawahan makin menjadi macai2 kerajaan yang memerintah secara kejam dan zalim .. lihatlah org2 melayu yg di tindas ...

Rubber berkata...

Tepung dh naik minyk masak dh naik, brg2 lain akan naik, gaji x naik, menteri x rasa apa yg aku rasa,ingtkan bila dh jd menteri nk tlg org susah..

Peaceeee berkata...

Nampaknya Pengurusan Tertinggi Cuepac yang baru ini tidak ada ummhnya berbanding dengan Pengurusan Tertinggi Cuepacs sebelum ini yang lantang,pembela kepada penjawat awam serta memahami keadaan situasi kehidupan akar umbi penjawat awam ketika ini yang sedang melawan arus kehidupan yang serba mahal kos makannya, pengangkutannya, persekolahannya, dan keperluan seharian. Ini semuanya tidak dilalui oleh pak menteri tetapi dilalui oleh melaksanakan dasar kerajaan agar sampai kepada rakyat.Inikah Cuepacs Baharu yang digelar sebagai pembela penjawat awam.Tidak sekali.Hanya sebagai pak turut sahaja.

Muhammad Azhar berkata...

Madsud CUEPACS tu dalam lingkungan 30%. Sekurangnya adalah kenaikan walaupun sedikit. Pasal isu cola pon xselesai... Gaji RM 1000...dengan kos sara hidup yang tinggi....sudah x releven.

mat legasi berkata...

“Kalau penjawat awam sendiri tiada inisiatif untuk kaji dan teliti mengenai GST, macam mana pula dengan rakyat? Sepuluh tahun tidak mahu ambil tahu, maka selama itulah mereka tidak akan faham apa itu GST,” katanya.
“Saya tak rasa ia alasan munasabah untuk meminta menaikkan gaji kakitangan awam sehingga 30 peratus dengan memberi perbandingan GST.

“Jika itu dimaksudkan CEUPACS, mungkin elok jika mereka menghadiri lebih banyak majlis penerangan GST supaya lebih faham,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Ke-57 di sini, semalam.

AKU TAU LA PEMIMPIN CUEPACS ORANG BIJAK PANDAI NAMUN ADA KEBODOHANNYA.
PEGANG JAWATAN DI MBK, CUEPACS TAPI TAK BELAJAR ! JAWATAN SAJA MAU !!!

Tanpa Nama berkata...

sebab tula cuepacs kena perjuangkan sesuatu yang REALISTIK.

memberi semua orang kenaikan gaji takkan membantu mereka dalam meningkatkan prestasi dan pengetahuan. hasilnya jadilah seperti konsep KUP. takpayah susah payah tunjuk prestasi terbaik, atau ambil peperiksaan mahupun menyambung pengajian, dengan mudah sahaja anda akan mendapat gaji setaraf dengan gred penyelia anda iaitu gred 22/32/36 dan sebagainya.

mudah bukan? jadi apa gunanya usaha? apa gunanya peperiksaan ataupun bagi mereka yang bersusah payah menyambung pengajian? ambil senario paling mudah. berapa ramai penjawat awam kumpulan sokongan yang mengeluarkan belanja sendiri untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi samada memperolehi diploma mahupun sarjana muda. malah ada juga yang sudah sampai tahap memperolehi sarjana, tetapi masih lagi di dalam kumpulan sokongan/pelaksana kerana asyik gagal sahaja dalam temuduga. ya, mereka tetap perlu melalui temuduga dan bersaing menggunakan trek yang sama dengan graduan baru yang masih lagi muda bergetah.

wahai cuepacs, bijaklah sikit dalam membuat tuntutan. jangan jadikan diri anda sebagai bahan lawak jenaka oleh pembuat keputusan seperti kerajaan mahupun pihak jpa/kementerian kewangan. cadangan naik gaji disebabkan nak menyerap kos gst memang jadi bahan lawak oleh pak menteri, ksu treasury mahupun kppa. kalau aku jadi mereka pun aku akan tergelak. mudah sangat. apa susah sangat nak buat kertas kerja supaya mereka yang berpendidikan tinggi dipermudahkan urusannya untuk ke peringkat lebih tinggi seterusnya memperolehi pendapat lebih tinggi sesuai dengan gred baru yang disandang dan kelulusan yang diperolehi?

sekiranya cadangan sebegini dipanjangkan, memang akan timbul ketidakpuashatian lebih lagi terhadap mereka yang keciciran dalam pendidikan. seharusnya mereka perlu muhasabah diri seterusnya berusaha lagi. tak semestinya sambung pengajian ambil diploma/sarjana, tetapi cuepacs boleh cadangkan kepada jpa supaya wujudkan semula konsep penilaian ala-ala ptk (yang dahulu dimansuhkan hasil dari kebijaksanaan kepimpinan cuepacs masa dulu yang menuntut ptk dihapuskan) supaya mereka yang ingin merasai gaji gred kanan atau lebih tinggi perlu berusaha membaca buku, mendalami selok belok ilmu tertentu supaya dapat diterjemahkan di atas kertas peperiksaan seperti ptk.

sudah-sudahlah tu cuepacs memalukan organisasi di mata orang ramai. bosan dah aku dengan idea-idea merepek cuepacs ni yang sikit-sikit mintak naik gaji, naik elaun, yang gred rendah sebab guna kelulusan rendah dinaikkan grednya dan sebagainya. sudahnya cuepacs melatih penjawat awam untuk menjadi malas belajar, malas berusaha dan hanya menunggu untuk disuap sahaja.

sakura luncai berkata...

apa kata mamak ksn tu . takkan nak makan gaji buta ja .. kat kubur nanti menjawab la .. nasib penjawat awam bawahan tak terbela lansung ...

Unknown berkata...

Pesden Kupek Ajih dah kena sebijik dengan Ahmad Maslan. Padan muka ko Ajih, nak sangat jadi Pesden tapi cam bodoh aje.

gadis manis berkata...

MENTERI KATA PENJAWAT AWAM TIDAK FAHAM TENTANG GST..OK SAYA BOLEH TERIMA...TETAPI SAYA NAK SOAL BALIK....MENTERI FAHAM TAK DENGAN BEBANAN DENGAN KOS SARA HIDUP KAKITANGAN AWAM...

APA YANG DIPERJUANGANKAN OLEH CUEPACS ADALAH BETUL..SAYA SOKONG CUEPACS...

BEBANAN HIDUP VS GST ?

Kakitangan Awam berkata...

Dalam isu GST, saya sebagai penjawat awam menyokong penuh perlaksanaan GST kerana GST bukanlah cukai baharu yang membebankan rakyat, tapi penyelarasan semual Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Dalam isu GST, pihak kerajaan lembab dan tidak peka dengan kaedah penerangan kepada masyarakat menyebabkan orang ramai marah dan benci kerajaan kerana mereka ingat kerajaan nak menambahkan beban kepada masyarakat dengan percukaian baru. Ini disebabkan kaedah pandir yang dibuat oleh PEMANDU melalui iklan merapu mereka itu.

Tetapi alhamdulillah, pihak Jabatan Penerangan telah melaksanakan penerangan mengenai GST di banyak kawasan dan ramai orang telah faham berhubung GST sekarang ini.

Ingin saya terangkan berdasarkan penerangan oleh pihak kastam yang saya hadiri, saya mendapati bahawa GST bukanlah cukai baharu, tapi penyelarasan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang mana sekarang ini pada kadar 4,5,6, 10 dan spesifik mengikut kategori barangan. Sekarang kerajaan seragamkan menjadi 6% bagi semua kategori.

Malahan sebanyak 160 negara mengamalkan GST di seluruh dunia, termasuklah negara Niger di Afrika yang merupakan negara kedua termiskin di dunia pun buat GST.

Di Asia Tenggara, hanya Myanmar, Brunei dan Malaysia yang belum laksanakan, malahan bukan sahaja Malaysia, tetapi Myanmar juga dalam perancangan melaksanakan GST, Brunei mungkin tak buat GST kerana penduduknya yang kecil berbanding KDNK mereka yang besar.

Negara-negara lain di Asia Tenggara yang mengamalkan GST, kadar GSTnya lebih tinggi dari Malaysia iaitu paling rendah Singapura 7% dan paling tinggi Filipina 12%, negara lain macam Indonesia, Thailand, Vietnam dan Kemboja serta Laos pada kadar 10%. Sedangkan Malaysia hanya kenakan 6% sahaja.

Negara-negara lain di dunia ini yang mengenakan GST, semua jenis barang dan perkhidmatan dikenakan GST termasuklah barangan keperluan asasi seperti makanan ruji, pengangkutan awam, perkhidmatan bank dan sebagainya.

Tetapi di Malaysia, perkhidmatan dan barangan keperluan asasi tidak dikenakan GST. Beras, ayam, daging, sayur, ikan, udang, sotong, pendidikan, perkhidmatan bank, perkhidmatan jual beli kontrak (rumah), kesihatan dan macam-macam lagi tak dikenakan GST, malahan makanan macam Mi Kuning pun tak kena GST.

Bersambung.............

Kakitangan Awam berkata...

Sambungan ...........

GST juga dikenakan kerana untuk mengelakkan perbuatan melarikan diri dari cukai terhadap barang-barang import yang mana ada barang-barang import diishtiharkan sebagai barangan lain untuk melarikan diri dari cukai yang lebih tinggi.

Dengan adanya GST, pihak kerajaan dapat mengekakang masalah ini kerana apabila barangan itu dikeluarkan di pasaran, cukai akan dikenakan terus kepada barangan itu GST.

Malahan kaedah perlaksanaan GST ini juga membolehkan para pelanggan tahu barangan apa yang kena cukai dan barang apa tak kena cukai kerana apabila GST dilaksanakan, resit pembelian barang-barang akan tertera kadar GST yang dibayar oleh pelanggan dan jenis barangan yang kena GST. Ini membolehkan pelanggan tidak ditipu oleh para pekedai yang suka mengaut untung dengan memanipulasi GST.

Berdasarkan peraturan GST juga, hanya syarikat atau perniagaan yang kadar jualannya melebihi RM 500,000.00 sahaja dikenakan GST. Malahan dari segi mengenakan GST terhadap pelanggan yang membeli barangan, peniaga dikehendaki mendaftarkan syarikat mereka dengan kastam dan mendapatkan sijil kebenaran mengenakan GST kepada pelanggan kerana hasil GST itu akan dikembalikan kepada pihak kerajaan iaitu Jabatan Kastam.

Oleh itu, kedai-kedai tepi jalan janganlah menipu pengguna dengan menaikkan harga barang dengan alasan GST kerana ada peraturan-peraturan yang perlu diikuti, malahan sijil untuk mengenakan GST perlu diperolehi dari Kastam, bukannya boleh dicetak sendiri dan tampal dikedai kerana itu salah dari undang-undang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Kepada ahli masyarakat sekalian, jika sekarang ini peniaga naikkan harga barang dengan alasan GST, sila laporkan kepada pihak Kementerian Hal Ehwal Pengguna kerana GST ketika ini tidak dikuakuasakan lagi, ianya hanya berkuatkuasa pada bulan April 2015 nanti.

Malahan peniaga kedai yang mengatakan harga barangan dikedainya dinaikkan kerana GST, sila minta sijil kebenaran dari Kastam, jika tak ada sijil kebenaran itu, peniaga itu boleh didakwa di mahkamah kerana menipu dan melanggar undang-undang GST.

Kepada rakyat Malaysia sekalian, janganlah takut dengan GST kerana GST tidak menyebabkan kos sara hidup meningkat dengan melampau, peningkatan kos adalah disebabkan manipulasi oleh peniaga yang tamak menaikkan harga untuk kepentingan diri tanpa mempedulikan masyarakat. Malahan peniaga tamak ini juga menggunakan GST sebagai alasan sedangkan mereka tiada kena mengena pun dengan GST ini.

Sehubungan dengan itu, kepada pihak kerajaan, gunakan jentera kerajaan untuk menerangkan dasar kerajaan, tak guna upah konsultan yang tak faham keperluan masyarakat. Ini kerana iklan GST itu, bukan sahaja orang kampung tak faham, malahan menteri dan dan pimpinan CEUPACS pun tak faham apa cerita ini semua?

Unit PEMANDU perlu dibubarkan kerana tak ada fungsi yang jelas untuk menjadi jentera kerajaan yang berkesan kerana mereka tidak faham akan intipati perkhidmatan awam disebabkan mereka berasal dari sektor korporat dan tidak melihat dari sektor kerajaan, tapi melihat dari sektor korporat semata-mata.

Sekian, terima kasih.

Pihak kerajaan juga kena melihat isu pendatang asing yang membeli barangan bersubsidi di negara ini. Mereka tak bayar cukai, tak ada kesetiaan kepada Malaysia, tapi sibuk menggunakan subsidi milik rakyat Malaysia.

Kerajaan kena adakan cukai khas kepada pendatang asing ini untuk mengelakkan subsidi dipergunakan oleh mereka sesuka hati.

Malahan dalam isu pendatang asing ini juga, kerajaan perlu membela rakyat tempatan di mana kilang-kilang tidak banyak yang mahu menerima warga tempatan kerana mereka lebih suka mengambil pekerja asing kerana gaji pekerja asing mereka boleh bagi rendah.

Patutnya pihak kerajaan perlu kuatkuasakan peraturan di mana setiap kilang perlu ada sekurang-kurangya 70% pekerja tempatan di bahagian operasi. Ini kerana ketika ini bahagian operasi iaitu operator kilang dimonopoli oleh pekerja asing.

Setiap tahun berbilion wang negara dihantar ke negara asal pekerja asing itu, kesannya kedudukan matawang negara jadi lemah kerana banyak wang negara terapung di pasaran luar negara. Ini akan menyebabkan kerugian kepada negara apabila mengimport barangan kerana matawang Malaysia menjadi rendah berbanding matawang pengimport itu.

Kerajaan perlu memperkasakan dasar-dasar untuk kepentingan nasional secara menyeluruh. Dasar-dasar kerajaan sekarang ini compang camping di sana sini hingga menyebabkan kerugian kepada negara dan rakyat.

Isu-isu penguatkuasaan undang-undang, kepada penjawat awam yang menjadi dalang atau talibarut penyeludup barang bersubsidi hendaklah dihukum keras. Hukuman kepada penyeludup barangan bersubsidi perlu tegas seperti hukuman mati, kalau penjara pun dia pula akan makan subsidi lagi dalam penjara, makan free pula.

Para penyeludup adalah golongan pengkhianat. Kerajaan perlu tegas dari penguatkuasaan kepada perkara-perkara yang mengancam keselamatan negara kerana perbuatan ini boleh merugikan negara, boleh mengancam keselamatan negara.

Ini kerana jika kerajaan tak mampu nak beri subsidi akibat banyak ketirisan dalam barangan subsidi yang diseludup keluar dengan kerjasama oleh penjawat awam yang khianat, maka ini boleh mencetuskan kemarahan rakyat, ini boleh memberi kesan kepada populariti kerajaan di mana kerajaan boleh tumbang.

Oleh itu, kerajaan perlu perkemaskan kaedah sekarang ini supaya transformasi yang dicanang-canangkan itu bukannya kosmetik semata-mata kerana sekarang ini trasformasi itu dan ini hanyalah sekadar kosmetik semata-mata, indah diluar, tapi buruk dan kotor di dalam.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kakitangan Awam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kakitangan Awam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

benar. sekiranya mereka ini faham tentang metodologi GST ini, pasti mereka tahu bahawa ianya tidak membebankan malah ianya adalah suatu penstrukturan semula. masalah mereka ini adalah mereka mudah dimanipulasi oleh pihak berkepentingan dan ada agenda tersendiri supaya mereka ini menentang apa saja yang dibuat oleh kerajaan memerintah.

yang lucunya, kebanyakan yang menentang adalah golongan so-called muda yang mengaku terpelajar kerana kononnya sedang belajar di universiti mahupun sudah tamat pengajian. yang menariknya juga, ramai diantara golongan graduan "bijak pandai" berdasarkan CGPA ni dilantik kerajaan untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam dalam usia masih muda dan mentah, tetapi akhirnya menjadi duri dalam daging. kalaupun mereka tidak menunjukkan penentangan secara terang-terangan kerana sudah menjadi sifat mereka yang hipokrit, tetapi diluar sana mereka begitu hebat mengkritik segala dasar kerajaan. aku bercerita berdasarkan pengalaman duduk di sebelah meja sekumpulan "pegawai kerajaan muda" berdasarkan kepada lambang dan sticker yang ada pada cermin kereta masing-masing yang dengan lantang mengkritik itu dan ini. dengar cara mereka berborak aku sudah tahu skim apa yang mereka sandang, lebih lagi dengan "lambang kehebatan" skim tersebut pada kenderaan mereka. kah kah.

spesis sebeginikah yang dilantik oleh kerajaan melalui SPA disebabkan mereka ini cerdik dan pandai berdasarkan di atas kertas? apa dia? mereka lulus cemerlang dalam peperiksaan memasuki perkhidmatan? itu semua subjektif. sekiranya cerita mereka walaupun mengarut tetapi berjaya memikat hati tukang pemeriksa, maka mereka akan berjaya. lebih lagi kalau mereka lulus cemerlang dalam subjek "kejuruteraan sosial" (kursus ini tiada di universiti, tetapi lebih kepada kemahiran individu), pastinya mereka akan menggunakan kemahiran tersebut untuk memenangi hati si tukang lantik. kenyataannya apabila mereka ini dilantik, merekalah yang akan menjadi duri dalam daging dan gunting dalam lipatan.

bangunlah wahai cuepacs. sebagai sebuah kesatuan sekerja, anda bertanggungjawab membuka minda penjawat awam, membuka minda majikan kepada penjawat awam dan membuka minda kepada pengurusan sumber manusia yang ditugaskan untuk melantik penjawat awam. lihat saja apa yang berlaku dengan perkhidmatan awam masakini yang tunggang langgang dan tidak efisyen dan mempunyai pekeliling yang berterabur disebabkan pihak berkuasa melantik yang saban hari tersalah lantik pegawai kerajaan.

kepintaran dan kematangan tidak boleh diukur berdasarkan berapa markah seseorang itu dapat di atas kertas. pihak berkuasa melantik seharusnya mengguna pendekatan lain dalam menapis seterusnya melantik seseorang calon. anda yang berada di atas tidak akan nampak keadaan ini kerana anda hanya duduk dalam kelompok anda di SPA sana. tetapi pegawai sedang berkhidmat lebih lagi dalam kumpulan pelaksana nampak dengan jelas bagaimana "warna sebenar" pegawai-pegawai yang dilantik oleh SPA dari kategori graduan baru ini. malangnya mereka telahpun dilantik dan cukup masa akan disahkan dalam jawatan. akhirnya yang menanggung akibat daripada sikap buruk dan ketidakcekapan mereka ini adalah penjawat awam yang lain yang duduk dibawahnya.

kesatuan sekerja, pihak kerajaan serta pentadbir dalam perkhidmatan awam perlu duduk semeja dan membincangkan tentang hala tuju perkhidmatan awam serta mengutarakan idea-idea yang bernas untuk digunapakai dalam perkhidmatan awam terutamanya proses lantikan. jangan hanya sekadar mencanang slogan TRANSFORMASI tetapi realitinya ianya hanya sekadar retorik sahaja. apa guna cuepacs buka blog ni kalau semata-mata untuk post topik-topik walhal biarkan begitu sahaja dan langsung tak kutip apa-apa komen yang boleh digunapakai?

kita memerlukan bukan sahaja kerajaan yang bijak, pentadbir perkhidmatan awam yang bijak, tetapi juga memerlukan kesatuan sekerja yang bijak.

alkarchutty pendang berkata...

Tuan Presiden Cuepacs

Kami mau kenaikkan gaji juga. Soal GST itu soal Kerajaan. Soal Kami adalah KAMI NAK KENAIKKAN GAJI. Berapa peratus itu terpulanglah pada kebijaksanaan kerajaan.

sk bukit tampoi alor star berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ys berkata...

20 years back, the salary is RM2k for a fresh graduate that work in government...
After 20 years (today), the salary also is RM2k ... not much changes....

20 years back, the medium cost house only rm60k....
After 20 years (today), the medium cost house become rm600k ....

No need to say also we know our salary is very low..... please do adjustment....

sakura luncai berkata...

apa kata ali tu ??

XiOuS berkata...

apela selan ni..gst baru 10thn bincng dh nk buat..hudud beribu thn lepas..bila nk wat lak?pnerangn nye bila plak? koewkoewkoew

Mazlia Muhamad berkata...

Ini masalah gst. Masalah penjawat awam yang tinggal berjauhan dengan pasangan blum selesai lagi ni.. banyak pnjawat awam terpaksa tingal berjauhan demi tugas dan ekonomi mendesak kami bekerja dan tingal berjauhan. Saya yakin ramai lagi penjawat awam mempunyai masalah mcam saya. Saya dh hmpir 5 tahun tingal berjauhan. Harap kerajaan dan cuepacs ambil tindakan.. tinggal berjauhan dengan pasangan dapat memburukkan reputasi kerja dan keperibadian penjawat awam..

salman jusoh berkata...

Ada juga menteri yang tak faham. 30% yang cuepacs mintak tu ialah daripada jumlah semua gaji yang diterima penjawat awam. Katalah jumlah semua gaji penjawat awam sebulan ialah RM2 Billion, maknanya jumlah kenaikan ialah RM600K. Cukai GST walaupun bunyinya 6% tapi jumlah duitnya mungkin RM10 Billion sebulan.Ambil RM600K daripad jumlah cukai GST tu maka masih lagi berbaki RM9.4 Billion.ada faham? Bukannya ambil 30% daripada cukai GST yang 6% menyebabkab GST mengalami defisit 24%! Saya yakin bukan Menteri cuba nak menipu cuma menteri memang tak faham, nampak macam lemah matematik!

Yaya berkata...

Semua orang akan kena cukai trmasuklah orang2 susah.. Dalam agama Islam orang susah tak boleh bayar cukai... Dah la bodoh punya menteri pastu tak ada agama plak. Kerajaan umno bn laknatullah!

pendekar tanpa nama berkata...

Gst tu sebenarnya sapa yang kena bayar...pengilang ,pemborong,peruncit ataupun pengguna...cer jawab skit??

Jerungkl berkata...

Majoriti penjawat awam MALAYSIA gred sokongan adalah hampir dalam kategori miskin dan hampir muflis. (adakah salah sendiri 100%? susah juga kalau x buat loan, mana nak dtg duitnya? simpan sebulan rm1000? gaji pun ciput. diet hari2? anak bini xyah bg mkn? mak bapak di kampung apa citer? - untunglah kamu di atas berbicara tanpa tahu susah payah kami dibawah ini. kerja selalu lg berat dari yang kami dapat. kami ttp bersyukur cuma kami makin parah diatas kejahilan kamu. stk