SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

05 Jun 2014

LDHN PERLU KAJI SEMULA PERLAKSANAAN ARAHAN POTONG CUKAI TAMBAHAN - CUEPACS

Utusan Malaysia
4/6/2014





KUALA LUMPUR 4 Jun - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan Arahan CP38 (potongan cukai tambahan secara ansuran) bermula 16 Jun ini sebagai tidak kena pada masanya dan hanya menambah beban kepada penjawat awam.

Presiden Cuepacs, Azih Muda berkata, kaedah Pemotongan Cukai Berjadual (PCB) sedia ada sudah cukup memberi tekanan kewangan kepada kumpulan pekerja ini yang menjangkau 1.4 juta orang.``Cuepacs merasakan (PCB) yang sedia ada kepada penjawat awam masih belum selesai. Mereka dipaksa bayar awal kepada LHDN dan selaraskan kemudian. Kalau terlebih bayar, lambat pula dipulangkan. 

``Kami merasakan dengan kekangan kos yang semakin meningkat dan pelaksanaan GST (Cukai Barangan dan Jualan) tak lama lagi, kerajaan (seharusnya) mempertimbangkan pelepasan cukai pendapatan sehingga gaji RM8,000 dalam bajet 2015,'' katanya ketika dihubungi hari ini.Semalam LHDN mengeluarkan kenyataan berhubung Arahan CP38 kepada majikan bertujuan melunaskan tunggakan cukai sedia ada. 

Dalam kenyataan itu, LHDN berkata, arahan itu akan dikenakan kepada 156,158 pembayar cukai individu melibatkan amaun tunggakan cukai berjumlah hampir RM418 juta.Mengulas lanjut, Azih berkata, lebih wajar jika tindakan itu ditangguh dan diperhalusi dahulu serta difikirkan semula sama ada ia benar-benar sesuai untuk dilaksanakan. 

``Kerajaan minta tingkatkan produktiviti, prestasi, tetapi pada masa sama memberi tekanan kepada mereka.``Sedangkan golongan penjawat awam terpaksa memikirkan pasal harga rumah yang mahal, pendidikan anak-anak, kos sara hidup meningkat dan sebagainya,'' katanya. - BERNAMA

Ar

5 ulasan:

Pasti Jimat Jangan Alpa berkata...

Kami sokong pelepasan cukai pendapatan sehingga gaji RM8,000.00 sebulan.

Pasti Jimat Jangan Alpa berkata...

Kami sokong pelepasan cukai pendapatan sehingga gaji RM8,000.00 sebulan.

Tanpa Nama berkata...

bagi yang beragama islam yang mengaku beriman dengan 6 rukun dan mengaku ingin melakukan 5 rukun islam tu, bawak-bawak la kira gaji terkumpul tahunan anda, bandingkan dengan nisab, sekiranya melebihi nisab selepas ditolak perbelanjaan diri, perbelanjaan keluarga dan yang dibenarkan, lunaskan 2.5% daripada baki yang tinggal.

itu lebih BERKAT. malah ianya juga boleh digunakan untuk pelepasan cukai pendapatan. berdasarkan pengalaman aku, ada gaji yang tak layak dipotong cukai pendapatan TETAPI LAYAK DIKELUARKAN ZAKAT.

renungkan. selamat beramal.

Aims Kudin berkata...

sokong semua penjawat awam beragama ISLAM dikenakan potongan ZAKAT pendapatan.....

Nor Hayati Wahab berkata...

Saya pun kena cukai berganda....bln mei rm55.40 tetapi bln jun rm558.50..bila tanya AG,jwpn mereka sbb pengiraan dr lhdn.bila ke lhdn,mrk kata sepatutnya cukai saya utk jun rm 244...AG brthu bila ada tggkn gaji utk kenaikn thnan,cukai kira berganda...tggkn rm1125 tetapi cukai separuh dr tggkan...baik x pyh bg kenaikan kalau mcm tu..sedih sgt2....