SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

15 Jun 2014

KESATUAN GURU ANGGAP MASLAH DISIPLIN PELAJAR SERIUS

Bernama
14/6/2014

KANGAR, 14 Jun (Bernama) -- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) mentakrif masalah disiplin pelajar kini mencapai tahap serius dan mahu Kementerian Pelajaran menubuhkan pasukan petugas untuk menanganinya.

Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng turut menggesa Kementerian Pelajaran mengumumkan keputusan peraturan baharu yang memberi lebih kuasa kepada sekolah untuk mengawal disiplin pelajar, yang dibincangkan sejak empat tahun lepas.

Beliau berkata penubuhan pasukan petugas itu tidak boleh dilengahkan lagi memandangkan disiplin pelajar semakin meruncing sehingga tidak terkawal akibat pengaruh pelbagai unsur tidak sihat khususnya Internet.

"KPPK bukan sekadar prihatin malah bimbang dengan perkembangan tidak sihat ini dan sebab itu mahu berkongsi dengan pihak-pihak berkepentingan agar tindakan berkesan dapat dilaksanakan dalam mengawal disiplin pelajar.

"Budaya buli sama ada buli melalui siber atau buli fizikal tidak boleh dipandang ringan kerana ia merosakkan pelajar," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat KPPK cawangan Perlis di sini pada Sabtu.

Lok yang juga Setiausaha agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata pelajar nakal merupakan perkara biasa tetapi apabila berlaku kejadian buli atau pergaduhan berkumpulan dan satu kumpulan memukul seorang pelajar ia merupakan kes serius.

"Masalah disiplin dicetuskan oleh banyak pelajar yang banyak menghabiskan masa melayari Internet, mengakses bahan tidak bertapis seperti lucah dan main permainan video. Masalah ini lebih berat apabila guru terbabit sama menghabiskan masa bersembang di Internet.

"Perkembangan ini mulai menjadi budaya dan akhirnya pelajar yang dihasilkan tidak berkualiti serta tidak mahir untuk menjadi warganegara cemerlang," tambahnya.

Beliau berkata selain sikap ibu bapa yang membawa kepada punca disiplin pelajar tidak terkawal, ia juga disebabkan guru tidak diberi hak untuk merotan pelajar untuk mendisiplinkan mereka.

Katanya antara sebab KPPK ingin berkongsi perkembangan ini dengan badan-badan bukan kerajaan seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ialah supaya mereka serius untuk terlibat membantu membaiki disiplin pelajar.

KPPK akan terus mendesak Kementerian Pelajaran untuk melantik seorang guru sebagai ketua guru disiplin yang diberi kuasa dan tanggungjawab untuk mengambil tindakan khususnya terhadap pelajar samseng.

Dalam perkembangan semasa, Lok turut mengingati guru supaya tidak lalai melaksanakan tanggungjawab dalam keghairahan menonton kejohanan bola sepak Piala Dunia.

"Saya harap guru-guru tidak terbabit dengan perjudian bola sepak dan pastikan masa tidur mencukupi apabila sesi persekolahan bermula Ahad atau Isnin ini," katanya.

-- BERNAM

18 ulasan:

alkarchutty pendang berkata...

Soal internet dan talipon pintar telah menghantui sekolah dan rumah. Murid , guru dan ibu bapa sama sama tak berdisiplin dalam hal ini. Sedarkan IBU Bapa dan Guru dulu, barulah mudah untuk mengawal anak murid....He he he itulah antara keburukan kalau dah kaya...dan gaji cikgu mahal...duit dihabiskan untuk talipon pintar dan 3G....

ZALINAH ZUBIR berkata...

Ulasan tidak membina

ZALINAH ZUBIR berkata...

Tiada kaitan gaji dgn displin..alkarchutty pendang..anda akan mempunyai seorang anak..teknologi pibg..semua dpt kerjasama

sakura luncai berkata...

sepatutnya ,penubuhan kadet polis dalam sekolah dapat membendung kejadian buli dan gaduh nie .. kemanakah guru pembimbing dan di manakah guru2 semasa di sekolah ? adakah hanya bersembang tentang kenaikan gaji ? atau hal2 kereta mewah ?

XiOuS berkata...

bunyi mcm cikgu aje yg mampu bli tepon pintar ye..isk3.kg mana la ko dtg ni..sedihnye.meskipon aku org kg tapi xdela plak bingai mcm ko..aiyoyogo

XiOuS berkata...

dh tu pulak siap attach "pendang" lagi tu..wat malu kt org kota sarang semut ang nih..rasanya org sg tiang kot ni..bengap ngat aih..hehe

Tanpa Nama berkata...

semua salah kementerian pelajaran secara khususnya dan ahli politik/pak menteri secara umumnya.

kuasa guru sekarang dah terbatas. tak boleh dah jentik budak, tak boleh guna sentuhan fizikal lagi dah. malah denda yang tidak menggunakan sentuhan fizikal terus terhadap pelajar seperti ketuk ketampi, bangun tubi, jalan itik, berjemur tengah padang, berdiri di koridor dah tak boleh dah sekarang. sudahnya pelajar sekarang menjadi semakin kurang ajar dan dah tak tau hormat orang. pelajar ni akhirnya belajar dengan cemerlang, masuk universiti, menjadi graduan dengan cgpa kelas pertama, diambil pula oleh spa untuk menjadi pegawai, terutamanya ptd. malangnya mereka ni akhlak zero, tiada kesedaran sivik dan tak tahu menghormati orang.

malang sungguh generasi sekarang ni dan malang sungguh guru sekarang kerana mendapat pembuat dasar yang bodoh yang akhirnya menyebabkan guru ibarat boneka dan robot saja di sekolah, datang sekolah mengajar, kalau budak taknak mengajar atau degil, dibiarkan saja sebab peraturan sedia ada kata macam tu.

mat legasi berkata...

Core busines guru adalah mengajar dan mendidik (Pengajaran & Pembelajaran.

Guru-guru diberi pelbagai kursus sebelum menjadi Guru dan semasa menjadi Guru, dihantar pula mengikuti kursus untuk mendapat pelbagai ilmu pengetahuan semasa.

Apakah Guru-Guru sekarang kekurangan ilmu hingga masih mengguna kaedah lama P&P ke atas pelajar seperti MENDERA, MENGUGUT, MEROTAN, MENCERCA, MENDOWNKAN MURID, etc.

Adakah Guru-Guru sekarang tidak kompiten? Masih berfikiran JUMUD? Mentaliti kelas TIGA?

Fokus mereka hanya kepada mengejar wang habuan yang dihambur oleh KPM kepada warga Pendidik?

Ingatlah core busines kita sebagai GURU dan kita bukan dilantik sebagai PENDERA pelajar.

Jika tak layak jadi GURU, elok LETAK JAWATAN.

XiOuS berkata...

Merujuk kepada "Mat Legasi" :
1. Apakah Guru-Guru sekarang kekurangan ilmu hingga masih mengguna kaedah lama P&P ke atas pelajar seperti MENDERA, MENGUGUT, MEROTAN, MENCERCA, MENDOWNKAN MURID, etc.
2. Ingatlah core busines kita sebagai GURU dan kita bukan dilantik sebagai PENDERA pelajar.

Renungan :
Merujuk kpd ayat saudara "Apakah guru-guru lama di anggap kekurangan ilmu" kerana mengguna kaedah lama P&P ke atas pelajar seperti MENDERA, MENGUGUT, MEROTAN, MENCERCA, MENDOWNKAN MURID, etc.???

Quote : Saudara ingin menyatakan bahawa kaedah guru-guru terdahulu yang dianggap lama hanya bertindak membabi buta, minda kelas ke 3 ke?

Saya bangga kerana dengan adanya guru-guru lama dengan kaedah P&P yang lama..cikgu-cikgu yg pernah MENDERA, MENGUGUT, MEROTAN, MENCERCA, MENDOWNKAN SAYA SUATU MASA DULU.. menjadikan saya kini akhirnya juga berjaya menjadi seorang guru.

Justeru, sekiranya anda juga seorang guru sudah semestinya anda tidak akan mengeluarkan kata-kata sebegini jahil.

Saya ingin bertanya saudara..saudara mempunyai anak?jika sekiranya di dalam keluarga saudara sendiri yang berkemungkinan memiliki 2 - 4 orang anak .. bagaimana cara anda mendidik anak anda?
1. Adakah anda tidak boleh MENJELING mereka saat mereka melakukan kesalahan?
2. Adakah anda tidak boleh MENGUGUT mereka saat mereka melakukan kesalahan?
3. Adakah anda tidak boleh MEROTAN saat mereka melakukan kesalahan?

Di dalam agama kita (Islam) juga ada kaedah-kaedah yang telah digariskan..cuba tgk bab solat..ade ke xde diperintahkan merotan anak jika mereka telah sampai pada suatu had umur dan tidak mengerjakan solat?

saudara masih juga ingin berkeras dengan istilah "PENDERA" @ "JUMUD"??

Fikirlah dalam-dalam sebelum saudara ingin meluahkan sesuatu ..

Mahukah saudara sekiranya Guru datang ke sekolah, masuk ke kelas mengikut masa yang ditetapkan, mengajar semata-mata tanpa mempedulikan sikap anak-anak anda?

" nak belajar @ x lantak engkaulah Labu, aku bagi keje rumah@sekolah ko tak buat .. aku jeling skit teros ko report, bapak ko dtg cari aku kat sekolah, salahkan aku sbb dgn jelingan aku tu membuatkan ko terganggu emosi tkt nk dtg sekolah. salah siapa? cikgu mcm aku juga .. aku nk didik anak2 murid aku jadi manusia!! tapi aku xblh mrh mereka @ tegur mereka saat mereka melakukan kesalahan .. buat slh atau x aku tetap kena senyum .. dah mcm jadi cikgu yg kluar wad gila pun ada .. yelah senyum manjang .."

tukjanggut berkata...

Jangan salahkan teknologi IT kalau anda tidak berdidiplin.Masalah disini ialah masalah dari rumah sendiri.Kalau dah setiap anak ada telefon sendiri,faham-faham je la.Ibu bapa yg patut disalahkan jika anak kurang ajar.Tak boleh salahkan pihak sekolah sbb anak kita berada di sekolah hanya sekejap je.Lebih masa dan jam dia kena berada di bawah pengawasan kita sebagai ibu bapa.Ingat mcm ini le senang kalau ibu bapa dah kurang ajar,kurang disiplin,kaki maksiat,kaki judi,kaki gaduh,kaki maki org,merokok berkotak-kotak sehari,tak minat dgn Islam nak solat pun payah,kaki samseng maka jawapannya sgt senang kalau dpt anak bersifat buruk ibubapa jgn salahkan org lain.Sangat kecil peratusnya anak org baik-baik dan beriman jd kurang ajar atau kurang berdisiplin.Ibubapa yg kena berubah jd baik dulu baru anak akan ikut jadi baik.Ibu bapa juga kena selalu berdoa minta Allah ubah kelakuan anak-anak jd anak yg baik.Apa hal pun ibu bapa kena kuat dlm amalan beragama baru bila berdoa mudah dimakbulkan oleh Allah.

Kakitangan Awam berkata...

Patutnya di sekolah ada lembaga disiplin yang disertai oleh Pengetua atau Guru Besar sebagai Pengerusi, wakil pihak polis bertaraf sekurang-kurangnya inspektor, Penghulu, dan Pengerusi JKKK setempat untuk berbincang tindakan yang perlu dikenakan kepada murid-murid yang didakwa melakukan kesalahan disiplin.

Bawa ibu bapa murid itu sekali untuk mendengar pendakwaan terhadap murid berkenaan.

Dalam perkara ini, lembaga disiplin berkenaan boleh mengkaji semua aspek sebelum tindakan dikenakan kepada pelajar berkenaan.

Untuk kesalahan kali pertama mungkin amaran diberikan, tapi kalau kesalahan serius macam kes bunuh, rogol dan kekerasan melampau, itu lapor polis sahajalah.

Bagi kesalahan lain, patutnya di bawa ke lembaga ini supaya pihak lembaga boleh 'basuh' pelajar serta 'basuh' juga ibu bapa pelajar supaya menjadi pelajar yang baik.

Malahan adakan dokumentasi bertulis yang ditandatangani oleh semua ahli lembaga serta pelajar dan ibu bapanya sebagai rujukan sekiranya ada pertikaian berbangkit.

Pihak sekolah sekarang takut nak ambil tindakan, patutnya kerajaan perlu adakan lembaga disiplin yang dianggotai oleh pihak-pihak yang saya sebutkan di atas bagi tujuan untuk memperkasakan lembaga disiplin, kalau setakat guru disiplin sahaja, ada guru disiplin yang kena belasah oleh pelajar yang bermasalah.

Saya tak tahulah dengan pendirian kerajaan dalam hal ini, mungkin kerana saya mengkritik Najib dan kuncu-kuncunya, mungkin pandangan saya diketepikan.

Itu semua tak kisahlah, kalau nak membentuk disiplin pelajar di sekolah, kena ada sistem yang melibatkan pihak-pihak yang berkenaan supaya sistem itu tidak diganggu oleh ibu bapa yang sekarang ini sayang anak tak bertempat, anak beromen dan hisap dadah di sekolah pun nak dibela dan disalahkan guru lagi.

Kemudian, dari segi hukuman pula, patutnya selain amaran, mereka ini dibawa ke kem motivasi yang diuruskan oleh pihak polis atau tentera supaya mereka ini faham bahawa nak tunjuk hebat sangat, orang lain jauh lebih hebat dari mereka. Ataupun bawa ke penjara bagi penginapan dalam lokap dan dilayan seperti banduan selama seminggu macam dibuat di Johor sebelum ini, itu pun bagus juga, baru pelajar bermasalah itu faham bahawa kalau nak masuk penjara dan dilayan macam banduan, buatlah salah dan didakwa di mahkamah dan dikenakan tindakan macam banduan di penjara itu.

Apa pun, ini semua atas kesedaran kerajaan sendiri, kalau kerajaan masih tak sedar diri, buatlah apa pun, hanya seperti mengisi air dalam bekas yang bocor di bawahnya sahaja, tak ada hasil, penat dan buang masa serta buang duit sahajalah.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Pendidikan perlu diperkasakan hingga ke tahap Penilaian di mana pelajar dapat membentuk watak dirinya menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa, dan tanah air.

Pendidikan di negara kita sekarang ini hanya berorientasikan peperiksaan yang mana dinilai berapa karung A yang boleh diperolehi dalam peperiksaan.

Dalam pelajaran di sekolah, apakah pelajar diajar untuk berinovasi? Adakah pelajar diajar untuk menilai baik dan buruk sesuatu perkara dengan melihat kepada falsafah?

Pelajar hanya diajar untuk mengenal, memahami, dan terakhir mengguna, itu sahaja, malahan kebanyakkan sekarang ini, pelajar banyak diajar untuk mengenal sahaja, menghafal untuk lulus periksa semata-mata tanpa memahami dan tak tau nak diaplikasikan pun.

Dalam taksonomi kognitif mengikut Bloom, ada 5 fasa iaitu:

Mengetahui

Memahami

Aplikasi (tahu menggunakan)

Sintesis (tahu menghurai dan buat penambahbaikan)

Penilaian (mengenal baik dan buruk dari segi falsafah moral dan akhlak)

Cuba kementerian buat kajian di sekolah di manakah tahap penguasaan kognitif para pelajar di sekolah, banyak di tahap pengetahuan, sebab banyak menghafal untuk lulus periksa.

Lihatlah berapa ramai pelajar yang dapat A berguni-guni, masuk universiti, terlibat dengan gejala sosial, hisap dadah, minum arak dan macam-macam perbuatan buruk, apakah mereka ini belajar hingga mereka mengenali baik dan buruk serta mempunyai penerapan akhlak dan nilai-nilai murni dalam diri mereka?

Pelajar sekarang disogokkan dengan mengejar A, pihak sekolah pula bermati-matian nak pelajar dapat A supaya peratusan sekolah tinggi dan pihak pengurusan boleh syok sendiri dengan pelajar yang sibuk menghafal untuk dapat A dalam peperiksaan.

Dalam matapelajaran sejarah, pelajar tak ambil iktibar apa dalam buku teks dan buku rujukan, mereka hanya hafal untuk dapat A sahaja.

Misalnya, dari segi keruntuhan sesebuah tamadun, apakah pelajar diasuh untuk memahami dengan mendalam bahawa keruntuhan sesebuah tamadun itu adalah berpunca dari sikap manusia yang suka melakukan perkara-perkara yang merugikan seperti bersuka ria tak tentu hala, berakhlak buruk, berpecah belah, dan macam-macam lagi.

Misalnya dalam sejarah Andalusia, apakah pelajar diterapkan untuk membuat sintesis betapa bagaimanakah kerajaan Islam Andalusia yang bertahan selama 740 boleh berkubur. Apakah pelajar-pelajar membuat penilaian berhubung perkara berkenaan supaya dijadikan suatu sistem kepada diri untuk mengelakkan kemusnahan kepada diri, masyarakat dan negara?

Guru-guru dan pihak sekolah sibuk mengejar A dan peratusan sekolah mereka, bangga dengan angka-angka yang tak bernilai, apa gunanya?

Sekiranya pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan yang tidak mahu berubah dari hanya beretorik kepada suatu pengamalan dengan sistem yang jelas dan teratur, tak guna lancar program itu dan ini, semuanya kosmetik sahajalah.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Guru-guru sekarang juga berbeza dengan guru-guru terdahulu, walaupun bukan semua, tetapi majoriti guru-guru sekarang hanya bersikap individualistik.

Lihatlah dalam komuniti, berapa ramai guru yang suka bercampur gaul dengan masyarakat?

Malahan kalau dilihat, sesama guru sendiri pun, hanya dengan kawan-kawan mereka sahaja, dalam sesebuah kuaters guru pun, mereka tak ambil peduli antara satu sama lain, apatah lagi nak berkomuniti untuk membuat aktiviti bersama, jauh panggang dari api sahajalah.

Dalam isu ini, bukan guru sahaja, penjawat awam sendiri, malahan pekerja swasta pun berperangai sama, bersikap individualistik, masyarakat Malaysia sekarang suka individualistik, tak pedulikan jiran, tak pedulikan kesusahan orang, tak bertimbang rasa, tak suka bermasyarakat.

Ini adalah budaya-budaya yang menjadi ikutan anak-anak hingga mereka menjadi teruk dalam sekolah. Lihatlah, ibu bapa tak kisah anak-anak mereka balik lewat malam, berkepit lelaki perempuan bukan mahram, tak kisah apa yang anak mereka buat, bila ada orang tegur, ibu bapa bukannya nak ambil serius dengan teguran itu, tapi yang menegur juga pula dimaki hamun dengan kata-kata kesat. Malahan jika anak didenda di sekolah, ibu bapa akan salahkan guru, sanggup menceroboh kelas dan memukul guru di dalam kelas.

Perkara ini telah menjangkiti masyarakat sekarang ini terutama golongan muda, sikap ambil tahu sesama masyarakat telah dilupakan, malahan orang yang mengambil tahu hal masyarakat dituduh sebagai pengacau dan sebagainya.

Sekiranya orang dewasa sendiri menunjukkan budaya liar dan jahat kepada anak-anak, apakah mungkin anak-anak akan jadi orang yang bersopan santun dan berpekerti mulia?

Saya bukannya bermaksud supaya semua benda diambil tahu sampai jiran pakai spender warna apa pun nak diambil tahu, tetapi apa yang patutlah. Misalnya B nampak anak A sedang menaiki motosikal dalam keadaan merbahaya, B patutnya maklumkan A supaya nasihatkan anaknya supaya jangan menaiki motosikal tanpa lesen dan dalam keadaan berbahaya, malahan A pun patutnya berterima kasih dengan B atas nasihat dan teguran B terhadap anaknya serta mengambil tindakan menasihati anaknya supaya jangan bersikap yang melanggar undang-undang.

Pada zaman saya kecil dahulu, kita di kampung, satu kampung saudara mara kita, setiap orang ambil berat kepada anak cucu orang-orang kampung itu, jika ada yang tak betul, akan dilaporkan kepada ibu bapa atau penjaga supaya dinasihatkan atau dihukum supaya menjadi pengajaran.

Budaya lama yang mempunyai nilai-nilai murni patut dipertahankan, bukannya dipandang sebagai kolot dan tak bagus, kerana hidup bermasyarakat, penuh dengan budi bahasa dan bekerjasama akan membentuk akhlak yang baik, anak-anak akan belajar dengan orang dewasa melalui pemerhatian mereka.

Terpulanglah kepada individu, saya menasihatkan untuk kepentingan kita bersama, malahan pihak kerajaan pun melalui dasar-dasar yang dibuat perlu berhemah, jangan buat dasar yang merosakkan.

Saya terus terang katakan, saya akan mengecam dasar yang merosakkan, tak kisahlah Perdana Menteri pun saya kecam juga, ini kerana untuk kepentingan masyarakat, bukannya suka-suka hati saya lakukan begini.

Dalam pendidikan, ada tiga bidang utama iaitu Kognitif (kemahiran berfikir @ akademik), Afektif (sikap), dan Psikomotor (kemahiran pergerakan)

Pendidikan sekarang ini hanya mempedulikan dan mengambil tersangatlah berat kepada bidang Kognitif sahaja, pelajar diajar untuk mengejar seberapa banyak A dalam peperiksaan.

Aspek Afektif dan Psikomotor di abaikan, sebab itulah pelajar makin teruk disiplinnya di sekolah.

Dalam aspek afektif, ada beberapa tahap iaitu penerimaan, tindakbalas, menghargai, mengurus dan pembentukan nilai.

Dalam perkara ini, di sekolah, adakah pelajar diajar akan konsep penerimaan iaitu setiap orang adalah berbeza dan amat penting untuk memahami akan perbezaan setiap individu itu supaya kita dapat memahami dan menerima akan individu itu. Misalnya seorang pelajar Melayu jika dia memahami akan budaya serta apa-apa berkaitan dengan bangsa Cina, maka dia boleh terima akan seorang pelajar Cina menjadi kawannya dan begitulah sebaliknya. Contohnya, orang Cina pantang menulis nama dengan warna merah kerana berkonotasi perkara yang tidak baik, maka pelajar Melayu tadi tidak akan menulis nama kawannya dengan warna merah atas dasar menghormati perbezaan antara kaum dan agama.

Begitu juga dengan pelajar Cina memahami bahawa setiap kali waktu solat, maka di masjid ada azan, maka jika pelajar Cina tadi dapat menerima perbezaan keperluan agama orang Melayu, maka dia boleh terima azan dan tak anggap azan sebagai perkara yang mengganggu kerana dia hormat akan akidah dan peraturan agama orang Islam.

Dalam konsep tindak balas, pula, sekiranya sudah memahami, maka akan ada tindak balas akan kedua pihak, macam yang saya sebutkan tadi, orang Cina pantang tulis nama dengan warna merah, maka orang Melayu akan faham dan tidak buat begitu.

Begitu juga dengan orang Cina, dia faham bahawa azan adalah suatu cara dalam Islam untuk maklumkan waktu solat, maka dia akan terima perkara ini.

Dalam konsep menghargai, jika kedua-dua pihak menerima perbezaan, bertindak balas atas perbezaan dengan perkara-perkara baik, maka akan ada perasaan menghargai perbezaan itu, orang Melayu tahu orang Cina pantang tulis nama dengan warna merah, maka mereka akan elakkan tulis nama dengan warna mereka kerana menghargai perbezaan budaya itu.

Begitu juga dengan orang Cina, mereka tahu azan adalah cara orang Islam maklum waktu solat, maka atas dasar menghargai mereka menerima perkara ini.

Menghargai akan mewujudkan perasaan hormat menghormati akan perbezaan antara kaum, individu, komuniti dan sebagainya.

Dari segi konsep mengurus pula, kita akan tahu perkara baik dan tidak baik dan mengerti bahawa jika buat baik akan menerima pembalasan yang baik, seperti orang memberikan derma, maka penerima derma akan ucapkan terima kasih.

Tetapi, seseorang mengutip derma secara penipuan, dia perlu sedar bahawa jika dia ditangkap polis, dia akan dibicarakan dimahkamah dan akan dihukum jika didapati bersalah.

Konsep mengurus ini mewujudkan perasaan bahawa kebaikan adalah perlu untuk kepentingan semua orang.

Kemudian konsep pembentukkan nilai, apabila sudah dapat menerima perbezaan, maka boleh bertindak balas dengan baik, kemudian tahu menghargai perbezaaan itu sebagai keunikkan serta tahu kesan dan akibat dari perbuatan, maka individu itu akan dapat membentuk watak dirinya sebagai seorang yang baik, jika tidak memahami, maka watak terbentuk adalah watak yang tidak baik, sebab tak tahu menerima perbezaan, tak tahu bertindak balas hingga jadi permusuhan, tak tahu menghargai hingga mencetuskan konfrontasi, kemudian tak peduli kesan dan akibat, maka jadi teruklah.

Para guru tentu mengerti apa yang saya terangkan ini jika guru itu adalah guru sejati.

Saya merujuk XiOus : Khamis, Jun 19, 2014 11:44:00 PTG

Saudara seorang guru? Minda guru tetap jumud ! berfikir hanya orang yang bertatus guru shj yang betul dan orang lain perlu mengikut kamu !
Guru katakan ...

Ruang litup pemikiran kamu masih ditahap dunia ke 3. Tidak tahu menganalisis dan mentafsir keupayaan pelajar.

Itu sebab aku tak yakin dgn sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Banyak kebolehpalsuan yg ditemui ... kita tengok anak siapa yg jadi Pengawas Sekolah? anak siapa yg jadi Ketua Darjah? anak siapa yg selalu menjadi ketua dlm ko-k, persatuan, sukan, etc. .... Anak Guru jawabnya.

Jangkaan aku , guru-guru akan beri Band 6 kpd anak guru-guru dan anak-anak bukan guru akan jadi mangsa Band 1-4. (hipotesis 1).

Ingatlah sdr., guru dibayar emolumen utk mengajar pelajar melalui P&P Kementerian (hipotesis 2) dan Guru tidak dilatih menjadi pendera dan pembuli (hipotesis 3)

Kalau kurang ilmu dan tak tahu mengajar .. letak jawatan saja.

orang ulu berkata...

kepada yang memberi komen kepada guru2 tak buat kerja dimohon berada di sekolah sekurang-kurangnya seminggu. daripada 44 waktu yang diperuntukkan (730 pg sampai 240 ptg) guru menhajar 23 hingg 25 waktu. bakinya untuk mengurus pelbagai perkara termasuklah waktu makan, waktu menanda kertas, buku latihan , program sekolah dll. Semua waktu pagi ini hanya untuk melindindungi waktu instruksional (mengajar anak murid). Semua urusan seperi mesyuarat , kokurikulum, latihan sukan dll perl dibuat pada waktu petang. jadinya guru bekerja tanpa 'rehat'.