SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

29 Mei 2014

DASAR BAHARU TEMPOH BERTENANG PESARA BELUM DIBUAT


Sinar Harian




  • Shahidan Kassim 
  • Shahidan Kassim
KUALA LUMPUR - Kerajaan belum bercadang membentuk dasar baharu bagi mengenakan "tempoh bertenang" kepada pesara penjawat awam sebelum memegang jawatan di sektor korporat atau profesional.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata setakat ini kerajaan hanya mempunyai peraturan menyekat pembabitan golongan itu dalam aktiviti yang mempunyai kaitan dengan bekas jawatan yang disandangnya.

"Buat masa ini kerajaan hanya mengenakan tempoh bertenang atau 'cooling period' terhadap bekas penjawat awam yang baru bersara daripada terbabit dalam aktiviti perniagaan atau berkhidmat dengan mana-mana agensi atau mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan dengan tugas jawatannya semasa berkhidmat.

"Ia bertujuan menyekat sebarang urusan berperolehan kerajaan sejurus selepas bersara termasuk tidak dibenar melobi kontrak-kontrak kerajaan," katanya menjawab pertanyaan Senator Rohani Abdullah di Dewan Negara di sini hari ini.

Rohani ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat melaksanakan satu dasar baharu untuk pesara penjawat awam sebelum memasuki sektor lain.

Shahidan berkata berdasarkan kajian, hanya enam peratus pesara penjawat awam terbabit dalam perniagaan yang mempunyai perolehan.

Dalam pada itu, beliau berkata penyertaan pesara penjawat awam di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak menimbulkan sebarang kerisauan keranatindakan tetap boleh diambil terhadap individu berkenaan sekiranya pelantikan itu tidak memberi sebarang kebaikan. 

Shahidan berkata setakat ini pesara penjawat awam yang dilantik dalam GLC berjaya membuktikan kemampuan mereka dan memajukan syarikat selaras dengan tujuan asal pelantikan mereka ke jawatan itu. - Bernama

36 ulasan:

gadis manis berkata...

bagi saya tak perlu risaukan penglibatan persara dalam perniagaan,glc mahupun sebarang jawatan korporat..biarlah pesara dengan rezeki mereka. yang penting pegawai yang kini bertugas dalam perolehan telus dan memikul tanggungjawab dgn amanah serta tidak mudah dipengaruhi oleh mana--mana pihak samaada pesara(bekas bos)mahupun orang politik...

tukjanggut berkata...

Buat masa sekarang elok ditumpukan kpd Penjawat Awam yg sedang berkhidmat supaya mereka tetap menyokong dasar-dasar kerajaan yg memerintah.Bagi golongan pesara patut banyak berterima kasih kepada kerajaan hari ini kerana masih dapat wang pencen walaupun sudah tidak buat apa satu kerja pun.Tak banyak negara yg beri wang pencen tiap bulan sampai mati.Pesara patut bersyukur jadi pesara di Malaysia

Hang Badang berkata...

Buat masa sekarang elok ditumpukan kpd Penjawat Awam yg sedang berkhidmat supaya mereka tetap menyokong dasar-dasar kerajaan yg memerintah.....
Jumaat, Mei 30, 2014 9:14:00 PG

Aku sokong. Penjawat tersebut hendaklah menfotokopi kad undi untuk menunjukkan mereka sokong kerajaan dan pakai dgn digantung dileher setiap kali berada dipejabat tiap bulan sampai mati.
Mereka patut berterima kasih kepada kerajaan kerana walaupun asyik memonting dan meggangkang kat ofis masih dapat wang gaji dan elaun walaupun asyik kerja korek lubang kambus lubang buat loan Bank Rakyat.

Elok juga negara kita yg pertama mulakan polisi jangan bagi penchen kepada yang patut bersyukur semasa jadi pesara di Malaysia tetapi ganti dgn anugerah Pingat Gila Babi. Jimat duit rakyat.

Hamba Hutang berkata...

Mohon Bonus 2 bulan gaji nak bayar hutang Maybank.

Mahmood Adam berkata...

artikel ni terpakai pada JUSA ke atas je dan mungkin kepada segelintir P&P yang pencen pada gred 48/52/54. kumpulan sokongan? pencen macam je, takda mana glc/swasta yang nak pun. paling kuat pun mereka jadi security guard kalau masih lagi perlu menyara keluarga.

tu pasal kerajaan memperkenalkan pencen 60. yang ni menguntungkan golongan gred besar2 kat atas tu. yang kumpulan sokongan ni kerja bagai nak rak jela sampai umur 60 tu.

Kakitangan Awam berkata...

Sekarang sudah sampai bulan Jun 2014, sebagaimana yang dicanang-canangkan oleh CEUPACS dan Najib mengenai penstrukturan semula skim-skim yang dicicirkan dalam penstrukturan semula skim sebelum ini akan diselesaikan pada Jun 2014, ada sampai 30 Jun 2014 untuk dibentangkan kepada penjawat awam berhubung apa yang dibincangkan oleh kepimpinan CEUPACS dengan geng JPA dan Najib.

Pihak kerajaan perlu sedar bahawa skim yang dipinggirkan sebelum ini bukanlah tunggul yang boleh disepak terajang sesuka hati, kami akan berjuang untuk membela kebajikan kami.

Dengan dasar tranformasi perkhidmatan awam yang sekarang ini menunggang langgangkan perkhidmatan awam, amat sukar dipulihkan semula. Pepatah Cina ada menyatakan, langkah yang ke seribu bermula dengan langkah yang pertama, jika langkah yang pertama sudah tunggang langgang, langkah yang ke seribu itu akan menuju destinasi yang salah.

Inilah yang terjadi dalam perkhidmatan awam sekarang, sibuk memandang atas kertas, sibuk mengejar populariti politik murahan, akhirnya tranformasi yang dilaung-laungkan itu hanya menjahanamkan perkhidmatan awam sahajalah.

Sekarang ini dalam perkhidmatan awam, penjawat awam menjadi bengang mengapakah hanya skim J, G, dan beberapa skim lagi sahaja yang diberikan kenaikan gred hingga 12 anak tangga hanya kerana ada diploma, ada sijil politeknik.

Tetapi macam mana dengan skim lain yang penjawatnya ada ijazah tak naik gred juga? Macam skim N, ada ramai yang ada diploma dan ijazah, mengapah tersekat di gred N17 sahaja? Begitu juga dengan gred W, ramai ada diploma dan ijazah, mengapa di gred 17 juga, malahan skim FT, juruteknik komputer, mereka perlu ada sijil dari politeknik, tapi mereka tak dinaikkan ke gred 29 macam juruteknik dan pelukis pelan?

Malahan sekarang ini, dalam skim pelukis pelan, yang tak ada sijil politeknik atau diploma, tak naik gred walaupun dah lebih 20 berkhidmat dan sekarang di gred 22, malahan kakitangan bawahan mereka sebelum ini yang gred 17 naik jadi gred 29, macam mana dengan struktur pentadbiran, kakitangan bawahan dah jadi pegawai, penyelia pula jadi orang bawahan kakitangan yang jadi pegawai itu pula, apa cerita ni semua?

Pihak JPA dan kerajaan mengambil dasar yang salah untuk buat tranformasi, dalam isu KUP, berilah kepada pihak yang benar-benar layak, ini tidak, yang pemalas pun, lepas 15 tahun dapat gred 22, malahan sekarang orang tak mau interview mohon jawatan CC kerana mereka mahu lepas 15 tahun, dapat gred 22, tapi buat kerja yang jauh lebih ringan dari CC, gaji pula sama macam CC.

Semua ini membunuh kecemerlangan dalam pentadbiran awam kerana telah ada jaminan bahawa kamu malas ke rajin ke, tetap akan dapat KUP gred sekian-sekian selepas 15 tahun berkhidmat, ini adil ke? Transformasi jenis jadah apa kalau macam ini?

Bayangkan setiap tahun, ramai yang KUP gred 22, tetapi CC buat kerja macam nak mampus, sedangkan kerani gred 22 hanya buat satu dua kerja saja, pangkat sama, gaji sama, kerja berbeza, ibarat langit dan bumi, apa cerita?

Banyak kepincangan yang berlaku dalam perkhidmatan awam sekarang ini, motivasi untuk berjaya di kalangan kakitangan awam telah musnah, kerana mereka telah melihat jaminan bahawa 15 tahun berkhidmat, dapat jawatan gred 22, malas ke rajin ke tetap dapat, yang kesiannya yang rajin, sebab yang pemalas dan tak reti buat kerja pun dapat naik gred juga, kerana dasar bodoh JPA sekarang ini.

Sedarlah.

Mahmood Adam berkata...

JPA sekarang penuh dengan badut dan pelawak. tu yang jadi macam tu.

bayangkanlah seorang penjawat awam sedang berkhidmat yang ada cuti tahunan 30 hari, bila dapat jawatan baru yang lebih tinggi dari gred lama, cutinya reset jadi 25????!! pekejadahnya ini tuan puan? lepastu pula bersara paksa jadi 60 tahun walhal dia tak tandatangan setuju pun opsyen 60. sebab? DIA DIANGGAP SEBAGAI BARU DALAM PERKHIDMATAN AWAM. orang yang buat pekeliling ni memang BODOH dan tak pernah berkhidmat dari bawah, masuk2 je terus jadi PTD, lepastu disuruh buat pekeliling. hasilnya lahirlah pekeliling bodoh sebegini.

begitu juga dengan ketidakadilan gred sesuatu skim. siapa yang buat KUP 13 tahun dengan menyandang gred kanan tapi buat kerja gred lantikan tu sememangnya bodoh. seperti yang diulas oleh saudara di atas, gred 22 KUP dengan gred 22 CC (KPT) mendapat tangga gaji yang sama berdasarkan gred yang sama, tetapi CC buat kerja penyelia sedangkan KUP 22 diselia. di pejabat aku sendiri ramai KUP 22 yang buat tak endah dengan CC kerana gred mereka sama walaupun CC tersebut adalah PPP(pegawai penilai pertama) dia.

sejak KPPA baru ni ambil alih dari tan sri abu bakar, makin terserlah kebodohan JPA ni. ini bukan transformasi nama dia, tapi transformaSHIT, dengan izin.

kita memerlukan pegawai kanan kerajaan yang benar-benar bijak, bukannya merepek seperti sekarang ni. kita juga memerlukan pegawai kanan kerajaan yang MULA DARI BAWAH DAN TAHU ERTI SUSAH.

inilah masalah malaysia masakini. kita mempunyai perdana menteri yang lahir saja sudah hidup senang (anak kepada perdana menteri ke-2), tak pernah hidup susah sebagainya arwah bapanya dan perdana menteri selepas bapanya dan sebelum dia.

begitu juga perkhidmatan awam, kita mempunyai KSN, KPPA, dan pegawai-pegawai kanan yang tak pernah MULA DARI BAWAH. jadi mereka ini menjaga kelompok mereka saja dan tak peduli dengan orang dibawah sana.

Hang Badang berkata...

iii

Tanpa Nama berkata...

selain daripada jpa, menteri yang buat dasar pun perlu bijak. dapat menteri bodoh, semuanya akan jadi bodoh.

tukjanggut berkata...

Dah pencen umo 60 mana ada lagi sykt yg nak ambik pesara bekerja.mata dah kabur,sakit dah mcm2 dah.Lain le pesara umo 60 tu Ketua Pengarah banyak le sykt berebut nak kasi jawatan pengerusi sykt hanya chair meeting dpt elaun.Ini kita kerja bawahan jgn kata sykt GLC nak offer sykt pengawal keselamatan pun tak ada yang nak bagi kerja dh nak mampus sgt dah keja apa.Kalau ada lagi tempoh bertenang pakai mampus dulu le jwb nye.Sepatutnya bila dh umo 60 pesara hanya makan tidur je buat ibadat main dgn cucu tiap bulan dapat duit.Tak ada le lagi nak kejor duit apa tah sbb anak2 pun dah kawin.Masa anak pulak sponsor kita lepas kita bersara.

Kakitangan Awam berkata...

Pihak kerajaan perlu memansuhkan kenaikan KUP dan kenaikan pangkat secara time based, ini kerana perkara sebegini akan membunuh motivasi pekerja untuk lebih cemerlang kerana dia dah ada jaminan bahawa dia malas dan tak reti buat kerja pun akan dapat naik pangkat juga.

Pihak kerajaan perlukan pekerja yang berkualiti untuk menjadi jentera kerajaan dengan lebih berkesan bagi mendapatkan sokongan yang lebih dari rakyat melalui kerja-kerja yang dibuat dengan penuh kualiti oleh pekerja yang berkualiti.

Sekarang ni dah banyak sangat dengan kenaikan gred secara time based, kerja tak seberapa tapi naik pangkat juga, pemalas pun naik pangkat juga, jadi mereka ini tak tahu bersyukur, malahan mereka ini ada yang jadi batu api besar yang menghasut menentang kerajaan.

Perkhidmatan awam perlu utamakan kualiti kerja, bukannya hanya sibuk beri kenaikan gred dan KUP ikut time based, berilah ikut kelayakan, barulah perkhidmatan awam jadi cemerlang.

Kakitangan Awam berkata...

Pihak kerajaan perlu memansuhkan kenaikan KUP dan kenaikan pangkat secara time based, ini kerana perkara sebegini akan membunuh motivasi pekerja untuk lebih cemerlang kerana dia dah ada jaminan bahawa dia malas dan tak reti buat kerja pun akan dapat naik pangkat juga.

Pihak kerajaan perlukan pekerja yang berkualiti untuk menjadi jentera kerajaan dengan lebih berkesan bagi mendapatkan sokongan yang lebih dari rakyat melalui kerja-kerja yang dibuat dengan penuh kualiti oleh pekerja yang berkualiti.

Sekarang ni dah banyak sangat dengan kenaikan gred secara time based, kerja tak seberapa tapi naik pangkat juga, pemalas pun naik pangkat juga, jadi mereka ini tak tahu bersyukur, malahan mereka ini ada yang jadi batu api besar yang menghasut menentang kerajaan.

Perkhidmatan awam perlu utamakan kualiti kerja, bukannya hanya sibuk beri kenaikan gred dan KUP ikut time based, berilah ikut kelayakan, barulah perkhidmatan awam jadi cemerlang.

Kakitangan Awam berkata...

Perkhidmatan awam perlu distruktur semula supaya rantaian arahan dapat dipulihkan semula selepas tunggang langgang dengan dasar bangang yang dibuat oleh JPA sekarang ini.

Kajian penambahbaikan skim yang dipinggirkan terutama gred N dan W yang diainaya oleh pihak JPA perlu disegerakan. Skim-skim lain yang kononnya dah ditambah baik seperti gred 1 hingga 16 serta gred pelukis pelan yang dah jadi tunggang langgang dibuat oleh pihak JPA perlu diperbaiki semula.

Skim seperti juruteknik komputer pun perlu penambah baikan, kalau juruteknik boleh dapat gred 29 dengan alasan ada sijil politeknik, mengapakah juruteknik komputer yang juga kelayakannya perlu sijil politeknik tak dinaikkan ke gred 29 juga?

Dasar-dasar bangang JPA perlu diperbaiki, kalau diteruskan dasar-dasar bangang dan bangsat ini, maka perkhidmatan awam akan musnah, apakah pihak kerajaan akan sangat seronok bergembira melihat perkhidmatan awam musnah?

Sedarlah kepincangan dalam perkhidmatan awam yang disebabkan dasar bangang JPA ini akan menyebabkan kemusnahan dalam perkhidmatan awam dan menjadikan perkhidmatan awam bertambah buruk, sedarlah bahawa perkhidmatan awam yang buruk akan mencerminkan bahawa kerajaan juga berprestasi buruk. Oleh itu sedarlah.

Kakitangan Awam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kakitangan Awam berkata...

Najib kata era kerajaan tahu semuanya telah berakhir, oleh itu dengarkanlah pandangan rakyat seperti saya ini.

Sebelum ini saya telah mengkritik pasal isu penerangan GST, sebelum tak ada pun siapa nak mengkritik pasal penerangan berhubung GST kerana mungkin takut kepada Najib.

Tapi semalam, ADUN Kempas dari UMNO sendiri berpendapat dengan saya bahawa kaedah penerangan GST tak berkesan kepada rakyat, malahan rakyat pun tak faham pasal GST, bukan setakat rakyat, malahan ahli parlimen dan ADUN pihak kerajaan serta menteri pun tak faham pasal GST itu.

Kerajaan perlu gunakan mekanisma penerangan daripada jabatan-jabatan kerajaan mengenai GST melalui Kementerian Penerangan, konsultan yang diupah oleh PEMANDU perlu ditamatkan kontraknya, buat apa bayar berjuta-juta ringgit kepada konsultan yang tak mampu memberi kefahaman mengenai GST kepada rakyat?

Malahan saya menggesa supaya setiap parlimen dan DUN, pihak kerajaan mengadakan penerangan kepada rakyat jelata mengenai GST supaya rakyat faham dan terima GST yang merupakan bukannya cukai tambahan, tapi penambahbaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sekarang ini.

Sekian, terima kasih.

Hang Badang berkata...

Macam mana tak tungganglanggang CC Awam N22/26 CC Tentera Sjn/PW2atau sama dgn N27/32/36.

Hang Badang berkata...

Ape ke banggang punya sistem bila penchen 40 tahun kerja dapat ganjaran 100 ribu. Tolok utang JHDN, kad kredit, indah water, bank rakyat, saman sana sini tinggal la tak seberapa untuk anak bini nak hidup sebelum mati. Sedangkan kerja swasta kwsp je 1 juta lebih. Kerja 40 tahun dgn 4 kali cemerlang gred takat 26je. PTD 4 tahun kerja anugerah pun ta ada boleh dapat 44,ada lagi 36 tahun kerja dan boleh naik 9 gred lagi. N1 naik N11 (+10 tangga) tiada apa2 kenaikan tapi M41 naik M44 (+3 tangga) je dapat kenaikkan paling koman RM1,000. Baru2 nie PTD naik 44 dekat 1,000 orang sedangkan N yg naik 26 boleh kira dgn jari. Dalam satu Bhg/Jabatan ade PTD gred naik pangkat paling koman 3 orang, sokongan ade 1 je tu pun CC yg lain gred sokongan je. Herannya sokongan yg pemalas asyik MC je PTD sokong naik KUP. Dulu ada sistem PTK tapi kerana ramai PTD yg atas tak lulus , cucuk KOPEK supaya kasi batal. Tinggal la pekerja buat kerja entah apa2. Asyek pergi kursus yg sama setiap tahun maka jadilah perkhidmatan spt yg dikata oleh PEMANDU Prestasi Penjawat Awam semakin menurun. Inilah kepandaian PTD. Kumpulan sokongan kalau penchen jadi jaga atau bawa teksi kerana anak tak dapat PTPN. lepas tu mati kena ketuk. Inilah nasib sokongan.

Kakitangan Awam berkata...

Kerajaan sepatutnya memberikan maklumat yang terperinci kepada penjawat awam mengenai sesuatu dasar yang hendak dibuat supaya boleh diterangkan kepada masyarakat.

Macam GST, tak ramai penjawat awam yang tahu, malahan Presiden CEUPACS, kepimpinan atasan CEUPACS pun tak faham GST sampai minta kenaikan gaji sebanyak 30%.

Bukan itu sahaja, para menteri, ahli parlimen dan ADUN pihak kerajaan pun patut diberikan penerangan terperinci mengenai dasar-dasar kerajaan supaya mereka tidak cakap merapu bila beri komen kepada pihak media.

Pihak kerajaan juga patut menyediakan jurucakap kerajaan iaitu Menteri Penerangan untuk menjelaskan apa-apa dasar yang dibuat oleh kerajaan, bukannya membiarkan menteri itu dan ini beri komen, sebab itulah komen yang merapu-rapu, yang ini cakap macam ini, yang lain pula cakap macam lain, lepas tu pembangkang pun cucuk lagi rakyat hingga rakyat terpedaya.

Saya menyarankan agar setiap dasar yang dibuat oleh kerajaan, hendaklah diterangkan secara memberi kursus kepada penjawat awam, menteri, ahli politik kerajaan secara terperinci supaya kami semua boleh menjelaskan kepada masyarakat.

Macam GST, saya pernah mendengar taklimat oleh pihak kastam secara terperinci, oleh itu saya boleh buat penerangan kepada masyarakat di tempat saya bertugas dengan jelas. Malahan kalau ada yang mengkritik tak tentu pasal dalam blog pun, saya boleh terangkan kembali apa itu GST kepadanya, kalau dia nak putar belit pun, saya akan belit dia dengan maklumat sebenar mengenai GST.

Pihak kerajaan ada macam-macam mekanisma untuk menerangkan dasar, tapi sibuk juga nak upah konsultan yang dicari oleh PEMANDU, tapi konsultan pun tak tahu macam mana nak beri kefahaman kepada rakyat, mereka hanya sibuk dengan cara yang kononnya trendy, tapi tidak menepati kehendak masyarakat, jadi masyarakat jadi keliru.

Tak guna kerajaan bazirkan wang berjuta-juta ringgit untuk upah konsultan yang buat iklan yang entah apa-apa dan merapu sahaja. Gunakan jentera kerajaan untuk menerangkan kepada rakyat.

Malahan penggunaan jentera kerajaan daripada penjawat awam bukannya salah pun, sebab penjawat awam memang berkhidmat dengan kerajaan, malahan bukannya digunakan untuk kempen politik, tapi untuk membantu kerajaan memberi kefahaman kepada rakyat.

Penjawat awam ada 1.5 juta, begitu banyak untuk beri penerangan kepada rakyat mengenai sesuatu dasar kerajaan. Malahan kalau penjawat awam itu ahli parti pembangkang pun, silalah beri penerangan yang benar mengenai dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat, kalau nak jadi gunting dalam lipatan dan nak jadi duri dalam daging, serta memutar belitkan dasar kerajaan untuk kepentingan politik kepartian, sila letak jawatan dan jadilah pecacai parti politik anda sepenuh masa, tak guna jadi penjawat awam kalau orang macam ini. Hal politik itu politiklah, tak payah masuk dalam urusan kerja, penerangan dasar kerajaan adalah tugas dan tanggungjawab setiap penjawat awam.

Meskipun begitu, dasar kerajaan itu hendaklah berhemah dan menjadi suatu yang berguna kepada masyarakat, kalau dasar merapu tak tentu hala, susahlah kami penjawat awam nak terangkan kepada masyarakat, takkan kami nak menipu masyarakat pula.

Oleh itu, Najib perlu sedari hal ini sebelum terlewat, ada banyak sumber yang dibazirkan, gunakanlah seoptimum yang mungkin untuk menjayakan pembangunan negara.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Pihak JPA perlu meneliti laluan kerjaya bagi gred H dan N 11 sekarang ini. Kerana mereka tiada laluan kerjaya khusus berkaitan bidang tugas mereka.

Macam skim Pemandu, dulu ada R3 dan R 6, sekarang dah jadi H 11. Lepas ini apa laluan kerjaya mereka?

Memang ada laluan untuk ke gred perkeranian, tetapi apakah itu sesuai dengan bidang tugasan mereka selama ini?

Oleh itu, saya mencadangkan agar untuk skim Pemandu H11, mereka perlu ada kenaikan mengikut laluan kerjaya seperti jawatan Penyelia Pemandu yang menguruskan hal-hal baik pulih kenderaan dan dokumentasi penggunaan kenderaan. Pada masa ini, selain di sektor uniform, tugas pegawai kenderaan dibuat oleh CC dan dibantu oleh kerani yang tak berapa tahu pasal kenderaan, sebab itulah jadi tunggang langgang rekod penggunaan kenderaan, inden minyak, inden toch n go dan sebagainya.

Malahan kerani yang uruskan hal pemandu ini juga, dilambakkan dengan berbagai tugas lain, kasihan dia.

Patutnya untuk skim pemandu, mereka boleh ke jawatan penyelia kenderaan yang menguruskan hal dokumentasi penggunaan dan baik pulih kenderaan, mengatur penggunaan kenderaan mengikut kesesuaian, memeriksa keperluan penyelenggaraan kenderaan.

Bagi jawatan penyelia kenderaan, kelayakan masuk boleh SPM atau KPSL dengan mendapat latihan dalam bidang automotif. Barulah boleh ada laluan untuk kerjaya pemandu.

Begitu juga selepas jawatan penyelia kenderaan, patutnya ada jawatan Pegawai Kenderaan yang buat kerja khusus mengenai kenderaan sahaja, bukannya membebankan CC pentadbiran untuk buat itu dan ini kerana dia pun banyak kerja lain.

Pegawai Kenderaan boleh dijadikan gred 22 dan Penyelia Kenderaan Gred 17. Kelayakan Pegawai Kenderaan adalah kenaikan pangkat dari jawatan Penyelia Kenderaan sahaja untuk memastikan pengalaman yang ada dapat menjadi Pegawai Kenderaan yang baik.

Dalam isu kenderaan, ia adalah penting kerana pengurusan kenderaan adalah perlu kepada dokumentasi, penyelenggaraan, pentadbiran kenderaan supaya lebih berkesan.

Dalam isu ini, sesuailah untuk jabatan yang punya kenderaan yang banyak melebihi 3 buah kenderaan, kerana susahlah kalau pengurusan kenderaan tunggang langgang kerana diurus secara tidak cekap oleh orang yang tak berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang itu.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Pihak JPA, malahan pihak kerajaan perlu mengadakan mekanisma supaya skim selain dari M tidak dipinggirkan dalam jawatan penting.

Sekarang lihatlah, berapa orang yang jadi ketua setiuasaha kementerian adalah diluar dari skim M? Boleh dikatakan semuanya dari skim M.

Malahan skim M juga telah merampas banyak perjawatan yang sepatutnya diisi oleh skim N sebelum ini.

Skim N seperti N41 telah banyak dimansuhkan dan digantikan dengan M41, kesannya skim N hanya boleh mencapai gred 36 sahaja.

Pihak kerajaan perlu meneliti tindakan JPA yang menjumudkan jawatan yang sepatutnya milik skim N sebelum ini.

Jawatan di pengurusan sumber manusia, dalam perkhidmatan awam, pengurusan sumber manusia adalah bukan seperti di sektor swasta, dalam perkhidmatan awam adalah sangat rumit kerana perlu memahami pekeliling-pekeliling, surat-surat pekeliling, akta-akta, warta-warta itu dan ini. Semua ini bukannya boleh dipelajari dua tiga hari, malahan dua tiga tahun pun masih belum boleh kuasainya.

Dalam sektor pengurusan sumber manusia, sepatutnya skim N perlu dipertingkatkan sehingga gred N52 kerana sebelum ini, skim N yang membuat pengurusan sumber manusia sedangkan skim M hanya buat hal-hal dasar dan melibatkan urusan luar negara sahaja.

Skim M yang menjadi ketua bahagian di bahagian pengurusan sumber manusia, terlalu baru sebab dia pegawai baru, tak mahir dengan pekeliling, surat pekeliling, akta, warta itu dan ini yang menjadi punca kuasa kepada sesuatu tugas.

Malahan untuk di peringkat daerah, ketua bahagian gred 41 sahaja, tapi tugas dan tanggungjawab yang berat, kalau beri PTD baru masuk kerja buat kerja pengurusan sumber manusia yang dipenuhi dengan pekeliling, surat pekeliling, akta, warta itu dan ini itu, susahlah.

Kalau di peringkat kementerian atau jabatan di peringkat persekutuan, tak kisahlah dengan M41 kerana mereka hanya buat kerja seperti kerani sahaja, malahan ada yang hanya buat kerja PAP, seperti memfotostat, bancuh kopi.

Pihak kerajaan perlu menyedari bahawa dalam sibuk nak transformasi itu dan ini, perletakkan sesuatu di tempat yang salah hanya akan menjahanamkan perkhidmatan sahaja. Malahan ia juga oleh menindas penjawat awam lain yang sepatutnya dibela oleh kerajaan.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kakitangan Awam berkata...

KPPA juga perlu berfikir dan berbincang dengan PTD untuk memulihkan rantaian arahan yang dah tunggang langgang terutama di daerah-daerah kerana dah tak ada penyelia sebab gred dah sama, malahan ada yang mana penyelia dah jadi orang bawahan kakitangan, lepas tu struktur arahan pun dah jadi carca marba.

Sedarlah bahawa kamu di JPA mana merasai semua ini kerana PTD gred 41 pun hanya jadi tukang potostat dan jadi tukang bancuh kopi, malahan di JPA bersepah-sepah PTD.

Tapi di peringkat daerah, penuh dengan skim dari H 11 sampailah ke gred 54, malahan yang jadi mangsa adalah penyelia peringkat pertengahan, struktur organisasi dah jadi macam sampan pecah, tunggang langgang sana sini.

Inilah hasil transformasi kepala butoh yang dibuat oleh geng PTD dan pegawai atasan di JPA hingga menyusahkan orang ramai

Mahmood Adam berkata...

JPA ni tunggang langgang. syok sendiri. kalau buat pekeliling tu dia buat berdasarkan pemerhatian dalam ruang lingkup JPA tu saja. seolah2 perkhidmatan awam ni cuma ada JPA dan cuma ada PTD saja. tu yang SBPA tahun 2011 dulu hancur, sebab buat skim perkhidmatan yang tak "win-win situation" sebaliknya hanya mengenyangkan tembolok sendiri & kelompok sendiri.

itulah dia JPA masakini yang kononnya dipenuhi dengan PTD bijak pandai CGPA >3.0 ke atas yang masuk bakul angkut sendiri sebab gelar diri mereka "creme de la creme". ptuiiiiihhhh!!

Kakitangan Awam berkata...

JPA dan Najib mengajar kakitangan awam menjadi pemalas, sebab memberikan KUP kepada yang berkhidmat lebih 15 tahun naik gred, tapi tanggungjawab yang rendah, tak kira malas, tak datang kerja, buat kerja pun tak tahun pun dapat naik gred KUP juga, inilah Transforbutoh yang dijayakan dengan penuh mangkuk hayun oleh JPA dan Najib.

Kepada kepimpinan CEUPACS, kalau dah tak mampu nak menangani isu perkhidmatan awam, lebih baik letak jawatan sahajalah dari persatuan.

Kami penjawat awam masih menunggu apakah hasilnya perbincangan antara kepimpinan CEUPACS dengan pihak kerajaan dan JPA, hanya indah khabar dari rupa, membuang masa sahajalah.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Kebebasan tanpa sempadan adalah salah satu transforbutoh yang dijayakan oleh Najib dengan kuncu-kuncunya hingga porak peranda masyarkat di Malaysia.

Dahulunya isu-isu sensitif diselesaikan di peringkat kerajaan tanpa ada pihak yang melalak ke sana ke mari, tetapi isu-isu sensitif melibatkan agama dan kaum telah dicanangkan ke sana ke mari dalam macam-macam bentuk tanpa ada tindakan yang boleh diambil.

Inilah harganya yang perlu rakyat bayar kepada Najib dan kuncu-kuncunya yang kemaruk nak berkuasa hingga memansuhkan ISA dan undang-undang pencegahan yang selama ini menjadi alat untuk mempertahankan keselamatan negara.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kakitangan Awam berkata...

Kos sara hidup makin meningkat, tiada mekanisma yang dibuat oleh Najib untuk mengatasi masalah ini.

Dalam isu subsidi yang diselewengkan, patutnya pesalah yang menyelewengkan subsidi itu dikenakan penjara hingga 20 tahun dan sebatan serta hukuman mati jika penyeludupan barangan bersubsidi secara besar-besar.

Malahan jika ada kakitangan awam yang bersubahat, mereka juga patutnya dihukum penjara dan hukum mati kerana mengkhianati negara.

Patutnya pihak kerajaan perlu meletakkan pejabat SPRM di seluruh daerah di negara ini supaya mudah untuk memantau kegiatan rasuah. Malahan pihak kerajaan juga patutnya menghantar perisik yang merupakan pegawai SPRM untuk bekerja dalam setiap jabatan untuk menjadi perisik kegiatan rasuah di dalam jabatan-jabatan yang terlibat.

Dari segi undang-undang, kerajaan tidak tegas, ibarat hanya kosmetik, Menteri beri komen akan beri tindakan tegas, tapi tegas kepala otak sahajalah, hanya untuk kosmetik dipaparkan dalam media sahajalah.

Tiada tindakan tegas terhadap pelanggaran undang-undang di negara ini. Macam mana masyarakat nak patuhi undang-undang jika pihak pemerintah pun acuh tak acuh dalam perlaksanaan undang-undang?

Sekarang saya mengkritik kerajaan, malahan saya mengkritik Najib sendiri, pihak kerajaan kalau tidak mahu rakyat kritik secara kasar sebegini, maka bertindaklah dengan penuh tanggungjawab. Rakyat walaupun dikelilingi oleh undang-undang dan peraturan, mereka akan sokong kerajaan juga jika mereka faham bahawa undang-undang dan peraturan itu untuk kebaikan mereka.

Macam Singapura, undang-undang sangat ketat, tapi rakyatnya tetap undi parti pemerintah juga kerana mereka sedar bahawa kebebasan yang tak bersempadan hanya akan mendatangkan keburukkan kepada mereka di kemudian hari.

Jentera kerajaan di peringkat Menteri dan Timbalan Menteri sangat lembab, tidak mampu untuk menangani isu semasa yang kompleks dengan teratur dan tersusun, semuanya caca marba kerana masing-masing nak menjaga temolok sendiri.

Kesannya rakyat terbeban dengan masalah harga barang.

Penjawat awam terbeban dengan skim perjawatan yang tunggang langgang dan rantaian arahan yang tungging terbalik di jabatan masing-masing.

Malahan imej parti pemerintah juga menjadi buruk kerana para menteri dan timbalan menteri serta perdana menteri dan timbalan perdana menteri pun lembab dalam tindakan.

Tak guna benda yang atas kertas seperti GTP, ETP, NKRA, NKEA dan sebagainya jika hanya sekadar di atas kertas untuk memujuk hati sedangkan hakikat sebenarnya adalah teruk dan dahsyat sekali.

Sedarlah, sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Tun Dr. Mahathir mentadbir negara ini dengan berbagai-bagai undang-undang pencegahan, tetapi rakyat menerima baik pentadbiran kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir kerana jentera kerajaan termasuk menteri dan timbalan menteri buat kerja dengan berkesan serta penggunaan jentera kerajaan untuk memberikan kefahaman kepada rakyat berhubung dasar-dasar kerajaan serta pentingnya undang-undang pencegahan serta melindungi kepentingan nasional Malaysia.

Rakyat akan terima jika mereka faham, sekarang tiada penerangan kepada rakyat berhudung peri pentingnya kepentingan nasional Malaysia. Jika hanya asyik menyanyi lagu 1Malaysia ke hulu ke hilir sedangkan konsep 1Malaysia pun ada menteri dan pemimpin atasan parti politik dalam kerajaan sendiri yang tak faham, apa cerita?

Ingin saya tegaskan bahawa pihak kerajaan sangat lembab, ditambah pula dengan pegawai-pegawai di JPA yang lembab macam siput, membuat dasar yang melingkupkan, maka makin buruklah perkhidmatan awam di negara ini, malahan akan menyebabkan tercemarnya maruah parti pemerintah sekarang ini.

Nak buat transformasi pun, biarlah berpada, tambah baik apa yang ada, bukannya buang apa yang dituduh sebagai kolot dan gantikan dengan yang baru yang dianggap lebih trendy dan sofistikated kononnya itu. Kerana yang kolot itu, jika ditambah baik, akan lebih baik dari yang trendy tapi tidak menepati kehendak masyarakat dan suasana masyarakat sekarang ini.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Pimpinan CEUPACS, sila letak jawatan sekiranya isu skim yang dipinggirkan oleh geng PTD di JPA sebelum ini tidak diselesaikan sebelum atau pada 5 petang 30 Jun 2014.

Kepimpinan CEUPACS hanya macam ayam bapak, berkokok nyaring tapi ekor bergelumang tahi sahajalah. Dalam perhimpunan bersama penjawat awam berdegar-degar dewan macam nak runtuh dewan itu dengan laungan nak menjaga kepentingan perkhidmatan awam dan penjawat awam, tapi di depan Najib, masing-masing kelu kerana nak menjaga temolok sendiri.

Kakitangan tak perlukan pemimpin yang hanya menjaga temolok sendiri dan membiarkan kakitangan yang tak berjawatan dalam CEUPACS terkontang kanting dipermainkan oleh geng-geng PTD di JPA sekarang ini.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Menjadi kemusykilan juga kepada saya, mengapakah pegawai atasan gred 41 dan ke atas diberikan kelayakan cuti belajar bergaji penuh sedangkan untuk kakitangan bawahan pula cuti belajar tanpa gaji?

Malahan pegawai atasan dapat pembiayaan itu dan ini dari kerajaan, dapat pula cuti bergaji penuh, gaji dah tinggi, dapat lagi kemudahan itu dan ini.

Tapi penjawat awam sokongan ini, sudahlah tak dapat bantuan kewangan dari kerajaan, cuti pula tanpa gaji, apa cerita ini semua?

CEUPACS patut minta kerajaan beri cuti separuh gaji kepada semua kakitangan yang diluluskan belajar oleh ketua jabatan, kalau tak separuh gaji pun, dapat suku gaji pun jadilah, tapi kena selaraskan di semua peringkat dari H/N 11 hinggalah ke peringkat turus, biar pegawai atasan pun merasa macam penjawat awam yang selama ini tak dapat pun cuti bergaji penuh bila belajar.

Pihak CEUPACS perlu tegas dalam hal ini, kerana sudah tidak adil kerana pegawai atasan, gaji dah besar, pengajian dibiaya kerajaan, lepas tu dapat cuti gaji penuh pula, sedangkan kakitangan awam sokongan gaji kecil saja, pasal apa tak dapat gaji penuh bila belajar ambil diploma, ijazah dan sebagainya itu?

Geng pegawai atasan hanya mengutamakan diri mereka bila buat dasar, mereka memeras penjawat awam yang gred rendah ini sepuas hati mereka.

Apakah CEUPACS berani untuk mengutarakan isu ini kepada Najib atau CEUPACS akan terkucil di depan Najib bila nak buka mulut pasal isu ini kerana hendak menjaga temolok sendiri.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Saya juga mencadangkan kepada CEUPACS supaya mengusulkan kepada Najib supaya diadakan saham peruntukkan kepada penjawat awam bagi IPO yang diuruskan oleh MITI. Patutnya penjawat awam diperuntukkan saham sebagai tabungan mereka di masa hadapan.

Pihak kerajaan patut buka ruang kepada semua penjawat awam untuk miliki saham dalam syarikat tersenarai melalui kouta penjawat awam. Malahan perlu ada kouta untuk kakitangan awam sokongan supaya tidak dibolot sepenuhnya oleh pegawai atasan.

Sekarang ini hanya ada kouta untuk bumiputera sahaja.

Fikir-fikirkanlah wahai CEUPACS.

Sekian, terima kasih.

Kakitangan Awam berkata...

Kerajaan juga patut menubuhkan unit saham amanah untuk dilaburkan oleh penjawat awam semasa mereka berkhidmat dan selepas mereka bersara.

Ini adalah salah satu bentuk tabungan yang boleh menjaga kepentingan penjawat awam selepas mereka bersara supaya wang tidak habis dengan terlibat dengan skim-skim pelaburan yang menipu.

Negara telah ada Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Bumiputera, apa salahnya wujudkan Amanah Saham Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan.

Tetapi Saham Amanah ini mestilah bebas dari pelaburan yang meragukan seperti perbankan, perhotelan, apatah lagi yang haram seperti arak dan judi hendaklah tidak boleh dilaburkan saham amanah ini dalam syarikat-syarikat tersebut.

Sekarang ini ramai penjawat awam yang tiada tabungan sedemikian, malahan bagi yang bersara, wang ganjaran, gantian cuti rehat entan dibelanjakan ke mana pun tak tahulah.

Kerajaan patut adakan skim sedemikian sebagai tabungan kepada penjawat awam.

Saya pasti sekiranya kerajaan melancarkan skim unit saham amanah ini, penjawat awam akan ramai-ramai menyertainya sebagai tabungan mereka di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

susah nak realisasikan apa yang tuan-tuan sekalian cadangkan selagi kepimpinan negara dan kepimpinan perkhidmatan awam termasuk juga yang menguruskan cuepacs ni masih berfikiran jumud, berfikiran terkebelakang seperti yang ada sekarang ni.

kononnya 'transformasi' walhal nyatanya itu hanya sekadar retorik dan slogan saja.

zahar4361 berkata...

tukar sebarang smartfhone lama kepada yang baru..hanya tambah rm150..
promosi sempena cuti sekolah sila layari maxis promo

Gizmo lalita berkata...

Scarred by third-degree burns, she lost her will to live. You’d never expect who changed all that.
http://bit.ly/1uHu0yZ

abdullaman bin astou berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.